Anda di halaman 1dari 13

1.

1 Konsep Moral

Perkataan moral sering diperdebatkan oleh ahli falsafah. Setiap masyarakat mempunyai
maksud yang berbeza mengikut konteks yang berlainan. Perkataan moral berasal dari
perkataan Latin “mores” dan bermaksud cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima
(Vishalache Balakrishnan, 2008, p. 2). Pandangan tersebut diperkuatkan lagi oleh Mohana
(2018, p. 19) menyatakan bahawa perkataan moral merangkumi sifat luhur iaitu kejujuran,
keadilan, kebenaran, dan sopan–santun. Oleh itu, moral berkait rapat dengan kehidupan
seharian dan lebih bersifat praktikal. Disamping itu, moral juga membincangkan tentang
sistem moral yang diikuti oleh sesuatu masyarakat.

Selain itu, moral juga ditakrifkan sebagai tatasusila atau peraturan dan kelakuan yang betul
serta perlu dipatuhi (Husain & Kasim, 2006, p. 93). Maka, sesebuah masyarakat akan
menentukan tingkahlaku yang betul dan salah. Salah seorang pakar moral yang bernama
George Edward Moore (1985) berpendapat, perbuatan moral yang baik secara realitinya akan
mewujudkan banyak perkara yang baik. Disamping, moral juga membawa maksud
keputusan, tindakan dan niat yang berbeza antara tingkah laku betul atau salah serta kelakuan
baik dan buruk.

Sehubungan dengan itu, perkataan moral sangat subjektif untuk didefinisikan. Menurut,
McCaffree (2015, p. 2) moral melibatkan ikatan dan kerjasama antara masyarakat yang
dibincangkan dari segi empati dan kebajikan umum. Manakala, Nawi (2010, p. 111) pula
berpendapat, moral dalam konteks Malaysia sangat berbeza dan ia tidak bergantung kepada
pemikiran atau agama tertentu. Malahan ajaran agama, akal yang sihat, norma masyarakat
tempatan dan antarabangsa diambil kira untuk membentuk insan bermoral dan keperibadian
yang tinggi. Oleh yang demikian, Vaisey & Miles (2014, p. 312) pula membahagikan moral
kepada dua tingkah laku iaitu tingkah laku moral yang baik dan tingkah laku moral yang
dilarang.

Menurut K.Bertens (2007) ajaran moral menjadi pegangan agama bagi setiap
penganutnya. Ia dianggap sangat penting kerana ajaran moral berasal dari Tuhan. Kod moral
pula merujuk kepada sistem moral tertentu dalam agama, falsafah dan budaya tertentu. Oleh
itu, moral dalam kata erti deskriptif dapat ditakrifkan sebagai kod etika dan nilai budaya.
Maka, moral tidak membawa maksud apa yang salah atau betul. Sebaliknya salah atau benar
bergantung kepada nilai yang dipegang oleh budaya tertentu. Oleh yang demikian, perkara
yang betul untuk sesuatu budaya boleh dianggap salah oleh budaya lain.

“….dharma is difficult to translate because of this joining of the natural order and
the moral order…..because dharma involves the linkage of the natural and moral,
held together without distinction as to which is meant since simultaneously both are
meant…..”
(Creel, 1972, p. 157)

Dharma adalah suatu konsep yang penting dalam falsafah India. Dharma sukar untuk
diterjemah kerana mempunyai hubungkait yang rapat antara alam sekitar dan moral yang
mendukung maksud bersama. Menurut falsafah India, Moral dijuga dikenali sebagai dharma
yang membawa maksud berbuat baik, bersifat keperihatinan, mesra dan ramah (Arti Dhand,
2002, p. 354) serta membawa maksud patuh kepada hukum semulajadi dan keadilan sejagat.
Menurut akhlak Hindu, dharma adalah kod tugas dan tingkah laku moral yang dianggap
penting dalam mencari kebenaran kehidupan mereka (Suda, 1970, p. 366). Maka dharma
menentukan banyak aspek dalam diri manusia termasuk konsep moral. Sesiapa yang
mematuhi kod dharma akan menjalani hidup bermoral. Hal ini kerana, dharma hidup adalah
pemangkin kehidupan sosial serta menyediakan asas yang kukuh untuk manusia berinteraksi.
Maka dharma dilihat sebagai kewajiban yang bertujuan untuk mempromosikan keharmonian
sosial, keadilan dan kebahagian.

Kesimpulannya moral memberikan pelbagai definisi yang memperjelaskan konsep moral


dengan terperinci. Moral dilihat dari aspek tingkah laku individu, agama, dharma hidup serta
hubungan dan ikatan antara masyarakat. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa
moral adalah disiplin yang menunjukkan bentuk sistem moral yang dihayati oleh sesuatu
masyarakat. Oleh itu, moral dilihat sebagai sifat yang penting dalam kehidupan manusia.

