Anda di halaman 1dari 9

132 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a ZAKARIA TALIB
lwn.
NORZIAH AHMAD

b MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, SHAH ALAM


ZOHDI TOHA H
[RAYUAN MAL NO: 1230-17-1999]
3 SEPTEMBER 2001
PERCERAIAN: Talak - Talak tiga - Lafaz cerai - Lafaz cerai melalui
c surat - Sama ada sabit - Rukun dan syarat perceraian - Sama ada
dipenuhi - Enakmen Pentadbiran Perundangan 1989 [Selangor],
s. 42(b)(2)(i) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Selangor],
ss. 4, 45 - Enakmen Keterangan Syariah 1996 [Selangor], s. 17(3)

d [Nota Pengarang: Enakmen Keterangan Syariah 1996 telah di mansuh


oleh Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Walaupun begitu, pentafsiran ‘iqrar’ masih dikekal oleh s. 17 Enakmen
2003]
Pada atau sekitar 14 Januari 1997, responden menerima sepucuk surat dari
e perayu/suaminya yang antara lain menyatakan: “saya dengan ini melafazkan
cerai talak tiga kepada kamu ... dan dengan ini terputuslah segala ikatan
antara saya dan puan”. Ekoran permohonan yang dibuat oleh responden bagi
mengesahkan perceraiannya, Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Selangor
(‘MRS’) mengesahkan dan mensabitkan cerai talak tiga di antara perayu dan
f responden. Perayu tidak membuat apa-apa bantahan terhadap permohonan
responden di MRS, namun telah merayu terhadap keputusan yang dibuat oleh
MRS itu. Di hadapan yang arif hakim rayuan, isu penting yang timbul adalah
sama ada lafaz cerai talak tiga di sini, walaupun dibuat melalui sepucuk surat,
merupakan lafaz yang sempurna dan memenuhi segala rukun dan syarat
g perceraian di sisi syarak, dan dengan itu harus disahkan.
Diputuskan (menolak rayuan):
[1] Yang arif hakim MRS tidak tersilap dalam membuat keputusannya dari
segi undang-undang dan hukum syarak dan keputusannya mensabitkan
h gugur talak tiga ke atas responden adalah sah. Yang arif hakim juga
mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan
responden berdasarkan peruntukan s. 42(b)(2)(i) Enakmen Pentadbiran
Perundangan Islam Selangor 1989 dan ss. 4 & 45 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Selangor 1984. (ms 135 g-i)
i
[2005] 1 CLJ (Sya) Zakaria Talib lwn. Norziah Ahmad 133

[2] Yang arif hakim MRS tidak silap dalam keputusannya itu kerana perayu a
sendiri mengakui: (i) tidak membantah terhadap permohonan responden di
MRS; (ii) telah menulis surat yang berkenaan; dan (iii) menulis surat
tersebut dengan niat mencerai, dalam keadaan waras dan dengan kerelaan
hati. Selain itu, sabitan juga sah kerana rukun-rukun talak – iaitu suami,
sighah, qasad, isteri dan kekuasaan suami atas isteri ketika menjatuhkan b
talak – telah sempurna dipenuhi. (ms 136 a-b)
[3] Lafaz atau perkataan yang digunakan oleh perayu dalam suratnya tersebut
adalah lafaz atau perkataan yang jelas – sarih – iaitu perkataan ‘talak’.
Para fuqaha sependapat bahawa sesuatu perkahwinan akan terbubar oleh
perkataan yang menggunakan ‘talak’ atau yang seumpamanya, sama ada c
dengan lafaz, tulisan mahupun dengan menggunakan isyarat. Lagipun, oleh
kerana lafaz yang ditulis menggunakan perkataan yang jelas/sarih, niat
sipenulis tidak perlu dibuktikan. (ms 137 b-d, g)
Obiter: d
[1] Walaupun kuasa mencerai ada di tangan suami, ia tidak boleh disalahguna
atau diguna dengan sewenang-wenangnya. Perkataan ‘cerai’ tidak boleh
dipermain-mainkan sekalipun untuk bergurau senda kerana ia akan
menyebabkan gugurnya talak. (ms 139 d-e)
e
[English Translation of Headnotes]
DIVORCE: Talak - Three talak - Pronouncement of divorce -
Pronouncement though letter - Whether effective - Prerequisites and
requirements for divorce - Whether complied with - Administration of
Islamic Law Enactment 1989 [Selangor], s. 42(b)(2)(i) - Islamic Family f
Law Enactment 1984 [Selangor], ss. 4, 45 - Syariah Evidence Enactment
1996 [Selangor], s. 17(3)
[Editor’s Note: The Syariah Evidence Enactment 1996 was repealed by
the Syariah Court Evidence (State of Selangor) Enactment 2003. Section g
17 of the 2003 Enactment, however has retained the definition of iqrar
in the 1996 Enactment]
On or about 14 January 1997, the respondent received a letter from her
husband/appellant inter alia telling her that: “I hereby pronounce a divorce
of three talak upon you ... and with this all relationships between us shall h
come to an end”. Following an application by the respondent to affirm the
divorce, the Syariah Subordinate Court, Gombak, Selangor (‘MRS’) confirmed
that a divorce of three talak had taken place as between the parties. The
appellant did not object to the respondent’s application before the MRS, but
had nonetheless appealed against the decision arrived at by the said court. i
134 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a Before the learned appellate judge, the primary issue that arose was whether
the pronouncement of divorce of three talak herein was valid and had complied
with the requirements of the law, notwithstanding that the same was
incorporated into or made by way of a letter, such that it ought to be affirmed.
Held (dismissing the appeal):
b
[1] The learned MRS judge did not err in law and in syarak in coming to his
decision that a lawful divorce of three talak had befallen the respondent.
The learned judge too was seised with jurisdiction to adjudicate on the
application upon the provisions of s. 42(b)(2)(i) of the Selangor
c Administration of Islamic Law Enactment 1989 and ss. 4 & 45 of the
Selangor Islamic Family Law Enactment 1984 respectively.
[2] The learned MRS judge was not wrong in his judgment as the appellant
himself had admitted that he: (i) did not object to the respondent’s
application in the MRS; (ii) had written the letter in question; (iii) had
d
written the letter with intent to divorce the respondent, and had done so
voluntarily and in his proper mind. Further, the divorce must be valid as
the prerequisites there for - namely, husband, sighah, qasad, wife and the
husband’s right over his wife at the time of divorce - were present.

