Anda di halaman 1dari 3

Assignment Dirasah Islamiah

1. Pendahuluan

- Apakah maksud drpd ayat “jgn dekati zina”. (nanti kita kaji balik kt pakcik google)

- Zina Hakiki, Zina Majazi.

Zina ialah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Kerana ia merosakkan nasab keturunan dan
maruah manusia. Dari segi istilah zina terbahagi kepada dua kategori, zina hakiki dan zina majazi.
Zina hakiki adalah hasil dari penyalahgunaan nafsu pada alat kelamin. Akibatnya berlaku
persetubuhan haram antara bukan pasangan suami isteri dan juga bukan seorang tuan dan
hambanya. Larangan dari mendekati zina yang terdapat pada surah al-Isra’ ayat… itu adalah zina
yang hakiki. Perbuatan zina tersebut merupakan salah satu dari dosa besar yang mana hukuman
duniawi di sisi Islam adalah hukuman hudud 100 kali sebatan.

Manakala zina majazi adalah seperti yang terkandung dalam hadis di atas. Zina yang berpunca dari
penyalahgunaan pancaindera mata, telinga, lidah, tangan, dan kaki. Zina tersebut hanyalah dosa
kecil dan tidak dikenakan hukuman hudud ke atas pelakunya. Tetapi ia boleh mendorong kepada
kemuncak segala zina iaitu zina kelamin atau zina hakiki.

Benarlah pepatah arab yang bermaksud, “bermula dengan senyuman, kemudian percakapan,
kemudian temujanji, kemudian pertemuan”. Juga pepatah melayu, “dari mata jatuh ke hati”.

Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu bersama kebaikan dan keburukannya. Namun apa yang
dikehendaki oleh Allah Taala hanyalah kebaikan darinya. Begitulah juga penglihatan, pendengaran,
percakapan, sentuhan dan langkah. Orang yang sering melakukan zina dengan lima deria tersebut
memberi kesan buruk kepada hati. Kemudian hati yang sunyi dari iman akan memilih untuk
melakukan zina kelamin.

Baginda pernah bersabda, “tidak berzina seorang penzina itu sedang dia beriman”.

- Zina Zaman Moden.

Zaman moden memperlihatkan pelbagai teknologi rekaan manusia yang bertujuan membantu
memudahkan urusan harian mereka. Sehingga seakan-akan manusia kini tidak mampu hidup
sempurna tanpa bantuan teknologi. Dalam masa yang sama, manusia kini semakin mudah terdedah
dengan dosa-dosa kecil. Ya, sering terdedah dengan zina mata, telinga, lidah, tangan dan kaki!

Remajalah antara golongan yang terhadapan mendapat ancaman zina ini. Kerana boleh dikatakan
hampir keseluruhan remaja sekarang ini terlibat dengan perkembangan teknologi. Terutamanya
apabila capaian internet yang diperolehi kini bukan lagi dengan berkongsi komputer di sekolah atau
di CyberCafe, malah masing-masing mampu mengakses internet dengan gajet peribadinya. Hanya
Allah sahaja Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.!

Gambar-gambar yang boleh membangkitkan nafsu syahwat ditayang di merata-rata laman internet
tanpa diminta, apatah lagi jika diminta. Menyebabkan cahaya hati remaja kini semakin malap dan
gelap. Apabila mata asyik melihat aurat di youtube dan facebook, telinga asyik mendengar suara
teman wanita di corong talipon, lidah asyik menutur kata dusta dan lucah, tangan asyik menyentuh
kulit wanita bukan mahram, dan kaki asyik melangkah ke tempat yang Allah benci, maka hati akan
penuh dengan dosa-dosa kecil. Akhirnya ia mudah mengundang dosa besar iaitu melakukan zina
kelamin.

