Anda di halaman 1dari 17

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN UMUM

Pada era globilisasi ini, Ragum adalah alatan yang penting dibengkel
mekanikal. Dalam bahasa Inggeris, ragum disebut vise. Ragum adalah suatu alat
yang digunakan untuk menyepit benda kerja yang akan dikikir, dipahat, digergaji
dan sebagainya. Dengan memutar handle ragum mengikut arah jam maka rahang
ragum akan tertutup dan apabila handle diputarkan mengikut lawan arah jam, maka
rahang ragum akan membuka dan melepaskan benda kerja.

Masalah timbul apabila kerja mengetatkan ragum. Individu yang melakukan


kerja di bengkel tidak berupaya untuk mengetatkan dan membuka ragum
berulagkali. Jadi untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa ragum automatic
telah dicipta. Alatan ini ialah inovasi daripada gabungan ragum dan system
pneumatik. Jika sebelum ini ragum menggunakan sistem manual. Sistem ini akan
menyebabkan individu yang menggunakan ragum akan kehilangan masa dan
tenaga. Jika sistem pneumatik digabungkan, ia akan tahan lama dan dapat
menampung beban yang lebih berat.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Melalui hasil idea yang dibincangkan satu produk telah diinovasikan iaitu
Ragum automatik. Ia adalah alat yang memudahkan proses pemegangan benda
kerja dan dapat menampung beban yang berat. Dengan inovasi yang dilakukan
kepada ragum ini ia dapat mejimatkan masa dan tenaga. Jika sebelum ini ragum
menggunakan sistem skru iaitu apabila mengetatkan ragum handle hendaklah
diputar berulangkali. Sistem ini juga mempunyai kebaikannya yang tersendiri tetapi
inovasi dengan menggunakan sistem pneumatik ini dapat memudahkan lagi kerja
yang melibatkan beban yang besar nilainya. Tujuan ragum ini digabungkan dengan
pneumatik adalah memberi fokus pada membuat kerja-kerja berat seperti
memotong besi yang panjang. Mesin ini merupakan cetusan idea daripada hasil
perbincangan ahli kumpulan yang melihat terdapat lagi sesetengah kerja yang
menggunakan ragum banyak memakan masa dengan menggunakan cara manual.
Hal demikian, satu projek dengan gabungan ragum dan juga pneumatik dicipta.
Dengan ciptaan mesin ini, ia serba sedikit membantu memudahkan kerja di bengkel
yang menggunakan ragum secara manual.

1
Selain itu, alat ini juga bukan sahaja dapat membantu membuat kerja
malahan ia juga dapat mempertingkatkan daya inovatif dan kreativiti masyarakat
terutamanya golongan muda. Dalam pada itu, penghasilan alat ini juga dapat
menjimatkan masa apabila membuat kerja yang melibatkan pemegangan bahan
kerja kerana ia ditransformasikan kepada sistem pneumatik. Dengan itu, masa dan
tenaga yang diperlukan dapat dijimatkan dan hasil juga dapat dipertingkatkan.

1.3 PENYATAAN MASLAH

Melalui kajian, dapati terdapat beberapa masalah yang di kesan dengan


tenaga manusia apabila menggunakan ragum itu secara manual. Antaranya ialah
mengambil masa yang lama untuk mengetatkan ragum itu. Selain itu, memerlukan
tenaga yang banyak bagi proses mengetat dan meloggarkan ragum. Seterusnya,
kawasan kerja menjadi tidak selamat kerana kerja yang dilakukan menggunakan
tenaga yang banyak dan mungkin proses mengetatkan ragum dengan bahan kerja
kurang ketat.

Dengan kata yang lain, menerusi idea inovasi ini beberapa masalah dapat
diatasi dan memudahkan lagi kerja yang melibatkan ragum.

1.4 TUJUAN

Apabila pekerja bengkel ingin menggunakan ragum, pekerja bengkel tidak


perlu memutarkan tuas pemutar untuk membuka dan menutup bahagian apit pada
ragum. Projek ini menggantikan tuas pemutar dengan system pneumatik untuk
menutup bahagian apit pada ragum tersebut. Selain itu, projek ini dapat
menjimatkan masa pekerja bengkel untuk menggunakan ragum meja.

