Anda di halaman 1dari 12

[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH


DAERAH KUALA TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI


[PERMOHONAN NO: 11007-054-0049-2017]

ANTARA

NOR AZMA TENG AH ... PEMOHON


KP: 690427-11-5386

DENGAN

AHMAD ARIFIN ... RESPONDEN


KP: 650516-11-5031

DI HADAPAN TUAN HAKIM,


TUAN ZAMZAM BIN ISMAIL, PJK.,
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH KUALA
TERENGGANU,
DI KUALA TERENGGANU

PADA HARI SELASA, 25 RABIUL AKHIR 1438H


BERSAMAAN 24 JANUARI 2017

FAKTA KES

Kes yang didengar ini adalah permohonan untuk mengesahkan perceraian antara
Pemohon dengan suaminya, Responden yang didakwa dilafazkan oleh Responden
pada 21/12/2016 tehadap Pemohon. Pemohon dan Responden tidak pernah bercerai
sebelum ini. Lain-lain permohonan tidak dibuat oleh Pemohon.

Penemuan fakta menunjukkan wujudnya perkahwinan antara Pemohon dengan


Responden pada 10/03/1988 di hadapan jurunikah bernama Hj Mukhtar bin Hj
Abdullah dengan berwalikan Embong bin Ali, iaitu bapa kandung Pemohon – rujuk

1
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Surat Perakuan Nikah Bil. 42/88 GELUGOR - Ekshibit NAT “2”. Hasil
perkahwinan telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Merujuk afidavit Pemohon yang difailkan pada 09/01/2017, Pemohon menyatakan


bahawa Responden telah melafazkan cerai kepada Pemohon pada 21/12/2016, jam
11.59 malam, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon
anaknya dengan patah kata, “kak bela laa ma baik-baik sepanjang dia duduk
dengan kak, jangan bagi dia keluar sorang diri dan jgn bagi dia keje, kalu dia
ingkar maka tertalak lah dia dengan talak tiga”.

Lafaz cerai yang dikatakan oleh Responden hanya akan membawa kepada
perceraian bilamana berlakunya pelanggaran lafaz takliq tersebut. Sewaktu lafaz
cerai diucapkan, Pemohon tinggal bersama anaknya di Kuaters Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Telanai kerana Pemohon mula tinggal bersama anak
kira-kira tiga hari sebelum lafaz itu diucapkan. Pemohon telah melanggar takliq
tersebut kira-kira seminggu selepas lafaz itu diucapkan iaitu pada 28/12/2016
kerana keluar dari rumah bersama anak ke tempat kerja untuk bekerja di kedai nasi
kukus di Wakaf Beruas. Selepas berlakunya pelanggaran takliq sedemikian,
Pemohon memohon agar permohonan pengesahan lafaz cerai ini diputuskan
Mahkamah.

ULASAN PENGHAKIMAN

Mahkamah berpendapat isu utama dalam permohonan yang dikemukakan oleh


Pemohon ini ialah berkenaan dengan perceraian secara lafaz takliq yang didakwa
telah berlaku antara Pemohon dan Responden di luar Mahkamah. Adalah diketahui
bahawa ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri boleh terputus sama ada
dengan pilihan suami atau dengan keputusan Qadhi/Hakim. Manakala perceraian
secara lafaz talaq adalah berlaku dengan pilihan suami iaitu dengan cara suami
melafazkan cerai kepada isteri.

2
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Merujuk kitab Mughnil Muhtaj, oleh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-
Khatib al-Sharbiny, jilid keempat, cetakan Darul Hadis, Kaherah, tahun 1427Hijrah
bersamaan 2006 Masihi, pada muka surat 454, talak dari segi istilahnya diertikan
sebagai “melepaskan ikatan nikah atau perkahwinan dengan lafaz talaq atau
dengan lafaz yang tertentu yang seumpama dengannya”.