Oleh itu Islam sangat menitikberatkan isu pandangan, dengan menganjurkan budaya menundukkan
pandangan samada lelaki mahupun perempuan. Kerana dari pandangan, syahwat manusia
terangsang untuk melakukan zina. Benar, pandangan pertama itu dimaafkan dan hanya pandangan
kedua serta seterusnya itu dikira. Tetapi pandangan pertama itu dimaafkan hanya apabila tidak
disengajakan.

- Allah Sedang Menunggu Taubatmu.

Islam adalah agama yang sangat realistik. Diharamkan zina tapi dihalalkan persetubuhan selepas
berkahwin. Larangan melakukan zina bukan hanya larangan dari melakukan persetubuhan secara
haram, bahkan larangan tersebut bermula dari sekecil-kecil bentuk zina lagi. Kerana sikit-sikit, lama-
lama jadi bukit.

Oleh itu, menjaga pancaindera daripada melakukan zina kecil juga suatu tuntutan untuk
memudahkan seseorang itu menghindari zina besar. Bayangkan jika seorang lelaki yang sering
melakukan zina dengan lima pancainderanya berada bersama teman wanitanya di rumah yang
kosong di sebuah perkampungan yang jauh dari manusia lain. Apa akan berlaku? Adakah syaitan
atau malaikat yang menjadi pendorong dia pada waktu itu? Fikirkanlah.

Justeru bertaubatlah dengan segera kembali kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha
Pemurah. Sebelum ajal tiba, mungkin esok atau mungkin juga sekejap lagi. Disamping syukurilah
nikmat pancaindera yang diberikan dengan menggunakan sepenuhnya untuk beribadat pada Allah.
Selain itu masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh
dalam mencegah segala kemungkaran demi menjaga maruah diri dan keluarga. “Wahai orang yang
beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka, yang mana bahan
bakarannya adalah manusia dan juga batu.

- (HADIS)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Telah ditulis ke atas anak adam itu nasibnya dari zina melalui pancainderanya, tidak boleh diubah ;
iaitu dua mata zinanya pada penglihatan, dua telinga zinanya pada pendengaran, lidah zinanya pada
percakapan, dua tangan zinanya pada sentuhan, dua kaki zinanya pada langkah, hati yang
berimaginasi dan bercita-cita, kemudian faraj (kelamin) pula akan membenarkan dan
menidakkannya."

[Riwayat Muslim]

Tambahan
1. https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/download/30/30 (faktor zina dan
kesannya dalam khidupan remaja)

2. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1696-apakah-maksud-ayat-jangan-
dekati-zina (maksud drpd “jgn dekati zina”)
3. https://www.scribd.com/document/460482357/ZINA-MENURUT-PERSPEKTIF-AL-QURAN-pdf (kita
punye tajuk semua dah terungkai dalam ni guys ehek)

(CONTOH PENDAHULUAN STEP BY STEP) *Klau kita nak follow la, tpi aq rsa kat sini sje dah bpe
minit dah hahaha just tukar skit2jah

Bab I : Berisi tentang pendahuluan yang terdiri dari latar belakang masalah,
batasan masalah dan rumusan masalah, tujuan dan kegunaan penelitian,
metodologi penelitian serta sistematika penulisan.
Bab II : Penulis memberi gambaran umum Mahkamah Syariah Negeri Melaka
terkait latar belakang, sejarah, misi, visi, obyektif dan fungsi Jabatan
Kehakiman Negeri Melaka.
Bab III : Penulis membahas dengan lebih terperinci tentang jima’, had zina
serta sanksi menurut Mahkamah Syariah Negeri Melaka. 12
Bab IV : Dalam bab ini penulis membahaskan tentang putusan Mahkamah
Syariah Negeri Melaka terhadap kasus jima’ dalam pertunangan. Kemudian
penulis menganalisis kasus-kasus persetubuhan dalam pertunangan yang
berlaku di negeri Melaka. Seterusnya penulis membandingkan putusan
tersebut dengan Hukum Islam.
Bab V : Dalam bab ini penulis membuat kesimpulan daripada penelitian yang
telah dibuat dan memberikan saran.

Anda mungkin juga menyukai