Anda di halaman 1dari 21

BMCO 2017

PRAGMATIK DAN WACANA

ANALISIS PRAGMATIK IMPLIKATUR


PERBUALAN BERDASARKAN TEORI GRICE
DALAM IKLAN RAYA ADABI TAHUN 2020

Pensyarah:
DR. ARINA BINTI JOHARI

Disediakan oleh:
NURUL IFFA BINTI NOORHISHAM
2017040
MLCOM
SEMESTER 2
1

1.0 Pengenalan
Dalam meniti arus kemodenan ini, iklan perniagaan merupakan suatu perkara yang tidak
asing lagi daripada kehidupan harian kita kerana setiap hari, kita pasti akan melihat atau
mendengar tentang iklan perniagaan sama ada di kaca televisyen, media sosial, surat
khabar, papan iklan mahu pun dalam majalah. Hal ini kerana, pengiklanan sebenarnya
telah memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan ekonomi negara
(Sharil Nizam Sha’ri et. al, 2016). Tujuan utama pengiklanan dihasilkan adalah untuk
memasarkan atau mengeluarkan sesuatu barangan, perkhidmatan dan juga idea baru yang
dapat memberi manfaat mahupun kemudahan kepada para pengguna. Hal ini bertepatan
dengan maksud pengiklanan yang dinyatakan oleh Kemedikbud (2016) dalam penulisan
Rani Rohimah dan Rima Mustika Apriliani (2019) yang mana pengiklanan didefinisikan
sebagai satu proses menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai produk atau
perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga. Penyampaian mesej-mesej pengiklanan ini
mestilah dilakukan dengan menarik supaya produk yang diiklankan tersebut mendapat
maklum balas yang baik daripada para pengguna. Bukan itu sahaja, pemilihan bahasa
juga memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia pengiklanan kerana bahasa
mampu menarik minat dan minda para pengguna terhadap produk yang diiklankan. Hal
ini bertepatan dengan pernyataan daripada Lau (2007) iaitu bahasa yang digunakan dalam
pengiklanan tidak perlu mementingkan tatabahasa dan formal, kerana bahasa iklan yang
kurang formal namun penuh dengan kreativi lebih cenderung menarik perhatian dan
minat pembaca iklan.

Kebiasaannya, para peniaga akan menggunakan bahasa retorik dalam pengiklanan


dan penggunaan bahasa retorik ini dapat dilihat dengan jelas dalam iklan-iklan
perniagaan terutamanya yang disiarkan melalui kaca televisyen. Menurut Kamus Dewan
(2017), retorik bermaksud pertuturan atau tulisan yang menggunakan kata-kata atau
bahasa yang indah dan kreatif untuk mempengaruhi pemikiran para pengguna. Daripada
sudut lain, retorik ini ditakrifkan berdasarkan dua perspektif iaitu perspektif pertuturan
dan juga perspektif penulisan. Menurut Sharil Nizam Sha’ri et. al, (2016), dalam
perspektif pertuturan, retorik ini didefinisikan sebagai suatu seni kemahiran yang
digunakan bagi menyampaikan mesej atau ucapan melalui bahasa yang efektif bagi
2

mempengaruhi minda orang ramai, manakala dari perspektif penulisan pula, retorik ini
ditakrifkan sebagai suatu seni penulisan dengan menggunakan bahasa yang indah,
menarik, bergaya, kreatif dan berkesan dalam menarik perhatian pembaca di samping
menyampaikan mesej kepada pembaca dengan mudah dan efektif. Penggunaan unsur
retorik ini dalam bidang pengiklanan adalah sebenarnya untuk memastikan mesej
berkaitan produk yang diiklankan tersebut sampai kepada golongan yang disasarkan oleh
pihak peniaga. Jadi, tidak hairanlah apabila penggunaan unsur retorik dalam penghasilan
iklan semakin meluas kerana ia merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam
usaha menerbitkan sebuah iklan. Dengan adanya unsur retorik ini, para peniaga dapat
berkomunikasi dengan golongan sasaran bagi perniagaan mereka dengan lebih mudah
kerana mesej yang ingin disampaikan melalui pengiklanan tersebut akan menjadi lebih
jelas dan menarik.

Dalam melakukan kegiatan komunikasi, manusia secara tidak langsung akan


memasukkan unsur implikatur dalam ujaran yang dituturkan sama ada secara sengaja
mahupun tidak sengaja. Implikatur perbualan merupakan salah satu cabang ilmu bahasa
atau lebih dikenali sebagai linguistik yang berada di bawah bidang pragmatik. Istilah
implikatur ini sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu implicate yang
membawa maksud pertuturan atau perbualan seseorang individu yang telah melanggar
hukum (Norhidayu Hasan, 2018). Istilah implikatur ini mempunyai pelbagai definisi atau
konsep berdasarkan pandangan daripada beberapa orang ahli falsafah dan linguistik
seperti Grice, Leech, Levinson dan sebagainya. Walau bagaimanapun, individu pertama
yang memperkenalkan konsep implikatur adalah Grice. Menurut Grice (1975) implikatur
perbualan mengacu pada prinsip kerjasama atau kesepakatan bersama yang mana setiap
perkara yang dibualkan oleh peserta mestilah saling berkait antara satu sama lain (Arina
Johari, n.d). Bagi memenuhi prinsip kerjasama ini, penyampaian ujaran yang bersesuaian
dengan konteks terjadinya peristiwa tutur, tujuan tutur dan giliran tutur yang ada
sangatlah disarankan. Junaiyah H. M. dan E. Zaenal Arifin (2010) pula mendefiniskan
implikatur sebagai sesuatu yang menjadi perantara bagi perkara yang diujarkan dengan
makna yang ingin disampaikan oleh penutur semasa berkomunikasi. Hal ini dikatakan
demikian kerana implikatur adalah satu ilmu yang mengkaji pertuturan dalam konteks
3