1.2 Konsep Etika

Etika adalah perkataan yang kerap didengar dan digunakan oleh semua orang. Etika adalah
satu cabang falsafah yang berkaitan dengan moral. Etika mencuba untuk menjawab segala
persoalan yang timbul berkenaan dengan moral. Sehubungan dengan itu, beberapa teori etika
seperti etika deontologi dalam beberapa kes membezakan moral dan etika.

Ethics is a branch of philosophy concern with the analysis of moral idea. .Its tries
to explain , not only why morality should matter to us, nut what morality is all
about. What is the relationship between morality and religion? What we should
say about tough moral issues like abortion or war? Ethics is a discipline which
tries to answer each questions.

(Fink, 2017, p. ix)

Menurut pandangan K.Bertens (2007, p. 3) menyatakan bahawa etika adalah adat


kebiasaan atau perkara yang sentiasa kita lakukan. Selain itu, etika juga boleh ditafsirkan
sebagai nilai atau norma- norma yang menjadi pegangan bagi sesuatu kelompok dalam
mengatur tingkah lakunya. Tambahan, perkataan tingkah laku dalam Greek disebut ‘etos’
ataupun dikenali sebagai adat sesebuah masyarakat. Oleh itu, nilai etika sangat penting dalam
pembentukan peribadi seseorang serta menentukan sesuatu amalan dan tingkah laku yang
wujud itu sama ada baik atau buruk.

Selain itu, keadilan sosial, budi bahasa, kesejahteraan hidup manusia, sifat sopan dan
tanggungjawab mempunyai hubungan yang positif dengan nilai etika (Parvathi Vellachami,
2019, p. 95). Setiap nilai ini berhubung kait antara satu sama lain. Oleh yang demikian, nilai
etika dianggap sebagai suatu, pemikiran, prinsip dan perlakuan yang mengandungi nilai yang
membentuk keperibadian manusia.

Vishalache Balakrishnan (2009, p. 1) telah memberi penjelasan yang ringkas bahawa


etika merupakan satu aspek yang menilai tindakan manusia. Hal ini kerana, tingkah laku
manusia berbeza mengikut situasi. Ada manusia yang patuh kepada undang-undang kerana
khuatir akan dikenakan hukuman dan sebaliknya. Selain itu, manusia juga berkelakuan baik
atas kepercayaannya terhadap hukum Allah dan Tuhan. Mereka percaya bahawa agama
mengajar kelakuan yang bermoral dan beretika. Buat baik akan ke syurga dan buat buruk
akan ke neraka.

Maka, manusia menjalani kehidupan yang berdisiplin apabila mengikuti peraturan hidup
yang beretika. Secara tidak langsung, tingkahlaku manusia menjadi tersusun dan teratur
dengan mengikuti panduan hidup beretika. Manusia dapat menjalani kehidupan yang
bermoral dan beretika (Anjalai Suberamaniam, 2016, p. 47). Oleh yang demikian, etika juga
dianggap sebagai sains yang mengkaji kelakuan manusia.

1.2.1 Jenis- Jenis Etika

Sejak dahulu kala, peradaban manusia bergantung kepada etika kerana tingkah laku baik dan
buruk memainkan peranan yang penting. Justeru adakalanya kelakuan yang menjadi
kebiasaan juga boleh dianggap sebagai etika. K.Bertens (2007) membahagikan etika kepada
etika deskriptif, normatif dan metaetika. Walaubagaimanapun, pengkaji akan melihat etika
deskriptif dan etika normatif sahaja yang berkaitan dengan fokus kajian ini.

1.2.1.1 Etika Deskriptif

Etika deskriptif adalah suatu fenomena manusia yang universal. Masyarakat yang berbeza
budaya, bangsa atau kelompok sosial, mempunyai kepercayaan dan amalan hidup yang
berlainan. Maka kelakuan baik dan buruk antara mereka juga berubah dan tidak semestinya
sama. Misalnya membunuh binatang adalah dilarang sama sekali dalam sesuatu kelompok,
tetapi tiada larangan bagi kelompok yang lain. Maka etika deskriptif memberikan
pemahaman yang tersusun dan penilitian yang terarah untuk mengambil keputusan terhadap
tingkah laku seseorang (K.Bertens, 2007, pp. 10-19). Selain itu, etika deskriptif juga
merupakan tingkah laku moral yang dipelajari daripada seseorang individu atau sesuatu
kebudayaan. Oleh itu, tingkah laku yang dipelajari dari kebudayaan sesuatu kelompok akan
diterima tanpa mempersoalkan benar atau tidak.

