Anda di halaman 1dari 21

Azhar Bin Mat Noor

lwn.
Wati Bin Kamuli

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Salehan Yatim, HMTS)
24 Jamadilawwal 1435H bersamaan 26 Februari 2014M].

[Kes Permohonan No: 10200-012-0460-2011]

Undang-Undang Keluarga – Permohonan Mendaftarkan Pernikahan Poligami – Pernikahan


Berlangsung Di KUA Bonjol, Pasaman Sumatera Barat, Indonesia – Samada Pernikahan
Menepati Hukum Syarak – Subseksyen 23 (2) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Pentadbiran – Bidangkuasa Mahkamah- membicarakan kes- sek. 61 Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

Pemohon 1 (P1) Azhar Bin Mat Noor (No. K/P : 640908-10-5159) adalah pemastautin Selangor
yang kini tinggal di alamat MC-C002, Blok C, Jalan Pinggiran Delima, 43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan dan Pemohon 2 (P2) Wati Binti Kamuli (No. Passport: A 0080640)
merupakan seorang warganegara Indonesia yang beralamat yang sama dengan P1.

P1 dan P2 telah mendakwa bahawa mereka telah bernikah pada 3 Februari 2006 di KUA Bonjol,
Pasaman Sumatera Barat, Indonesia. Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi pihak P1
manakala bagi P2 merupakan perkahwinan kali pertama. Berikutan pernikahan tersebut, Pada 9
Disember 2011, P1 dan P2 telah memfailkan permohonan pendaftaran pernikahan poligami bagi
mengesahkan pernikahan dan mendapatkan kebenaran mendaftarkan pernikahan tersebut.

Diputuskan

1
Setelah mahkamah meneliti permohonan dan affidavit pemohon-pemohon dan dokumen-
dokumen yang ditandakan ke mahkamah serta menimbangkan hujah dan alasan-alasan peguam
syarie pemohon-pemohon yang difailkan bersama dan setelah pemohon-pemohon bersumpah
dengan lafaz sumpah syarie maka mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :

1. Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon 1 dan 2 berdasarkan sub-seksyen 23 (2)


EUUKIS 2003.
2. Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang
diakadnikahkan pada 3 Februari 2006 di KUA Bonjol, Pasaman Sumatera Barat, Indonesia
adalah sah dan mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memerintahkan Pemohon 1 dan 2 mendaftarkan pernikahan tersebut di
Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tertakluk kepada seksyen 124 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Peguam Syarie

1. Pemohon 1 dan Pemohon 2 diwakili oleh Encik Hairunnajmi bin Haji Najmuddin dari
Tetuan Najmi & Associates.

Nas Yang Dirujuk

1. Surah Al-Ahzab, Ayat : 37.


2. Surah Al-Baqarah, Ayat : 282.
3. Surah An-Nur, Ayat : 33.

Kitab-Kitab Yang Dirujuk

1. Imam As-Syirazi, Al-Muhazzab, Jilid 5, Dar Al-Qalam; Damsyik Syria.


2. Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin Al-Malibariy, Fathul Mu’in. Maktabah Wa
Matba’ah Dar Al-Ma’arib.

2
3. Imam ‘Alauddin Abi Hassan ‘Ali Bin Khalil Al-Tharabasi Al-Hanafi. Mu’in Al-Hukkam.
Dar Al-Fikr.
4. Sheikh Sulaiman Al-Bujairimi, 1990, Bujairimi ‘Ala Al-Khatib, Jilid 3, Dar Al-Fikr.
5. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, Jilid 5.
Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.
6. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’,
Jilid 2, Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.
7. Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal Al-Khadramiy, Masyakah Al-Masyabah Fi
Syarh Al-‘Adat Wa As-Silahi Fi Ahkam An-Nikah, Dar Ibnu Hazam : Beirut, Lebonan.
8. Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayatul Ahyar, Dar al-Khair.
9. Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah, Jilid 2. Kaherah : Dar Al-Fath lil- I’lam Al-‘Arabi.
10. Majallah Al-Ahkam ‘Adliah, Madah 69.
11. As-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, 1998, Bughyah Al-
Murtarsyidin, Dar al-Kutub ; Beirut Lubnan.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Arahan Amalan No 14 Tahun 2006.


2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 - s. 4, s. 11, s. 23(1)(2)
dan s.109.
3. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 61.
4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syaraih (Negeri Selangor) 2003 - s. 88.

Alasan Penghakiman, Y.A Tuan Salehan Yatim, HMTS.

1. Ada tiga isu utama yang perlu Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat keputusan
bagi kes ini iaitu :

a) Samada Mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan


kes ini;
b) Samada status pernikahan P1 dan P2 sah mengikut Hukum Syarak atau tidak; dan

3
c) Samada keterangan yang dikemukakan mencukupi dan boleh diterima.

A. BIDANGKUASA MAHKAMAH

2. Bidangkuasa seseorang hakim atau satu-satu Mahkamah bukan hanya sekadar merupakan
ketentuan mengikut undang-undang, malah ia juga melibatkan penghakiman mengikut
Hukum Syarak. Dalam Kitab al-Qada’ fi al-Islami oleh Muhammad Salam Mazdkur,
terbitan Matba’ah al-‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, halaman 54 ada menyebut :

،‫ ﻛﺎﻷﺣﻮال اﻟﺸﺨﺼﻴﺔ‬،‫ﻫﻮ أن ﳜﺼﺺ وﱄ اﻷﻣﺮ اﻟﻘﺎﺿﻰ ﻋﻨﺪ ﺗﻘﻠﻴﺪﻩ اﻟﻘﻀﺎء أو ﺑﻌﺪ ذﻟﻚ ﺑﻨﻮع ﻣﻌﲔ ﻣﻦ اﻟﻘﻀﺎﻳﺎ‬

‫ ﻓﻼ ﻳﺼﺢ ﻟﻪ أن ﻳﻨﻈﺮ ﰱ ﻧﻮع اّﺧﺮ ﻏﲑﻩ‬،‫ أو اﳉﻨﺎﺋﻰ إﱃ ﻏﲑ ذﻟﻚ‬،‫ أو اﻟﺘﺠﺎرى‬،‫أو اﳌﺪﱏ‬

Bermaksud :
Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan
bidangkuasa ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau
selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai
bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan
undang-undang diri, Undang-undang sivil, undang-undang perdagangan
atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian
hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi
bidangkuasa sahaja dan hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa
lain yang tidak diberi kepadanya.

