Anda di halaman 1dari 74

DISEDIAKAN OLEH: ROHAINI BT ABDUL SATAR

Ulasan 1 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Rudi Sani Rudi Amin Rudi Amin Sani Amin : Ha, siapa pula yang koyakkan kertas alas meja saya ni! Ini tentu kerja kamu, Sani. : Eh, bukan saya yang koyakkan, Rudi! Tak baik kamu tuduh begitu, tau. : Kalau bukan kamu, siapa pula. Tak mungkin hantu yang koyakkan. : Oh, kamu di sini rupa-rupanya, Rudi! Sudah puas saya cari kamu tadi. : Ha, kamulah yang koyakkan alas meja saya ni, ya! Baik kamu mengaku. : Benar, Rudi. Sayalah yang koyakkan tapi bukan sengaja. Saya minta maaf, Rudi. : Rudi, Amin sudah mengaku bersalah. Dia juga meminta maaf daripada kamu. Kamu patut maafkan dia. : Tak mengapalah, Sani. Sama ada Rudi mahu memaafkan atau tidak, saya tetap akan gantikan dengan alas meja yang baru. Jangan risau, Rudi.

Ulasan 2 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Lina Zila Lina Zila Lina Zila : Cuba kamu tengok Yati tu, sudah pukul 2.00 petang pun belum balik lagi. : Yalah, kasihan dia seorang sahaja yang kemaskan kelas kita. Mana rakan petugas yang lain? : Mungkin dah balik agaknya. Curi tulang betul mereka ni. Apa kata kita tolong bersama-sama. : Itulah yang sepatutnya kita lakukan, Lina. Kalau kita sepakat, kerja tu tentu dapat disiapkan dengan cepat. : Betul kata kamu itu. Inilah masanya kita membalas budi kawan. Dia sahabat kita, kan? Senang susah kita tanggunglah bersama-sama. : Bagus tu. Kalau bilik tu siap kita susun hari ini, tidaklah kita kelam-kabut pada pagi esok. Masa terluang tu boleh kita gunakan untuk membaca buku. : Memang pun. Kalau begitu, mari kita tolong yati sekarang.

Lina

Ulasan 3 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Irfan Ibu Irfan Farid Syila Irfan Ibu Irfan : Ibu, boleh tak saya ke rumah Karim esok? Karim ajak saya mandi di sungai. : Eh, setahu ibu, kamu tidak pandai berenang! Ibu bimbang, nak. : Alah, ibu ni. Nak mandi pun tak boleh? Emak dia tak kisah pun. : Irfan. Kamu bercakap dengan ibu, kan? Cakaplah dengan bersopan santun, dik. : Betul kata abang Farid tu, Irfan. Sebagai anak, memang tidak patut kita bercakap meninggi suara dengan ibu. : Emm, maafkan saya, ibu. Saya tidak sengaja tadi. : Baiklah, ibu maafkan. : Terima kasih abang, kakak, kerana menasihati saya.

Ulasan 4 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Rosman : Hilmi, balik dari sekolah nanti kita ke kafe siber, mahu tak? Hilmi : Mengapa nak ke situ, Rosman? Membazirkan duit saja. Kita nak periksa, kan? Rosman : Kamu ni penakut sangatlah, Hilmi. Jangan risau, kita boleh lulus punya. Hilmi : Bagaimana boleh lulus jika kita malas belajar, Rosman? Rosman : Jadi, kamu memang tidak mahu pergilah, ya. Hilmi : Maaflah, Rosman. Saya harap, kamu tidak berkecil hati. Saya fikir lebih baik kita manfaatkan masa di perpustakaan. Kita boleh membaca atau siapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Rosman : Apa boleh buat, orang tak sudi. Kalau begitu, saya ikut kamulah. Hilmi : Ha, baguslah begitu! Tertunailah tanggungjawab kita sebagai pelajar.

Ulasan 5 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Atiqah Mak Long Atiqah Mak Long Atiqah Mak Long Atiqah Mak Long Atiqah Mak Long : Assalamualaikum, Mak Long. : Waalaikumussalam. Siapa tu, jemputlah masuk. : Saya Atiqah, Mak Long. Ini ada sedikit kuih yang emak beri. : Eh, Atiqah! Buat susah-susah saja. Terima kasih, nak. : Sama-sama. Bagaimana dengan demam Mak Long sekarang? : Nampaknya kurang sedikit. Cuma Mak Long rasa tak bermaya nak bergerak. : Kalau begitu, biar saya tolong Mak Long kemaskan rumah dan basuh baju. : Eh, tak mengapalah, Atiqah! Mak Long boleh buat sendiri. : Mak Long kan masih demam. Jadi, biar saya tolong, ya. Lagipun, kerja-kerja di rumah tu sudah saya selesaikan. : Kalau begitu, terima kasihlah, Atiqah. Selalu sangat tolong Mak Long. Bertuah Mak Long dapat jiran macam keluarga kamu, nak.

Ulasan 6
6

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Fahmi Afiq Fahmi Afiq Fahmi Afiq Fahmi Afiq Fahmi Afiq : Nampaknya kerja kita sudah hampir selesai. : Inilah pentingnya kerjasama. Kerja cepat siap dan cantik pula tu. : Syukur, tidak sia-sialah kerja kita, Afiq. : Ya, Fahmi. Sekarang, bolehlah kita berehat sebentar. Saya ada bawa bekalan. Kita makan bersama-sama. : Wah, itu sudah cukup baik! Kalau begitu, biar saya ke kedai beli gula dan kopi. Kita bancuh air sendiri, tentu lebih jimat, kan? : Betul tu. Di bilik guru ada cerek elektrik dan gelas. Lagi mudah kerja kita. : Tapi, takkan hendak ambil begitu sahaja. : Kita minta izinlah dulu daripada cikgu dan jaga peralatan itu baik-baik. : Kalau begitu, biar saya ke kedai sekarang, ya. : Ya, kamu pergilah. Biar saya pergi pinjam cerek tersebut.

Ulasan 7
7

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Farah Salim Farah Salim Farah Salim Farah Salim Farah : Boleh saya tahu mengapa kamu lewat ke sekolah pagi ini, Salim? : Alah, kamu ni. Menyibuk saja. Jangan hendak berlagaklah, Farah. : Saya tanya elok-elok, tak baik kamu jawab begitu. Ini tugas saya, Salim. : Tapi, takkan sekali lewat dah nak kena tulis nama. : Itu betul, tapi saya harus berlaku adil. Sebab itulah saya minta penjelasan daripada kamu dahulu. : Memang kamu ni sombong. Baru jadi pengawas dah nak tunjuk lagak. : Maafkan saya, Salim. Saya terpaksa catat nama kamu. Termasuk hari ini sudah tiga kali kamu terlewat tanpa memberi sebab pun. : Ikut suka kamulah, Farah. Tapi ingat, ada ubi ada batas, ada hari pasti saya balas. : Terpulanglah kepada kamu. Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai rakan, saya tak ambil hati akan apa-apa yang kamu cakapkan tadi.

Ulasan 8
8

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Liza Tina Liza Tina Liza Tina Liza Tina Liza Tina : Tina, bangun. Sudah pukul enam ni. Nanti, lambat pula bersolat. : Alah, kakak ni. Hari ni kan cuti. Janganlah ganggu Tina. : Adik, kita patut bangun awal. Selepas solat nanti, boleh tolong ibu di dapur. : Tapi kak, Tina rasa peninglah. Rasa macam nak demam saja. : Betul ke ni? Biar kakak tengok. Eh, tak panas pun! Ha, Tina tipu, ya! : Yalah. Tina minta maaf kakak. : Kakak maafkan. Sekarang pergi mandi cepat. Kakak tunggu untuk solat sama-sama. : Boleh tak tunggu sekejap? Tina nak kemaskan katil dulu. : Kakak fikir lebih baik Tina mandi dulu. Biar kakak tolong kemaskan katil Tina. : Kalau begitu, terima kasihlah, kakak. Kakak memang baik hati.