e [3] The pronouncement or words used by the appellant in his said letter were
clear and unequivocal – sarih – namely the word ‘talak’. The jurists were
unanimous that a marriage would stand dissolved by the use of the word
‘talak’ or such like word, be it verbally pronounced, in written form or in
sign language. In any case, since the pronouncement was written in clear
f
(sarih) words, it would no longer be necessary to prove intent.
Obiter:
[1] Even though the prerogative to divorce lies with the husband, such right
ought not to be abused or used indiscriminately. The word ‘cerai’ is not
g for play, even if in jest, for it would entail in divorce.
Perundangan yang dirujuk:
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [Selangor], s. 42(b)(2)(i)
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Selangor], ss. 4, 45
Enakmen Keterangan Syariah 1996 [Selangor], s. 17(3)
h
Surah-Surah al-Qur’an yang dirujuk:
Al-Baqarah, ayat 229, 230

i
[2005] 1 CLJ (Sya) Zakaria Talib lwn. Norziah Ahmad 135

Kitab-Kitab yang dirujuk: a


Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuh
Fathul Al Muin
Hasiah I’aanah At-Talibin
Kifayatu Ahyar Fi Hilli Ghayati Ikhtisar

Bagi pihak perayu - Fakhrul Azman Abu Hassan; Tetuan Aziane & Fakhrul b
Bagi pihak responden - tidak hadir

Dilaporkan oleh WA Sharif


PENGHAKIMAN
c
Zohdi Toha H:
Fakta Kes
Norziah bt Ahmad pihak responden telah berkahwin dengan Zakaria b Talib
perayu pada 14 December 1996 berwalikan bapa responden. Hasil perkahwinan
mereka tidak dikurniakan zuriat. Pada 11 Januari 1997 responden telah didatangi d
oleh adik kepada isteri pertama perayu dan menyerahkan sekeping surat yang
dikatakan ditulis oleh perayu. Bagaimanapun responden enggan menerima dan
surat tersebut dipulangkan semula kepada pengirim. Selepas tiga hari responden
telah menerima surat bertarikh 11 Januari 1997 yang tertulis:
e
… Saya Zakaria bin Talib nombor kad pengenalan 4445540 dengan ini melafazkan
cerai talak tiga kepada kamu Norziah bt Hj Ahmad nombor kad pengenalan
4559633 yang beralamat di No. 75 Lorong Kanak-Kanak, Gombak Setia 53000
Kuala Lumpur, dan dengan ini terputuslah segala ikatan antara saya dan puan…