3. Secara ringkasnya, Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes Mal berbidangkuasa mendengar
dan memutuskan Permohonan Pendaftaran Nikah Poligami berdasarkan Kuasa yang
diberikan oleh Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
yang memperuntukkan seperti berikut:-

4
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan
tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan-

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan


(fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii) …………………………

(xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh


mana-mana undang-undang bertulis.

4. Dalam kuasa Mahkamah mengeluarkan perintah pendaftaran nikah poligami tanpa kebenaran
Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen 23 (1) dan (2) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:

23 (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali
dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada
Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan
lain.
(2) Tiada perkahwinan yang diakad nikahkan tanpa kebenaran di bawah
subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika
Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah
mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya
perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

5. Seterusnya bidangkuasa ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun 2006 yang
“mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa bidangkuasa membicarakan
kes poligami dan pengisytiharan peruntukan dan pembahagian harta sepencarian dan

5
perkara-perkara lain yang berkaitan di bawah Seksyen 23 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Syariah.”

6. Dari sudut pemastautinan pula, P1 dan P2 tinggal di dalam negeri Selangor sebagaimana
dinyatakan di dalam Afidavit Permohonan P1 dan P2 yang tinggal di alamat MC-C002, Blok
C, Jalan Pinggiran Delima, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Ia dikuatkan lagi
dengan maklumat dalam Kad Pengenalan Pemohon 1 seperti yang dilampirkan sebagai
Ekhsibit “AMN-1” yang tinggal di alamat tersebut. Oleh itu, pemastautinan bagi P1 telah
memenuhi syarat yang diperuntukan di dalam Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukan :

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini


terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi
semua Orang Islam yang bermastautin dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar
Negeri itu.

B. STATUS PERNIKAHAN P1 DAN P2

7. Permohonan di dalam kes ini adalah berkaitan dengan pengesahan pernikahan yang
dijalankan di antara P1 dan P2 pada 3 Februari 2006 di KUA Bonjol, Pasaman Sumatera
Barat, Indonesia. Merujuk kitab al-Muhazzab karangan Imam As-Syirazi, jilid. 5 hlm. 543,
ada menyebut :

‫ ورﺿﺎﻫﺎ‬،‫ ﻧﻜﺤﺘﻬﺎ ﺑﻮﻟﻲ وﺷﺎﻫﺪﻳﻦ‬: ‫ ﻻ ﻳﺴﻤﻊ ﺣﺘﻰ ﻳﻘﻮل‬: ‫ ﻓﻘﺪ ﻗﺎل اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ رﺣﻤﻪ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ‬: ‫و إن ﻛﺎن اﻟﻤﺪﻋﻲ ﻧﻜﺎﺣﺎ‬

Bermaksud :
Jika sekiranya ia mendakwa bahawa dia sudah berkahwin, maka kata Imam
As-Syafie: Tidak boleh diterima sehingga ia mengatakan: “Aku telah
berkahwin dengan Fulanah binti Fulan dengan berwalikan bapanya atau
sebagainya dan dua orang saksi nikah serta kerelaan perempuan tersebut”

6
8. Manakala di dalam kitab Fathul Muin karangan Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin
Al-Malibariy, hlm. 143, ada menyebut:

‫وﻓﻲ اﻟﺪﻋﻮى ﺑﻨﻜﺎح ﻋﻠﻰ إﻣﺮأة ذﻛﺮ ﺻﺤﺘﻪ وﺷﺮوﻃﻪ ﻣﻦ ﻧﺤﻮ وﻟﻲ وﺷﺎﻫﺪﻳﻦ ﻋﺪول ورﺿﺎﻫﺎ إن ﺷﺮط ﺑﺄن ﻛﺎﻧﺖ ﻏﻴﺮ‬

‫ﻣﺠﺒﺮة ﻓﻼ ﻳﻜﻔﻲ ﻓﻴﻪ اﻹﻃﻼق‬

Bermaksud :
Dan dakwaan mengenai pernikahan dengan seorang perempuan, disyaratkan
pihak pemohon menyebut bahawa akad pernikahan itu diyakini sah serta
disyaratkan juga pihak pemohon menyebut syarat sah nikahnya seperti
seorang wali, dua orang saksi lelaki yang adil dan juga keredhaan hati si
perempuan (iaitu perempuan yang bukan al-bikru (anak dara sunti) adapun
anak dara, wali mujbir boleh menikahkan anak perempuannya tanpa keizinan
daripada perempuan tersebut) maka tidak cukup dakwaan pernikahan
dengan seorang perempuan hanya sekadar secara mutlak (tidak terperinci
sebagaimana yang tersebut).

9. Mahkamah merujuk kitab Mu’in al-Hukkam karangan Imam Alauddin Al-Tarabulsiy,


hlm. 23, ada menyebutkan :
‫إن أﺗﻰ ﺑﺈﺷﻜﺎل أﻣﺮﻩ ﺑﺒﻴﺎﻧﻪ‬

Bermaksud :
Apabila dihadapkan dihadapan Hakim bicara, didapati perkara itu ada
kemusykilan maka Hakim akan memerintahkan supaya memperjelaskan
perkara tersebut.

‫و إن أﺑﻬﻢ ﺟﻮاﺑﻪ أﻣﺮﻩ ﺑﺘﻔﺴﻴﺮﻩ ﺣﺘﻰ ﻳﺮﺗﻔﻊ اﻹﺷﻜﺎل ﻋﻨﻪ‬

Bermaksud :
Maka jika jawapan yang diberi ada kesamaran maka Hakim akan
memerintahkan kepada pihak-pihak tersebut supaya menerangkan dengan
jelas sehingga hilang kesamaran tersebut.