2
1.5 OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif di dalam penghasilan projek ini antaranya;

i. Merekabentuk sebuah ragum dengan menggunakan sistem


pneumatik.
ii. Menyediakan lakaran untuk ragum meja automatik.
iii. Menganalisa penggunaan tenaga dan masa yang diambil apabila
menggunakan sistem pneumatik.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Projek ini telah dikenalpasti mempunyai beberapa kepentingan dan kebaikan


dalam melakukan kerja di bengkel iaitu:

i. Alat ini dapat mempercepatkan masa semasa melakukan kerja di


bengkel.
ii. Alat ini mampu membantu mengurangkan penggunaan tenaga
apabila membuat kerja
iii. Alat ini dapat memegang benda kerja dengan kuat.

1.7 SKOP PROJEK

Bagi memenui objektif di atas, projek ini akan merangkumi skop tersebut:

i. Alat yang digunakan diuji mengikut fungsi mesin yang dicipta.


ii. Boleh digunakan di bengkel sahaja.
iii. Menggunakan sistem pneumatik.

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Konsep Projek

Ragum ialah alat yang digunakan untuk mengepit bahan kerja. Untuk
membuka rahang ragum tuas pemutar ke arah kiri (berlawanan arah jam) maka
batang berulir akan menarik landasan tidak tetap pada rahang tersebut, begitu pula
sebaliknya untuk pekerjaan mengepit bahan kerja tuas pemutar diputar ke arah
kanan (ikut arah jam). Di samping itu, bagi pekerja di bengkel ia sangat membantu
dalam melakukan kerja. Oleh itu alat ini, dihasilkan dan dicipta hasil inovasi
tersendiri.

Ketebalan besi yang ingin dicengkam sangat mempengaruhi kekuatan


system pneumatik. Jadi system pneumatik digunakan. Setelah dikaji maksimum
keluasan ragum ini dapat dibuka sehingga mm.

2.1 Kajian Terdahulu

Rajah 2.1 Ragum biasa terdahulu

Berdasarkan rajah 2.1 Ragum ini menggabungkan ragum dan apit G. Tetapi dari
keseimbangan ragum ini kurang seimbang kerana ia dapat mencengkam 2 bahan
kerja dan dari segi aspek keselamatan amat berbahaya kerana 2 kerja dilakukan

4
dalam satu masa. Produk ini juga menggunakan sistem manual. Bukaan untuk alat
diatas adalah sangat kecil.

Rajah 2.2 Ragum yang masih digunakan pada masa kini.

Rajah 2.2 adalah contoh kedua ragum yang sedia ada. Kelebihan produk ini adalah
lebih seimbang apabila diletakkan dimeja kerana mempunyai pemberat di belakang
ragum. Seterusnya alat ini masih menggunakan sistem manual. Kelemahan alat ini
adalah perlu menggunakan tenaga yang banyak. Di samping Itu, memerlukan masa
untuk melonggarkannya (Wikipedia,30 november 2017,
https://id.wikipedia.org/wiki/Ragum)

2.2 KAJIAN TERHADAP RAGUM

Ragum kebiasaanya digunakan untuk mengepit bahan kerja. Ragum juga boleh
membuka keluasan seluas 16 cm atau bergantung mengikut jenis jenis ragum.
Terdapat 3 jenis ragum yang biasa digunakan.

2.2.1 Ragum biasa (plain vise)

Ragum biasa digunakan untuk mengikat atau menyepit benda kerja yang bentuknya
sederhana dan umum untuk mengetatkan permukaan objek yang mendaftar.
Ragum ini digunakan untuk membantu pekerjaan memotong, mengikir, mengelas,
dan sebagainya dengan mencengkamnya supaya pekerjaan menjadi lebih mudah.

5
Rajah 2.3 : Ragum biasa @ plain vise

Berdasarkan rajah 2.3 kebanyakkan ragum ini masih digunakan pada masa kini.
Selain itu, ragum biasa ini selalu digunakan di bengkel dan institusi Malaysia seperti
Kolej.

