Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI 1: PENCARIAN DOKUMEN

MASYARAKAT YANG DIPILIH (T1A1)


1.0

BERKENAAN

DENGAN

KHIDMAT

PENGENALAN
Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan

masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula.


Amalan murni ini sudah mula tertanam dalam diri semua masyarakat di negara ini
kerana sudah wujud pelbagai persatuan yang menjurus untuk membantu golongan
yang sebegini di negara kita ini. Lantaran itu, memang ada banyak impak positif yang
timbul dalam jiwa individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini.
1.1

KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ORANG TUA PUSAT JAGAAN AL


FIKRAH MALAYSIA
Rumah warga tua adalah sebuah institusi kebajikan yang memberi penjagaan

dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk
menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan
kewangan.
1.1 Tujuan dan matlamat
1. Untuk menempatkan penghuni-penghuni terdampar lelaki dan wanita miskin
yang tiada tempat tinggal. Penghuni yang dicadangkan adalah seperti penghuni
terdampar tanpa waris, warga emas, orang kurang upaya, mualaf/saudara baru
dan bekas-bekas pesakit hospital.
2. Untuk memenuhi keperluan sementara dan kekal penghuni miskin, tidak
berkemampuan serta tidak mempunyai saudara mara atau bermasalah sosial.
3. Pesakit yang menerima rawatan jangka panjang yang tidak memerlukan mereka
tinggal di dalam wad kerana ini akan mengakibatkan kepadatan wad dan akan
terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Sebaliknya pesakit-pesakit ini hanya
perlu mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital dan keadaan inilah
memerlukan tempat tinggal sementara sehingga mereka pulih sepenuhnya atau
boleh berdikari.

4. Memberi peluang dan keselesaan kepada individu bermasalah penempatan dan


merasai mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat yang
perlukan pembelaan.
1.1.2 Kepentingan
1. Sebagai transit kepada kes-kes terdampar sehingga mana waris dapat dikesan
atau penempatan kekal yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat atau Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan.
2. Menjalankan tanggungjawab sosial bagi membantu kerajaan menangani
masalah sosial khususnya dari segi keperluan penempatan.
1.1.3 Cabaran yang di hadapi
1. Perlu merancang program yang sesuai untuk mengambil hati warga emas yang
berada di rumah orang tua itu. Tahap pemikiran warga emas juga merupakan
satu cabaran kerana perbezaan umur seseorang serta emosi warga emas itu.
2. Memerlukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk program ini agar dapat
membantu dan menampung kos bagi menjayakan progam khidmat masyarakat
ini.
1.1.4 Pesera/penerima program khidmat masyarakat
Syarat-syarat kelayakan bagi penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah :
1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup.
3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk
memberi sumbangan.
Kategori Penghuni Yang Tidak Diterima :
1.
2.
3.
4.

Penagih Dadah/Arak/Gam
Penghidap HIV/AIDS
Gangguan Kesihatan Mental
Menghidap penyakit berjangkit seperti Tibi dan seumpamanya.
1.1.5 Sumber-sumber yang diperolehi

1. Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat


2. Sumbangan derma dari masyarakat umum rnelalui tong derma, sedekah dan
infak.

3. Bantuan peralatan- Kemudahan prasarana yang lengkap untuk golongan warga


emas yang memerlukan bantuan peralatan untuk menguruskan diri.
1.1.6 Kaedah dan pendekatan yang digunakan
1. Menyediakan kemudahan tempat tinggal dan prasarana yang lengkap untuk kegunaan
warga tua.
2. Menyediakan aktiviti yang berfaedah untukmengisi masa lapang seperti aktiviti rohani,
berkebun, beriadah dan lain-lain.
3. Mengadakan hari terbuka kepada orang awam untuk beramah mesra dan berkunjung
untuk menghiburkan warga tua.
4. Menjual hasil kraftangan yang dibuat oleh warga tua untuk mendapatkan pendapatan
sampingan kepada mereka.

2.0

KHIDMAT MASYARAKAT RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR IMAN


LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd
Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited
terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan
Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar. NUR IMAN berusaha sedaya upaya
untuk menyediakan alternatif belajar bagi pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang
tidak cemerlang belajar akademik mengikuti pembelajaran aliran agama (pondok) agar
kehidupan mereka terisi dengan aktiviti yang boleh membina insan yang bertaqwa,
InsyaAllah. Bagi pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran akademik, NUR IMAN
berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi
membentuk generasi anak yatim yang cemerlang akademik dan cemerlang
penghayatan agarna.
2.2.1 Tujuan dan matlamat
a) Membantu anak yatim dan miskin yang tidak berkemampuan dengan
menyediakan tempat tinggal, bantuan persekolahan dan keperluan yang lain.
b) Membina sahsiah anak-anak yatim dan miskin supaya melahirkan keperibadian
mulia dan unggul serta taat kepada perintah Allah.

c) Berusaha melahirkan para Huffaz yang terdiri dari anak yatim dan miskin.
2.2.2

Kepentingan

1. Mengumpul dana bagi Tabung NUR IMAN bertujuan menguruskan perbelanjaan


serta bantuan kepada anak-anak yatim dan miskin.
2. Menguruskan bantuan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada anak yatim
dan miskin.
3. Menggembeling mereka yang bersimpati terhadap anak yatim dan miskin supaya
dapat memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan idea untuk membela
golongan tersebut.
2.2.3 Cabaran yang di hadapi
1. Mempunyai latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi sosioekonomi
mahupun sosiobudaya.
2. Mereka mudah merasa terpinggir, kurang sokongan dan mengalami perubahan
pada peribadi mereka.
2.2.4 Peserta program khidmat masyarakat
Syarat kelayakan untuk masuk ke Rumah Anak Yatim Nur Iman:
i.
ii.
iii.
iv.

Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah


Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa.
Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti.
Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta

Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.


v. Kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara yang
dikendalikan oleh JKM.
2.2.5 Sumber-sumber yang diperolehi
1.
2.
3.
4.
5.

Memohon sumbangan daripada Majlis Agama Islam


Menjual Sijil Waqaf Pembangunan NUR IMAN (RM20.00) sekeping
Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat
Rayuan Ramadhan
Sumbangan derma dari masyarakat umum rnelalui tong derma, sedekah dan
infak

2.2.6 Kaedah dan pendekatan yang digunakan


.1. Menyediakan kemudahan tempat tinggal dan prasarana yang lengkap untuk kegunaan
anak- anak yatim.
2. Mendaftarkan mereka bersekolah apabila mencapai umur layak persekolahan.
3. Menyediakan pengangkutan untuk keperluan pergi dan balik.
4. Menyediakan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti rohani dan riadah.
5. Mengadakan motivasi dan ceramah untuk memberi semangat dan perangsang kepada
mereka.

Anda mungkin juga menyukai