7
10. Berdasarkan sudut undang-undang, merujuk kepada peruntukan seksyen 11 dan 109,
EUUKIS 2003 memperuntukkan bahawa :

Seksyen 11 - sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua
syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.

Seksyen 109 - Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri
Selangor, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah
seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini
jika-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau
dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu,
keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya;
dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Selangor,
kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut
Enakmen ini.

11. Kedua-dua peruntukan di atas mensyaratkan sesuatu perkahwinan terutamanya yang


dilakukan di luar Negeri Selangor itu hendaklah sah menurut Hukum Syarak, barulah ianya
diiktiraf berdasarkan undang-undang. Bagi mempastikan kehendak Hukum Syarak
dipenuhi sebelum sesuatu pengiktirafan undang-undang diberikan, Mahkamah merujuk
kitab Bujairimi ‘Ala Al-Khatib, jilid 3, hlm. 386 - 387, telah menggariskan rukun nikah
mengikut Hukum Syarak seperti berikut :

8
... ‫ وﺷﺎﻫﺪان‬،‫ ﺻﻴﻐﺔ وزوﺟﺔ وزوج ووﻟ ّﻲ وﻫﻤﺎ اﻟﻌﺎﻗﺪان‬: ‫ ﻓﻲ أرﻛﺎن اﻟﻨﻜﺎح وﻫﻲ ﺧﻤﺴﺔ‬: ‫ﻓﺼﻞ‬

Bermaksud:
Fasal pada membicarakan rukun-rukun nikah dan adapun rukun-rukun nikah
itu lima perkara iaitu : sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki,
wali. Pengantin lelaki dan wali adalah pihak-pihak melaksanakan akad nikah
perkahwinan melalui sighah iaitu lafaz ijab dan lafaz qabul. Yang kelimanya
ialah dua orang saksi lelaki.

12. Perkara ini juga diterangkan sepertimana nukilan oleh Al-Syarbini Al-Khatib dalam Kitab
Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm. 226 iaitu ;

‫ وََوﻟِ ﱞﻲ‬، ‫ج‬ ‫ َوﺷَﺎ ِﻫﺪَا ِن‬، ٌ‫ َوزَْو َﺟﺔ‬، ٌ‫ ﺻِﻴﻐَﺔ‬: ٌ‫َﺎح َوﻏَﻴْ ِﺮﻫَﺎ َوأَ ْرﻛَﺎﻧُﻪُ َﺧ ْﻤ َﺴﺔ‬
ِ ‫ﺼﻞٌ ﻓِﻲ أَ ْرﻛَﺎ ِن اﻟﻨﱢﻜ‬
ٌ ‫ َوزَْو‬، ْ َ‫ﻓ‬

Bermaksud :
Fasal pada membicarakan tentang rukun nikah dan lain-lain. Rukun nikah itu
ada lima iaitu sighah, isteri, dua orang saksi lelaki, suami dan wali.

13. Justeru itu, kesemua rukun nikah dalam pernikahan ini akan diteliti di samping
pembuktian yang dikemukakan kepada Mahkamah akan dipertimbangkan dalam
menentukan keesahannya mengikut Hukum Syarak sebelum pengiktirafan
perundangan diberikan.

(i) Rukun Pertama : Pengantin Lelaki (Suami)

14. Bagi menentukan rukun yang pertama ini, Mahkamah merujuk syarat-syarat berkaitan
dengan pengantin lelaki yang dikemukakan di dalam kitab Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’,
jilid 2, hlm. 246, iaitu:

‫اﻟﻘﻮل ﻓﻲ ﺷﺮوط اﻟﺰوج وﻣﻤﺎ ﺗﺮﻛﻪ ﻣﻦ اﻷرﻛﺎن أﻳﻀﺎ اﻟﺰوج وﺷﺮط ﻓﻴﻪ ﺣﻞ واﺧﺘﻴﺎر وﺗﻌﻴﻴﻦ وﻋﻠﻢ ﺑﺤﻞ اﻟﻤﺮأة ﻟﻪ ﻓﻼ ﻳﺼﺢ‬

‫ﻧﻜﺎح ﻣﺤﺮم وﻟﻮ ﺑﻮﻛﻴﻞ ﻟﻠﺨﺒﺮ اﻟﺴﺎﺑﻖ وﻻ ﻣﻜﺮﻩ وﻏﻴﺮﻩ ﻣﻌﻴﻦ ﻛﺎﻟﺒﻴﻊ وﻻ ﻣﻦ ﺟﻬﻞ ﺣﻠﻬﺎ ﻟﻪ اﺣﺘﻴﺎﻃﺎ ﻟﻌﻘﺪ اﻟﻨﻜﺎح‬

9
Bermaksud :
Pernyataan dalam syarat-syarat suami dan perkara yang tidak dinyatakan
(oleh pengarang- Abi Syuja’) daripada rukun-rukun nikah mengenai suami:
dan syarat pada suami itu hendaklah ia halal berkahwin, sukarela, dan
tertentu, dan mengetahui tentang halalnya perempuan yang dinikahinya.
Justeru tidak sah nikah suami yang dalam ihram walaupun melalui
perantaraan wakil berdasarkan kepada hadith yang lalu, dan tidak sah nikah
suami yang dipaksa, dan tidak ditentukan berdasarkan kepada qiyas atas
hukum jual beli dan tidak sah nikah suami yang tidak mengetahui halalnya
perempuan yang dinikahinya atas dasar berihtiyat (berwaspada) dalam
melakukan akad nikah”

15. P1 dalam keterangannya pada perbicaraan bertarikh 21 Mei 2012 ada menyatakan bahawa
pada 31 Januari 2006 dengan menaiki feri dari Melaka, P1 telah pergi ke Indonesia
bersama-sama P2 untuk bernikah. Pemohon-pemohon tiba di rumah ibu bapa P2 pada pagi
1 Februari 2006. Pernikahan telah dijalankan di rumah bapa P2 pada 3 Februari 2006.

