Anda di halaman 1dari 3

Terdapat tiga faktor penting yang menjadi penyebab kepada berlakunya sesuatu kemalangan

iaitu faktor individu, faktor organisasi dan faktor persekitaran. Faktor individu melibatkan
ciri-ciri peribadi, masalah-masalah peribadi, tret-tret individu yang cenderung malang,
masalah pendengaran/penglihatan, umur, kemahiran persepsi dan motor serta tekanan kerja.
Ciri-Ciri Peribadi/Masalah-Masalah Peribadi. Ciri-ciri peribadi biasanya merujuk kepada
perkara-perkara yang dikaitkan dengan kecerdasan, motivasi, kemahiran dan pengalaman.
Semua ciri-ciri ini mempengaruhi kemungkinan berlakunya kemalangan di tempat kerja.
Tingkahlaku yang berpunca dari masalah personaliti dan kurangnya kecerdasan di kalangan
pekerja akan mendedahkan pekerja kepada kecederaan dan kemalangan. Sebagai contoh,
gagal mematuhi arahan dan ketidakmampuan menumpukan perhatian disebabkan masalah
kecerdasan yang lemah. Pekerja yang cepat marah, melakukan tugas sambil lewa ataupun
terlalu aktif, tidak ada kemahiran atau pengalaman serta kurang motivasi kerja juga boleh
menyumbang ke arah berlakunya kemalangan. Kebarangkalian seseorang itu terlibat dalam
kemalangan akan meningkat dengan masalah peribadi yang dihadapi oleh pekerja, misalnya
masalah kewangan, hubungan interpersonal dan sebagainya. Seterusnya, Tret-Tret Individu
yang Cenderung Malang. Terdapat individu yang boleh dikategorikan sebagai individu
yang cenderung untuk malang dan mendapat kemalangan. Ini dikaitkan dengan beberapa sifat
peribadi atau perwatakan individu yang berlawanan dengan sifat persekitaran kerja dan
membuatkan mereka lebih terdedah kepada kemalangan berbanding dengan orang lain.
Individu-individu ini kadangkala tidak mempunyai keserasian dengan persekitaran kerja
mereka dan menyebabkan kebarangkalian mereka terlibat dengan sesuatu kemalangan adalah
tinggi berbanding dengan orang lain. Tret-tret personaliti yang tertentu seperti ketidakstabilan
emosi boleh menyumbang ke arah sifat ‘malang’ yang sentiasa dilalui oleh individu tertentu.
Selain itu, Masalah Pendengaran/Penglihatan. Penglihatan sering dikaitkan dengan
kekerapan berlakunya kemalangan bagi kerja-kerja yang tertentu terutamanya di sektor
industri yang memerlukan penumpuan melalui penglihatan. Sebagai contoh, pemandu bas
dan operator mesin yang mempunyai daya penumpuan penglihatan yang tinggi mempunyai
kadar kemalangan yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai daya
penumpuan penglihatan yang tinggi. Begitu juga dari segi pendengaran di mana individu
yang bebas dari sebarang masalah pendengaran dapat menjalankan kerja dengan lebih baik
berbanding dengan individu yang mempunyai masalah pendengaran. Di samping itu, Umur.
Kemalangan dikatakan sering berlaku di sekitar umur 17 hingga 28 tahun (Dessler, 2001).
Selepas dari tahap umur ini, kadar kemalangan dikatakan menurun. Walau bagaimanapun, ini
bergantung kepada jenis kerja serta bentuk kerja yang tertentu. Kerja-kerja yang memerlukan
pergerakan pantas dan masa reaksi yang cepat mungkin lebih sesuai dilakukan oleh orang
yang lebih muda berbanding dengan orang tua.

e. Kemahiran Persepsi dan Motor

Kajian ada menunjukkan sekiranya kemahiran persepsi individu adalah lebih tinggi dari
kemahiran motor, pekerja itu dianggap pekerja yang selamat. Ini merujuk kepada individu
yang dapat membuat anggaran persepsi tentang sesuatu kejadian dengan lebih rasional.
Kemahiran persepsi dikaitkan dengan tahap ‘kepekaan’ terhadap sesuatu keadaan khasnya di
tempat kerja.

f. Tekanan Kerja

Tekanan di tempat kerja merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Ia merupakan
reaksi tidak diingini yang melibatkan kelesuan fizikal dan mental disebabkan oleh faktor-
faktor psikologikal, sosial, pekerjaan atau rangsangan persekitaran (Goetsch, 2000). Individu
yang sering merasa tertekan di tempat kerja tentulah lebih mudah terdedah kepada
kemalangan berbanding dengan individu lain. Antara tekanan yang dihadapi di tempat kerja
ialah tekanan beban kerja, tekanan masa dan tekanan interpersonal. Apabila individu
menghadapi kelesuan fizikal dan mental akibat tekanan, perasaan tertekan dan tegang akan
timbul dan akhirnya kemampuan melakukan kerja dengan baik akan hilang dan prestasi kerja
akan menurun. Individu mungkin akan menjadi marah, bosan, takut, jemu dan agresif hingga
menyebabkan mereka tidak lagi mempedulikan situasi persekitaran. Ini akan meningkatkan
kebarangkalian berlakunya kemalangan di tempat kerja. Aspek tekanan akan dibincangkan
selanjutnya nanti.

