Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Peningkatan usia seseorang mengakibatkan keseluruhan fungsi fizikal, mobiliti dan


kekuatan menurun serta memerlukan banyak sokongan. Berikutan itu, terdapat segelintir
golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka merupakan golongan minoriti yang
tidak dipedulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga atau masyarakat sekelilingnya.
Warga emas yang terabai ini didapati hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal
bersendirian dalam kedaifan, terlantar di hospital tanpa waris yang datang melawat dan
mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang sempurna. Pengabaian warga
emas boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat sama ada golongan kaya ataupun
miskin, profesional ataupun sebaliknya yang mungkin caranya sahaja yang berbeza.
Dalam mengejar kesenangan hidup, anak-anak terutamanya lebih cenderung
mementingkan diri sendiri hingga mengabaikan kebajikan orang tua. Ada dalam kalangan
anak-anak yang hanya memperguna ibu bapa yang sudah tua untuk menguruskan kerja
rumah atas alasan sukar mendapatkan pembantu rumah atau kos hidup yang semakin
meningkat. Apabila ibu atau bapa telah uzur, anak-anak yang mementingkan diri sendiri ini
akan mengambil jalan mudah dengan menghantar mereka ke pusat-pusat jagaan,
ditinggalkan di hospital atau di tempat awam.
Jurang komunikasi dan nilai hidup yang berbeza antara anak-anak dengan ibu atau
bapa yang sudah tua boleh menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Keadaan
ini boleh menyebabkan sama ada mereka merajuk dan sanggup tinggal bersendirian atau
pergi ke pusat jagaan. Sekiranya keluarga tidak boleh bersabar dengan kerenah dan ragam
warga emas tambahan pula jika warga emas mengalami masalah kesihatan yang kronik
seperti sakit tua, nyanyuk dan sakit mental, mereka akan mengambil jalan mudah dengan
menghantar ke pusat jagaan atau membiarkannya tanpa penjagaan yang sempurna.
Warga emas akan terabai apabila tiada waris yang boleh menjaganya terutama
dalam kalangan warga emas berstatus bujang, duda atau janda yang tidak berwaris atau
waris tidak dapat dikesan. Biasanya mereka terpaksa tinggal di pusat-pusat jagaan yang
dikendalikan sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta, dijaga oleh rakan-
rakan, jiran atau orang-orang yang bersimpati dengan mereka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 656 kes pengabaian atau dipinggirkan
keluarga membabitkan warga emas di seluruh negara dalam tempoh lima tahun
kebelakangan ini sejak 2018

Anda mungkin juga menyukai