Anda di halaman 1dari 7

BAB 6 - KONTRAK INSURANS

Pandangan Menyeluruh PANDANGAN MENYELURUH

6.1 Undang-Undang Kontrak


Dalam bab ini, pelbagai aspek perundangan
yang berkaitan dengan kontrak insurans akan
dibincangkan.

6.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

Suatu kontrak itu dikatakan telah termeterai


setiap kali polisi insurans dijual. Oleh itu, usaha
untuk mempelajari undang-undang insurans
adalah penting untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai transaksi insurans.

Semua kontrak adalah tertakluk dibawah


prinsip am undang-undang kontrak, seperti
yang dinyatakan dalam Akta Kontrak 1950.

6.1.1 Apa Itu Kontrak?

Kontrak boleh ditakrifkan sebagai perjanjian


yang sah di sisi undang-undang yang dibuat
oleh dua pihak atau lebih, iaitu, perjanjian yang
akan dikuatkuasakan oleh undang-undang
serta diiktiraf olehnya. Dengan itu, perjanjian
yang tidak sah di sisi undang-undang bukanlah
kontrak.

6.1.2 Perkara Asas Kontrak Insurans

Kontrak insurans ialah perjanjian yang sah di


sisi undang-undang antara insured dengan
insurer. Kontrak insurans seperti lain-lain
kontrak perdagangan adalah tertakluk kepada
prinsip am undang-undang kontrak. Seperti
dalam lain-lain perjanjian perdagangan, perkara
asas tertentu perlu ditepati sebelum perjanjian
insurans boleh dianggap sah di sisi undang-
undang.

91
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

Perkara asas ini adalah: dengan menyerahkan borang cadangan yang


diisi dengan lengkap dan bertandatangan kepada
• Niat untuk mengadakan perhubungan insurer atau ejen insurer tersebut. Insurer pula
yang sah mungkin menerima cadangan tersebut setelah
menimbang risiko yang dicadangkan dengan
• Tawaran dan penerimaan teliti. Insurer mungkin juga tidak menerima
cadangan tersebut mengikut syarat-syarat
• Persetujuan-consensus ad idem asal tetapi menawarkan perlindungan insurans
di atas syarat-syarat berbeza. Ini adalah
• Balasan tawaran balas daripada insurer. Dalam hal ini,
penerimaan akan dibuat oleh pencadang.
• Kemampuan di sisi undang-undang
untuk mengikat kontrak
6.1.2.3 Persetujuan
• Kontrak sah di sisi undang-undang

Sesuatu penerimaan itu tidak akan menjadi


6.1.2.1 Niat untuk Mengadakan sah di sisi undang-undang sehingga kesemua
Perhubungan yang Sah pihak bersetuju secara sepenuhnya. Dengan
kata lain, pihak-pihak dalam perjanjian mestilah
bersetuju atas semua syarat matan perjanjian.
Adalah wajib bagi pihak-pihak kepada perjanjian Apabila ini berlaku pihak-pihak dalam perjanjian
berniat untuk menjalinkan hubungan yang sah dikatakan dalam “consensus ad idem”, iaitu
di sisi undang-undang. Jika tidak, maka kontrak bersepakatan.
di antara mereka tidak wujud. Niat ini boleh
disimpulkan daripada syarat-syarat perjanjian,
perlakuan dan suasana persekitaran kontrak. 6.1.2.4 Balasan
Undang-undang pada amnya mengandaikan
perjanjian yang dibuat dalam persekitaran
perdagangan adalah dengan niat untuk Insured Membayar Premium
dijadikan sah di sisi undang-undang. Jadi
perjanjian insurans adalah diandaikan sebagai Setiap pihak perlu memberi balasan sebelum
sah dan mengikat insured dan insurer. perjanjian menjadi sah. Balasan adalah sesuatu
faedah yang diberi oleh satu pihak kepada
pihak yang satu lagi, atau bebanan yang akan
6.1.2.2 Tawaran dan Penerimaan ditanggung oleh satu pihak untuk pihak yang
lain.

Sesuatu tawaran mestilah dibuat oleh satu Insurer Memberi Indemniti atau Membayar
pihak kepada pihak yang lain. Pihak tersebut Amaun Insurans yang Dipersetujui
kemudiannya boleh menerima atau menolak
tawaran tersebut. Tawaran dan penerima Dalam kontrak insurans hayat dan insurans am,
mestilah dibuat dengan sukarela. Tawaran balasan insured ialah membayar atau berjanji
dan penerima boleh dibuat secara bertulis untuk membayar premium.
atau lisan, atau ianya boleh dibayangkan
melalui perlakuan. Dalam insurans, tawaran Balasan dari insurer pula adalah seperti
selalunya dibuat oleh pencadang apabila dia berikut;
mencadangkan untuk mendapat insurans