Responden mohon pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak


f
Selangor (MRS).
Hakim Mahkamah Rendah Syariah mensabitkan cerai jatuh talak tiga. Perayu
mengemukakan rayuan di atas keputusan hakim dan merayu ke Mahkamah
Tinggi Syariah Shah Alam.
g
Saya bersetuju dengan pendapat/hujah yang arif hakim MRS bahawa beliau
mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan
responden untuk mensabitkan cerai yang dilafazkan oleh pihak perayu melalui
tulisan mengikut peruntukan undang-undang, iaitu:
a. seksyen 42(b)(2)(i) Enakmen Petadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 h
b. seksyen 4 dan 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984
Yang arif hakim MRS tidak tersilap dalam membuat keputusannya dari segi
undang undang dan hukum syarak dan keputusannya mensabitkan gugur talak
tiga adalah sah dan betul berdasarkan dengan catatan perbicaraan yang arif i
hakim MRS, iaitu:
136 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a a. pengakuan pihak perayu sendiri yang tidak membuat bantahan di atas


permohonan pihak responden.
b. pihak perayu mengakui telah menulis surat tersebut yang mengandungi lafaz
cerai talak tiga dan mengakui dengan niat cerai dalam keadaan waras/
sempurna akal serta faham isi kandungan surat tersebut.
b
c. perayu juga mengakui perbuatannya menulis surat tersebut dengan kerelaan
hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
Saya bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam syarie para 2.4
yang merujuk kepada pendapat Zainuddin Abd Aziz dalam kitab Fathul Al
c
Muin Juz 4 m.s. 16 yang dengan sendirinya menyokong dan mengesahkan
pensabitan yang arif hakim Syarie di atas pengakuan sendiri oleh pihak perayu..
Saya berterima kasih kepada peguam syarie kerana menyediakan hujah
bertulisnya per: 2.1, 2.2 dan 2.3 tetapi amat malang hujah-hujah tersebut tiada
d rujukan nas dari mana kitab yang muktabar dapat di ambil.
Saya bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh yang arif hakim MRS
bahawa pensabitan atau gugurnya talak adalah bergantung kepada sempurnanya
rukun talak iaitu: suami, sighah, (lafaz), qasad (niat), tempat ditujukan talak itu
(isteri) dan kekuasaan suami ke atas isteri ketika menjatuhkan talak.
e
Rujuk kitab Hasiah I’aanah Al Talibin Jilid 4 m.s. 5
Éμ§ ÒÍÜËË ½Z¿Ë fv³Ë Ò¬ÎuË XËk : ÒnÀa ÉÃB·iAË
serta Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuh Dr Wahbah Az Zuhali Jilid: 7, m.s.
f 362.
Ò@@¬ÎuË µ¼@@@@^@@@@@@¿ : Òn@@@@ÀU ¶Ý^@@@»A ÆB·iC AÌ@@@»B´@@@¯ Ò@@@¼IBÄ@@@Z»AË ÒΨ@@@¯Br@@»A B¿CË

f@@v³Ë Ò@@@@ÍÜËË ½Z@@@@¿Ë

g Dalam kes di sini terbukti pihak perayu telah memenuhi kesemua rukun tersebut
disamping pengakuan “iqrar“ pihak perayu sendiri dan pihak responden dalam
keterangan mereka di MRS semasa soal balas oleh peguam pihak responden
sesuai dengan peruntukan undang-undang s. 17(3) Enakmen Keterangan Syariah
Selangor 1996.
h … Sesuatu iqrar yang berkaitan dengan apa apa persoalan atau fakta releven
adalah qarinah

i
[2005] 1 CLJ (Sya) Zakaria Talib lwn. Norziah Ahmad 137

Ini sejajar dengan kaedah fiqhiah: a

ÊiA j@@@@@³BI ha Û@@@@¿ Õj@@@À»C


… bahawa seseorang itu dipegang /dipertanggungjawabkan berdasarkan dengan
pengkuannya (iqrar)…
b
Isu Lafaz
Saya bersetuju dengan pendapat yang arif hakim MRS mengenai lafaz atau
perkataan yang digunakan oleh perayu dalam suratnya kepada pihak responden
adalah merupakan lafaz atau perkataan yang jelas “sarih” iaitu perkataan
“talak” perkataan “talak” adalah salah satu daripada perkataan yang jelas
c
“sarih” selain daripada firaq dan sirah rujuk: Kitab Kifayatul ahyar Fi Hilli
Ghayati Ikhtisar m.s. 517 dan 518.
Para fuqaha telah sepakat menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan adalah
berakhir dengan perkataan yang menggunakan talak atau yang seumpamanya
sama ada menggunakan bahasa Arab atau bahasa lain sama ada dengan lafaz, d
tulisan mahupun dengan menggunakan isyarat. Rujuk kitab al Fiq Al Islami
Wa Adillatuh Juz 7 Ms: 378.
ÕA Ì@@@m BÇ jÎ@@@@¬I ËC ÒÎIj¨@@@@»BI ¶Ý@@@@^@@@@@»BI ÓÈNÄÍ XËl@@»A ÆC Ó¼@@@§ BÈ´@@°»A µ°MA