16. Dalam keterangan itu juga, P1 ada menyatakan bahawa beliau ketiadaan halangan untuk
bernikah dengan P2 sama ada dari sudut halangan hubungan persaudaraan, berada dalam
ihram Haji/Umrah ataupun secara paksaan. Ketika pernikahan juga, P1 juga mengetahui
bahawa P2 adalah berstatus anak dara.

17. Berdasarkan keterangan P1 disamping qarinah dari Kutipan Akta Nikah yang ditanda
sebagai ²P-2² dalam Ikatan Dokumen pemohon-pemohon dan Surat
Keterangan/Pengesahan Nikah bertanda ²P-3² serta ketiadaan halangan kepada P1
sepertimana rujukan di atas, Mahkamah berpuashati bahawa P1 adalah pengantin lelaki
(suami) semasa majlis pernikahan yang berlangsung pada 3 Februari 2006.

Rukun Kedua : Pengantin Perempuan (Isteri)

10
18. P2 dalam keterangan yang diberikan pada 17 Disember 2012 ada menyatakan bahawa P2
telah bernikah dengan Azhar Bin Mat Noor (P1) pada 3 Februari 2006 di rumah bapanya di
Sumatera Utara, Indonesia sepertimana pada dokumen bertanda ²P-2² (Kutipan Akta
Nikah). P2 menyatakan sebelum pernikahan beliau berada di Malaysia tinggal di Kajang
dan pergi ke Indonesia bersama P1 dengan menaiki feri dari Melaka ke Dumai.

19. Di dalam keterangan itu juga P2 ada menyatakan bahawa pernikahan mereka telah
diakadnikahkan oleh Edi Ridwan (Penghulu Daerah Gonjol) dan diwalikan oleh bapa P2
iaitu Kamuli Bin Adam serta disaksikan oleh dua orang saksi iaitu abang kepada P2 yang
bernama Olni Hendra dan Ferizal.

20. Ketika pernikahan, status P2 ketika itu adalah anak dara, tidak pernah bernikah dengan
lelaki lain serta itu merupakan pernikahan kali pertama baginya. Ini dibuktikan melalui
keterangan saksi pemohon-pemohon pertama (SP1) iaitu abang kepada P2 yang bernama
Ferizal Bin Kamuli di dalam keterangannya pada perbicaraan bertarikh 16 Januari 2014
yang manyatakan P2 pada waktu pernikahan adalah berstatus anak dara dan juga
menyatakan P2 tiada hubungan kekeluargaan dengan P1.

21. Berdasarkan kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid. 5, hlm. 234 menerangkan rukun nikah
berkaitan dengan “isteri” seperti berikut:

‫ط‬ ِ ‫َﺎت اﻟﻨﱢﻜ‬


َ ‫ َوﻳُ ْﺸﺘـ‬- ‫ ﺗَـﻌَﺎﻟَﻰ‬- ُ‫َﺎح إ ْن ﺷَﺎءَ اﻟﻠﱠﻪ‬
ُ ‫َﺮ‬ ِ ‫َﺮﻣ‬
‫َﺎب ﻣُﺤ ﱠ‬
ِ ‫ط ﻓِﻴﻬَﺎ ُﺧﻠ ﱡُﻮﻫَﺎ ِﻣ ْﻦ اﻟْﻤَﻮَاﻧِ ِﻊ ْاﻵﺗِﻲ ﺑَـﻴَﺎﻧـُﻬَﺎ ﻓِﻲ ﺑ‬ َ ‫ َوﻳُ ْﺸﺘـ‬، ُ‫… اﻟﺰْﱠو َﺟﺔ‬
ُ ‫َﺮ‬

‫ﺗَـ ْﻌﻴِﻴ ُﻦ ُﻛ ﱟﻞ ِﻣ ْﻦ اﻟﺰْﱠو َﺟﻴْ ِﻦ‬

Bermaksud :
…isteri, disyaratkan padanya hendaklah dia bebas daripada sebarang
halangan berkahwin yang akan diterangkan dalam bab perempuan yang
diharamkan berkahwin- Insya-Allah, dan disyaratkan supaya ditentukan
setiap daripada suami dan isteri itu.

11
22. Oleh itu, Mahkamah berpuashati dengan keterangan P2 dan SP1 di samping qarinah dari
dokumen bertanda ²P-2² bahawa rukun kedua iaitu pengantin perempuan (isteri) dalam
pernikahan ini telah dipenuhi.

Rukun Ketiga : Wali

23. Rukun nikah berkaitan dengan wali ini merupakan rukun yang paling asas dalam menilai
keesahan sesuatu pernikahan. Perkara ini ditegaskan melalui Hadis Rasulullah s.a.w
menyatakan :
‫ﻻ ﻧﻜﺎح اﻻ ﺑﻮﻟﻲ‬

“Tiada nikah tanpa wali”

24. Dalam keterangan P1 pada 21 Mei 2012 telah menyatakan bahawa wali pernikahan adalah
bapa P2 yang bernama Kamuli Bin Adam dan diakadnikahkan oleh jurunikah iaitu
Penghulu Daerah Gonjol yang bernama Edi Ridwan. Perkara ini tidak bercanggah dengan
keterangan daripada P2 dalam perbicaraan bertarikh 17 Disember 2012 serta keterangan
daripada SP1 bertarikh 16 Januari 2014 yang turut menyatakan perkara yang sama.

25. SP1 dalam keterangannya menegaskan bahawa sebelum akad nikah beliau ada mendengar
bapanya iaitu wali P2 ada mewakilkan kepada jurunikah untuk menikahkan P1 dan P2
dengan bekata kepada jurunikah : “Anak saya mahu bernikah, saya mahu menikahkan
anak saya dengan Azhar”. Jawab jurunikah : “Kalau setuju, OK saya nikahkan”. Ketika
majlis akad nikah tersebut, beliau duduk disebelah P1 dan beliau mendengar apa yang
diucap oleh P1 dan juga jurunikah. Beliau turut menyatakan bahawa pada waktu
pernikahan bapanya yang bertindak sebagai wali pernikahan berada dalam keadaan sihat,
waras dan tidak gila.