92
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

• Polisi insurans am ialah janji untuk 6.1.2.5 Kemampuan Disisi


membayar indemniti kepada Undang-Undang
insured apabila berlaku kerugian
yang diinsuranskan;
Siapa yang Mempunyai Kapasiti Untuk
• Polisi insurans hayat ialah janji Mengikat Kontrak?
untuk membayar amaun insurans
dan faedah tambahan, sekiranya Pihak yang hendak mengikat kontrak insurans
ada, apabila berlaku perkara yang mestilah mempunyai kapasiti atau kemampuan
diinsuranskan. dari segi undang-undang. Secara umumnya,
semua orang mempunyai kapasiti untuk
Polisi Boleh Berkuatkuasa Sebelum mengikat kontrak kecuali minor dan orang
Premium Dibayar dalam Perniagaan tidak siuman. Sungguhpun minor (individu
insurans Am. bawah umur 18 tahun) tiada kapasiti undang-
undang untuk terikat dengan kontrak,
Apabila balasan insured ialah untuk membayar Bahagian XII Seksyen 153 Akta Insurans 1996
atau berjanji untuk membayar premium, polisi memperuntukkan bahawa minor yang telah
mungkin boleh dikuatkuasakan sebelum mencapai umur 16 tahun boleh mengambil
premium dibayar. polisi insurans hayat atas dirinya sendiri atau
atas hayat orang lain yang ia mempunyai
Walau bagaimanapun, dalam polisi ‘tunai kepentingan boleh insurans. Dia juga boleh
sebelum lindung’ seperti polisi insurans motor, menyerahhak polisi insurans hayat darinya.
pertimbangan insured ialah membayar premium Seksyen 153 selanjutnya memperuntukkan
mengikut peruntukan undang-undang Malaysia bahawa minor berumur Diantara 10 tahun
iaitu membayar premium kepada insurer/ hingga 16 tahun boleh juga mengambil polisi
ejen/broker insurans motornya dihari ia diberi insurans hayat atas dirinya atau atas hayat
perlindungan insurans. Sesuatu risiko itu belum orang lain yang ia mempunyai kepentingan
dilindungi kecuali premium yang perlu dibayar boleh insurans serta boleh menyerahhak polisi
telah diterima oleh insurer. Sebaik sahaja nota insurans hayat dirinya dengan kebenaran
lindung atau polisi dikeluarkan, insurer tidak bertulis dari ibu-bapa atau penjaganya.
boleh menyangkal liabiliti atas alasan premium
belum diterima.
6.1.2.6 Sahnya Sesuatu Kontrak
Berkuatkuasa mulai Julai 2007, peraturan
‘tunai sebelum lindung’ juga meliputi polisi
kemalangan diri dan insurans perjalanan. Kontrak Tidak Sah
Peraturan ini perlu dipatuhi oleh perantara,
broker, pengendali takaful, insurer dan juga Sesuatu perjanjian boleh diwujudkan untuk
pelanggan langsung pengendali takaful. tujuan yang sah sahaja. Ia tidak sepatutnya
melibatkan perkara-perkara yang tidak sah
Selain dari kelas insurans yang dinyatakan atau bertentangan dengan kepentingan awam.
di atas, prinsip ‘tunai sebelum lindung’ tidak Perjanjian yang tidak sah atau bertentangan
digunakan dalam kelas perniagaan insurans dengan kepentingan awam tidak boleh
am ataupun insurans hayat yang lain. dikuatkuasakan oleh undang-undang. Kontrak
tidak sah, umpamanya perjanjian untuk
melakukan rompakan dan berkongsi harta
rompakan tersebut, atau polisi insurans yang
diambil untuk melindungi kapal yang digunakan

93
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

untuk kegiatan penyeludupan, atau seseorang 6.1.5 Kontrak Boleh Batal


menginsuranskan hayat orang lain untuk
tujuan pertaruhan. Contoh perjanjian yang
bertentangan dengan kepentingan awam ialah Tidak seperti kontrak batal, kontrak boleh
polisi insurans yang memberi perlindungan batal akan kekal sah sehinggalah pihak
indemniti terhadap saman yang dikenakan oleh yang teraniaya membuat pilihan untuk
statut atau pihak mahkamah. menganggapnya sebagai batal. Kontrak
insurans boleh batal sekiranya insured
gagal memberitahu fakta matan semasa
6.1.3 Kontrak Tercela perundingan kontrak atau melanggar waranti.
Dalam hal ini, kontrak tersebut sah sehingga
insurer membuat pilihan untuk membatalkan
Kontrak Batal, Boleh Batal atau Tidak Boleh kontrak berkenaan.
Dikuatkuasakan

Apabila terdapat kecacatan atau kesilapan 6.1.6 Kontrak Tidak Boleh


dalam kontrak ketika ianya dibuat, Dikuatkuasakan
kesahihannya boleh dipersoalkan. Kontrak
tersebut mungkin batal, boleh batal atau tidak
boleh dikuatkuasakan; bergantung kepada Tidak Mematuhi Syarat Undang-Undang
tahap kecacatan atau kecelaannya. Akan Menyebabkan Kontrak Tidak Boleh
Dikuatkuasakan.