dan juga makna. Dalam pada itu, ia juga membincangkan makna yang terselindung
disebalik ujaran sama ada secara lisan mahupun tulisan. Jadi, secara umumnya,
implikatur ialah pertuturan yang mempunyai makna yang tersirat daripada seseorang
individu, dan pendengar yang mendengarkannya perlu memproses ujaran yang dituturkan
tersebut berdasarkan konteks ujaran penutur. Hal ini bertepatan dengan pernyataan
Norhidayu Hasan (2018) iaitu makna daripada ujaran seseorang individu tersebut
hendaklah dikemukakan secara implisit. Makna yang dikemukakan secara implisit ini
tidak dapat difahami sekiranya hanya melihat kepada makna literal atau denotatif sahaja,
sebaliknya ia perlu melihat kepada konteks dan niat seseorang individu yang
menuturkannya. Perkara ini disokong oleh Mustafa Atan (2010) yang menyatakan
bahawa makna bagi sesuatu ujaran itu dapat dijelaskan dengan lebih terperinci sekiranya
ia dianalisis berpandukan konteks.

Para pengkaji bidang linguistik kebiasaannya akan lebih cenderung memberi


tumpuan kepada kajian implikatur perbualan yang melibatkan dua individu. Keadaan ini
berlaku kerana implikatur perbualan lebih mudah untuk dikesan terutamanya semasa
sesuatu dialog terhasil ketika kegiatan komunikasi dijalankan. Walau bagaimanapun,
implikatur sebenarnya bukan sahaja berlaku semasa sesuatu dialog terhasil sahaja, malah
ia turut berlaku dalam ucapan sehala seperti pidato, ceramah dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, implikatur perbualan ini juga berlaku dalam pelbagai situasi dalam kehidupan
seharian kita sama ada sedar ataupun tidak termasuklah dalam iklan-iklan perniagaan
yang dihasilkan. Seperti yang dinyatakan pada awal penulisan ini, memandangkan dunia
sekarang lebih moden, pengiklanan turut dilakukan dengan menggunakan video yang
mana video tersebut dimuat naik ke dalam media sosial untuk melariskan sesuatu
perniagaan dan sudah pasti dalam video pengiklanan tersebut turut berlakunya implikatur
perbualan. Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada implikatur yang
digunakan oleh peniaga ketika menghasilkan iklan perniagaan bagi produk yang dijual.
Iklan yang menjadi pilihan pengkaji adalah iklan perniagaan daripada sebuah syarikat
pengilang makanan di Malaysia iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. Syarikat ini
mengkhususkan pembuatan produk makanan termasuklah rempah dan sos. Pelbagai
kaedah pengiklanan yang telah digunakan oleh Syarikat Adabi bagi memasarkan
4

produknya dan salah satu kaedah pengiklanan yang digunakannya ialah pengiklanan
melalui aplikasi YouTube. Syarikat ini telah menghasilkan beberapa video seperti drama
pendek hari raya di samping mempromosikan produknya. Jadi, pengkaji menggunakan
peluang ini untuk mengkaji implikatur perbualan yang terdapat dalam salah satu video
iklan raya daripada Syarikat Adabi yang bertajuk Iklan Raya Adabi 2020, Adabi Raya
Tetap Raya. Video iklan ini berdurasi 2 minit 54 saat dan mempunyai 42 dialog serta 55
ujaran. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mengkaji implikatur perbualan ini berdasarkan
teori daripada seorang ahli falsafah bahasa iaitu Grice.

Merujuk kepada teori Grice (1975), prinsip kerjasama yang ditekankan oleh
beliau telah menggariskan empat maksim perbualan iaitu maksim kuantiti, maksim
kualiti, maksim relevan dan juga maksim cara. Maksim kuantiti merujuk kepada proses
komunikasi yang memberi maklumat berinformatif seperti yang diingankan oleh pihak
lawan tutur, manakala maksim kualiti pula merupakan ujaran yang hanya menyatakan
perkara yang benar dan cukup bukti kebenarannya sahaja. Bagi maksim relevan pula, ia
merupakan ujaran yang memberikan maklumat saling berkait antara kedua-dua pihak
yang melakukan kegiatan komunikasi. Maksim yang terakhir pula ialah maksim cara
yang memberikan maklumat dengan jelas, mengelakkan kekaburan, ringkas dan teratur.
Bagi tiga yang pertama dalam maksim cara tersebut adalah berkaitan dengan perkara
yang diujarkan dan yang keempat iaitu teratur adalah berkenaan dengan cara seseorang
mengatakan perkara yang diujarkan tersebut. Jadi, berdasarkan empat maksim daripada
Grice ini, pengkaji berminat untuk melakukan kajian implikatur ini kerana ingin melihat
pelanggaran maksim Grice yang berlaku di dalam iklan perniagaan bagi Syarikat Adabi.
Hal ini demikian juga kerana cara pertuturan yang sering dianggap memberi kerjasama
kadangkala sering tidak mematuhi maksim-maksim yang telah diperkenalkan oleh Grice
ini.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji iaitu yang pertama,
untuk mengenal pasti jenis implikatur perbualan berdasarkan teori Grice yang berlaku
5