Ulasan 9
9

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Nora Yati Nora Tugas Yati Nora Yati Nora Yati Nora perlu Yati : Kamu hendak ke mana, yati? : Saja nak jalan-jalan jumpa kawan sekejap. : Tapi, pagi ini giliran kita bertugas, Yati. ini tanggungjawab kita. : Alah, saya dah selalu sapu lantai kelas. Kawankawan lain bukankah sudah ada? : Itu betul. Tapi, kalau kita bekerjasama tentu kerja ini cepat siap. Sesudah itu, bolehlah nak jumpa kawan kamu itu. : Kamu memang tak boleh tengok orang senang. Hah, berikan penyapu itu! : Janganlah marah, Yati. Kita kan bersahabat. : Kamu terasa ke, Nora? Saya minta maaf. Tolong berikan penyapu itu kepada saya. : Ha, begitulah cara orang berkawan. Kita ada semangat kerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri. : Baiklah, tok ketua. Saya menurut perintah.

10

Ulasan 10 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Shri : Selamat hari raya, pak cik. Encik Ali : Selamat hari raya. Sila duduk, nak. Jemputlah minum dan jamah kuih-kuih tu. Shri : Terima kasih. Saya ni Shri, rakan sekelas Amin. Amin ke mana, pak cik? Encik Ali : Oh, Amin ke rumah Ah Chong, hantar makanan. Khabarnya Ah Chong demam. Shri : Ah Chong demam? Kasihan. Selepas ini, bolehlah saya ke rumahnya pula. Encik Ali : Eloklah begitu. Berziarah boleh merapatkan hubungan sesama kita. Shri : Kalau begitu saya minta diri dulu. Maaf zahir batin, pak cik. Encik Ali : Eh, nanti dulu, Shri! Ambil duit raya ni. Jangan tak sudi pula. Shri : Terima kasih, pak cik. Encik Ali : Sama-sama. Jalan hati-hati, ya Shri.

11

Ulasan 11 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sabtu, 7 Julai 2007 8.30 pagi : Guru besar berucap. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir untuk bergotong-royong. 8.45 pagi : Kaum bapa bergerak ke lokasi yang telah ditentukan. Masing-masing bekerja dengan tekun tetapi mesra. Kaum ibu sibuk mengumpul sumbangan dan derma daripada perserta. 9.00 pagi : Kaum ibu bekerjasama memasak makanan untuk jamuan semasa rehat dan jamuan makan tengah hari. Guru-guru wanita juga turut membantu. Suasana menjadi cukup ceria. 10.30 pagi : Semua peserta menikmati jamuan ringan di kantin. Setelah itu, mereka ke lokasi masing-masing untuk meneruskan kerja. 12.30 tengahari : Gotong-royong selesai dengan jayanya. Semua peserta ke kantin untuk makan tengah hari. Guru besar melahirkan rasa bangga atas sokongan dan kesediaan ibu bapa membantu pihak sekolah menceriakan kawasan.

12

Ulasan 12 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Isnin, 9 April 2007 7.30 pagi : Semua murid dan guru menyanyikan lagu Negaraku, diikuti lagu negeri dan lagu sekolah dengan penuh semangat. 7.40 pagi : Guru petugas mingguan berucap. Antara lain, beliau meminta murid mengambil berat akan kebersihan diri dan pakaian. 7.45 pagi : Guru besar berucap. Beliau mengumumkan bahawa pasukan hoki sekolah telah muncul sebagai johan hoki peringkat daerah. Serentak dengan itu, semua pemain tampil menerima hadiah. Mereka diberikan tepukan gemuruh oleh murid dan guru. 8.00 pagi : Syarahan mingguan bertajuk Cara-cara Mencapai Kecemerlangan. Antara cara yang dinyatakan termasuklah ketekunan, pandai membahagikan masa, dan mematuhi nasihat. 8.15 pagi : Majlis berakhir. Setelah selesai bacaan ikrar dan doa, semua murid masuk ke kelas dengan teratur dan senyap.

13

Ulasan 13 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ahad, 15 April 2007 2.00 petang : Aku sedang bermain-main di taman permainan. Tiba-tiba, seorang budak lelaki terjatuh dari buaian. Budak itu menangis kesakitan. 2.10 petang : Aku segera menghampirinya dan memujuknya supaya bersabar. Sementara itu, rakanku mencari ibu bapa budak tersebut. 2.20 petang : Ibu bapa budak itu tiba. Mereka memarahi budak itu kerana tidak mendengar nasihat. Setelah itu, budak itu dibawa ke hospital. Dalam sibuk-sibuk begitu, dompet ibunya telah tercicir. 3.00 petang : Aku dan rakanku terus menahan teksi untuk ke hospital. Kami gembira kerana dapat berjumpa dan memulangkan dompet tersebut. 5.00 petang : Kami pulang setelah menelefon ayahku. Hal ini kerana duit kami sudah habis untuk membayar tambang teksi. Aku terkilan kerana mereka tidakpun mengucapkan terima kasih
14

Ulasan 14 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sabtu, 17 mac 2007 7.30 pagi : Kami melawat ke rumah kanak-kanak kurang upaya. Ketibaan kami disambut mesra oleh para petugas di situ. 9.00 pagi : Kami ke dewan untuk mendengar taklimat daripada petugas rumah tersebut. Kemudian, kami dibawa melawat ke kelas yang menempatkan anak-anak kurang upaya. Kami begitu simpati dan insaf melihat nasib mereka. Begitupun, mereka tabah dan berdikari. 2.00 petang : Kami menghiburkan mereka dengan lagu nasyid dan lakonan. Kami juga berbualbual dengan mereka. Ada juga rakan yang membantu menyuapkan makanan semasa sesi rehat. 8.00 malam : Kami mengucapkan terima kasih atas layanan mesra mereka. Sebelum pulang, kami memberikan cenderamata kepada semua anak kurang upaya itu. Kami juga sempat bersalaman dan bergambar dengan mereka.

15

Ulasan 15 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Rabu, 10 Januari 2007 10.00 pagi : Aku ke belakang makmal komputer untuk berehat. Kulihat seorang budak sedang menangis. Rupa-rupanya, wangnya telah hilang. Aku kasihan melihat budak itu. Akhirnya, aku mengajak budak itu makan bekalan yang kubawa. 10.30 pagi : Aku menghantar budak itu ke kelasnya. Akan tetapi, dia tidak mahu masuk. Katanya, dia takut akan beberapa orang budak di kelas itu. Mereka selalu memukulnya. Aku pun memberitahu guru kelasnya tentang perkara itu. 10.40 pagi : Guru kelasnya memanggil murid yang suka memukul budak itu. Mereka diberi amaran agar tidak berbuat begitu lagi. Mereka juga disuruh meminta maaf kepada budak itu. 1.15 petang : Waktu pulang tiba. Aku terus ke kelas itu untuk pulang bersama-samanya. Dia begitu gembira. Kali ini tidak ada orang yang berani membulinya lagi.