6.1.4 Kontrak Batal Sungguhpun kontrak batal tidak boleh


dikuatkuasakan, tidak semua kontrak yang tidak
boleh dikuatkuasakan adalah kontrak batal.
Kontrak batal ialah kontrak yang dari sudut Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan tanpa
undang-undang ia tidak wujud dan/atau tidak menjadikannya batal biasanya digelar kontak
sah sejak dari awal lagi. Kontrak seperti ini tidak boleh berkuatkuasa. Secara umumnya,
dianggap batal dan ianya hanya bersifat sebagai kontrak tidak boleh berkuatkuasa timbul akibat
suatu perjanjian sahaja. Kontrak batal tidak kegagalan mematuhi syarat undang-undang,
boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. umpamanya sesetengah kontrak mestilah
Contoh kontrak batal ialah kontrak yang tidak dalam bentuk bertulis. Kontrak insurans marin
mempunyai balasan/pertimbangan. yang bukan dalam bentuk bertulis adalah satu
contoh kontrak tidak boleh kuatkuasa kerana
ia gagal memenuhi peruntukan statutori yang
memerlukan semua kontrak insurans marin
hendaklah dibuat secara bertulis.

94
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

SOALAN PENILAIAN DIRI

BAB 6

1. Untuk menjadikan sesuatu kontrak itu sah disisi undang-undang,

a. ia mestilah mempunyai balasan atau pertimbangan.


b. ia mestilah tidak bertentangan dengan dasar/kepentingan awam.
c. pihak yang terlibat hendaklah mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan
undang-undang.
d. kesemua di atas.

2. Diantara berikut, yang manakah dianggap kontrak tidak sah?

a. perjanjian jual beli rumah.


b. polisi yang menginsuranskan diri sendiri terhadap kematian akibat
kemalangan.
c. perjanjian berkongsi keuntungan hasil dari penjualan barangan.
d. perjanjian untuk memasuki kawasan pihak ketiga dan memindahkan harta
milik pihak ketiga tanpa kebenaran.

3. Di bawah polisi insurans ‘tunai sebelum lindung’, umpamanya polisi motor,


pertimbangan atau balasan dari insured ialah

a. membayar premium sekiranya difikirkan perlu berbuat demikian


b. membayar premium seminggu selepas menerima perlindungan insurans.
c. membayar premium pada tarikh ia menerima perlindungan insurans.
d. berjanji untuk membayar premium yang perlu dibayar.

4. Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai kontrak batal?

a. Kontrak batal tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah.


b. Kontrak batal adalah kontrak yang disisi undang-undang dianggap tidak
wujud dan tidak sah dari mula-mula lagi.
c. Kontrak batal adalah kontrak tidak sah dan ianya dianggap hanya perjanjian
semata-mata.
d. Kontrak batal akan terus sah sehingga pihak yang teraniaya membuat
keputusan untuk membatalkannya.

95
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

5. Dalam kontrak insurans am dan insurans hayat, pertimbangan atau balasan dari
insured ialah membayar atau berjanji untuk membayar premium; sementara di
bawah polisi insurans am, pertimbangan atau balasan dari insurer pula ialah

a. berjanji untuk membayar indemniti kepada insured sekiranya kerugian


berlaku.
b. berjanji untuk membayar amaun insurans tanpa mengambil kira amaun
kerugian.
c. berjanji untuk membayar amaun diinsuranskan berserta manfaat tambahan,
sekiranya ada, apabila berlaku kerugian atas peril yang diinsuranskan.
d. berjanji akan memulangkan bayaran kepada insured sekiranya tiada tuntutan
sehingga akhir tempoh polisi.

6. Berkuatkuasa mulai Julai 2007, peraturan tunai-sebelum-lindung meliputi

a. insurans perjalanan dan kemalangan diri


b. insurans kemalangan pelbagai
c. insurans kemalangan diri
d. insurans perjalanan

7. Yang manakah diantara berikut merupakan keperluan asas kontrak insurans?

i. niat untuk mengadakan hubungan yang sah


ii. tawaran dan penerimaan serta balasan
iii. persetujuan - consensus ad idem
iv. kemampuan disisi undang-undang untuk mengikat kontrak

a. kesemua di atas
b. tiada berkenaan
c. i, ii dan iii
d. ii, iii dan iv

8. Yang manakah diantara berikut TIDAK benar mengenai kontrak batal?

a. Undang-undang menganggap kontrak tidak wujud dan tidak sah sejak mula
lagi.
b. Ia dianggap tidak sah dan hanyalah perjanjian semata-mata.
c. Ia tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah
d. Ia adalah kontrak yang mempunyai pertimbangan atau balasan

96
BAB 6 - KONTRAK INSURANS

9. Sebelum sesuatu kontrak itu dianggap sah, tawaran hendaklah diiringi dengan

a. pengakuan.
b. balasan
c. penerimaan
d. syarat-syarat

10. Definisi yang paling tepat mengenai kontrak insurans ialah

a. Perjanjian yang sah disisi undang-undang diantara dua pihak atau lebih, dan
ianya boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
b. Perjanjian yang sah disisi undang-undang tetapi tidak diiktiraf oleh mana-
mana pihak.
c. Suatu bentuk perjanjian antara dua pihak atau lebih yang waras fikiran
d. Suatu bentuk perjanjian antara pencadang dan insurer

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

97

Anda mungkin juga menyukai