26. Berdasarkan keterangan P1 pula, sebelum majlis akad nikah dilangsungkan jurunikah dan
bapa P2 ada bercakap tetapi dalam Bahasa Minang dan beliau tidak memahaminya yang
hanya diketahui bapa P2 hendak mewakilkan pernikahan tersebut. P1 juga menyatakan

12
bahawa bapa P2 adalah beragama Islam, waras dan tidak dipaksa menjadi wali ketika
pernikahan tersebut.

27. Berdasarkan kitab Masyakah al-Masyabah Fi Syarh al-‘Adat Wa al-Silahi Fi Ahkam al-
Nikah karangan Al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal Al-Khadramiy, hlm. 169,
ada menyebut :

‫ ﻛﻤﺎ ﻳﺰوﺟﺎﻧﻬﺎ ﺑﻐﻴﺮ إذﻧﻬﺎ‬، ‫ إن ﻛﺎﻧﺖ ﺑﺎﻟﻐﺔ‬، ‫وﻟﻸب واﻟﺠﺪ اﻟﻤﺠﺒﺮﻳﻦ اﻟﺘﻮﻛﻴﻞ ﻓﻲ ﺗﺰوﻳﺞ اﻟﺒﻜﺮ ﺑﻐﻴﺮ إذﻧﻬﺎ‬

Bermaksud :
Wali Mujbir iaitu (Bapa dan Datuk) boleh mewakilkan wali kepada sesiapa
yang layak pada menikahkan anak daranya yang sudah baligh tanpa perlu
mendapat keizinan daripada anak tersebut, hukum ini adalah sama dengan
kuasa wali mujbir menikahkan anak daranya tanpa perlu mendapat keizinan
anak tersebut.

28. Oleh kerana dalam kes ini, P2 telah diwakilkan nikah oleh wali beliau sendiri (bapa), maka
syarat-syarat wali pernikahan sepertimana yang dijelaskan dalam hujahan sepertimana
dinukilkan dalam kitab Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’, jilid 2, hlm. 241-242 iaitu :

“Adalah perlu bagi wali dan saksi yang muktabar bagi menjadikan
perkahwinan sah memenuhi 6 syarat bahkan lebih sepertimana yang akan
dinyatakan. Syarat pertama ; Islam yakni syarat yang diperlukan bagi
mewalikan pernikahan perempuan Islam secara ijmak dan dinyatakan bahawa
wali yang kafir boleh mewalikan perempuan kafir. Adapun saksi nikah maka
syarat Islam itu diperlukan samada perempuan yang dinikahi itu orang Islam
atau zimmi kerana orang kafir tidak layak menjadi saksi. Syarat kedua :
Mencapai usia baligh, Syarat ketiga : Sempurna akal, justeru itu, tidak boleh
kanak-kanak dan orang gila menjadi wali kerana kedua-dua mereka tidak
layak menjadi saksi. Syarat keempat : Merdeka, maka hamba tidak layak
menjadi wali atau saksi. Syarat kelima : Lelaki .... dan Syarat keenam :
Bersifat adil”

13
29. Berdasarkan syarat-syarat wali sepertimana yang dinyatakan di atas, di samping keterangan
yang dikemukakan oleh P1, P2 dan SP1 iaitu abang P2 yang merupakan saksi pernikahan
tersebut, Mahkamah berpuashati bahawa rukun nikah berkaitan dengan wali telah
dipenuhi.

Rukun Keempat : Sighah

30. Merujuk keterangan P1 dalam perbicaraan bertarikh 21 Mei 2012 sebelum akad nikah
berlangsung jurunikah ada memberi tunjuk ajar cara untuk diijabkabulkan. Lafaz ijab
dilakukan oleh jurunikah (Edi Ridwan) yang berbunyi “Aku nikah akan dikau Wati Binti
Kamuli dengan mas kahwinnya 10 Ribu Rupiah tunai”. Lafaz qabul P1 seperti berikut
“Aku terima akan nikahnya Wati Binti Kamuli dengan mas kahwinnya 10 Ribu Rupiah
tunai”. P1 dalam keterangannya juga menegaskan bahawa tiada diselangi ayat lain antara
ijab dan qabul serta P1 dan wali kedua-duanya memahami lafaz ijab qabul tersebut. P1 dan
SP1 sekata menyatakan bahawa lafaz ijab dan qabul berlaku sebanyak dua kali kerana
diminta oleh saksi untuk mengulangi semula lafaz ijab qabul tersebut.

31. Mengenai lafaz aqad yang dipersetujui oleh para fuqaha’ untuk perkahwinan ialah “Aku
Nikahkan dan “Aku Kahwinkan”. Penerimaan kedua-dua perkataan ini sebagai lafaz aqad
nikah disebabkan perkataan tersebut telah didatangkan sendiri oleh Al-Quran seperti
firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab, ayat 37 :

ÇÌÐÈ ......$ygs3»oYô_¨ry— ......

Bermaksud …Kami kahwinkan engkau dengannya…

32. Merujuk kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm.
226, mengenai “sighah” sepertimana berikut:

14
َ ‫ َوﻫ‬، ‫َﺎب‬
ٍ ‫ح ﺑِﺈِﻳﺠ‬
‫ُﻮل‬
َ ‫َن ﻳَـﻘ‬ َ ‫ُﻮل ( َوﻫ‬
ْ ‫ُﻮ )ﺑِﺄ‬ ٌ ‫ُﻚ أ َْو أَﻧْ َﻜ ْﺤﺘُﻚ ( اﺑْـﻨَﺘِﻲ َﻣﺜ ًَﻼ إﻟَ ْﺦ ) َوﻗَـﺒ‬
َ ‫ُﻮ ( ﻗـ َْﻮ ُل اﻟ َْﻮﻟِ ﱢﻲ ) َزﱠو ْﺟﺘ‬ ِ َ‫) إﻧﱠﻤَﺎ ﻳ‬
ُ ‫ﺼ ﱡﺢ اﻟﻨﱢﻜَﺎ‬