1.2.1.2 Etika Normatif

Etika normatif bertentangan dengan etika deskritif. Hal ini kerana, etika normatif menolak
semua adat yang bertentangan dengan sifat kemanusiaan. Nilai-nilai berperikemanusiaan
diutamakan. Justeru setiap kelakuan baik buruk akan didebat dan akan dinilai secara rasional.
Perdebatan yang menarik berlaku untuk setiap masalah - masalah yang tidak bermoral. Maka
segala pandangan atau amalan primitif akan dinilai mengikut prinsip-prinsip kemanusiaan
(K.Bertens, 2007, pp. 10-19).

1.2.1.3 Metaetika

Metaetika juga dikenali sebagai etika analisis yang membawa maksud penilaian secara
terperinci tentang perkataan yang digunakan dalam kenyataan moral. Apabila berlaku
perbincangan tentang etika, kadang-kadang berlaku perdebatan dan tidak dapat mengakhiri
perdebatan. Hal berlaku kerana ada perkara yang kita tidak faham, walaupun menggunakan
perkataan yang sama. Misalnya perkataan-perkataan seperti baik, buruk, betul, salah, hak dan
kewajipan mempunyai tafsiran yang berbeza antara individu. Maka inilah tugas metaetika
untuk memahami, dan menganalisis perkataan “baik” daripada “buruk”, “betul daripada
“salah”, “hak” daripada “kewajipan”. Tugas metaetika bukanlah untuk mengkaji tindakan
yang betul atau salah atau cara menjadi individu yang beretika dan baik, tetapi suatu
perbincangan yang abstrak. Jadual 3.3 menunjukkan contoh- contoh persoalan deskriptif,
normatif dan metaetika.
Jadual 3. 1 Perbezaan antara etika

Bil Etika deskriptif Etika normatif Etika metaetika


Ahmad adalah seorang
Apakah maksud istilah
Ahmad belajar di yang baik dan pemurah
1. etika seperti “baik” dan
sekolah rendah. hati.
“betul”?
Menyakiti haiwan
Terdapat pelbagai Apakah motif bertindak
2. adalah pebuatan yang
haiwan peliharaan. secara beretika?
salah.
Penguguran bayi Apakah itu “Moral
dibenarkan secara moral reason”? Bagaimana ia
Bayi adalah kurniaan
3. sekiranya dilakukan berbeza? (jika ia
Tuhan maha esa.
dalam trisemester yang berbeza ) dari penyebab
pertama. yang lain?
(Sumber: K.Bertens dari buku Etika)

Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa etika dan moral saling berkaitan. Etika
merupakan ilmu yang mengkaji tingkah laku moral. Etika normatif memberikan
penimbangan nilai semasa memberi kenyataan manakala etika diskriptif memberi kenyataan
yang umum tanpa penimbangan nilai. Metaetika adalah satu analisis kenyataan yang sangat
abstrak. Semua kenyataan moral adalah kenyataan normatif, tetapi bukan semua kenyataan
normatif adalah kenyataan moral.

1.3 Konsep Akhlak

Perkataan akhlak saling berhubung rapat dengan pendidikan. Salah satu ciri utama dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah
melahirkan insan yang berakhlak mulia. Selaras dengan FPK dan FPG matlamat pendidikan
negara juga menuju ke arah mewujudkan generasi berakhlak mulia. Oleh itu, pendefinisian
istilah sangat penting untuk memahami maksud akhlak secara terperinci.

Akhlak berasal dari perkataan Arab iaitu jamak atau khuluq yang membawa maksud
kebiasaan, perilaku, tabiat maruah dan din (agama). Selain itu, akhlak juga membawa maksud
kelakuan, tabiat atau, perangai yang baik dan indah. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlak
ialah bentuk kejadian manusia dari sudut yang batin (dalaman).

Justeru akhlak memainkan peranan penting dalam pembentukkan peribadi individu


(Asmawati Suhid, 2007, p. 170). Akhlak bermaksud tingkah laku, sifat semula jadi, marwah,
tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Sehubungan itu, kebaikan atau keburukan
mestilah mengikut ketetapan yang diberikan dalam Al-Quran. Akhlak yang baik adalah
perkara yang dinyatakan oleh Islam serta turut diakui dan diterima oleh semua manusia
(Mohd Nasir Omar, 2005, p. 7). Islam mempunyai dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-
Sunnah yang menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Maka kedua-dua sumber ini
dijadikan sumber akhlak Islamiyah. Sekiranya melihat definisi akhlak dari sudut Islam akhlak
adalah satu sistem yang menilai zahir dan batin manusia secara kumpulan dan masyarakat.
Menurut Islam akhlak bukan sekadar memperlihatkan susunan hubungan manusia dengan
manusia malahan mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan. Menurut pandangan
Sylviyanah (2012, p. 193) akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak mulia dan akhlak tercela.
Beliau berpendapat akhlak mulia perlu diamalkan sepanjang kehidupan manakala akhlak
tercela perlu dijauhi.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa akhlak terbentuk dari dalaman diri dan
akhlak mempengaruhi tingkah laku sesuatu manusia. Akhlak yang mulia dapat membentuk
keperibadian yang mulia dan seterusnya menjadi asas kepada kewujudan generasi yang mulia
dan beretika. Sekiranya meninjau secara mendalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) telah direka bentuk dengan mengambil kira kepentingan akhlak kepada pelajar.

