Anda di halaman 1dari 1

SIGNIFIKASI KAJIAN

Hasil dari analisis dapatan dari ujikaji yang dijalankan ke atas produk AquaNova
mampu menghasilkan penapis air yang mudah alih yang menggunakan tenaga
solar. Selain itu, AquaNova juga mampu membersihkan penapis di dalamnya secara
automatik berbanding dengan produk X dipasaran.Dengan keupayaan
membersihkan diri secara automatik, penapis air dapat mengekalkan kualiti air yang
lebih baik dalam tempoh yang lebih lama. Penyumbatan kotoran pada penapis boleh
mengurangkan kecekapan penapisan dan mempengaruhi kualiti air yang dihasilkan.
Dengan pembersihan automatik, penapis air akan terus berfungsi dengan optimum
dan mengekalkan kualiti air yang lebih tinggi.
Namun, bagi analisis dapatan jangka hayat penapis air ini, tidak kami jalankan
kerana keputusan adalah bergantung kepada kadar penggunaan pengguna.
Dari aspek kepelbagaian fungsi, AquaNova lebih praktikal kerana lebih mudah
digunakan, mempunyai kelebihan dari segi unik dan estetik, mudah alih dan mampu
milik. Bagi pengguna yang banyak masanya gemar dengan aktiviti luar rumah dan
yang terkesan dengan bencana alam, AquaNova banyak membantu mereka.
Masalah putus bekalan tenaga bateri dan tiada sumber eletrik untuk mengecas juga
dapat diatasi kerana sumber tenaga solar yang digunakan adalah sentiasa mampu
untuk membekalkan tenaga yang mencukupi untuk AquaNova berfungsi.
AquaNova juga mempunyai sistem penapisan air yang lebih terjamin kebersihan air
yang telah ditapis. AquaNova akan melalui tiga fasa penapisan air bagi memastikan
air tersebut benar-benar bersih berbanding dengan produk X. Air tersebut akan
ditapis di fasa pertama dan kedua bagi menapis segala kotoran,benda asing dan
kuman. Bukan sahaja itu, dalam fasa ini juga air akan dibekalkan mineral-mineral
yang diperlukan oleh badan daripada “mineralised balls dan mineral ceramic balls”.
Kemudian, ia akan dinyahkumankan sekali lagi dengan menggunakan sinar UV bagi
membunuh kuman,bakteria dan algae. Produk ini berpotensi untuk dikomersialkan
secara online mahupun offline kerana kriteria-kriteria yang menepati kehendak
pengguna masa kini. Kesimpulannya, produk AquaNova ini amat menyokong
Matlamat Pembangunan Lestari 2030 iaitu SDG 3 : Good Health & Well-being yang
diimpikan dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 oleh PBB
demi memastikan kemaslahatan, kesejahteraan dan kesihatan diri terjamin.

Anda mungkin juga menyukai