Mengenai kedudukan Mahkamah dalam memutuskan kes ini, seksyen 42 Enakmen


Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu), 1985 memperuntukkan:-

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa


jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah
perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang
suami melafazkan talaq kecuali –

(a) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum


Syara'; dan

(b) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada


masa permohonan itu diserahkan adalah di Terengganu.

Menurut peruntukan undang-undang sebagai mana disebut di atas itu, timbul


beberapa persoalan. Persoalan pertama, adakah Pemohon di dalam permohonan ini
bermastautin di Terengganu. Keduanya, adakah akad nikah perkahwinan antara
Pemohon dengan Responden sebagai mana yang didakwa itu wujud atau tidak.
Ketiga jika akadnikah perkahwinan antara Pemohon dengan Responden itu wujud
atau berlaku, adakah akadnikah itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
Persoalan keempat, setelah persoalan-persoalan sebelum ini dapat memenuhi
kehendaknya, barulah boleh diteliti mengenai dakwaan berlakunya perceraian
antara Pemohon dengan Responden.

Mengenai persoalan pertama, iaitu adakah Pemohon di dalam permohonan ini


bermastautin di Terengganu. Mengikut peruntukan seksyen 2 Enakmen Undang-

3
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985, ‘bermastautin’ diertikan sebagai tinggal
tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Berdasarkan
peruntukan ini dan berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan di dalam
Mahkamah ini, saya berpuashati bahawa Pemohon pada masa permohonan ini
dibuat adalah bermastautin di Terengganu beralamat di A-G-1 Kuarters Guru
Sekolah Menengah Tun Telanai, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu. Oleh yang
demikian Pemohon adalah layak untuk membuat Permohonan ini.

Berkenaan persoalan kedua dan ketiga pula, mahkamah telah berpuashati bahawa
ianya telah dibuktikan dengan pengakuan pihak-pihak dan surat pengakuan nikah
yang ditenderkan bahawa wujudnya perkahwinan mereka berdua dan telah
didaftarkan sebagaimana peruntukan undang-undang.

Persoalan keempat iaitu dalam menentukan dakwaan lafaz cerai ini, Mahkamah
perlu meneliti rukun-rukun perceraian dan syarat-syaratnya telah dipenuhi. Di
dalam kitab 'Iaanah al-Taalibin, oleh Al-Sayyid al-Bikri Ibn al-Sayyid Muhammad
Shatho al-Dimyaatti, cetakan Darul Fikr, Beirut, Labenon, cetakan pertama 1418H/
1997M, juzuk keempat, muka 5, ada menyebut:

‫ و والية عليه‬،‫ ومحل‬،‫ وقصد‬،‫ وصيغة‬،‫ زوج‬: ‫وأركانه خمسة‬

Yang bererti: Dan adapun rukun talaq itu ada lima, iaitu suami, lafaz
yang digunakan, diqasadkan (ada kesengajaan) talaq, kepada siapa
talaq itu ditujukan atau isteri yang mana satu, dan talaq itu dijatuhkan
dengan kekuasaan suami.

Mahkamah tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut berhubung rukun talaq
pertama kerana Mahkamah berpuashati bahawa Pemohon adalah suami yang sah
kepada Responden semasa lafaz cerai itu dilafazkan dan telah memenuhi rukun
talaq yang pertama iaitu suami.

4
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Rukun kedua dan ketiga pula adalah saling berkaitan antara satu sama lain, maka
perbincangan kedua-dua rukun tersebut dibuat secara bersama. Mengenai rukun
kedua iaitu sighah dan rukun nikah ketiga iaitu qasad atau niat, di dalam kitab
Matan Abi Shuja c yang dinamakan al-Ghayah wa al-Taqrib, cetakan 1417H/1997M,
pada halaman 32 ada menyebut:

َ ‫ َو ال‬. ‫ح‬ ُ ‫ الط ﱠ ال َ قُ َو ال ْ ف ِ َر ا قُ َو ال س ﱠ َر ا‬: ‫ظ‬ ٍ ‫ح ث َ ال َ ث َ ة ٌ أ َ ل ْ ف َ ا‬ ‫ ف َ ال ﱠ‬: ٌ ‫ح َو ك ِ ن َا ي َ ة‬


