Anda di halaman 1dari 1

Anim Agro Technology

Agriculture Technology Enthusiast? Visit this blog...

M o n d a y, A p r i l 7 , 2 0 1 4

AKUAPONIK - SATU TEKNOLOGI

AKUAPONIK (Aquaponic) merupakan satu


teknologi pertanian yang menggabungkan
ternakan ikan dan tanaman yang semakin
popular dikalangan peminat dan petani terutama
dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan.
Dalam membuat rujukan, penulis mendapati
lama sebelum amalan teknologi 'Aquaponik'
diwar-warkan, orang-orang pada zaman dulu
telah lama menggunakan asas hubungan
simbiosis antara ikan dengan tanaman dalam
amalan mereka. Sejarah menyatakan suku Indian
Aztec di Mexico juga dikatakan telah menanam
tanaman di atas rakit pada permukaan danau
Circa. Orang-orang Cina juga menggunakan
pertanian bersepadu dengan pembinaan yang
disebut sistem aliran untuk tujuan sama.
Masyarakat mereka mengembangkan
peternakan unggas yang tergantung di atas
kolam. Tinja atau tahi ternakan yang jatuh
bertaburan daripada sangkar jatuh kedalam
kolam dimana ia dapat memberikan unsur baja
untuk tumbuhan dan ikan ternakan. Air tersebut
kemudian terus mengalir ke kolam yang lain
dimana terdapat ternakan ikan seperti keli. Ikan
dalam kolam akan makan nutrien yang tidak
digunakan oleh haiwan ternakan seperti burung
dan unggas. Sebagai kitaran lengkap, maka air
yang sekarang kaya nutrien sesuai untuk
tanaman dan diambil oleh akar untuk tumbuh.
Ikan dalam air juga menghasilkan amonia dan
urin yang akan digunakan oleh tumbuhan.
Sementara itu bahan tanah atau lumpur yang
ada terkumpul pada dasar kolam juga boleh
digunakan untuk pembajaan tanaman padi.
Teknologi akuaponik kini popular dan sesuai
untuk penghasilan ikan, ternakan dan sayuran
dikawasan yang mempunyai kesesuaian dan
ruang. Walau pun di negara kita ia merupakan
teknologi yang masih agak jarang diperkatakan,
tetapi ianya memang mempunyai potensi besar.
Artikel petang ini saya menulis mengenai
maklumat dalam "Anim Agro Technology"
mengenai teknologi akuaponik (Aquaponic
Technology) untuk bacaan anda.

Akuaponik adalah teknologi yang akan


menggabungkan aktiviti ternakan ikan (Fish
culture) dengan jenis tanaman di dalam sistem
pusingan air (Circulation). Kitaran air ini
mengandungi bahan nutrisi atau air baja dimana
ia dikeluarkan oleh ikan atau yang dihasilkan
oleh organisma mikrob bahan organik. Bahan ini
boleh diserap oleh tanaman ditanam secara
hidroponik iaitu tanaman tanpa tanah (Sila lihat
foto disebelah). Sebenarnya makanan ikan yang
diberikan iaitu bentuk pellet menyediakan
sebahagian besar unsur makanan yang
diperlukan juga untuk keperluan pertumbuhan
tanaman. Sistem tanaman akuakultur lazimnya
mempunyai arus aliran air dimana ia akan
melalui komponen hidroponik dari sistem kitaran
air. Bahan ini akan hilang apabila diserap oleh
tumbuhan sebagai baja. Akhirnya air tersebut
akan menjadi bersih semula setelah banyak
unsur baja diserap tumbuhan. Berbagai kaedah
dan peralatan teknologi akuaponik telah dicipta
bagi tujuan ini dilaksanakan bergantung kepada
kos, ruang, sumber input, kemudahan utiliti dan
saiz skala. Ada sistem akuaponik yang dibuat
sebagai Akuaponik Asas dan terdapat Sistem
Akuaponik yang berskala komersil bernilai jutaan
ringgit.

Ramai diantara kita bertanya mengapa harus


laksanakan Teknologi Akuaponik?. Teknik
penanaman cara Akuaponik didakwa memiliki
banyak faedah dan juga keuntungan khusus.
Antaranya adalah kepadatan dan kekerapan
tanaman organik cara ini dapat menanam 10 kali
ganda lebih banyak. Teknologi ini juga
membolehkan aktiviti tanaman dapat ditanam
dengan cara kepadatan tinggi dengan sistem
terapung di atas air. Sistem ini juga mampu
menampung hingga 10 kali ganda jumlah
pengeluaran dari jumlah tanaman pada keluasan
yang sama. Didapati setiap akar tanaman dalam
sistem ini akan mendapat sumber larutan air
baja yang kaya dengan nutrien dengan sekata
menyebabkan kadar pertumbuhannya seragam.
Kita juga tidak perlu menjalankan kerja
merumput kerana memang tidak ada masaalah
mengenainya. Kos merumput seperti kos
membeli racun rumpai juga tidak ada. Gangguan
perosak dan penyakit yang berpunca dari tanah
(soil borne) juga kurang kerana sistem ini tidak
ada kontek terus (soil contact) dengan
permukaan tanah. Oleh itu ada penjimatan dari
segi kos untuk pembelian bahan kimia untuk
mengawal patogen. Kita juga akan mendapat
produk sayur yang bebas dari racun kimia.
Sistem ini juga tidak perlu lagi aktiviti
penyiraman. Sistem aquaponik hanya
menggunakan 2% dari keperluan air siraman
berbanding dengan pertanian konvensional.
Dalam sistem konvensional kebanyakan air yang
disiram dibazirkan dalam tanah dan masuk
dalam parit semula.