16

Ulasan 16 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ahad, 11 Februari 2007 4.30 petang : Aku dan Salim terjumpa bungkusan berisi wang di tepi hutan. Kami tidak mengambilnya kerana syak itu wang curi. Tiba-tiba, kami terdengar suara orang semakin menghampiri kami. Kami pun berundur agar tidak diketahui. 5.00 petang : Kami ke balai polis untuk membuat laporan sebelum mengikut sepasukan polis ke lokasi tersebut. Tiba di sana, pasukan polis mengatur gerakan yang sungguh teliti dan bijak untuk mengepung kawasan itu. 5.30 petang : Serbuan bermula. Pencuri-pencuri tersebut bertempiaran lari. Salah seorang daripadanya menuju ke arahku. Tanpa berlengah lagi, aku memukul pencuri itu dengan sebatang kayu. Akhirnya, kesemua pencuri itu dapat diberkas. 6.30 petang : Pihak polis menghantar kami pulang. Mereka mengucapkan terima kasih dan akan ke sekolah untuk menghantar sijil penghargaan. Kami gembira kerana dapat berbakti kepada masyarakat.
17

Ulasan 17 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sabtu, 23 Jun 2007 7.30 pagi : Seramai 30 orang ahli pasukan pengakap tiba di tapak perkhemahan. Setelah berehat seketika, mereka membina khemah bersama-sama. 9.00 pagi : Pertandingan ikatan dan kawad kaki bermula. Setiap kumpulan bersaing untuk memenangi pertandingan. Akhirnya, Petrol Rusa menjadi juara. Mereka diberi tepukan gemuruh oleh pasukan yang kalah. 2.00 petang : Sesi kembara bermula. Peserta terpaksa meredah laluan yang sukar. Walau bagaimanapun, disiplin dan semangat setia kawan menjadikan sesi kembara itu menyeronokkan. 8.00 malam : Sesi ceramah diadakan. Antaranya, penceramah bercerita tentang pentingnya sikap positif dalam mengharungi kehidupan. Setelah ceramah berakhir, semua peserta ke khemah untuk tidur.

18

Ulasan 18 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ahad, 11 Februari 2007 8.00 pagi : Aku sekeluarga berkelah di pantai. Setelah tiba, kami ke pondok tamu dan makan bekalan yang dimasak oleh ibu. Hendak membeli, makanan di situ mahal. 9.00 pagi : Kami bermandi-manda dengan girangnya. Aku beranikan diri bermain ombak. Walau bagaimanapun, aku mandi di pinggiran laut sahaja demi keselamatan diri. 11.00 pagi : Kami naik untuk menyalin pakaian. Aku membasuh pakaian mandiku sebelum dibawa pulang. Selepas itu, kami mengemaskan peralatan dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 11.30 pagi : Kami bergerak pulang. Sebelum tiba di rumah, kami singgah di hospital untuk melawat rakan ayah. Kami juga sempat membeli buah tangan untuknya.

19

Ulasan 19 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Selasa, 6 Mac 2007 8.00 pagi : Aku tiba di pejabat pos. Di situ, terlalu ramai orang yang menunggu. Nombor giliranku pula masih jauh. Jadi aku duduk diam-diam di kerusi yang disediakan di situ. 9.00 pagi : Seorang nenek masuk ke pejabat pos. Aku bangun dan memberikan tempat dudukku kepadanya. Dia berterima kasih kepadaku. Aku terus berdiri di satu sudut. 11,00 pagi : Giliranku masih jauh. Ramai pelanggan yang sudah bosan dan merungut. Namun begitu, aku terpaksa menunggu dengan sabar supaya keadaan terkawal. Akhirnya, giliranku tiba juga. 11.30 pagi : Aku bergerak keluar. Seorang lelaki buta ingin menyeberang jalan. Jadi, aku memimpinnya ke lampu isyarat pejalan kaki. Selepas ke seberang jalan, aku pulang dengan menaiki bas.

20

Ulasan 20 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ahad, 15 Julai 2007 10.00 pagi : Seorang remaja menghampiriku. Dia minta simpati kerana wangnya hilang. Aku kasihan lalu menghulurkan Rm 5 kepadanya. 10.30 pagi : Aku ke kedai runcit untuk membeli minuman. Tiba di situ, aku terkejut kerana remaja yang kutemui tadi sedang membeli rokok. Nampak sahaja wajahku, dia cabut lari. Aku menyesal kerana tidak berhatihati. 1.00 petang : Aku menunggu bas untuk pulang. Aku terdengar seorang wanita menjerit. Begnya telah diragut orang. Peragut itu lari ke arahku. Tanpa berlengah lagi, aku menghalang laluannya. Dia terjatuh dan dapat diberkas. Orang ramai yang berada di situ terus menangkapnya. 1.30 petang : Anggota polis tiba. Peragut itu diserahkan kepada pihak polis. Aku terkejut kerana peragut itulah remaja yang menipu aku pagi tadi.

21

Ulasan 21 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sudah dua hari Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. Jadi, aku telah berbincang dengan rakan-rakanku untuk melawatnya. Petang itu, kami pun pergi ke rumah Amir dengan menunggang basikal. Kami terpaksa berhatihati kerana jalan raya agak sibuk pada petang itu. Setelah tiba di rumahnya, kami pun memberi salam. Ibunya muncul lalu mempersilakan kami masuk. Kami segera ke bilik Amir dan memberikan buah tangan kepadanya. Di samping itu, kami juga menghulurkan sumbangan daripada rakan sekelas sebagai tanda simpati. Amir mengucapkan terima kasih kepada kami. Dia juga meminta kami sampaikan penghargaan kepada rakan-rakan yang telah bersusah payah menghulurkan derma. Sebelum pulang, kami bersalaman dan menasihati Amir agar bersabar dan mendoakan agar dia cepat sembuh.

22

Ulasan 22 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Waktu rehat sudahpun tiba. Beberapa orang murid sedang berebut-rebut hendak membeli makanan di kantin. Suasana agak riuh seketika. Sebagai pengawas, aku segera bertindak. Kuarahkan mereka beratur dan membeli mengikut giliran. Mereka akur akan nasihatku. Kini, keadaan di kantin menjadi lebih tenteram dan terkawal. Begitupun, ada juga murid yang tidak membuang sisa makanan ke dalam tong sampah setelah makan. Bagi yang berbuat demikian, aku menasihati mereka dengan sopan walaupun mereka lebih tua atau lebih besar daripada aku. Sekiranya mereka berdegil juga, barulah nama mereka kucatatkan dalam buku laporan harian disiplin murid. Ini merupakan sebahagian tugasku sebagai salah seorang pengawas sekolah.

23

Ulasan 23 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Hari itu, aku sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Ketika itu, aku terlihat seorang lelaki buta sedang tercari-cari arah untuk melintas jalan. Di tangannya pula terdapat sebuah beg yang besar. Aku kasihan melihatnya. Jesteru, aku segera bangun dan menghampirinya. Selepas memberi ucapan salam, aku memimpin tangannya sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Aku juga meminta izin untuk membawa begnya. Apabila keadaan benar-benar selamat, barulah aku memimpinnya ke seberang jalan. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku dan menghulurkan RM 1. Walau bagaimanapun, aku menolak pemberian itu dengan sopan. Setelah itu, aku bergerak ke perhentian bas semula untuk pulang ke rumahku.

24

Ulasan 24 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Suasana di padang bola berhampiran rumahku begitu riuh-rendah. Masing-masing berlarian dan bermain dengan riangnya. Hatiku memang tergerak untuk bermain bersamasama. Tambahan pula, beberapa orang rakan telah memanggil namaku. Akan tetapi, aku terpaksa melupakan hasrat untuk bermain. Dua bulan lagi, aku akan menghadapi peperiksaan besar. Jadi, aku mesti belajar bersungguhsungguh dan gigih. Aku berasa terlalu rugi jika terlalu banyak membuang masa. Aku kasihan melihat ayah dan ibuku yang berpenat lelah di kebun. Mereka sentiasa berkorban untuk membesarkan aku dan adik-adikku. Sebagai anak, aku perlu melaksanakan tugasku menuntut ilmu. Aku berjanji untuk menghadiahkan sesuatu kepada mereka, iaitu 5A UPSR. Lebih daripada itu, aku berazam akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

25

Ulasan 25 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Kadang-kadang, aku malu juga. Mereka ketawakan aku. Kata mereka silat yang aku pelajari lembik. Silat mereka tangkas dan terkenal di seluruh dunia. Ah, biarkan mereka ketawa! Aku tetap bangga dengan silat Melayu. Silat itu budaya nenek moyangku. Silatnya indah berseni. Aku bersilat bukan untuk menunjukkan kehebtan diri. Aku bersilat bukan untuk menjadi jaguh, hanya untuk mempertahankan diri. Dalam persilatan ini, aku diajar merendah diri dan sopan berbudi. Aku juga diajar menghormati guru, ibu bapa serta sesiapa sahaja. Aku harap, aku dapat bersabar dengan kerenah kawan-kawan. Mereka sering mengajak aku berlawan, tetapi aku menolak. Mereka menyatakan aku pengecut. Tidak mengapa. Aku patuh akan nasihat guru, Orang berilmu mulia pekerti.