dalam iklan raya daripada Syarikat Adabi tahun 2020. Objektif yang seterusnya pula
adalah untuk menganalisis implikatur perbualan berdasarkan teori Grice yang berlaku
dalam iklan raya daripada Syarikat Adabi tahun 2020 tersebut.

2.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang mana data yang
dianalisis adalah dalam bentuk ujaran dan kata-kata daripada video iklan raya yang
dikeluarkan oleh Syarikat Adabi pada tahun 2020. Data yang diperoleh berupaya untuk
menjelaskan fakta yang ada dalam bentuk huraian atau naratif. Dalam menganalisis data,
pengkaji menggunakan penelitian yang bersifat deskriptif dengan kaedah analisis
kandungan kerana data yang dikumpul tersebut adalah data yang diambil daripada iklan
berbentuk video yang dimuat naik ke dalam aplikasi YouTube. Objek dalam penelitian
ini berupa implikatur yang terdapat dalam Iklan Raya Tahun 2020, Adabi Raya Tetap
Raya. Instrumen dalam penelitian ini pula adalah meneliti dengan menggunakan alat
untuk mencatat data yang diperoleh seperti buku atau nota atau bahan bacaan yang
berkaitan dengan pragmatik serta implikatur. Teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
pengumpulan data adalah dengan cara mengamati dan mengkaji dengan teliti dan cermat
setiap kalimat atau ujaran yang dituturkan dalam video iklan tersebut. Kemudian, data
dianalisis menggunakan teori daripada Grice dan pendekatan pragmatik berkaitan kajian
implikatur.

3.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini menjelaskan tentang jenis implikatur perbualan berdasarkan teori Grice
yang berlaku dalam iklan raya daripada Syarikat Adabi tahun 2020. Sehubungan dengan
itu, beberapa data dianalisis untuk menghuraikan implikatur yang telah dikenal pasti
sebagai penjelasan kepada makna sebenar yang ingin disampaikan oleh Syarikat Adabi
melalui iklan perniagaan tersebut.
6

Jadual di bawah menunjukkan peratusan bilangan bagi setiap jenis implikatur


perbualan atau pelanggaran maksim yang berlaku dalam iklan raya Adabi tahun 2020.
Pengkaji telah meneliti video iklan raya tersebut dan mencatat setiap unsur pelanggaran
maksim yang berjaya dikenal pasti. Jadual 1 yang beikut merupakan maklumat tentang
implikatur pebualan dalam iklan perniagaan, iaitu kolum 1 - jenis maksim; kolum 2 -
bilangan maksim; kolum 3 - peratusan; dan kolum 4 - jumlah.

Jadual 1. Implikatur dalam iklan perniagaan


1 2 3
Jenis Maksim Bilangan Maksim Peratusan (%)
Maksim relevan 2 33.33

Maksim kuantiti 1 16.67

Maksim kualiti 1 16.67

Maksim cara 2 33.33

4
JUMLAH 6 100

Berdasarkan jadual 1 di atas, analisis menunjukkan bahawa video iklan raya


Adabi tahun 2020 tersebut telah memasukkan empat jenis implikatur terhadap maksim
yang dikenalkan oleh Grice iaitu implikatur bagi maksim relevan, maksim kuantiti,
maksim kualiti dan juga maksim cara. Bilangan bagi setiap jenis pelanggaran maksim
tersebut yang terdapat dalam video iklan perniagaan Adabi adalah tidak setara. Seperti
yang tertera dalam jadual 1, bilangan pelanggaran bagi maksim relevan adalah sebanyak
2 kali yang mana ia bersamaan dengan 33.33%. Seterusnya, bagi bilangan pelanggaran
maksim kuantiti pula, pengkaji mendapati bahawa hanya sekali sahaja ianya berlaku
sepanjang video iklan raya Adabi tersebut dianalisis yang mana ia adalah bersamaan
dengan 16.67%. Hal ini adalah setara dengan bilangan pelanggaran bagi maksim kualiti
yang juga hanya sekali sahaja berlaku. Yang terakhir adalah bilangan pelanggaran bagi
maksim cara iaitu peniaga telah memasukkan unsur pelanggaran maksim ini sebanyak 2
kali iaitu bersamaan dengan 33.33% dalam proses pengiklanan produk Adabinya. Jadi,
7

daripada data di atas, jelaslah bahawa implikatur terhadap maksim relevan dan maksim
cara adalah yang paling dominan kerana pengkaji mendapati bahawa kedua-dua
pelanggaran maksim tersebut adalah yang paling sering digunakan dalam video iklan
raya Adabi tahun 2020.