Sebenarnya teknologi akuaponik ini dilakukan


dimana air secara konsisten dibuat kitaran
(circulated) dan tidak akan berlaku kehilangan air
akibat penyerapan tanah. Sebaliknya akar
tanaman yang akan terendam dalam air baja
yang sentiasa mengalir (Sila lihat foto sebelah).
Penyerapan air baja berterusan mampu
memberikan hasil berganda banyaknya.
Disamping itu hasil projek seperti sayuran yang
dapat dijual bersama dengan hasil ikan dari
sistem aquaponik yang menghasilkan kedua
produk tersebut. Daripada pemerhatian penulis
mendapati prestasi pertumbuhan tanaman
adalah 2 kali lebih cepat dari cara konvensional.
Sebagai contoh tanaman Selada Air (Nasturtium
officinale) yang biasanya boleh dituai setelah 60
hari ditanam di tanah akan dituai dalam masa 29
hari sahaja dengan sistem akuaponik. Daripada
segi penggunaan tenagakerja, teknik akuaponik
ini mampu dalam menjimatkan kos tenagakerja
iaitu sehingga sebanyak 70% lebih rendah
daripada pertanian cara konvensional.
Kurangnya kos tenagakerja ini akan juga
membolehkan kos pengeluaran operasi
berkurngan dan ini membolehkan peningkatan
keuntungan. Bagaimana pun perlu diingat kos
awal untuk sistem akuaponik perlu di kira. Kos
awal akuaponik bergantung kepada
rekabentuk Akuaponik.
Ada beberapa rekabentuk sistem kitaran air bagi
teknologi akuaponik. Ia lazimnya diasaskan
pada sistem hidroponik iaitu asas perbezaan
pada sumber air untuk sistem akuaponik. Jika ia
berasal dari tangki ikan akan dikitar semula
dimana akhirnya kembali ke sumber asalnya.
Sistem rekabentuk akuaponik juga terdiri dari
sistem penyimpanan air dimana apa yang akan
membezkan adalah komponen hidroponik sama
ada ia menggunakan media atau tidak. Teknik ini
menjadi sangat penting dalam sistem aquaponik
kerana kehadiran media pada akar tanaman
yang tumbuh mungkin mampu untuk
menggantikan keperluan untuk tangki
pengendapan terpisah dan biofilter.

Selanjutnya ada sistem aliran dan penirisan atau


yang dikenali dengan sistem Ebb dan Flow.
Dalam sistem ini, akar tanaman yang terkena
larutan nutrien statik selama berjam-jam
sebelum cairan atau larutannya dituras akan
habis dimana ia boleh berlaku beberapa kali
sehari. Teknik ini didapati boleh digunakan
bergantung kepada dari apakah media
digunakan dalam sistem. Lazimnya akar
tanaman boleh berada atau tenggelam atau
sebagian terendam dalam air baja atau
membiarkan sebahagian berada diruang udara.
Sistem ini sesuai kerana tahap sederhana,
kecekapan dan mudahguna terhadap keadaan
sekeliling. Selain itu juga terdapat sistem
Nutrient Film Technique (NFT) terdiri dari akar
tanaman yang terkena lapisan tipis air baja
sentiasa mengalir melalui paling sering paip PVC
atau palong khas. Idea teknologi ini adalah
dengan mengalirkan air baja cetek yang hanya
akan mencapai bahagian bawah lapisan tebal
akar berkembang di palung. Biasanya bahagian
atas akar berada di udara. Ini bagi kita
membolehkan akar menerima bekalan oksigen
yang dikira mencukupi. Sistem rakit apung
dalam sistem ini adalah dimana tanaman
sayuran akan ditanam di rakit 'styrofoam' yang
mengapong. Rakit-rakit ini memiliki lubang kecil
atau dibuat lubang perlu dipotong di dalamnya
di mana tanaman ditempatkan dalam pot bersih.
Akar yang bergantung bebas berada dalam air
akan menyerap unsur baja. Perbezaan utama
antara sistem rakit dan NFT adalah jumlah air
yang digunakan sama ada banyak atau sedikit.

Sistem NFT memerlukan alat penapis (biofilter)


secara terpisah kerana cara NFT tidak
menyediakan kawasan yang cukup. Biofilter
adalah tempat yang mudah bagi bakteria untuk
hidup dengan mudah. Biofilter ini berfungsi
dalam menyediakan tempat yang luas yang
sesuai dengan suhu, pH dan juga oksigen
terlarut (Diluted Oxygen). Dalam sistem apungan
dan tempat penyimpanan air lazimnya biofilter
secara terpisah tidak selalu menggunakan
pelampung, media, tangki, dan lainnya. Sistem
Aquaponik adalah sistem kitaran air bagi
akuakultur yang menggabungkan penghasilan
tanaman tanpa tanah. Sistem ini disediakan
untuk menaikkan sejumlah besar ikan dalam
isipadu yang relatif kecil air dimana caranya
adalah menggunaka air yang mengeluarkan
produk sisa beracun dan kemudian
menggunakan kembali sisa tersebut. Dalam
proses menggunakan kembali air berkali-kali,
kita pastikan ia tidak menjadi racun akibat baja
dan bahan organik yang terkumpul. Ini
merupakan satu proses metabolik (by product)
yang tidak perlu dibuang. Ia mempunyai nilai
ekonomi atau dan juga bermanfaat bagi sistem
penghasilan ikan ternakan. Sistem ini digelar
sebagai projek integrasi. Begitulah beberapa info
mengenai akuaponik yang ditulis pada kali ini.
Wasallam!

AKUAPONIK... CARA INTERGRASI...


ADA TANAMAN...IKAN SEKALI...
AIR DIKITAR... DIGUNA BERKALI...
BOLEH CUBA...CARI INFORMASI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1435H)

M Anem at 7:34 AM

Share

No comments:

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a
comment.

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai