Anda di halaman 1dari 2

55.

Bincangkan dasar ekonomi yang dilaksanakan di Filipina semasa pemerintahan Presiden


Ferdinand Marcos (1965-1987).

Ferdinad Marcos dilantiuk sebagai presiden Filipina pada tahun 1965 dan memerintah
sehingga tahun 1987. Nama sebenar beliau ialah Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos. Semasa
pemerintahan beliau, Filipina menghadapi masalah kemelesetan ekonomi yang teruk. Bukan itu
sahaja, berlaku masalah ketidakstabilan politik dalam negara ekoran ancaman komunis dan
golongan pemisah muslim. Oleh itu, Marcos telah mengambil langkah dengan melaksanakan
beberapa dasar ekonomi bagi membangunkan ekonomi Filipina.

Salah satu dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Marcos di Filipina ialah menubuhkan
Lembaga Pembangunan Ekonomi Negara. Lembaga ini ditubuhkan bagi merancang dan
melaksanakan projek. Bukan itu sahaja, lembaga ini turut mengambil alih tugas yang dijalankan oleh
Staf Ekonomi presiden sebelum pemerintahan Ferdinand Marcos. Contohnya, antara peranan yang
dimainkan oleh lembaga ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan, memaksimumkan pertumbuhan
ekonomi,meningkatkan pencapaian fisikal dan mewujudkan kestabilan kewangan. Justeru,
penubuhan Lembaga Pembangunan Ekonomi membantu pengurusan ekonomi negara dengan
dijalankan dengan terancang.

Selain itu, Ferdinand Marcos telah melaksanakan Program Pembangunan Pertanian sebagai
dasar ekonomi di Filipina. Program ini dilaksanakan untuk membangunkan sektor pertanian.
Contohnya, kerajaan menggalakkan petani menanam padi baka IR.8 hybrid yang menyebabkan
berlaku peningkatan dan pengeluaran beras. Marcos juga menggalakkan rakyat terlibat dalam
aktiviti penternakan seperti ikan air tawar dan udang. Tambahan pula, kerajaan menyediakan
pinjaman kredit kepada golongan petani dan menyediakan bekalan pertanian dengan kadar faedah
yang rendah. Tegasnya, pelaksanaan Program Pembangunan Pertanian merupakan dasar ekonomi
yang dilaksanakan oleh Ferdinand Marcos di Filipina.

Di samping itu, dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Marcos di Filipina termasuklah
pembaharuan sistem tanah. Dalam konteks ini, Marcos mengambil langkah untuk menyelesaikan
masalah pemilikan tanah. Contohnya, beliau telah memperkenalkan Akta 1972 bagi menangani
masalah tanah yang dihadapi oleh golongan petani. Menurut akta tersebut, petani mendapat faedah
memperoleh tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Contohnya, seramai 1.3 juta petani
mendapat tanah seluas 1.3 hektar bagi menanam padi dan jagung.Tuntasnya, Akta 1972 membantu
menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi oleh golongan petani. Tegasnya, pembaharuan sistem
tanah merupakan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Ferdinand di Filipina.

Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Ferdinand Marcos yang seterusnya ialah
pembaharuan Undang-Undang Buruh. Beliau telah mengambil langkah bagi menjaga hak dan
kebajikan golongan buruh. Undang-undang ini telah meningkatkan peluang pekerjaan dan
pembangunan sumber manusia. Pengenalan undang-undang ini juga menyebabkan golongan
pekerja mendapat insentif. Contohnya, pekerja diberi 13 bulan gaji dan elaun sara hidup. Bukan itu
sahaja, peruntukkan juga disediakan untuk memberi latihan kepada golongan pekerja. Jelaslah,
pembaharuan Undang-Undang Buruh merupakan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Ferdinand
Marcos di Filipina.

Kesimpulannya, semasa pemerintahan Marcos pelbagai usaha telah diambil untuk


membangunkan ekonomi Filipina. Namun demikian, keadaan ekonomi merosot ekoran amalan
rasuah yang berleluasa dan dominasi golongan elit terhadap kekayaan negara. Perkembangan ini
menyebabkan golongan kaya menjadi semakin kaya manakala pendapatan rakyat biasa semakin
berkurang. Keadaan ini menyebabkan rakyat tidak puas hati terhadap Marcos sehingga tercetus
penentangan terhadap pemerintahannya.

Anda mungkin juga menyukai