3.1 Perbincangan Dapatan Kajian

3.1.1 Maksim Relevan

Berikut merupakan data implikatur terhadap maksim relevan yang mengikut kepada teori
daripada Grice. Paparan dapatan analisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang
mempunyai 5 kolum, iaitu kolum 1 - jenis maksim; kolum 2 - konteks; kolum 3 -
implikatur; kolum 4 - ungkapan/ujaran; dan kolum 5 - dialog.

Jadual 2: Implikatur terhadap maksim relevan


1 2 3 4 5
Jenis maksim Konteks Implikatur Ungkapan/ujaran Dialog
Relevan Mak memberikan Tidak “Alamak!” Mak: Angah!
pertanyaan kepada memberikan Ketupat dah
anak perempuannya maklumat yang anyam ke
saling berkait belum?
Angah:
Alamak!
Relevan Mak memberikan Tidak “Aduh!” Mak: Yang awak
pertanyaan sambil memberikan tu pegang
menyindir ayah maklumat yang handphone lagi
saling berkait dah kenapa?
Ayah: Aduh!

Merujuk kepada jadual 2 di atas, ia menunjukkan implikatur terhadap maksim


relevan mengikut konteks tertentu. Konteks perbualan data 1 bagi implikatur terhadap
8

maksim relevan tersebut hanya melibatkan dua pihak atau individu sahaja iaitu video
iklan tersebut telah menampilkan watak seorang yang bergelar mak dalam lingkungan
umur 40-an. Watak mak tersebut sedang mengajukan soalan kepada anak perempuannya
yang baru bangun daripada tidur akibat dikejut oleh maknya dalam keadaan yang sedikit
marah. Anak perempuannya itu adalah seorang gadis yang dalam lingkungan umur 20-an
di mana gelaran angah digunakan untuknya. Konteks perbualan ini menunjukkan
implikatur terhadap maksim relevan kerana ujaran yang digunakan oleh pihak tutur
adalah tidak saling berkait iaitu pihak tutur menggunakan ujaran atau ungkapan yang
tidak berkiat dengan soalan yang diajukan iaitu “Alamak!”. Hal ini juga kerana, dalam
dialog tersebut, watak mak telah mengajukan pertanyaan iaitu “Angah! Ketupat dah
anyam ke belum?” dan pihak lawan tutur yang merupakan anak perempuan bagi watak
mak telah menjawab soalan tersebut dengan menggunakan ujaran “Alamak!”, sedangkan
jawapan yang sepatut diterima oleh watak mak tersebut hanyalah dua iaitu sudah anyam
atau belum anyam. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak lawan tutur telah
memberikan maklumat yang tidak berkait dengan apa yang diujarkan oleh penutur 1.
Ujaran “Alamak!” ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa anaknya telah
menepis soalan yang diajukan oleh watak mak tersebut kerana ungkapan “Alamak!” ini
kebiasaannya digunakan untuk situasi yang mengejutkan dan mengigatkan kita kepada
sesuatu keadaan lain yang luar daripada konteks perbualan asal. Makna tersirat disebalik
ujaran “Alamak!” yang berjaya dianalisis oleh pengkaji ialah anak perempuan kepada
watak mak tersebut terlupa untuk mengayam ketupat kerana ujarannya itu menunjukkan
bahawa dia mengimbas kembali situasi yang menyebabkan dia terlupa untuk menganyam
ketupat yang disuruh oleh maknya. Jadi, data 1 ini jelas menunjukkan berlakunya
implikatur terhadap maksim relevan kerana ujaran yang digunakan untuk menjawab
pertanyaan yang diajukan adalah tidak berkait dengan pertanyaan tersebut.

Seterusnya, bagi data kedua yang menunjukkan implikatur terhadap maksim


relevan adalah bagi konteks perbualan yang menampilkan dua watak yang sedang duduk
di ruang tamu dengan memperagakan busana raya bagi menunjukkan suasana di pagi hari
raya. Dua watak tersebut adalah watak sepasang suami isteri yang menjadi mak dan ayah
kepada tiga orang remaja. Babak ini menunjukkan watak isteri sedang mengajukan
9

pertanyaan kepada suaminya dengan nada memerli. Konteks perbualan ini menunjukkan
implikatur terhadap maksim relevan kerana ujaran yang digunakan oleh suaminya untuk
menjawab pertanyaan tersebut adalah tidak berkait iaitu “Aduh!”. Hal ini adalah kerana,
dalam dialog tersebut, watak isteri telah mengajukan pertanyaan kepada watak suami
dengan nada yang memerli iaitu “Yang awak tu pegang handphone lagi dah kenapa?”
dan pertanyaan tersebut telah dibalas dengan ujaran “Aduh!” daripada watak suami,
sedangkan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh pihak lawan tutur adalah dengan
menerangkan punca dia masih memegang telefon bimbit tersebut kepada isterinya agar
pertanyaan isterinya terjawab. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak lawan tutur
telah memberikan maklumat yang tidak berkait dengan konteks perbualan watak isteri
tersebut. Ujaran “Aduh!” tersebut membawa implikatur bahawa watak suami mengeluh,
kemungkinan watak suami sudah penat kerana sering diajukan pertanyaan yang sebegitu.
Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu, ujaran “Aduh!” tersebut hanya digunakan
untuk menyatakan perasaan sakit, kagum atau hairan. Berkemungkinan juga makna
terselindung disebalik ujaran “Aduh!” tersebut ialah watak suami hairan kerana isterinya
mengajukan pertanyaan tentang kenapa dia masih memegang telefon bimbit sedangkan
dia hanya ingin membuat panggilan video bersama anak-anaknya. Jadi, data 2 ini jelas
menunjukkan implikatur terhadap maksim relevan kerana ujaran yang diberikan oleh
pihak lawan tutur adalah tidak berkait dengan konteks perbualan yang dibicarakan.