ِ ‫ﺻ ﱠﺤ ِﺔ اﻟﻨﱢﻜ‬
‫َﺎح‬ ِ ‫ُﻮل َﻫ َﺬﻳْ ِﻦ اﻟْ ِﻔ ْﻌﻠَْﻴ ِﻦ أَﻧﱠﻪُ َﻻ ﺑُ ﱠﺪ ِﻣﻨْﻪُ ﻓِﻲ‬
‫َﻣ َﻊ‬ ُ ‫ﱢﻒ َﻣ ْﻔﻌ‬ َ ‫ َو َﺣﺬ‬، ‫ْﺖ ( ﻫَﺎ إﻟَ ْﺦ‬
َ ‫َف اﻟْ ُﻤ‬
ُ ‫ﺼﻨ‬ ُ ‫ْﺖ ( ﻫَﺎ ) أ َْو ﻧَ َﻜﺤ‬
ُ ‫ج ﺗـ ََﺰﱠوﺟ‬
ُ ‫اﻟﺰْﱠو‬

ُ ‫ُﺸﻴ ُﺮ إﻟَﻴْ ِﻪ ﻗـ َْﻮﻟُﻪُ ) أ َْو ﻗَﺒِﻠ‬


.( ‫ْﺖ ﻧِﻜَﺎ َﺣﻬَﺎ‬ ِ ‫ﻟِﻤَﺎ ﻳ‬

Bermaksud :
Sesungguhnya sah nikah itu dengan ijab iaitu perkataan wali “aku nikahkan
engkau” dengan anak perempuanku sebagai contoh, dan qabul iaitu dengan
perkataan suami aku nikahi (nya), adapun pengarang sengaja tidak
menyebutkan ‘maf’ul’ (objek) bagi kata kerja ini, padahal ia hendaklah
disebutkan bagi menjadikan nikah sah berdasarkan isyarat yang ditunjukkan
dalam katanya, yakni, atau “aku terima nikahnya”.

33. Berdasarkan keterangan P1 dan SP1, Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan yang
diakadkan antara mereka berdua telah memenuhi rukun sighah iaitu ijab dan qabul seperti
mana yang dinyatakan sebelum ini.

Rukun Kelima : Saksi

34. P1 menyatakan dalam keterangannya di dalam perbicaraan bahawa saksi pernikahan


mereka adalah adik beradik P2 dan mereka masih waras akal fikiran, telah bernikah dan
mempunyai anak serta sempurna pancaindera (boleh mendengar dan melihat). Manakala
P2 turut menyatakan bahawa beliau mengenali kedua orang saksi ini kerana mereka adalah
adik beradik P2 dan mereka adalah warganegara Indonesia. Saksi pertama adalah Ferizal
Bin Kamuli dan saksi kedua adalah Olni Hendra Bin Kamuli.

35. Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP1 yang mengesahkan nama kedua saksi
tersebut sepertimana keterangan P1 dan P2. SP1 juga menjelaskan bahawa dia dan satu lagi
saksi tersebut masih waras akal fikiran.

15
36. Isu mengenai saksi diterangkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji, jilid 2, hlm. 66-67, ada
menyebut matan hadis Rasullullah S.A.W. berbunyi:

‫ وﻣﺎﻛﺎن ﻏﻴﺮ ذﻟﻚ ﻓﻬﻮ ﺑﺎﻃﻞ‬,‫ﻻ ﻧﻜﺎح اﻻ ﺑﻮﻟ ّﻲ وﺷﺎﻫﺪي ﻋﺪل‬

Bermaksud :
Tidak sah nikah kecuali dengan wali dan dua orang saksi yang adil, apapun
rupa nikah selain memakai wali dan dua saksi yang adil pasti batal.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

37. Syarat menjadi saksi turut dijelaskan dalam kitab Fiqh Sunnah. Sayyid Sabiq, Jilid 6, hlm.
74, antaranya adalah berakal sihat, dewasa dan mendengar lafaz dari kedua-dua pihak yang
beraqad dan memahami bahawa ucapan-ucapan itu maksudnya adalah sebagai ijab qabul
perkahwinan.

38. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuashati bahawa rukun nikah mengenai dua orang
saksi pernikahan di dalam pernikahan ini adalah memenuhi kehendak Hukum Syarak.

C. Keterangan Yang Dikemukakan

39. Keterangan yang ada di dalam kes ini adalah keterangan daripada P1 dan P2 di samping
beberapa dokumen yang dikemukakan kepada Mahkamah untuk penelitian dan
pertimbangan Mahkamah sebelum membuat pengiktirafan terhadap pernikahan tersebut.
P1 dan P2 telah mengemukakan SP1 yang juga merupakan saksi pernikahan mereka.

40. Mengenai keterangan dokumentar, terdapat dalil yang menunjukkan bahawa dokumentar
sebagai satu keterangan yang membuktikan ketulinan satu-satu kes, adalah berdasarkan
firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 282 :

16
çnqç7çFò2$$sù ‘wK|¡•B 9@y_r& #’n<Î) Aûøïy‰Î/ LäêZtƒ#y‰s? #sŒÎ) (#þqãZtB#uä šúïÏ%©!$# $yg•ƒr'¯»tƒ

Bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah secara tidak
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur, ayat 33 :

( #ZŽö•yz öNÍkŽÏù öNçGôJÎ=tæ ÷bÎ) öNèdqç7Ï?%s3sù öNä3ãZ»yJ÷ƒr& ôMs3n=tB $£JÏB |=»tGÅ3ø9$# tbqäótGö6tƒ tûïÏ%©!$#ur

Bermaksud :
Dan budak-budak (hamba) yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian
hendaklah kamu tuliskan perjanjian mereka, jika kamu mengetahui ada
kebaikan kepada mereka.

Hadis Nabi s.a.w :

‫ ﻣﺎ ﺣﻖ إﻣﺮئ ﻣﺴﻠﻢ ﻟﻪ ﺷﺊ ﻳﺮﻳﺪ ان ﻳﻮﺻﻲ‬: ‫ أن رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠّﻢ ﻗﺎل‬: ‫ﻋﻦ ﻋﺒﺪ اﷲ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ رﺿﻰ اﷲ ﻋﻨﻪ‬
‫ﻓﻴﻪ ﻳﺒﻴﺖ ﻟﻴﻠﺘﻴﻦ إﻻ ووﺻﻴﺘﻪ ﻣﻜﺘﻮﺑﺔ ﻋﻨﺪﻩ‬

Bermaksud :
Dari Abdullah bin Umar katanya, bahawa adalah baginda Rasulullah s.a.w
bersabda : “Tidak tidur seorang muslim itu pada waktu malamnya melainkan
ia sudah menulis wasiat disisinya”.