ٌ ْ ‫ص رِ ي‬ ٌ ْ ‫ص رِ ي‬
َ : ‫ض ْر ب َ ا ِن‬ َ ُ‫الط ﱠ ال َ ق‬
َ ◌ّ ّ ‫ظ ا ْح ت ُ ِم َل الط‬
َ ‫◌ ال َ قُ َو غَ ي ْ ُر ه ُ َو ي َ ف ْ ت َ ق ِ ُر ا ِ ل‬
‫ى‬ ٍ ْ ‫ ك ُ ﱡل ل َ ف‬: ُ ‫ َو ال ْ ك ِ ن َا ي َ ة‬, ِ‫ى ال ن ﱢ ي ﱠ ة‬
َ ‫ح الط ﱠ ال َ قُ ا ِ ل‬ َ ‫ي َ ف ْ ت َ ق ِ ُر‬
ُ ْ ‫ص رِ ي‬
ِ ‫ال ن ﱢ ي ﱠ ة‬

Maksudnya: “Mengenai talaq ianya ada dua jenis, iaitu talaq yang nyata
dan talaq secara sindiran. Talaq yang nyata itu adalah melalui tiga lafaz,
iaitu lafaz talaq, lafaz firaq (cerai) dan lafaz sarah (lepas). Talaq melalui
lafaz yang nyata ini tidak lagi memerlukan niat menjatuhkan talaq.”

Berkaitan rukun talaq yang kedua dan ketiga, Mahkamah merujuk kepada
keterangan-keterangan yang diberikan dengan fakta-fakta berikut:

1. Responden telah membuat ikrar di dalam Mahkamah bahawa lafaz


“kak bela laa ma baik-baik sepanjang dia duduk dengan kak, jangan
bagi dia keluar sorang diri dan jgn bagi dia keje, kalu dia ingkar
maka tertalak lah dia dengan talak tiga” telah diucapkan dan
dilafazkan terhadap Pemohon melalui SMS yang dihantar ke telefon
milik anak mereka pada 21/12/2016 (Rujuk m/s 1 Nota Keterangan).

2. Pemohon telah membuat ikrar bahawa telah melanggar takliq pada


28/12/2016 dengan tindakan keluar dari rumah bersama anak untuk ke
tempat kerja (Rujuk m/s 3 Nota Keterangan)

3. Fakta-fakta di atas diakui sendiri oleh Pemohon dan Responden


dengan berdasarkan ikrar yang dibuat di dalam Mahkamah (Rujuk m/s
2 dan 3 Nota Keterangan).

5
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Mengenai pensabitan talaq atau perceraian berdasarkan iqrar suami, di dalam kitab
I c anat al-Talibin, juzuk keempat, pada halaman 27 ada menyebut:

‫ح ﱢر ي َ ي ْ ِن عَ ْد ل َ ي ْ ِن‬ ُ ‫ت الط ﱠ ال َ قُ كَ ا ال ْ ِء ق ْ َر ار ِ ب ِ شَ ھ َ ا دَ ة ِ َر‬


ُ ‫ج ل َ ي ْ ِن‬ ُ ِ ‫ا ِ ن ﱠ َم ا ي ُث ْ ب‬

Maksudnya: “Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua


orang lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana ianya disabitkan dengan
iqrar adanya talaq oleh suami.”

Di dalam kitab I c anat al-Talibin juzuk ketiga, pada halaman 187 pula ada
menyebut:

ً ‫ح قﱢ عَ ل َ ي ْ ه ِ َو ي ُ سَ مﱠ ى ا ِ ْع ت ِ َر اف ا‬ ُ ‫ھ ُ َو ل ُ غَ ة ً ا َ ال ْ ِء ث ْ ب َ ا‬
َ ِ ‫ت َو شَ ْر ع ا ً ا ِ ْخ ت ِ ي َ ا ُر ال ش ﱠ ْخ ص ِ ب‬

Maksudnya: “Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala


mengikut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas diri
pemberitahu itu. Iqrar disebut juga sebagai iktiraf.”