Ñj@@@qÜBI ÂC Ò@@@@IBN@@@¸@@@@»BI ÂC ¥°@@@@@@¼»BI e

Dan pendapat fuqaha Malaysia yang terbaru gugur atau jatuh talak melalui
SMS “short messages service” iaitu perkhidmatan pesanan ringkas.
f
Isu Niat (Qasad)
Saya bersetuju dengan hujah yang arif hakim MRS bahawa lafaz yang yang
ditulis oleh pihak perayu di dalam suratnya adalah menggunakan perkataan atau
lafaz yang jelas/sarih maka ia tidak memerlukan niat dan tidak perlu dibuktikan
niatnya. Kecuali jika lafaznya atau tulisannya menggunakan perkataan yang tidak
jelas atau “kinayah” maka yang demikian memerlukan niat bercerai. Rujuk g
Kifayatul Akhyar m.s. 518.
ÒÎ@@@@Ä»A Ó@@@@@»A ¶Ý@@@^@@@»A j´@@N°Í ÜË

… Lafaz talak yang jelas “sarih” tidak perlu bergantung kepada niat..
h

i
138 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a Isu Tulisan
Saya juga bersetuju bahawa yang arif hakim tidak tersilap dalam mengemukakan
hujahnya bahawa pengakuan pihak perayu ketika disoal balas oleh peguam
responden bahawa perayu mengaku telah menulis surat tersebut dengan niat
bercerai yang demikian mengukuhkan lagi keputusan yang arif untuk
b mensabitkan permohonan pihak responden dan seterusnya mensabitkan gugur
talak melalui tulisan seperti yang dijelaskan dalam kitab al Fiq Al Islami wa
Adillatuh jilid 7 m.s. 382.

KN@@¸M ÏN@@@@»A Ï@@@@@ÇË : Ò@@@¿Ì@@mj@@@¿ LBN@@@· : ÆB§ Ì@@@à ÏÈ@@@@@@@¯ ÒÄÎJNn@@@@À»A ÒIBN@@@@@@¸»A B¿C
c .ÑeÌȨ@@@@@@@À»A ½ÖB@@@mj@@»B·BÈÎ@»A É@@@@UÌ@@@MË Ò@@UËl»A Á@@@@mBI ÒMÌĨ@@@¿Ë Ñif@@@@v@@@@@¿

µ@@@»B OÃD@@@@@¯ f¨@@@@@@IB¿C .Ò@@@@ÃÝ@@@@@¯ ÏN@@UËk Ó@@»A : Ý @@@ÖB³ Ò@@@@@@@UËk Ó@@@»A ½Uj@@@»A KN@@@¸Í ÆD·

.ÒÎà jΫ Å¿Ì@@@@»Ë ¶Ýñ@@@@»A ©´Î¯ .B@@ZÍj@@@@u ¡°@@@@@@@@¼»A ÆB· AgA \Í jv@@@@»A Á¸Y : BÈ@@À¸@@@@@@Z¯

d Maksudnya:
Adapun tulisan yang nyata (jelas) ianya ada dua bentuk iaitu bentuk tulisan yang
dilakar (ditulis) tempat dan alamat yang ditujukan dengan nama seorang isteri
yang ditujukan kepadanya sepertimana surat-surat yang dimaklumi (diketahui),
seperti seorang suami menulis kepada isterinya dengan menyatakan kepada
e isterinya pulanah “sesungguhnya awak saya ceraikan” hukumnya adalah sama
hukumnya dengan talak yang nyata sekiranya lafaznya nyata (jelas) maka gugurlah
talak walaupun tanpa niat…”