26

Ulasan 26 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Dulu, pantai ini sungguh indah, bersih dan sering dikunjungi ramai orang. Kini, segala-galanya sudah berubah. Pantainya dipenuhi sampah sarap. Kemudahan awam seperti pondok rehat dan taman permainan tidak terurus. Bukan itu sahaja, pondok telefon dan tandas awam juga turut dirosakkan. Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa tempatan telah menutup pantai tersebut untuk kerja-kerja pembaikan. Kali ini, mereka telah memasang papan kenyataan yang besar tentang peraturan pantai tersebut. Mereka juga telah meletakkan beberapa orang penguasa keselamatan bagi mengawasi dan menangkap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan. Kini, pantai ini kembali berseri dan menjadi tarikan pelancong.

27

Ulasan 27 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Hari ini Hari Raya Puasa. Reva dan Man Seng baru sahaja berpakat hendak berziarah ke rumah Ameer. Jadi mereka memberitahu ibu bapa mereka tentang hasrat tersebut. Setelah mendapat keizinan, mereka pun pergi ke rumah Ameer dengan menaiki bas. Ketika berada di dalam bas, seorang wanita tua bersama cucunya terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk. Reva kasihan melihatkan wanita tua itu. Kemudian, mereka bangun dan mempelawa wanita tua itu duduk bersama cucunya. Wanita tua itu mengucapkan terima kasih kepada Reva dan Man Seng. Apabila tiba di stesen bas, Reva menolong wanita tua itu membawa begnya. Man Seng pula memimpin cucunya turun dari bas.

28

Ulasan 28 Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Aku berkawan tanpa mengira kaum. Hal ini kerana aku membesar dalam masyarakat majmuk. Kami juga saling mempelajari budaya dan agama masing-masing. Oleh itu, kami mengetahui adat dan cara hidup masing-masing. Jika ada kelapangan, pasti aku akan menziarahi rakanrakanku itu. Pada hari perayaan, kami mengadakan rumah terbuka. Mereka pun demikian juga. Mereka menempah makanan yang dimasak oleh orang Islam. Ibu bapa kami juga sering mengadakan perjumpaan. Mereka berpakat untuk bergotong-royong dan menubuhkan pasukan rukun tetangga. Mereka sanggup berjaga bergilirgilir saban malam. Dengan itu, taman perumahan kami aman daripada kegiatan yang tidak diingini. Kami berharap, keadaan seperti ini akan berterusan sampai bila-bila.

Ulasan 29
29

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Aku mulai menyimpan wang sejak kecil. Kini, wangku mencecah ribuan ringgit. Memang tidak rugi aku menyimpannya di bank. Dengan menyimpan wang di bank, aku tidak perlu risau. Hal ini kerana pihak bank mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Aku juga memperoleh beberapa faedah lain. Simpananku saban waktu bertambah dengan bayaran dividen dan bonus. Aku juga mendapat cenderamata berupa beg, payung, dan sebagainya. Kata ibu, simpanan ini untuk masa hadapanku. Aku boleh gunakan untuk melanjutkan pelajaran. Maklumlah, yuran pembelajaran sekarang agak tinggi. Aku juga boleh membeli harta dengan wang simpanan ini. Aku boleh beli saham, beli tanah, dan rumah. Kata ibu lagi, wang ini untuk masa kecemasanku. Manalah tahu kalau-kalau aku sakit dan memerlukan rawatan. Aku tidak perlu meminjam ke sana ke mari.

Ulasan 30
30

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Amir memang mudah mesra. Dia sentiasa tersenyum dan berwajah ceria. Kalau ada orang mengejeknya, senyuman jugalah yang dibalasnya. Dalam kalangan rakan, dia amat disanjungi. Hal ini kerana dia ringan tulang. Pantang melihat rakan bekerja, dia pasti tumpang bersama. Dia tidak sayang tenaga. Dia juga sering membelanja rakan-rakannya, terutama rakan-rakan yang tidak membawa wang belanja. Dia tidak pernah pula mengungkit-ungkit akan sumbangannya kepada rakan-rakan. Amir juga pandai menggunakan masa. Dia jarang sekali berborak terlalu lama. Setiap kali ada waktu terluang, pasti ada buku di tangannya. Dia juga sering mengajak rakan-rakan berbincang. Jadi, tidak hairanlah jika dia dan rakan-rakannya sering mendapat markah cemerlang dalam ujian atau peperikaan.

Ulasan 31
31

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Orang Daik turun ke Daik, Bawa pahat besi keluli, Buat baik dibalas baik, Buat jahat jangan sekali. Dari kota ke lautan teduh, Bawa ragi dengan kuaci, Kalau kita suka bergaduh, Ke mana pergi orang membenci. Angin mendesah beribu batu, Anak ikan menari-nari, Kawan yang susah harus dibantu, Jangan pentingkan diri sendiri. Hendak digulung si daun palas, Bawa ke bendang Bukit Piatu, Jika menolong biarlah ikhlas, Jangan berudang di sebalik batu. Anak ungka diperbatasan, Cuaca redup nyaman terasa, Berbaik sangka sesama insan, Barulah hidup aman sentiasa. Ulasan 32
32

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Kawan jika kejayaan jadi impian kejarlah dengan tekun dan cekal jangan hanya separuh jalan. Kawan jika ingin hidup sempurna bajai ilmu penuh di dada hormat dan taat ayah bonda nasihat guru jangan dilupa. Kawan jika ingin dipandang mulia hiasi diri akhlak mulia jaga pekerti tutur kata tepati janji bertimbang rasa. Ingatlah kawan dalam meniti arus kehidupan perintah Tuhan jangan diabaikan usah kerana pangkat dan harta tergadai budi pegangan agama. Ulasan 33
33

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ilmu itu umpama pelita, Jadi penyuluh digelap gelita. Tanpa ilmu hidup susah, Jiwa menjadi resah gelisah. Tuntutlah ilmu walau di mana, Agar dirimu tidak merana. Jika kita kaya ilmu, Hidup di dunia tiada jemu. Pabila ilmu penuh di dada, Usah sombong mendabik dada. Ilmu yang berkat membawa rahmat, Dunia akhirat kita selamat.

Ulasan 34
34

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Burung kenek-kenek, Hinggap di pohonlada, Pesan datuk nenek, Hormat ayah bonda. Burung kenek-kenek, Hinggap di atas tungku, Pesan datuk nenek, Jaga tingkah laku. Burung kenek-kenek, Terbang di angkasa, Pesan datuk nenek, Sopan bertimbang rasa. Burung kenek-kenek, Terbang tinggi ke hulu, Pesan datuk nenek, Cekal sabar selalu. Burung kenek-kenek, Terbang bersama helang, Pesan datuk nenek, Jadi insan cemerlang. Ulasan 35
35

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Wahai ibu sanjungan hati, Sepanjang usia engkau berbakti, Mendidik aku sepenuh hati, Limpahan kasih molek pekerti. Wahai bapa sanjungan jiwa, Membanting tenaga senyum ketawa, Tidak mengenal erti kecewa, Ke puncak jaya aku dibawa. Wahai nenek pengubat duka, Membimbing daku tiada leka, Penuh dengan pantun seloka, Demi hidupku di hari muka. Bersyukur aku kepada yang Esa, Diri terdidik budi bahasa, Hormat dan taat sepanjang masa, Keluarga bahagia aman sentosa.