3.1.2 Maksim kuantiti

Berikut merupakan data implikatur terhadap maksim kuantiti yang mengikut kepada teori
daripada Grice. Paparan dapatan analisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang
mempunyai 5 kolum, iaitu kolum 1 - jenis maksim; kolum 2 - konteks; kolum 3 -
implikatur; kolum 4 - ungkapan/ujaran; dan kolum 5 - dialog.
10

Jadual 3: Implikatur terhadap maksim kuantiti


1 2 3 4 5
Jenis maksim Konteks Implikatur Ungkapan Dialog
/ujaran
Kuantiti Mak memberikan Tidak memberikan “Errr..Angah Mak: Haa!
pertanyaan maklumat yang lupa” Jangan sibuk
kepada anak berinformatif nak bercinta.
perempuannya seperti yang Ketupat tu dah
melalui nota diinginkan oleh beli ke belum?
suara aplikasi pihak lawan turtur Angah: Errr..
WhatsApp Angah lupaa

Berdasarkan jadual 3 di atas, analisis data menunjukkan implikatur terhadap


maksim kuantiti yang diperkenalkan oleh Grice. Konteks perbualan dalam iklan di
bahagian babak ini menunjukkan perbualan diantara watak mak dengan anak
perempuannya yang digelar sebagai angah dalam drama pendek tersebut sebagaimana
konteks perbualan bagi data 1 dalam jadual 2 di atas. Konteks dalam babak ini
memperlihatkan watak mak tersebut mengajukan pertanyaan dengan menghantar nota
suara melalui aplikasi WhatsApps kepada angah yang sedang leka membuat panggilan
video bersama kekasihnya. Situasi ini jelas menunjukkan implikatur terhadap maksim
kuantiti kerana jawapan yang diberikan oleh angah merupakan ujaran yang tidak
berinformatif seperti yang diinginkan oleh pihak lawan tutur iaitu “Errr.. Angah
lupaa..”. Hal ini dikatakan melanggar maksim kuantiti kerana ia tidak memenuhi ciri
yang ditetapkan oleh Grice dalam mematuhi maksim kuantiti iaitu ujaran mestilah
berinformatif seperti yang diinginkan oleh pihak lawan tutur. Dalam dialog tersebut,
watak mak telah mengajukan pertanyaan kepada angah iaitu “Haa! Jangan sibuk nak
bercinta. Ketupat tu dah beli ke belum?” dan angah menjawab pertanyaan tersebut
dengan ujaran “Errr.. Angah lupaa..”, sedangkan jawapan yang sepatutnya diberikan
oleh angah kepada maknya hanyalah dua iaitu sama ada dia sudah membeli ketupat atau
belum. Makna tersirat yang ingin disampaikan oleh angah disebalik ujarannya itu adalah
11

dia masih belum membeli ketupat yang disuruh oleh maknya. Bagi mengelakkan maknya
marah lebih teruk, dia memilih untuk menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan
alasan dia tidak membeli ketupat itu terlebih dahulu. Jadi, di sini jelaslah iklan
raya Adabi tahun 2020 telah memasukkan unsur implikatur terhadap maksim kuantiti.

3.1.3 Maksim kualiti

Berikut merupakan data implikatur terhadap maksim kualiti yang mengikut kepada teori
daripada Grice. Paparan dapatan analisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang
mempunyai 5 kolum, iaitu kolum 1 - jenis maksim; kolum 2 - konteks; kolum 3 -
implikatur; kolum 4 - ungkapan/ujaran; dan kolum 5 - dialog.

Jadual 4: Implikatur terhadap maksim kualiti


1 2 3 4 5
Jenis maksim Konteks Implikatur Ungkapan Dialog
/ujaran
Kualiti Mak memberikan Tidak menyatakan “Tapi tiba- Mak: Along,
pertanyaan perkara yang benar tiba gas rendang macam
kepada anak dan tidak habis..” mana?
perempuannya mempunyai bukti Angah: Along
dengan nada kebenarannya ingat nak buat
yang sangat semalam.. Tapi
lembut sambil tiba-tiba gas
tersenyum habis..