2.2.2 Ragum putar

Rajah 2.4 : Ragum putar

Berdasarkan rajah 2.4 ragum putar merupakan ragum yang dapat diputar terhadap
paksi menegak. Ragum ini digunakan untuk mengepit benda kerja yang hendak
membentuk sudut terhadap spinder. Bentuk ragum ini sama dengan ragum biasa
tetapi pada bahgian bawahnya terdapat alas yang dapat diputar 360. Ragum ini
mempunyai skala darjah yang digunakan pedoman ukuran sudut. Ragum ini selalu
digunakan di kilang-kilang besar kerana sifatnya yang mudah diputar .

2.2.3 Ragum universal

6
Rajah 2.5: Ragum universal

Berdasarkan rajah 2.5 ragum universal merupakan ragum yang dapat diputar
terhadap paksi menegak dan mendatar. Ia merupakan salah satu alat bantu dari
mesin mengerat. Ia berbeza dengan ragum sudut iaitu ragum sudut hanya di
lengkapi dengan pengatur sudut hingga 360 darjah pada arah mendatar sahaja.
Sedangkan ragum universal di lengkapi dengan pengatur sudut mendatar, malah
juga dapat diputar ataupun digerakkan 360 darjah. Selain itu, ragum ini juga di
lengkapin pengatur sudut menegak. (Ombro ,Oktober 11 ,2016
(https://bacabrosur.blogspot.com/p/kebijakan-layanan.html)

2.2.4 Kajian terhadap Spring

Rajah 2.6 : spring mampatan

Rajah 2.6 merupakan salah satu jenis spring yang paling biasa digunakan iaitu
spring mampatan.. Ini adalah spring yang terdapat dalam pen atau enjin kereta. Ia
biasanya digunakan kerana ia dimampatkan apabila daya dikenakan dan
memudahkan beban apabila dikeluarkan .( Tony uphoff, 2016 ,
Https://Business.Thomasnet.Com/About )

2.2.5 Kajian Terhadap Pneumatik

7
Rajah 2.7: Cara fluid berfungsi

Kuasa sistem cecair melibatkan perpindahan dan pengawalan tenaga melalui


tekanan gas dan cecair. Dalam pneumatik, kuasa yang digunakan adalah udara
dimana udara yang diperolehi daripada atmosfera. Udara dikurangkan melalui
isipadu dengan cara pemampatan sekaligus meningkatkan penggunaan tekanan
udara.

Penggunaan sistem hidraulik sebenarnya mempunyai beberapa kebaikan dan


kelemahannya yang tersendiri.Berikut dibawah merupakan kebaikan dan
kelemahan menggunakan sistem ini. Sangat sesuai di gunakan untuk mengangkat
beban yang berat dengan efficen. Selain itu, Sekiranya berlaku kebocoran sistem
masih boleh di gunakan , ini kerana pam akan terus membekalkan minyak ke dalam
sistem akan tetapi kecekapan sistem mungkin berkurangan. Seterusnya,
kelemahannya adalah Sekiranya tekanan hidraulik melebihi had yang di
tetapkan,hos yang di pasang mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada
anda.

8
BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek.
Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu projek
atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara
yang perlu dilalui sebelum suatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu
dilakukan dengan teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasil yang lebih
baik dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja
dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan
selamat. Dalam bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja
yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini. Setiap langkah kerja yang akan
dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman
mengenai penghasilan projek ini

Metodologi merupakan satu kaedah melalui kajian yang mempunyai


penerangan sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pemilihan metologi dalam pembangunan projek
merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dapat
dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan sistematik.

9
3.2 CARTA ALIR

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu proses di mana ia
ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak
panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang
timbul secara langkah demi langkah.Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak
dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran
data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah
aliran data sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi.Carta aliran telah
digunakan dalam menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau
menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan


projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang
mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea
yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk
menghasilkan satu produk dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif
daripada penghasilan projek,. Selepas projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan
aktiviti projek seperti proseS merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek.
Apabila projek telah siap, pengujian litar projek dilakukan oleh penyelia supaya
komponen projek berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek
untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas

10
penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang
pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir.