Ulasan 36
36

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Burung kedidi patah kaki, Malas mandi badan berdaki. Letak kajang di atas rakit, Kuku panjang bawa penyakit. Pohon selasih pohon cendawan, Mulut bersih senyuman menawan. Anak sapi makan berkawan, Rambut rapi tampak menawan. Pohon selasih tumbuh bertingkat, Pakaian bersih imej meningkat. Dahan mentega redup sentiasa, Kebersihan terjaga hidup selesa.

Ulasan 37
37

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Wahai anak mari dengarkan, Titipan nasihat ayah khabarkan. Menuntut ilmu usahlah leka, Sengsara kelak di hari muka. Hiasi dirimu akhlak terpuji, Tidaklah dirimu dicaci dikeji. Kalau bekerja hendaklah muafakat, Kelak pasti mendapat berkat. Berbudi baik sesama rakan, Perkara mungkar usah lakukan. Berhati-hati memilih kawan, Tersalah pilih dirimu rawan. Dengan kawan bertimbang rasa, Pasti hidup aman sentosa.

Ulasan 38
38

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Kawan Apalah ertinya persahabatan Jika tidak saling percaya Saling curiga. Kawan Apalah ertinya kemesraan Jika manis di bibir sahaja Di hati racun berbisa. Justeru Berhati-hatilah memilih rakan Bukan kerana pangkat dan kedudukan Bukan kerana harta kekayaan. Pilihlah yang sederhana Ringan tulang mudah mesra Bertimbang rasa berbudi bahasa Bertanggungjawab lagi setia.

Ulasan 39
39

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Aku anak Malaysia berjiwa merdeka bersatu bersetia berpadu tenaga menjulang negara di mata dunia. Aku anak Malaysia berjiwa pendekar jika musuh melanggar musuhlah yang kutentang biar jiwa terkorban berundur aku pantang. Aku anak Malaysia berhemah tinggi hormat mesra sopan berbudi. Aku anak Malaysia cintai damai jauhi sengketa kebanggaan pertiwi. Ulasan 40
40

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Bunga keladi buah markisa, Orang berbudi kita berbahasa. Bunga raya bunga serombong, Kalau kaya usah sombong. Bunga raya bunga kasturi, Orang berjaya jangan beriri. Tumbuh melata pohon angsana, Jangan kita suka menghina. Subur di taman si pohon ceri, Orang budiman merendah diri. Daun palas tepi perigi, Orang malas selalu rugi. Bunga kesidang si bunga pinang, Hati meradang bawa bertenang.

Ulasan 41
41

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Labu sayong memang terkenal sejak dahulu lagi. Penghasilan labu sayong amat memerlukan kesabaran, cermat dan teliti. Hal ini kerana proses penghasilannya agak rumit. Kini, kraf tempatan ini mulai diminati ramai. Selain air yang disimpan di dalamnya dingin dan segar, membeli kraf Labu Sayong bererti membantu pengusaha tempatan. Membuat labu sayong memerlukan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, orang-orang yang berminat dengannya perlu belajar secara berterusan tanpa jemu. Kita perlu menumpukan sepenuh perhatian dan membentuknya dengan berhati-hati. Penghasilan kraf yang bermutu sahaja tidak cukup untuk menarik minat pelanggan membelinya. Pengusahanya perlu sopan dan mudah mesra semasa melayan tetamu. Selain itu, ruang pameran barangan harus selesa dan memikat hati untuk menarik pelanggan.

Ulasan 42

42

Tuliskan beberapa perkara menarik yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Tahukah anda bahawa buluh sebenarnya sejenis rumput? Benar buluh tergolong dalam spesies rumput, rumput gergasi. Pokok ini juga hampir menyamai pokok kelapa dari segi kegunaannya. Rebung buluh boleh dibuat sayur. Batangnya pula boleh dibuat kraftangan. Ada juga yang menggunakan batang buluh sebagai joran untuk memancing. Daun buluh pula boleh dibuat pembalut ketupat. Sesetengah masyarakat percaya bahawa daun buluh boleh menakutkan hantu. Oleh itu, mereka menggantungkan daun itu pada muka pintu rumah mereka. Suatu kepercayaan lagi menyatakan bahawa buluh tumpat berkhasiat untuk tujuan perubatan. Ada juga pendapat menyatakan bahawa buluh perindu menjadi azimat untuk kemerduan suara. Namun begitu, kebenaran kepercayaan ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik.

Ulasan 43
43

Tuliskan beberapa faedah yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Pelajar amat digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum, iaitu kegiatan luar bilik darjah. Sebenarnya, kegiatan ini menjadi pengimbang kepada pembelajaran akademik di sekolah. Melaluinya, pelajar mendapat banyak ilmu dan pengetahuan di luar bilik darjah. Mereka boleh mendapatkannya dengan menyertai kegiatan persatuan. Dengan menyertai unit beruniform pula pelajar dapat meningkatkan disiplin dan memupuk semangat kerjasama serta semangat sepasukan. Selain itu, kegiatan sukan pula menjadikan pelajar lebih cergas dan cerdas. Sukan juga mampu memupuk kerjasama antara pelbagai kaum di negara kita. Dengan itu akan terbentuklah keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Dengan bersukan juga, pelajar dapat mencungkil bakat untuk mengharumkan nama sekolah mahupun negara.

Ulasan 44
44

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Benarlah kata orang tua-tua, banyak orang banyak ragamnya. Demikian juga halnya dengan pelajar sekolah, ada yang sedar, ada juga yang lalai. Mereka yang lalai seperti biasa, membuang masa dengan sia-sia. Belajar tidak seberapa, riuh dan bisingnya berganda. Kadang-kadang, mereka menjadi pembuli pula. Bagi yang sedar, mereka terus bersiap sedia. Mereka tidak akan bermain-main lagi ketika guru mengajar. Mereka juga pasti akan menyiapkan segala kerja yang diberi. Jika dimarahi, mereka tidak berkecil hati. Mereka lebih tulus dan mengharapkan keberkatan untuk mencapai kecemerlangan. Bagi yang lalai, sedarlah bahawa anda sedang memusnahkan diri secara diam-diam. Anda juga telah menidakkan pengorbanan ibu bapa yang ingin melihat anda berjaya. Kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keyakinan.

Ulasan 45
45

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Saban hari ada sahaja masalah alam sekitar yang dipaparkan dalam akhbar. Kisah pencemaran sungai, kemusnahan hutan, dan pembuangan sampah sarap seolaholah tiada penghujungnya. Keadaan itu belum termasuk penerokaan tanah tinggi untuk kawasan kediaman. Pelbagai usaha telah pun dilaksanakan. Penubuhan Jabatan Alam Sekitar dan Penguat Kuasa Alam Sekitar digerakkan seiring dengan penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu, keadaan tidak banyak berubah. Akibatnya, sumber air tercemar, banjir sering melanda dan kita terpaksa berdepan dengan korban jiwa serta harta benda akibat tanah runtuh. Sampai bilakah keadaan ini harus berlaku? Sampai bilakah masyarakat akan sedar? Sampai bilakah alam sekitar akan kembali ceria. Segala-galanya ada di tangan kita, seluruh rakyat Malaysia.

Ulasan 46
46

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ibu bapa memang mengharapkan anak-anak mereka cemerlang. Jika demikian, berilah perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Belailah mereka sepenuh hati tetapi usah terlalu dimanjakan. Pupuk diri anak-anak agar berlemah lembut dengan sesiapa sahaja. Berikan sokongan agar anakanak mampu melakukan sesuatu dengan yakin tanpa bergantung kepada orang lain. Di samping itu, bantu anakanak menguruskan aktiviti hariannya dengan sempurna. Anak-anak juga harus dilatih supaya tidak terlalu mewah dan menerima sesuatu tanpa banyak kerenah. Mereka juga harus dididik agar tidak mudah kecewa apabila gagal dan sentiasa mendengar nasihat. Lebih-lebih lagi, anak-anak orang Islam hendaklah diasuh agar patuh perintah Allah.