Merujuk kepada jadual 4 di atas, ia menunjukkan implikatur terhadap maksim


kualiti mengikut konteks perbualan tertentu. Konteks perbualan data yang ke-4 ini
menampilkan watak mak seperti dalam konteks perbualan bagi data-data sebelum ini
dengan seorang lagi anak perempuannya yang berusia lingkungan 20-an iaitu along.
Watak mak tersebut mengajukan pertanyaan dengan sangat lembut sambil tersenyum
kepada along yang baru sahaja bangun daripada tidur setelah dikejut olehnya. Situasi ini
12

memperlihatkan adanya unsur implikatur terhadap maksim kualiti pada ujaran along iaitu
“Tapi tiba-tiba gas habis..”. Hal ini dikatakan begitu kerana, dalam dialog perbualan
tersebut, watak mak telah menanyakan soalan kepada along iaitu “Along, rendang macam
mana?” dan along menjawab, “Along ingat nak buat semalam.. Tapi tiba-tiba gas
habis..”. Ujaran “Tapi tiba-tiba gas habis..” tersebut sebenarnya telah melanggar
maksim kualiti kerana along tidak menyatakan perkara sebenar yang berlaku serta along
juga tidak mempunyai bukti kebenaran tentang apa yang dituturkan olehnya. Hal ini
kerana, perkara yang sebenarnya terjadi adalah rendang yang dibuat oleh along semalam
telah hangus disebabkan kelekaannya dalam bermain Tiktok ketika memasak. Jadi, bagi
menyelamatkan dirinya daripada dimarahi oleh maknya, dia memilih untuk tidak
menyatakan kebenaran tersebut. Makna tersirat disebalik ujaran along itu adalah dia ingin
melepaskan diri daripada terus dimarahi oleh maknya dan bagi mengelakkan maknya
mempersoalkan tentang rendang yang hangus tersebut. Tambahan pula, rendang yang
dimasak olehnya itu telah hangus disebabkan oleh kesalahan dirinya sendiri. Jadi, dengan
memberikan ujaran tersebut, dia berharap agar maknya tidak memarahinya. Justeru itu,
jelaslah bahawa data 4 ini telah menunjukkan implikatur terhadap maksim kualiti yang
dikenalkan oleh Grice kerana terdapatnya makna tersirat disebalik kebohongan yang
diujarkan oleh along.

3.1.4 Maksim cara

Berikut merupakan data implikatur terhadap maksim cara yang mengikut kepada teori
daripada Grice. Paparan dapatan analisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang
mempunyai 5 kolum, iaitu kolum 1 - jenis maksim; kolum 2 - konteks; kolum 3 -
implikatur; kolum 4 - ungkapan/ujaran; dan kolum 5 - dialog.
13

Jadual 5: Implikatur terhadap maksim cara


1 2 3 4 5
Jenis maksim Konteks Implikatur Ungkapan/ujaran Dialog
Cara Mak memberikan Memberikan “Haa.. kena juga Mak: Adik! Nak
pertanyaan kepada maklumat yang aku ni..” lari mana tu?
anak lelakinya tidak jelas, Langsir bila nak
sambil bercekak kabur, rumit pasang?
pinggang dan tidak teratur Angah: Haa..
kena juga aku
ni..
Cara Mak memberikan Memberikan “Makkk…” Mak: Mak tak
pertanyaan kepada maklumat yang tahu lagi macam
anak-anaknya tidak jelas, mana mak nak
sambil kabur, rumit cakap pasal
menunjukkan rasa dan tidak teratur korang ni..
kecewa terhadap Korang ni tak
sikap anak-anaknya nak raya
agaknya..
Korang memang
tak sayangkan
mak kan?
Along, angah,
adik: Makkk…

Berdasarkan jadual 5 di atas, analisis data menunjukkan implikatur terhadap


maksim cara yang diperkenalkan oleh Grice mengikut konteks perbualan tertentu.
Konteks perbualan bagi data 5 telah menampilkan dua watak iaitu watak mak seperti di
konteks perbualan atas dan juga watak seorang remaja lelaki yang berusia 20-an yang
menjadi anak kepada watak mak tersebut. Gelaran yang diberikan kepada watak remaja
lelaki tersebut ialah adik. Situasi pada babak ini menunjukkan watak mak sedang
14

bercekak pinggang sambil mengajukan pertanyaan kepada adik yang sedang menutup
pintu biliknya kerana ingin keluar. Daripada konteks perbualan ini, implikatur terhadap
maksim cara telah dikenal pasti kerana adik telah menggunakan ujaran “Haa.. kena juga
aku ni..”. Hal ini kerana, dalam dialog tersebut, ibu telah mengajukan soalan kepada adik
iaitu “Adik! Nak lari mana tu? Langsir bila nak pasang?” dan ujaran yang digunakan oleh
adik ialah “Haa.. kena juga aku ni..”. Ujaran ini dilihat telah melanggar maksim cara
kerana adik telah menjawab pertanyaan maknya dengan memberikan maklumat yang
tidak jelas, kabur, rumit dan tidak teratur. Pertanyaan tersebut sepatutnya dijawab dengan
memberitahu maknya tempat yang ingin dituju dan waktu langsir tersebut akan dipasang,
sebaliknya adik lebih memilih untuk menggunakan ujaran itu. Ujaran “Haa.. kena juga
aku ni..” adalah sangat kabur di mana pihak lawan tutur pasti tidak dapat menafsir
mengapa ujaran tersebut digunakan. Hal ini kerana, pelbagai andaian dapat digunakan
bagi menafsir ujaran tersebut. Makna tersirat yang terdapat dalam ujaran tersebut ialah
adik sebenarnya mengeluh kerana dia turut disuruh oleh ibunya untuk membuat
persediaan hari raya dengan memasang langsir. Bukan itu sahaja, ujaran tersebut juga
menunjukkan bahawa adik cuba untuk mengelak daripada membuat kerja rumah namun
tetap berjaya ditemui oleh maknya. Walau bagaimanapun, ujaran tersebut telah
melanggar prinsip kerjasama yang telah dikenalkan oleh Grice. Jadi, jelaslah bahawa
ujaran yang digunakan oleh adik ini sebenarnya mempunyai unsur implikatur terhadap
maksim cara.