8.5.2 Faktor Organisasi

Faktor organisasi melibatkan sifat sesuatu kerja, jadual sesuatu kerja dan iklim psikologikal.

a. Sifat Sesuatu Kerja

Di antara beratus-beratus jenis pekerjaan yang tersenarai dalam indeks pekerjaan, terdapat
pekerjaan yang dianggap lebih merbahaya berbanding Di antara beratus-beratus jenis
pekerjaan yang tersenarai dalam indeks pekerjaan, terdapat pekerjaan yang dianggap lebih
merbahaya berbanding

b. Jadual Sesuatu Kerja

Jadual kerja adalah berbeza mengikut jenis kerja yang tertentu. Sama ada seseorang itu
bekerja pada waktu siang atau malam hari, ini akan mempengaruhi tahap beban mental dan
fizikal yang terpaksa diharunginya. Justeru itu, dikatakan bahawa kemungkinan berlakunya
kemalangan biasanya stabil pada lima atau enam jam pertama bekerja, tetapi kadar
kemungkinan ini akan meningkat selepas tempoh tersebut. Hal ini mempunyai kaitan dengan
faktor keletihan yang dialami oleh pekerja.

c. Iklim Psikologikal Organisasi

Organisasi yang mempunyai masalah dalaman di mana timbulnya rasa tidak puas hati di
kalangan pekerja terhadap organisasi akan menyebabkan pekerja lebih terdedah kepada
kemalangan. Konflik dengan pihak pengurusan, piket dan mogok boleh mempengaruhi kadar
kemalangan di organisasi. Sebaliknya, jika iklim organisasi adalah baik dan pekerja dapat
bekerja dengan harmoni dan sejahtera, kemungkinan berlakunya kemalangan adalah rendah
kerana pekerja akan mempunyai motivasi dan semangat kerja yang tinggi serta sentiasa
berwaspada supaya mereka boleh terus bekerja untuk organisasi.

8.5.3 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran merangkumi situasi dan keadaan tidak selamat, kecerahan, suhu,
kebisingan dan reka bentuk tempat kerja.

a. Situasi dan Keadaan Tidak Selamat

Situasi atau keadaan tidak selamat merujuk kepada situasi tempat kerja yang secara langsung
mendedahkan pekerja kepada kemalangan seperti
(i) Peralatan yang tidak diselenggara dengan baik; (ii)

Peralatan yang rosak;

(iii) Kawasan kerja yang sesak; (iv)

Prosedur kerja yang merbahaya; (v)

Kawasan kerja yang licin; dan (vi)

Kurangnya peralatan keselamatan.

b. Kecerahan

Kecerahan yang sesuai adalah penting untuk kerja yang berbeza bagi tujuan penumpuan dan
sebagainya. Selain itu, ia juga dapat mempengaruhi prestasi kerja. Sebagai contoh,
penggunaan lampu kalimantang ataupun lampu halogen kuning mempunyai kesan yang
berbeza ke atas jenis kerja yang berbeza.

c. Suhu

Persekitaran kerja yang terlalu sejuk dan terlalu panas boleh mempengaruhi cara individu
bekerja. Suhu yang terlalu sejuk akan menimbulkan masalah penumpuan terhadap kerja di
mana pekerja akan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian kepada kerja mereka.
Tiadanya perimbangan thermal di antara persekitaran dan tubuh akan menyebabkan individu
merasa tidak selesa. Begitu juga jika suhu adalah terlalu panas tanpa sistem peredaran udara
yang sesuai.

d. Kebisingan

Pengeluaran bunyi bising yang berlebihan boleh memberi kesan kepada pendengaran.
Kilang-kilang yang mempunyai tahap bunyi yang tinggi akan memberi kesan ke atas
tingkahlaku pekerja dan seterusnya mendedahkan mereka kepada kemungkinan terlibat
dalam apa-apa kemalangan, sama ada kecil atau besar. Faktor-faktor yang menentukan
pengaruh bunyi terhadap pekerja ialah kekerapan bunyi, kesinambungan bunyi, jenis bunyi,
jenis tugas dan tahap kesukaran tugas yang dilakukan.

e. Reka bentuk Tempat Kerja

Terdapat persekitaran kerja yang tidak kondusif dari segi aturan ruang pejabat dan saiz.
Faktor-faktor ini mempunyai kaitan dengan aspek kesesakan di tempat kerja yang
mendedahkan pekerja kepada persekitaran yang tidak selamat. Sebagai contoh, timbunan fail
yang banyak kadangkala diletakkan di tempat atau lorong yang sepatutnya menjadi tempat
lalu lalang ataupun di depan pintu kecemasan. Ini akan menjadi penghalang kepada
pergerakan pekerja dan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kecederaan atau
kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai