Anda di halaman 1dari 2

Nama : lawrence kail Subjek : Sains

Tahun Gred : Tahun 6 Tajuk : 1.1 Kemahiran proses sains - Set 7

1) Rajah dibawah menunjukkan satu bahan iaitu grid yang digunakan untuk mengukur.

Manakah objek yang sesuai untuk diukur menggunakan bahan ini?

(A) Daun
(B) Padang bola
(C ) Peta
(D ) Isi padu bola

2) Dalam satu penyiasatan sebuah kotak ditolak menaiki sekeping papan yang dicondongkan pada ketinggian yang berbeza.

Masa yang diambil oleh kotak untuk sampai di titik paling atas papan itu direkodkan pada setiap ulangan penyiasatan.

Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?

(A) Tinggi satah condong


(B) Masa yang diambil untuk kotak sampai ke atas
(C ) Panjang satah condong
(D ) Berat kotak

3) Manakah antara deria berikut tidak digunakan untuk membuat pemerhatian ke atas buah durian?

(A) Sentuhan
(B) Rasa
(C ) Pendengaran
(D ) Bau

4) Antara deria berikut, yang manakah digunakan untuk membuat pemerhatian ke atas bunga ros?

(A) Penglihatan dan bau


(B) Sentuhan dan rasa
(C ) Pendengaran dan bau
(D ) Rasa, bau dan penglihatan
5) Ainul selalu tidak hadir ke sekolah kerana demam selesema.

Pilih inferens yang paling munasabah bagi maklumat di atas.

(A) Ainul tidak dapat tidur yang mencukupi


(B) Ainul selalu menonton televisyen pada waktu malam
(C ) Ainul tidak gemar makan makanan segera
(D ) Ainul tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Anda mungkin juga menyukai