Ulasan 47

47

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ada orang lebih gemar membeli buah-buahan yang diimport. Mereka berpendapat bahawa buah-buahan tersebut lebih baik berbanding dengan buah-buahan tempatan. Sebenarnya, buah-buahan tempatan juga mempunyai khasiat yang lebih baik daripada buah-buahan luar negara. Buah-buahan tempatan lebih segar kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada penggunanya. Lagipun, tenyata harga buah-buahan tempatan lebih murah. Hal ini kerana buah-buahan luar negara dikenakan duti import sebelum dibawa masuk ke negara kita. Buah-buahan yang diimport juga agak berbahaya kerana disalut dengan bahan kimia supaya tahan lama. Lebih daripada itu, membeli buah-buahan tempatan bererti menyokong usaha masyarakat sendiri.

Ulasan 48
48

Tuliskan beberapa perkara menarik yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Pantai Cherating telah menempa nama sejak dahulu lagi. Saban tahun, puluhan ribu pelancong terutamanya dari luar negara berkunjung ke pantai ini. Sebenarnya, keaslian panorama inilah yang menjadi daya penarik utamanya. Walaupun banyak kemudahan awam disediakan, keaslian panoramanya tetap tidak tercemar. Selain itu, lokasinya begitu bersih. Pantainya terbentang luas manakala pentas lautnya begitu cetek dan landai. Di pantai ini tersedia caletcalet serta penginapan yang pelbagai, sesuai dengan kemampuan pengunjungnya. Majoriti makanannya pula benar-benar rasa tempatan, unik serta menyelerakan. Tambahan pula, kebanyakan pengusaha rumah tumpangan di situ menyediakan persembahan kebudayaan tempatan serta permainan tradisional untuk tontonan para pelancong.

Ulasan 49
49

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sahabat merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Mereka seumpama sebahagian daripada ahli keluarga kita. Untuk menjadi sahabat yang baik, kita memerlukan beberapa syarat. Antaranya, kita tidak harus bersikap curang atau curiga akan dirinya. Jika perasaan ini wujud, akan terhakislah kemesraan antara sahabat. Kita juga harus mengetahui tentang perkara-perkara yang digemari atau sebaliknya. Selain itu, kita haruslah ambil tahu akan masalah yang dihadapinya dan cuba menolong mengatasi masalah tersebut. Jangan pula kita menolong kerana mengharapkan sesuatu balasan. Di samping itu, kita harus berlebih kurang dalam sesuatu hal dan sanggup susah senang bersama. Dengan cara itu, persahabatan akan berkekalan untuk selama-lamanya.

Ulasan 50
50

Tuliskan beberapa faedah memiliki peribadi mulia yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Alangkah beruntungnya jika kita berperibadi mulia. Yang pasti, orang yang berperibadi mulia lebih tenang dan ceria. Mereka sabar dan reda dalam menghadapi cabaran. Selain itu, orang yang berperibadi mulia pasti disenangi. Hal ini kerana mereka terdidik dengan keramahan dan kesopanan. Tutur katanya tentu lunak dan tidak menyakitkan hati. Justeru, mereka pasti dihormati. Di samping itu, orang yang berperibadi mulia akan mempunyai ramai kawan. Sifat pengasih, pemurah dan sedia membantu menjadikan mereka senang didekati. Mereka juga mudah dibantu lantaran memiliki sifat terpuji. Sifat-sifat ini menjadikan diri mereka contoh ikutan terbaik masyarakatnya. Oleh itu, berusahalah membentuk diri dengan peribadi mulia. Nescaya, kita akan bahagia selamalamanya.

Ulasan 51
51

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Ahad, 13 Julai 2008 8.00 pagi Aku ke dapur membantu ibu menyediakan makanan untuk dibawa semasa berkelah nanti. Kemudian aku memasukkan pinggan, cawan dan botol minuman ke dalam bakul. Adikku, Razmi menolongku memasukkan barang-barang ke dalam kerata ayah. Setelah semuanya selesai, ibuku mengunci pintu dan berpesan kepada Mak Cik Timaj, jiranku supaya melihat-lihat rumah kami semasa ketiadaan kami. 9.00 pagi Kami bertolak ke pantai Desaru. Ayah memandu dengan berhati-hati. Kata ayah, biar lambat asalkan selamat. Dalam perjalanan aku tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang indah di sepanjang jalan. Aku tertarik apabila meliaht sebuah perkampungan nelayan yang cantik dan bersih di sepanjang jalan di kampung itu. Agaknya, para penduduk di sini bersepakat untuk menghias dan menjaga kebersihan kampung mereka. 11.00 pagi Sampi di pantai Desaru. Aku membantu ayah menurunkan barang-barang. Kami membentangkan tikar di bawah sepohon pokok ru yang rendang. Sungguh cantik pantai di sini. Air laut yang membiru, pasir yang memutih serta kawasan yang bersih. Aku percaya bahawa para pengunjung tidak membuang sampah sesuka hati di pantai ini. Selepas itu, aku dan adik mandi-manda dengan gembira.

Ulasan 52
52

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Rabu, 27 Ogos 2008 Aku ke sekolah lebih awal kerana hari ini diadakan acara sambutan Bulan Kemerdekaan Negara. Antara acara tersebut ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan sketsa, pertandingan sajak dan diakhiri dengan menghitung detik ketibaan 31 Ogos. Aku mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasikan sajak yang akan berlangsung pada malam nanti. Aku memilih sajak yang bertajuk Sumpah Anak Watan. Sudah seminggu aku berlatih mendeklamasikan sajak ini di bawah tunjuk ajar Cikgu Razak. Aku berharap agar dapat membuat persembahan yang terbaik pada malam nanti. Tiba giliranku. Aku melangkah ke atas pentas dengan semangat yang berkobar-kobar. Aku mendeklamsikan sajak itu dengan bersemangat sekali. Keputusan pertandingan diumumkan, aku tidak menyangka bahawa aku bergelar juara pada malam itu. Aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Razak. Tiba acara yang dinantinantikan, iaitu kami melaungkanMerdeka! Merdeka! sebanyak tujuh kali apabila jam menunjukkan 12.01 pagi. Laungan ini sebagai tanda mengingati kejayaan negara mencapai kemerdekaan. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ulasan 53
53

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Ahad, 16 November 2008 5.00 petang Aku dan beberapa orang anggota sukarelawan menyusuri ke hujung Kampung Lembah yang ditenggelami air sedalam satu meter dengan bot. Kami ditugaskan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di balai raya yang berdekatan. Cuma tinggal satu keluarga yang masih belum dipindahkan kerana rumah mereka terletak agak jauh. Setibanya di rumah itu, aku dan rakan-rakan penyelamat mengangkat barang-barang ke dalam bot. 8.00 malam Aku membantu pasukan sukarelawan mengagihkan makanan yang telah siap dimasak secara bergotong-royong kepada mangsa-mangsa banjir. Aku amat bersimpati akan keadaan mereka kerana terpaksa berhimpithimpit di balai raya itu. Hampir semua penduduk kampung ditempatkan di balai raya ini. Sebahagian kecil penduduk kampung tidak berpindah kerana rumah mereka berada di kawasan berbukit. 10.00 malam Sepasukan anggota tambahan tiba di pusat pemindahan ini. Mereka membawa barang-barang makanan, pakaian, ubat-ubatan dan minuman untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Aku turut membantu mengedarkannya kepada setiap keluarga. Malam itu, aku
54

dan para sukarelawan bertugas untuk menyediakan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir Kampung Lembah.