11
3.3 MENGENALPASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini


antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan
antar ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan
maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang
dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan dengan lancar tanpa
mempunyai sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada
pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan mesin
pembersih longkang automatik ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan
mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.

3.4 PERANCANGAN RANGKA DAN PELAKSANAAN KERJA

Proses merekacipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi


menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian keatas suatu projek. Antara
langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah :

3.4.1 Mencari Maklumat

Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai


komponenkomponen dan peralatan- peralatan yang perlu digunakan sepanjang

12
projek ini dijalankan. Peralatan yang dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil
tindakan seterusnya.

3.4.2 Reka Bentuk (konsep rekabentuk)

Analisis ini dijalankan untuk memilih konsep rekabentuk projek yang sesuai
dan terbaik. Terdapat 3 lakaran iaitu:

3.4.2.1 Konsep lakaran 1


Pandangan sisi

Pandangan atas

13
Lakaran diatas menunjukkan konsep lakaran pertama dari
pandangan sisi dan pandangan atas. Lakaran ini mempunyai
beberapa ciri lebih kerana ia lebih tahan lasak dan lebih kukuh.
Selain itu, rekabentuk ini juga lebih ringkas dan menggunakan kos
juga rendah

3.4.2.2 Konsep lakaran 2


Pandangan sisi

Pandangan atas

14
Lakaran diatas menunjukkan konsep lakaran kedua dari
pandangan atas dan pandangan sisi. Lakaran kedua ini
menunjukkan reka bentuk yang mudah untuk dibina tetapi bahan
yang digunakan tidak sesuai kerana ia menghalang aliran air
untuk mengalir. Selain itu, kos bahan untuk membinanya yang
tinggi.

3.4.2.3 Konsep Lakaran 3

Pandangan sisi

Pandangan atas

15
Rajah diatas menujukkan konsep lakaran ketiga dari pandangan sisi.
Konsep lakaran ini mempunyai bentuk yang menarik tetapi terlalu rumit untuk dibina
kerana ragum ini menggunakan konsep sfera. Selain itu, kos yang diperlukan untuk
membina projek ini sangat tinggi kerana banyak bahagian yang perlu dibina.

3.5 Kos Projek

Jadual menunjukkan kos yang diperlukan untuk menghasilkan projek, bahan-bahan


yang digunakan beserta ukurannya.

BIL PERKARA KUANTITI HARGA HARGA


SEUNIT KESELURUHAN
1 RAGUM MEJA 1 RM80.40 RM 80.40
2 SUIS KAKI 1 RM10.50 RM 10.50
3 NUT 4 RM 1.00 RM 4.00
4 BALL BEARING 1 RM 10.00 RM10.00
5 SOKET PLUG 13 A 1 RM 4.00 RM 4.00
6 6 PIN ROCKER SWITCH 1 RM 2.00 RM 2.00
7 POWER WINDOW MOTOR 1 RM 30.00 RM 30.00
8 HYDRAULIC PRESS 1 RM69.00 RM69.00
9 OIL PUMP 1 RM40.00 RM40.00
10 SPRING 1
JUMLAH RM238.90

Jadual 3.2: Jadual kos

16
Jadual 3.2 menunjukkan kos atau perbelanjaan yang diperlukan dalam menjayakan
projek ini. Sebanyak Rm 238.90 akan dibelanjakan untuk membeli hidraulik silinder
dan skru panjang .

3.6 Kesimpulan

Dalam peringkat permulaan, rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan data,


instrument kajian dan kaedah analisis data dibuat dengan sistematik dalam kajian
metodologi untuk mengetahui fakta dan maklumat-maklumat bagi menyokong
instrument kajian dan menggambarkan dengan lebih jelas dalam kajian ini. Selepas
analisis data-data dilakukan, adalah penting untuk melakukan rumusan atau
kesimpulan terhadap keputusan dan hipotesis iaitu sama ada pembersih longkang
automatik ini berfungsi dengan baik atau tidak.

17

Anda mungkin juga menyukai