Isu Jumlah/Bilangan Talak


Saya bersetuju bahawa yang arif hakim MRS tidak tersilap untuk mensabitkan
f
jumlah/bilangan talak berdasarkan dengan tulisan, pengakuan/ikrar, niat, kerelaan
tanpa paksaan pihak perayu serta jumlah yang tercatat dalam tulisan tersebut
iaitu “cerai talak tiga” sebagaimana tulisannya yang berbunyi:
Saya Zakaria bin Talib No. KP: 4445540 dengan ini melafazkan cerai talak tiga
g kepada kamu Norziah bte Hj Ahmad No. KP: 4559633 yang beralamat No. 75
Lorong Kanak-Kanak, Gombak Setia Kuala Lumpur. Dan dengan ini terputuslah
segala ikatan antara saya dengan puan…

Berdasarkan dengan tulisan yang diakui oleh pihak perayu dengan jelas bahawa
perayu telah menjatuhkan cerai dengan talak tiga. Bukan satu dan bukan dua
h tetapi “tiga” yang arif hakim MRS tidak tersilap dalam keputusannya bahawa
jumlah talak yang boleh disabitkan adalah berdasarkan apa yang ditulis oleh
pihak perayu iaitu talak tiga yang demikian tidak perlu dipertikai dan diragu-
ragukan lagi. Ini selaras dengan ijmak ulamak:

i
[2005] 1 CLJ (Sya) Zakaria Talib lwn. Norziah Ahmad 139

a
©ÀU ÂA ÑfYAË ÑC j@@@À»A ½U j@@»A µ¼@@ ÕAÌ@@m ¶B°@@@@MÜBI TÝR»A PB³Ýñ»A h°ÄMË

iÌÈÀV»A fħ BQÝQ µ@@»B OÃC : ¾B@@@³ ÆDI Ñf@@@YAË Ò@@À@@@@¼· Ï@@@@¯ TÝR@@»A

Ò@@@@Íj@@@Ç B¤@@@@@@@¼» B@@¯Ý@@@U b

Maksudnya:
Telah disepakati bahawa bilangan tiga talak itu akan sempurna (terlaksana) sama
ada seseorang lelaki (suami) itu mentalak seseorang perempuan (isteri) satu persatu c
atau menghimpunkannya ketiga-tiga dalam satu kalimah (ucapan) seperti berkata:
“Awak tertalak tiga” ini menurut jumhur ulamak berlainan dengan az Zahiriyyah.

Rujuk: Dr Wahbah Az Zuhaili dalam Kitabnya Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuh


Juz 7 ms: 386.
d
Ingatan
Walaupun kuasa cerai itu ada ditangan suami sepenuhnya tetapi hendaklah
jangan disalah guna dengan sewenang-wenangnya. Suami tidak harus berbuat
demikian mengikut nafsu atau cita rasa kerana lafaz atau perkataan cerai tidak
boleh dipermain-mainkan sekalipun bergurau senda kerana akibatnya cerai akan
e
terlaksana dan menggugurkan talak. Oleh kerana didalam kes ini yang arif
hakim telah mensabitkan gugur talak tiga maka suami tidak dibenarkan sama
sekali rujuk atau nikah semula dengan isteri yang dicerai talak tiga. Talak yang
boleh dirujuk hanyalah talak dua sahaja sebagaimana firma Allah SWT surah
al-Baqarah : 229
f
ÆB@@n@@@YB@@@@I \Íj@@nM ²Ëj@@¨À@@I ÛB@n@@¿B¯ ÆBMj@@@¿ ¶Ý^@@»A

Maksudnya:
…Talak yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia
g
rujuk dan memegang terus isterinya itu dengan cara yang ma’aruf (sepatutnya)
atau melepaskannya/menceraikannya juga dengan cara baik….

kecuali isteri tersebut berkahwin dengan orang lain terlebih dahlulu dan
diceraikan oleh suami barunya dengan sukarela dan setelah habis eddahnya
baharulah suami pertama dibenarkan nikah semula dengannya sebagaimana h
Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah: 230

i
140 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a ÊjÎ@@@@«BUËk \@@¸ÄM ÓN@@@@Y f¨@@I Å@@¿ É@@» ½@@ZM Ý@@@@¯ BÈ@@´¼@@@^ ÆB@@@¯

Maksudnya:
… Sesudah di ceraikan dua kali itu jika diceraikan pula bagi kali yang ketiga maka
perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan
b suami yang lain...

Keputusan
Setelah mahkamah meneliti dan mendengar hujah pihak perayu dan setelah
menyemak dan meneliti catatan perbicaraan serta alasan kehakiman yang arif
hakim MRS Gombak saya berpuashati di atas alasan/hujah tersebut. Dengan
c ini saya menolak rayuan pihak perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah
Rendah Syariah Gombak.

Anda mungkin juga menyukai