Berdasarkan Hadis di atas, kata Imam Ibnu Qaiyyim :

‫ﻟﻮ ﻟﻢ ﻳﺠﺰ اﻹﻋﺘﻤﺎد ﻋﻠﻰ اﻟﺨﻂ ﻟﻢ ﺗﻜﻦ ﻟﻜﺘﺎﺑﺔ وﺻﻴﺘﻪ ﻓﺎﺋﺪة‬

Bermaksud :

17
Sekiranya tidak boleh berpegang kepada tulisan sebagai bahan pembuktian
sudah tentu perintah Rasulullh s.aw menulis wasiat sebelum tidur tidak
memberi faedah.

41. Mahkamah juga merujuk kitab Majallah Al-Ahkam ‘Adliah, Madah 69 yang
memperuntukkan bahawa tulisan adalah salah satu cara pembuktian sebagaimana berikut :

‫اﻟﻜﺘﺎب ﻛﺎﻟﺨﻄﺎب‬

Bermaksud : Tulisan itu seperti percakapan.

42. Pembuktian dengan dokumentar adalah tidak bercanggah dengan Hukum Syarak
sebagaimana yang telah ditegaskan didalam kitab Bughyah Al-Murtarsyidin karangan As-
Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, hlm. 341 menyebut:

‫ ﻟﻪ أن ﻳﻘﺒﻠﻪ‬، ‫و ﺣﻜﻲ ﻋﻦ اﻟﺤﺴﻦ وﺳﻮار اﻟﻘﺎﺿﻲ وﻋﺒﺪ اﷲ اﻟﻌﻨﺒﺮي أن ﻟﻠﻘﺎﺿﻲ إذا ﻛﺎن ﻳﻌﺮف ﺧﻂ اﻟﻜﺎﺗﺐ وﺧﺘﻤﻪ‬

Bermaksud :
Pandangan ini dipetik daripada Imam Hassan dan Shuwar al-Qadhi dan
Abdullah al-Anbariy, mereka berpendapat bahawa seorang Qadhi boleh
menerima pembuktikan dokumentar sekira ia kenal tulisan dan cop rasmi di
dalam dokumen tersebut.

43. P1 dan P2 telah mengemukakan beberapa dokumen sepertimana yang dirujuk oleh
Mahkamah sebelum ini iaitu salinan Kutipan Akta Nikah pemohon-pemohon yang ditanda
sebagai ²P-2² dalam Ikatan Dokumen pemohon-pemohon dan juga salinan Surat
Keterangan/Pengesahan Nikah pemohon-pemohon daripada Kantor Urusan Agama
Kecamatan Bonjol Indonesia yang ditanda sebagai ²P-3² yang mana kedua-duanya telah
disahkan keasliannya oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.
Berdasarkan qarinah tersebut, Mahkamah menerima dan menggunapakai dokumen tersebut
sebagai dokumen yang boleh mengesahkan berlakunya pernikahan sebagaimana didakwa.

18
44. Mahkamah juga menerima ikrar P2 selaku pihak isteri yang dibuat berdasarkan kepada
affidavit permohonan bahawa P2 sendiri mengakui fakta pernikahannya dengan P1. Ini
kerana pengakuan atau ikrar seseorang perempuan yang telah baligh dan berakal bahawa
dia telah berkahwin dengan seseorang lelaki adalah boleh diterima menurut pandangan al-
jadid dalam Mazhab Syafi'i. Perkara ini dijelaskan di dalam kitab Mughni Al-Muhtaj,
jilid. 5, hlm. 245 seperti berikut :

َ ‫ﺻ ﱠﺪﻗَـﻬَﺎ ﻋَﻠَﻰ ذَﻟ‬


‫ِﻚ َوﻟ َْﻮ‬ َ ‫ْج‬ ْ ‫َﺎح ( ﻣ‬
ٍ ‫ِﻦ زَو‬ ِ ‫َﺖ أ َْو ﺛَـﻴﱢﺒًﺎ ) ﺑِﺎﻟﻨﱢﻜ‬ ِ ‫) َوﻳـُ ْﻘﺒَﻞُ إﻗـْﺮَا ُر اﻟْﺒَﺎﻟِﻐَ ِﺔ اﻟْﻌَﺎﻗِﻠَ ِﺔ ( اﻟْ ُﺤ ﱠﺮةِ َوﻟ َْﻮ َﺳﻔِﻴ َﻬﺔً ﻓ‬
ْ ‫َﺎﺳ َﻘﺔً ﺑِﻜْﺮًا ﻛَﺎﻧ‬

ُ ‫ِﻴﺖ إذَا ﻛَﺎ َن اﻟﺰْﱠو‬


‫ج ﻏَْﻴـ َﺮ‬ َ ‫ أ َْو ﻗ‬، ‫ُﻒ ٍء ) ﻋَﻠَﻰ اﻟْ َﺠﺪِﻳ ِﺪ ( َوإِ ْن َﻛ ﱠﺬﺑَـﻬَﺎ اﻟ َْﻮﻟِ ﱡﻲ وَاﻟﺸﱠﺎ ِﻫﺪَا ِن إ ْن َﻋﻴﱠـﻨَْﺘـ ُﻬﻤَﺎ‬
ُ ‫ ﻣَﺎ َرﺿ‬: ‫َﺎل اﻟ َْﻮﻟِ ﱡﻲ‬ ْ ‫ﻛ‬
‫ﻏَﻴـ َْﺮ‬