Seterusnya, data 6 yang menunjukkan implikatur terhadap maksim cara adalah


bagi konteks perbualan yang menampilkan empat watak iaitu watak mak, along, angah
dan adik. Situasi ini menunjukkan watak seorang mak yang mengajukan pertanyaan
kepada anak-anaknya dengan nada yang sangat kecewa kerana sikap anak-anaknya yang
kurang endah terhadap permintaannya untuk membuat persiapan hari raya yang bakal
menjelang tidak lama lagi. Setelah mengajukan soalan tersebut, watak mak tersebut terus
masuk ke dalam bilik tanpa menunggu jawapan daripada anak-anaknya. Keadaan ini
dikatakan mempunyai unsur implikatur terhadap maksim cara kerana ujaran yang
digunakan oleh ketiga-tiga anaknya bagi menunjuk tindak balas terhadap soalan maknya
adalah tidak jelas, kabur, rumit dan tidak teratur iaitu “Makkk..”. Hal ini dikatakan
15

begitu kerana, dalam dialog tersebut, watak mak telah mengajukan soalan iaitu “Korang
memang tak sayangkan mak kan?” dan ketiga-tiga anaknya serentak menjawab dengan
menggunakan satu ujaran iaitu “Makkk..”. Ujaran ini dilihat telah melanggar maksim
cara kerana ungkapan “Makkk..” tersebut tidak menjawab persoalan watak mak.
Jawapan yang sepatutnya diberikan oleh anak-anaknya adalah meyakinkan mak mereka
bahawa mereka sayangkan mak mereka agar rasa kecewa di hati watak mak tersebut
dapat berkurang. Ujaran “Makkk..” ini adalah tidak jelas dan kabur kerana pelbagai
tanggapan akan bermain-main difikiran watak mak tersebut kerana jawapan yang
diterima tidak jelas. Walau bagaimanapun, makna tersirat disebalik ujaran itu adalah
anak-anaknya cuba untuk memujuk hati mak mereka namun maknya telah masuk ke bilik
tanpa mendengar pujukan mereka. Bukan itu sahaja, ujaran ini turut memberi makna
tersirat iaitu menunjukkan rasa serba salah mereka terhadap maknya kerana mereka
enggan membuat persediaan awal untuk menyambut hari raya. Jadi, jelaslah bahawa
ujaran yang digunakan oleh watak along, angah dan adik tersebut mempunyai unsur
implikatur terhadap maksim cara berdasarkan teori Grice.

4.0 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang dilakukan ini, dapat disimpulkan bahawa terdapatnya implikatur
terhadap keempat-empat jenis maksim yang telah diperkenalkan oleh Grice iaitu implikatur
terhadap maksim relevan, maksim kuantiti, maksim kualiti dan juga maksim cara. Hal ini
menunjukkan bahawa Implikatur perbualan yang dimasukkan ke dalam drama pendek iklan raya
Adabi tahun 2020 merupakan pemangkin kepada usaha untuk menarik minat pelanggan yang
menjadi sasaran Syarikat Adabi ini. Justeru, unsur implikatur yang dimasukkan ke dalam iklan
tersebut sememangnya telah berjaya kerana menggunakan bahasa yang indah, mudah difahami
dan meyakinkan pelanggan dengan barangan yang dijual. Sebagai contoh, dalam iklan raya
Adabi ini, produk yang ingin diketengahkan oleh syarikat ini adalah ketupat segera Adabi yang
merupakan keluaran baharu bagi syarikat ini. Natijahnya, setiap iklan perniagaan sememangnya
mengandungi unsur implikatur tanpa mengira media yang digunakan untuk mempromosikan
produk yang dijual. Hal ini kerana, implikatur atau unsur tersirat ini merupakan aspek yang
penting dalam melariskan jualan di samping memperkenalkan produk terbaru yang terdapat di
pasaran.
16

Rujukan

Arina Johari. (n.d). Implikatur Perbualan. [Nota Kuliah].


https://liveiiumedu.sharepoint.com/:p:/r/sites/BMCO2107Grp2Sem220212022/Class
%20Materials/BAB%202%20IMPLIKATUR/BMCO%202107%20IMPLIKATUR
%20%20Unit%204.pptx?d=w36e3ec2240f441008ed23ae39497e4cf&csf=1&web=1

Arina Johari. (2016). Manifestasi kesantunan Melayu dalam ujaran memberi dan meminta
nasihat. Journal of Language Studies, 16(2).
https://liveiiumedu.sharepoint.com/:b:/r/sites/BMCO2107Grp2Sem220212022/Class
%20Materials/BAB%205A%20KAEDAH%20MENGANALISIS%20DALAM
%20PRAGMATIK/10982-38622-1-PB%20GEMA%20ONLINE%20ARINA
%20JOHARI.pdf?csf=1&web=1