Mahkamah merujuk kepada peruntukan Hukum Syarak sebagaimana ditaqninkan di


dalam undang-undang. Di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Terengganu) 2001, seksyen 17 ada memperuntukkan:

Seksyen 17. Iqrar ditakrifkan.

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain
berkenaan dengan sesuatu hak.

(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat-

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

6
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil,
balih dan 'adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau
fakta relevan ialah qarinah.

Setelah meneliti situasi keadaan yang diikrarkan oleh Pemohon dan Responden,
Mahkamah berpuashati bahawa Responden telah menggunakan lafaz takliq. Ta’liq
dari segi bahasa bermaksud gantung atau sangkut. Manakala menurut istilah fikah,
ta’liq bermaksud mengaitkan berlakunya talaq dengan suatu peristiwa atau
perbuatan sebagai syarat. Dengan lain perkataan talaq akan jatuh sekiranya berlaku
peristiwa atau perbuatan yang dimaksudkan itu. Umpamanya, seorang suami
berkata kepada isterinya, “Jika engkau keluar dari rumah ini tanpa kebenaranku,
maka engkau akan tertalaq”. Maka sekiranya isteri keluar rumah juga tanpa
kebenaran suami tersebut maka talaq akan jatuh.

Menurut seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam


(Terengganu), 1985 “ta’liq” ertinya ikrar, sama ada secara lisan atau bertulis,
yang dibuat oleh suami sesudah akad nikah atau bila-bila masa kemudianny,
bahawa isterinya akan tertalak apabila berlakunya kejadian yang ditentukan dalam
ikrar itu.

Menurut Mazhab Syafie dan juga Maliki, talaq melalui tulisan, walaupun berbentuk
soreh (jelas/nyata), adalah tidak menjatuhkan talaq dan tidak mendatangkan kesan
kecuali dengan niat. Selain daripada syarat ini, Syafie juga mensyaratkan bahawa
tulisan tersebut hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya. Harus juga
diingatkan bahawa fatwa seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
pada 27 Julai 2003 menyatakan bahawa “talaq dalam bentuk tulisan yang jelas
daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui
faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talaq berbentuk kinayah dan
adalah sah jika disertai dengan niat”. Mengambil kira semua ini, dapat disimpulkan

7
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
bahawa talaq yang dibuat secara tulisan adalah dihukum sebagai satu talaq yang
berbentuk kinayah dan memerlukan kepada niat untuk menjadikannya sah.

Lafaz yang dihantar melalui SMS di dalam kes ini adalah dalam bentuk yang nyata
(soreh) kerana mengandungi perkataan “talak” tetapi berbentuk kinayah kerana
dihantar melalui SMS. Oleh itu, penggunaan lafaz tersebut sebagai cerai perlu
disertai dengan niat perceraian oleh suami kepada isterinya ketika melafazkan lafaz
tersebut.

Responden semasa keterangan berada dalam keadaan waras dan tanpa paksaan dan
memahami perbuatan beliau. Mahkamah menyoal Responden apakah yang
dimaksudkan dengan lafaz “…keluar sorang diri”. Responden mengakui lafaz
tersebut bermaksud bahawa Pemohon keluar berseorangan. Mahkamah juga
menyoal Responden berkenaan dengan maksud takliq yang dilafazkan sebagaimana
dalam afidavit perkara nombor 8.1. Responden menjelaskan bahawa takliq tersebut
bermaksud sepanjang tempoh Pemohon tinggal dengan anak Pemohon, beliau tidak
membenarkan Pemohon keluar berseorangan dan tidak membenarkan Pemohon
bekerja. Apabila Responden tidak membenarkan maka mahkamah berpendapat
Responden serius dan tegas dengan niatnya untuk menceraikan Pemohon sekiranya
berlaku pelanggaran.