َ ‫ُﻒ ٍء ؛ ﻷَِ ﱠن اﻟﻨﱢﻜَﺎ َح َﺣ ﱡﻖ اﻟﺰْﱠو َﺟ ْﻴ ِﻦ ﻓَـﺜَﺒ‬


ِ ‫ وَِﻻ ْﺣﺘِﻤ‬، ‫َﺖ ﺑِﺘَﺼَﺎدُﻗِ ِﻬﻤَﺎ َﻛﻐَﻴْ ِﺮﻩِ ِﻣ ْﻦ اﻟْﻌُﻘُﻮِد‬ ْ ‫ﻛ‬
‫َﺎل ﻧِ ْﺴﻴَﺎ ِن اﻟ َْﻮﻟ ﱢ‬
‫ وََﻻ‬، ‫ِﻲ وَاﻟﺸﱠﺎ ِﻫ َﺪﻳْ ِﻦ َوَﻛ ِﺬﺑِ ِﻬ ْﻢ‬

‫ﱠﻦ ﻳـُ ْﻌﺘَﺒَـ ُﺮ ِرﺿَﺎﻫَﺎ‬ ْ ‫ﻀ َﺮةِ ﻋَ ْﺪﻟَْﻴ ِﻦ َوِرﺿَﺎﺋِﻲ إ ْن ﻛَﺎﻧ‬


ْ ‫َﺖ ِﻣﻤ‬
ْ ‫ َزﱠو َﺟﻨِﻲ ِﻣﻨْﻪُ َوﻟِﻴﱢﻲ ﺑِ َﺤ‬: ‫ُﻮل‬
ِْ ‫ﺑُ ﱠﺪ ِﻣ ْﻦ ﺗَـ ْﻔﺼِﻴﻠِﻬَﺎ‬
ُ ‫اﻹﻗـْﺮَا َر ﻓَـﺘَـﻘ‬

Bermaksud :
Dan diterima pengakuan seorang perempuan yang telah baligh, berakal dan
merdeka walaupun dia seorang yang dungu atau fasiq sama ada anak dara
atau janda bahawa dia telah bernikah dengan seorang suami yang juga
membenarkan pernyataannya mengenai perkahwinan itu, walaupun suami
itu tidak sekufu menurut pendapat al-jadid (baru) meskipun perkara itu
didustakan (tidak diakui) oleh wali dan kedua-dua saksi setelah diminta
pengesahan mereka. Atau berkata wali: Aku tidak redha jika suami itu tidak
sekufu (maka pengakuan si isteri tentang pernikahan itu tetap diterima) kerana
pernikahan adalah hak kedua-dua suami isteri, maka hendaklah ia disabitkan
atas wujudnya saling percaya mempercayai dalam dakwaan kedua-dua mereka
(diqiyaskan) seperti akad-akad yang lain, dan kerana wujud ihtimal
(kebarangkalian) terlupa di pihak wali atau kedua-dua saksi atau pendustaan
mereka. Maka hendaklah diperincikan pengakuan tersebut dengan kata
perempuan itu: Waliku telah menikahkan aku dengannya di hadapan dua
orang saksi lelaki yang adil dan dengan keredaanku” (sekiranya perempuan
itu terdiri daripada orang yang diambil kira keredaannya).

19
45. P1 dan P2 juga mengemukakan seorang saksi lelaki sahaja (SP1) iaitu saksi pernikahan
mereka yang merupakan adik beradik kepada P2. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan daripada Abdullah Abbas r.a.h katanya :

‫ ﻓﻲ اﻷﻣﻮال‬: ‫أن رﺳﻮل اﷲ )ص(" ﻗﻀﻰ ﺑﺸﺎﻫﺪ وﻳﻤﻴﻦ" ﻗﺎل ﻋﻤﺮو‬

Bermaksud :
Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.aw telah berhukum hanya dengan
seorang saksi dan sumpah, kata Amru bin Dinar: Hukum ini diharuskan di
dalam kes-kes Mal sahaja.

Diriwayatkan daripada Jaafar bin Muhamad daripada bapanya daripada Saidina Ali r.a.:

‫أن رﺳﻮل اﷲ ) ص( و أﺑﺎ ﺑﻜﺮ وﻋﺜﻤﺎن ﻛﺎﻧﻮا ﻳﻘﻀﻮن ﺑﺎﻟﺸﺎﻫﺪ اﻟﻮاﺣﺪ وﻳﻤﻴﻦ اﻟﻤﺪﻋﻲ‬

Bermaksud :
Sesungguhnya adalah Baginda Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar dan
saidina Usman berhukum dengan seorang saksi dan sumpah muddaie.

46. Oleh yang demikian, Mahkamah memerintahkan P1 dan P2 bersumpah dengan Lafaz
Sumpah Syar’ie bagi menguatkan keterangan mereka di samping kehendak seksyen 88,
EKMS 2003 yang memperuntukan :

Jika dalam kes mal, Plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan
saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberikan berserta dengan
sumpah Plaintif itu.

47. Justeru itu, berdasarkan keterangan P1 dan P2 bersama Lafaz Sumpah Syarie serta
keterangan SP1 di samping qarinah-qarinah yang dikemukakan di dalam kes ini,
Mahkamah berpuashati bahawa keterangan di dalam kes ini mencukupi dan boleh diterima
oleh Mahkamah.

20
Keputusan

Setelah mahkamah meneliti permohonan dan affidavit pemohon-pemohon dan dokumen-


dokumen yang ditandakan ke mahkamah serta menimbangkan hujah dan alasan-alasan peguam
syarie pemohon-pemohon yang difailkan bersama dan setelah pemohon-pemohon bersumpah
dengan lafaz sumpah syarie maka mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :

1. Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon 1 dan 2 berdasarkan sub-seksyen 23 (2)


Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang


diakadnikahkan pada 3 Februari 2006 di KUA Bonjol, Pasaman Sumatera Barat, Indonesia
adalah sah dan mengikut Hukum Syarak.

3. Mahkamah memerintahkan Pemohon 1 dan 2 mendaftarkan pernikahan tersebut di


Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tertakluk kepada seksyen 124 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Disediakan oleh

................................................
(YA Salehan bin Haji Yatim)
Hakim MTS (Dewan 2)
Tarikh :

21

Anda mungkin juga menyukai