Ulasan 54
55

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. 6.40 pagi Setelah siap berpakaian sekolah, aku bersarapan bersamasama ibu bapaku. Seperti biasa, aku makan dua keping roti dan minum segelas susu. Aku bersalaman dan mencium tangan ibu bapaku sebelum menaiki bas sekolah. 7.10 pagi Sampai di sekolah, aku bergegas ke kelas untuk membantu rakan-rakanku membersihkan kelas. Aku dan Ismail menyusun kerusi dan meja, manakala Fatimah dan Mastura menyapu sampah. Zakaria pula membersihkan papan hitam. Setelah semua kerja selesai, kami beratur di dataran perhimpunan sekolah. 7.40 pagi Ustazah Noraini masuk ke kelasku. Dia mengajar kami mata pelajaran Pendidikan Islam. Aku tertarik akan sebuah cerita yang disampaikan oleh Ustazah Noraini kepada kami. Intipati ceritanya ialah betapa pentingnya anak menghormati ibu bapanya. Kata Ustazah, Kita perlu membalas jasa ibu bapa dengan belajar bersungguhsungguh. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana perbuatan itu berdosa besar dan Tuhan akan membalas setiap perbuatan yang kita lakukan. Aku cukup insaf mendengar cerita ustazah itu. 10.00 pagi
56

Aku ke kantin sekolah. Ketika sedang makan, aku terpandang akan seorang murid perempuan yang tercari-cari akan sesuatu. Aku segera mendapatkannya lalu bertanya tentang masalahnya. Murid itu mengatakan bahawa duitnya hilang. Aku berasa kasihan akan murid itu lalu membelikannya makanan. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku.

Ulasan 55
57

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sungaiku, dahulu air mu mengalir jernih berkilauan, tumbuhan merimbun memayungimu, Sang Ikan melompat riang, Si Burung berkicau keseronokan, Si Katak dan Si Kura, engkau jadikan teman. Kini, tiada lagi mereka hendak menemanimu, mereka lari jauh darimu, yang tinggal si pohon yang sudah kecundang, di perutmu kini penuh racun berbisa, sampah, minyak, racun, sisa toksik dan bangkai binatang, memenuhi dasar setiap ruang. Mungkin, gembira itu tidak akan kembali lagi, jika manusia rakus mengejar kepentingan sendiri, belum sedar dan insaf untuk memeliharamu, tetapi belum terlambat, mudah-mudahan kegembiraan dahulu akan kembali.

Ulasan 56
58

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Wahai rakan-rakan sekalian, Dengarlah syair yang ku dendangkan, Nasihatku ini jadikan pedoman, Buat bekalan pada hari kemudian. Tuntutlah ilmu walau di mana, Ilmu bagaikan sebuah pelita, Menyuluh kita sepanjang masa, Agar menjadi insan berjaya. Kita menuntut ilmu usah alpa, Beri tumpuan sepanjang masa, Tekun dan rajin belajar baca, Sentiasa bersedia ilmu di dada. Apabila berilmu jangan meninggi diri, Ajari orang yang ingin mempelajari, Luangkan masa menabur budi, Untuk membantu anak-anak pertiwi.

Ulasan 57
59

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Malaysia negara indah permai, Rakyat majmuk pelbagai budaya, Hidup bersepadu sentiasa disemai, Mengekalkan perpaduan itulah agenda. 31 Ogos tarikh merdeka, Disambut meriah seluruh negeri, Hormat-menghormati budaya kita, Menjadikan bangsa yang dikagumi. Dari Perlis hinggalah selatan, Pemandangan indah di sepanjang jalan, Menjalin muhibah ialah pegangan, Supaya negara aman sepanjang zaman. Wawasan 2020 matlamat kita, Mahu hidup maju dan berjaya, Taatkan pemimpin sayang akan negara, Pertahankan kedaulatan sampai bila-bila.

Ulasan 58
60

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sebelum fajar menyingsing engkau sudah melangkah, Berbekal semangat cekal dan tabah, Bersampan usang dan berpukat rabak, Berhujan panas adalah kebiasaan, Dilambung ombak adalah mainan, Keringat mengalir belum sempat kering, Untuk mencari sesuap nasi di lautan luas, Bagi menyara anak-anak yang belum kenal erti susah, Menjelang petang membawa tangkapan, Rezeki hari ini sekadar makan, Namun engkau mensyukuri nikmat Tuhan, Kerana pemberianNya cukup untuk menampung keperluan, Kepulanganmu disambut isteri setia dan anak-anak kesayangan, Kepada anak-anakmu, Engkau sentiasa semaikan azam, Berharap mereka menjadi orang berpelajaran, Biarlah engkau sahaja meneruskan perjuangan, Membelah lautan mencari khazanah alam.

Ulasan 59
61

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Amira membantu ibunya menyiram pokok bunga. Ibu Amira gemar menanam pokok bunga, terutama pada waktu lapang. Ketika mereka asyik menyiram pokok bunga, kedengaran sebuah lori memasuki perkarangan rumah kosong di sebelah rumah mereka. Rupa-rupanya, ada jiran baru yang menyewa di sebelah rumah Amira. Amira dan ibunya meninggalkan pekerjaan mereka lantas berjalan ke rumah jiran barunya. Amira dan ibunya berkenalan dengan jiran baru mereka. Jiran baru mereka berbangsa India. Amira mengambil kesempatan berkenalan dengan anak jiran barunya yang hampir sebaya dengannya. Nama budak perempuan itu Devi. Sekarang, Amira sudah mendapat kawan baru. Nanti bolehlah mereka belajar dan bermain bersama-sama. Amira dan ibunya membantu keluarga Encik Muthu dan Puan Gowry mengangkat barang-barang ke dalam rumah mereka. Puan gowry mengucapkan terima kasih kepada Amira dan ibunya.

Ulasan 60
62

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Bunga melati kembang setaman, Dipetik orang buat jambangan, Amalkan budaya bersalam-salaman, Sebagai tanda mengeratkan persahabatan. Bunga kekwa sungguh menawan, Terdapat banyak di sepanjang jalan, Kunjung-mengunjungi jadikan amalan, Bermaaf-maafan elakkan persengketaan. Bunga raya di atas para, Diambil pula oleh adik manja, Berbuat baik kepada sesiapa, Berbudi janganlah diminta. Bunga kobis dan bunga kantan, Dibuat sayur dan ulam-ulaman, Bersikap jujur dalam pergaulan Kepercayaan orang jangan persiakan.

Ulasan 61
63

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Faizal bukanlah anak orang yang berada. Dia hanya anak seorang pekebun sayur. Tahun ini, Faizal akan menduduki peperiksaan UPSR. Dia tidak mampu membeli buku-buku rujukan untuk mengulangkaji pelajaran seperti murid-murid yang lain, namun dia tidak menjadikan faktor ini sebagai alasan. Faizal ada cara untuk mendapatkan bukubuku yang diperlukannya. Pada hari cuti sekolah, selepas membantu ayah dan ibunya di kebun sayur, Faizal akan ke perpustakaan desa yang jauhnya hampir dua kilometer dari rumahnya. Dia hanya berjalan kaki ke sana. Kesukaran ini tidak melemahkan semangat Faizal untuk belajar, sebaliknya dijadikan peransang untuk berjaya. Ketika berada di perpustakaan, Faizal akan membaca buku, mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan menjawab soalan. Jika ada kesempatan, dia akan menggunakan komputer yang disediakan di perpustakaan itu untuk melayari internet, tempat dia mendapatkan bahan dan maklumat tambahan untuk pelajarannya. Berkat hasil usahanya, Faizal memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapanya berasa sangat gembira dan bangga akan kejayaannya. Faizal kemudian ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh. Ulasan 62
64

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Azhar bangun lewat lagi pada hari itu. Dia tergesa-gesa mandi dan memakai baju sekolah. Dia tidak sempat menggosok gigi dan bersarapan. Azhar bergegas ke perhentian bas. Setiba di sana, dia mendapati bas yang sepatutnya dinaikinya untuk ke sekolah sudah berlalu. Oleh itu, terpaksalah dia menunggu bas yang lain. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Azhar berasa gelisah apabila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Azhar berasa menyesal kerana tidur lewat semalam. Dia menonton televisyen hingga larut malam. Walaupun telah berulang kali ibunya menasihatinya supaya tidur awal, namun Azhar tidak mengendahkan nasihat ibuya itu. Sepuluh minit kemudian, bas yang ditunggu akhirnya tiba. Azhar bergegas menaiki bas itu tanpa mempedulikan penumpang yang lain. Ketika masuk ke kawasan sekolah, Azhar ditahan oleh guru disiplin. Tergagap-gagap Azhar memberitahu guru disiplin sebab dia lewat. Azhar kemudian berjanji kepada guru disiplin bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Ulasan 63
65

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Walaupun telah dinasihati oleh Hazlan supaya memakai kasut, Zamani tidak mengendahkannya. Dia lebih selesa berkaki ayam. Bahaya bermain dengan berkaki ayam. Macammacam ada di padang ini yang boleh mencederakan kaki kamu, kata Hazlan. Main sahajalah. Aku selalu bermain bola dengan berkaki ayam di padang ini. Suka hati kamulah. Sedang mereka seronok bermain, tiba-tiba Zamani mengerang kesakitan. Zamani duduk di tanah sambil memegang kakinya yang berdarah. Hazlan dan rakan-rakan yang lain datang membantu. Mereka membawa Zamani ke klinik.