Mahkamah berpuas hati dan berpendapat bahawa rukun cerai kedua iaitu sighah
telah pun sempurna iaitu sighah perceraian SMS antara Pemohon dan Responden
ini adalah dengan menggunakan lafaz kinayah. Mahkamah juga berpuashati dan
berpendapat wujud rukun cerai ketiga iaitu niat talaq semasa melafazkannya.

Mengenai rukun talaq yang keempat, iaitu kepada siapa talaq itu ditujukan atau
isteri yang mana satu ditujukan lafaz talaq, Mahkamah berpuas hati daripada iqrar
dan keterangan yang diberikan di dalam Mahkamah ini bahawa lafaz talaq yang
telah dilafazkan oleh Responden melalui SMS adalah ditujukan kepada Pemohon,
Nor Azma binti Tengah. Pemohon semasa lafaz cerai itu dilafazkan adalah isteri

8
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
yang sah kepada Pemohon dan Pemohon berada dalam keadaan suci. Justeru itu,
Mahkamah berpuashati dan berpendapat rukun cerai keempat dalam kes ini telah
wujud dan sempurna.

Berkenaan dengan rukun talaq kelima pula iaitu, kekuasaan suami melafazkan
talaq, Mahkamah berpuashati berdasarkan keterangan secara beriqrar Responden di
dalam Mahkamah pada hari ini, bahawa Responden telah melafazkan cerai dengan
talaq ke atas Pemohon itu adalah dengan keupayaan dan kehendak Responden
sendiri. Lafaz yang berlaku adalah dalam Responden berkeadaan waras dan tidak
dipaksa oleh mana-mana pihak.

Mengikut hukum syarak, sesuatu perbuatan atau tindakan adalah diambil kira ke
atas pelakunya apabila dia seorang yang Mukallaf (dipertanggungjawabkan hukum-
hukum syara’ ke atasnya). Justeru itu seorang yang tidur, gila (hilang akal),
seorang kanak-kanak yang belum baligh adalah bukan seorang yang mukallaf,
berdasarkan kepada hadith:

‫ وعن النائم حتى يستيقظ‬، ‫ وعن المجنون حتى يفيق‬، ‫ عن الصبي حتى يبلغ‬: ‫رفع القلم عن ثالث‬

Maksudnya: “Diangkat kalam (tidak ditaklifkan) dari tiga golongan: kanak-


kanak sehingga dia baligh, orang tidur sehingga dia bangun (jaga) dan
orang gila sehingga dia berakal” (Riwayat Abu Daud (4403) dan lainnya).

Berkenaan dengan keperluan taklif dalam perkara perceraian yang diambil kira oleh
Hukum Syarak, di dalam kitab Mughni al-Muhtaj di dalam bab al-Talaq halaman
471 jilid keempat ada dinyatakan nas-nas berikut:

‫يشترط لنفوذه أي الطالق من المطلق من جزا كان أو معلقا )التكليف ( أي أن يكون مكلفا فيصح من‬
‫ وال يصح من غير مكلف كصبي ومجنون ومغمى عليه‬، ‫ أي ولو كان ھازال‬، ‫السفيه والمريض‬
‫ لخبر ) رفع القلم‬، ‫ ووجدت الصفة بعد األھلية في المعلق لفساد عبارته‬، ‫ونائم ال تنجيزا وال تعليقا‬
‫ وقد يتصور طالق المجنون‬، ‫عن ثالث( نعم لو تولد جنون من سكر تعدي فيه نفذ طالقة في جنونه‬
‫بغير سكر تعدي فيه‬