Dhyaan Annisa Djuita Nugroho. (2020). Analisa prakmatik pelanggaran maksim percakapan
dalam iklan mie sedap: Sebagai proses kreatif pembuatan iklan. Jurnal Komunikasi
Profesional, 4(1), 58-73.
https://www.researchgate.net/publication/341603789_Analisa_prakmatik_pelanggaran_mak
sim_percakapan_dalam_iklan_mie_sedaap_sebagai_proses_kreatif_pembuatan_iklan

Dian Bayu Betaringsih. (2016). Implikatur pada wacana iklan radio di Semarang. [Doctoral
thesis, Universiti Negeri Semarang]. http://lib.unnes.ac.id/28722/1/2111412006.pdf

Junaiyah, H. M., & E. Zaenal Arifin. (2010). Keutuhan wacana.


https://books.google.com.my/books?id=ns9YqQd-
Hh0C&printsec=frontcover&dq=inauthor:%22Junaiyah+H.M.,+E.+Zaenal+Arifin
%22&hl=ms&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
17

Lau, S. K. (2007). Fenomena percampuran kod dalam iklan perniagaan bahasa Cina di
Malaysia. [Doctoral thesis, Universiti Malaya].
http://studentsrepo.um.edu.my/3998/1/lau_su_kia.pdf

Norhidayu Hasan. (2018). Implikatur dalam filem patriotik. [Doctoral thesis, Universiti Putra
Malaysia]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71133/1/FBMK%202018%2021%20IR.pdf

Nurul Ashikin Abdul Halim., Razli Ahmad., & Hanum Hassan. (2019). Kesantunan bahasa
dalam slogan iklan syarikat produk kesihatan sebagai strategi pemasaran digital.
Unpublished manuscript.
https://www.researchgate.net/publication/335925858_Kesantunan_Bahasa_Dalam_Slogan_
Iklan_Syarikat_Produk_Kesihatan_Sebagai_Strategi_Pemasaran_Digital

Sharil Nizam Sha’ri., Hafizan Azman., Mohd Asri Ismail., & Vivekananda M A A/L N. Marie.
(2016). Retorik dalam risalah iklan makanan segera di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Jurnal Kesidang. 1, 102-127. file:///C:/Users/ASUS/Downloads/114-200-1-SM.pdf
18

LAMPIRAN 1
(Transkripsi audio kepada teks iklan Raya Adabi 2020)

Mak : Bangun!!!!
Angah : Ya Allah!
Along : Mati la aku…
Adik : Dah start dah drama diorang ni…
Mak : Korang ni kan, memang nak kena.. Dah besar pun perangai tak berubah. Angah!
Ketupat dah anyam ke belum?
Angah : Alamak!

(Imbas kembali situasi angah sedang membuat panggilan video bersama kekasihnya)

Mak : Haa! Jangan sibuk nak bercinta. Ketupat tu dah beli ke belum?
Angah : Errr.. Angah lupaa..
Mak : Apaa?!

Krikk.. krikk.. krikk..

Mak : Along, rendang macam mana?


Along : Along ingat nak buat semalam.. Tapi tiba-tiba gas habis..
Mak : Tak payah nak tipu. Ingat mak tak tahu?

(Imbas kembali situasi angah sedang merakam video di aplikasi Tiktok sehingga rendang yang
dimasak olehnya hangus)
19

Mak : Adik! Nak lari mana tu? Langsir bila nak pasang?
Adik : Haaa.. kena juga aku ni…
Mak : Mak tak kira. Kalau hari ini, semuanya tak siap lagi, esok kita semua tak payah raya!
Huh!
Angah : Hah?
Along : Hah?
Adik : Hah?
Ayah : Aduh!

(Situasi along sedang memotong daging, adik sedang mengelap kipas syiling dan angah sedang
menganyam ketupat)

Mak : Bila nak siap kalau along potong daging beku? Adik, kalau kaki kerusi tu patah.. mak
akan patahkan sekali dengan kaki-kaki adik tau!
Angah : *berusaha menganyam ketupat. Heh!
Mak : Eeee!
Ayah : Aduh!
Mak : Mak tak tahu macam mana mak nak cakap pasal korang ni.. Korang ni tak nak raya
agaknya.. Korang memang tak sayangkan mak kan?
Angah, adik, along : Makkkkkk….

(Situasi angah dan along membuat panggilan video dengan mak mereka)

Angah : Mak, walaupun ketupat tak jadi.. Ketupat adabi kan ada…
Mak : *Senyum
Along : Mak, rendang dah siap. Sedapnyaaa… Tak sabar nak makan.
Mak : *Menamatkan panggilan video tersebut sambil tersenyum

Alunan Takbir Raya


20

(Situasi along, angah dan adik membuat panggilan video bersama ayah dan mak mereka di pagi
raya)

Mak : Yang awak tu pegang handphone lagi dah kenapa?


Ayah : Aduh!
Angah : Haaa yaa kejapp…
Adik : Hai mak.. Hai ayah!
Angah : Ha okay!
Along : Hai mak.. Hai ayah!
Angah : Hai along..
Along : Selamat Hari Raya!
Semua : Maaf zahir batin!

LAMPIRAN 2
(Tangkap layar video iklan raya Adabi tahun 2020 di aplikasi YouTube)

Anda mungkin juga menyukai