Ulasan 64
66

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Cikgu Khalid baharu ditugaskan di sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Walaupun kawasan itu kurang kemudahan asas, namun dia berazam untuk mengubah minda murid-muridnya. Di sekolah, Cikgu Khalid amat disenangi oleh guruguru dan murid-muridnya. Dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan muridnya. Guru besar sentiasa memberi sokongan kepada Cikgu Khalid dalam membantu murid-murid di kawasan itu. Dia juga seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Dia memupuk minat belia tempatan supaya berdaya maju. Segala pengorbanan dan jasanya dihargai oleh masyarakat setempat. Mereka menghargai jasa Cikgu Khalid dengan anugerah Belia Wawasan. Begitu juga di sekolah, prestasi murid-murid meningkat dalam keputusan UPSR. Cikgu Khalid berazam untuk meningkatkan lagi prestasi belia dan murid-murid kawasan itu.

Ulasan 65
67

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Mei Ling, Gayathri dan Wawa melawat Lina di hospital. Mei Ling : Apa khabar, Lina? Lina : Baik sedikit, terima kasih kerana sudi melawat saya. Gayathri : Sejak bilakah kamu menghidap demam panas ini? Lina : Dua hari yang lalu, mungkin cuaca terlalu panas. Wawa : Sekarang ini cuaca tidak menentu, jadi kita perlu menjaga kesihatan kita. Lina, kamu perlu banyak berehat dan banyakkan minum air suam. Lina : Terima kasih atas peringatan kamu. Macam mana dengan belajar? Saya sudah ketinggalan banyak. Mei Ling : Masalah tu kamu tidak perlu risau. Kami akan membantu kamu nanti. Selepas sembuh kita sambung perbincangan kita. Lina : Terima kasih banyak-banyak. Kalianlah sahabat sejati saya.

Ulasan 66
68

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Encik Shahrul dan Puan Adawiyah mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Nurul dan Nadia. Sikap keduadua orang anaknya amat berbeza. Walaupun Nurul berusia 12 tahun, tetapi dia amat memahami sikap adiknya, Nadia. Nurul lebih banyak beralah dan bersabar dengan sikap adiknya. Puan Adawiyah pula selalu memanjakan Nadia sehingga dalam banyak perkara, Nadia akan dibela. Nadia terlalu mementingkan diri sendiri dan segala kemahuannya mesti dituruti. Encik Shahrul pula memahami keadaan Nurul, dia selalu menasihatinya agar tidak berkecil hati. Encik Shahrul berbincang dengan Puan Adawiyah. Dia menyarankan Puan Adawiyah agar tidak memanjakan sangat Nadia. Dia takut Nadia tidak akan mendengar nasihat orang tua jika perkara ini berterusan. Puan Adawiyah faham akan perasaan suaminya. Mereka bersama-sama membentuk sikap Nadia agar tidak keterlaluan. Akhirnya, Nadia insaf dan mendengar segala nasihat kedua-dua orang tuanya. Nurul amat gembira dengan perubahan sikap adiknya.

Ulasan 67

69

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Sekolah Kebangsaan Kedawang memang terkenal sebagai sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang berbakat dalam bidang sukan. Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Kedawang memasuki perlawanan akhir pertandingan bola sepak peringkat daerah. Pasukan bola sepak itu mendapat bimbingan daripada Cikgu Othman. Pada perlawanan akhir, pasukan mereka berlawan dengan pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Kelibang. Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan kedudukan seri tanpa jaringan. Semasa waktu rehat, Cikgu Othman memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya. Selaku ketua pasukan, Ahmad merancang beberapa strategi untuk menewaskan lawan. Ramai penyokong yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan rakan mereka datang memberi sokongan. Pada masa separuh masa kedua, mereka bermain dengan penuh semangat. Akhirnya pada minit ke-85, ayam tambatan mereka, Atan telah menjaringkan gol. Pasukan mereka telah memenangi perlawanan itu. Guru besar sungguh berbangga di atas semangat yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak. Satu majlis jamuan diadakan untuk meraikan pasukan bola sepak. Ulasan 68

70

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Cabaran Anak Merdeka 2007 tahun kegemilangan semua generasi berasa bangga 50 tahun kemerdekaan kita kecapi kekalkan perpaduan sepanjang zaman. Usah kita nodai keamanan ini bersatulah bangsaku menuju wawasan gemilang sematkan dijiwa anak-anak merdeka erti pengorbanan dan kesengsaraan. Usah kita terpedaya dengan anasir-anasir yang tidak sihat tangkis segala cabaran demi masa depan negara. Kini segala-galanya ditangan kita buang sifat lalai dan leka kerahkan tenaga dan usaha untuk membangunkan negara Malaysia negara tercinta. Ulasan 69
71

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Keputusan peperiksaan Hidayah agak teruk jika dibandingkan sebelum ini. Hal ini merisaukan kakaknya Farah dan keluarganya. Hidayah adalah harapan keluarganya untuk mencapai keputusan UPSR yang cemerlang. Hidayah berfikir apa akan terjadi jika dia gagal dalam pelajaran. Dia berazam untuk mengubah nasib dirinya. Dia belajar dengan tekun dan bertanya kepada kakaknya jika tidak mengetahui sesuatu. Ibu dan ayahnya sentiasa memberi nasihat dan sokongan. Dia tidak mahu kegagalan lalu berulang. Akhirnya apabila keputusan peperiksaan diumumkan, dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Keluarganya berasa gembira. Ibu dan ayahnya mengadakan kenduri kesyukuran kerana dia mendapat 5A dalam UPSR. Dia berasa terharu dan berjanji akan membalas jasa keluarganya.

Ulasan 70
72

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Membaca Amalan Mulia Membaca amalan mulia sikap ini perlu dididik sejak kecil tidak kira walau di mana kita berada jadikan membaca satu budaya. Contohilah ilmuwan dan cendiakawan terulung mereka membaca untuk mendapat ilmu baharu ambillah iktibar untuk panduan kita Bangkitlah generasi baharu tingkatkan ilmu dengan membaca ibu bapa terapkan ilmu kepada anak-anak di rumah sediakan gedung ilmu agar anak-anak tidak terbiar Membaca melahirkan tokoh terbilang meneraju negara ke puncak dunia bersama cita-cita dan impian kejayaan dalam genggaman. Ulasan 71
73

Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Suhada merupakan seorang murid yang pintar di sekolahnya. Dia selalu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ibunya Aisyah, akan memantau segala tindakan Suhada. Suhada juga seorang murid yang aktif, sama ada dalam persatuan mahupun bersukan. Dalam persatuan Pandu Puteri, Suhada dilantik sebagai pengerusi. Manakala dalam bidang sukan, dia aktif bermain bola jaring. Dia amat disukai oleh guru-guru dan rakan-rakannya. Ibu dan ayah Suhada bangga kerana mempunyai anak sepertinya. Suhada bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah. Dia ingin membalas jasa ibu dan ayahnya.

74

Anda mungkin juga menyukai