9
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
Terjemahannya: “Disyaratkan jatuh talaq dari orang yang menjatuhkan
talaq (suami) samada lafaz talaq itu secara terus (direct) atau secara ta’liq
adalah Taklif iaitu seorang yang mukallaf. Oleh itu sah talaq yang
dilakukan oleh seorang yang safih dan orang sakit, walaupun dia dalam
keadaan main-main. Dan tidak sah talaq yang dilakukan oleh seorang yang
tidak mukallaf seperti kanak-kanak, orang gila, orang yang pengsan, orang
tidur samada lafaz yang dibuat itu lafaz secara terus atau secara ta’liq,
samada berlaku sifat/syarat ta’liq itu selepas kembali kelayakannya (taklif
semula) kerana lafaz cerai itu sendiri adalah fasad. Perkara ini berdasarkan
kepada sebuah Hadis Nabi (Diangkat kalam terhadap tiga golongan…) Ya,
jika mabuk itu adalah berpunca dari perbuatan yang melampaui hukum
syara’, talaq yang dilakukan pada masa mabuk itu adalah terlaksana/sah,
kerana kadang-kadang perceraian semasa mabuk itu boleh berlaku bukan
mabuk yang berpunca dari perbuatan yang melampaui hukum Syara’”.

Di dalam kes ini, Mahkamah berpuashati bahawa Responden adalah seorang yang
mukallaf pada masa melafazkan lafaz takliq kepada Pemohon. Pemohon juga adalah
seorang mukallaf sewaktu pelanggaran takliq berlaku. Menurut keterangan
Pemohon dan Responden sewaktu perbicaraan, Mahkamah berpuas hati bahawa
Pemohon berada di dalam waras dan tidak dipaksa sewaktu menghantar lafaz cerai
takliq melalui SMS dan Responden juga turut berada dalam keadaan yang sama
sewaktu pelanggaran takliq berlaku. Mahkamah berpandangan ia adalah suatu iqrar
yang mengikat diri Pemohon dan Responden dan diterima oleh Mahkamah sebagai
suatu iqrar dalam mensabitkan sesuatu hukum.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

1. SAYA SABIT telah berlaku perceraian di antara Pemohon, Nor Azma binti
Tengah, No. KP: 690427-11-5386 dengan Responden, Ahmad bin Arifin, No.
KP: 650516-11-5031 dengan perceraian talaq tiga kali pertama (Bain Kubra)

10
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
daripada pelanggaran lafaz takliq suami oleh isteri pada 28 rabiul Awal 1438
Hijrah bersamaan 28 Disember 2016.

2. SAYA SABIT perceraian berlaku di luar Mahkamah dan tanpa keizinan


Mahkamah.

3 SAYA SABIT berdasarkan kepada pengakuan isteri semasa diceraikan


dalam keadaan suci yang telah putus haid. Oleh itu SAYA PERINTAH
kepada Pemohon, Nor Azma binti Tengah, No. KP: 690427-11-5386
hendaklah beriddah selama tiga kali suci mulai 28 Rabiul Awal 1438 Hijrah
bersamaan 28 Disember 2016, jika ingin berkahwin dengan lelaki lain.

4. SAYA PERINTAH Surat Perakuan Nikah Bil. 42/88 Gelugor No. 00775,
yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan
Rujuk Orang Islam Daerah Kuala Terengganu, Terengganu diserah kepada
Mahkamah untuk urusan pembatalan.

5. SAYA BERI kebenaran kepada pihak-pihak untuk menfailkan sebarang


tuntutan lain dalam prosiding yang berasingan pada masa hadapan.

6. SAYA SABIT alamat penyampaian terakhir pihak-pihak ialah :-

Nor Azma binti Tengah.


A-G-1, Kuarters Guru Sekolah Menengah Tun Telanai,
21400 Marang,
Terengganu.

DAN,

Ahmad bin Arifin.


Kampung Kubang Parit,
Lorong Pok Teh Embong,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu.

11
[2017] 3 LNS 2 Legal Network Series
DIBERI DI BAWAH TANDATANGAN saya dan Meterai Mahkamah Rendah
Syariah Daerah Kuala Terengganu pada hari ini, Selasa, 25 Rabiul Akhir 1438H
bersamaan 24 Januari 2017.

12

Anda mungkin juga menyukai