Kendiri/Diri

Konsep kendiri merupakan sebuah konsep yang penting dalam bidang psikologi. Ahli
falsafah, pemikir agama, ahli politik, sejarahwan dan ahli psikologi telah menunjukkan minat
dan kesungguhan untuk mengkaji konsep kendiri. Begitu juga, setiap individu itu sendiri
sering berminat untuk mengenali tentang diri sendiri. Walaubagaimanapun, segelintir
masyarakat berpendapat mengenali diri adalah keperluan asas manusia. Maka perlu diberi
perhatian serius terhadap konsep diri.

…The self-concept is difficult term to define, yet in contemporary psychology it is


becoming a most important construct in the explanation of human behaviour…”
(Burns, 1979)

Konsep diri sangat sukar untuk ditakrifkan, malahan dalam kontemporari psikologi konsep
diri menjadi konstuk yang penting dalam menjelaskan tingkah laku manusia. Konsep diri
sangat berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Oleh yang demikian, konsep diri sangat
penting kerana mempengaruhi tingkah laku remaja semasa berinteraksi antara satu sama lain.
Maka istilah konsep diri perlu diterangkan dahulu sebelum membuat perbahasan mengenai
konsep diri.

Konsep kendiri dilihat sebagai imej diri yang menggambarkan tentang wajah rupa, fizikal
diri, kebolehan diri dan tingkah laku serta mempunyai hubungan dengan dalaman diri (Azizi
Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakaria, & Noordin Yahaya, 2005). Pengalaman masa
lampau dan masa kini memainkan peranan penting dalam menggambarkan kendiri kita.
Coopersmith .S (1975) menyifatkan konsep diri sebagai pandangan seseorang terhadap
dirinya dari perspektif dalaman diri. Beliau menyatakan konsep diri meliputi tiga persoalan
iaitu siapa saya, apakah sifat saya dan apakah ciri-ciri saya.

Respati, Yulianto, Widiana, and Esa (2006, p. 122) berpendapat konsep diri merupakan
pengalaman diri sendiri dan bersama orang lain yang membentuk persepsi tentang diri
sendiri. Konsep diri juga boleh ditafsirkan sebagai pandangan atau penilaian remaja tentang
diri sendiri. Persepsi positif membentuk konsep diri positif, manakala persepsi negatif
membentuk konsep diri yang negatif. Konsep diri yang positif dapat membentuk kepercayaan
diri dan harga diri yang tinggi. Ini membantu remaja berjaya dalam kehidupan (Andayani &
Afiatin, 1996, p. 24). Kenyataan Cohen (1959, p. 1) bersetuju dengan pendapat di atas
bahawa konsep kendiri yang tinggi, dapat membentuk individu yang menghargai diri sendiri,
serba kebolehan dalam semua bidang dan bercita-cita tinggi. Manakala individu yang
mempunyai konsep diri yang rendah, mudah berputus asa dan membenci dirinya.
Menurut Rogers, Kirschenbaum, dan Henderson (1989, p. 29) mendefinisikan konsep diri
sebagai persepsi individu tentang dirinya sendiri, penilaian orang lain tentang dirinya dan
penilaian individu terhadap persepsi orang lain tentang dirinya. Pandangan Rogers menjadi
popular pada tahun yang melihat konsep diri sebagai “I” dan”me”. “I” adalah dilihat secara
universal dan “me” dilihat secara khusus. Definisi ini dapat dijelaskan melalui rajah 3.2.

Persepsi individu Penilaian individu


kendiri
itu sendiri terhadap persepsi
tentang dirinya Penilaian orang lain terhadap orang lain

Rajah 3. 1: Cara Pembentukan Kendiri


(Sumber: Azizi Yahya dari buku Pembangunan Kendiri)
Konsep diri juga ditakrifkan oleh Haitie,(1992) dalam terma kognitif yang menyatakan
seseorang menilai dirinya dari aspek diskriptif dan preskriptif. Manakala James (1968) pula
berpendapat konsep diri adalah “saya” dan setiap orang perlu mengenali diri sendiri. “Saya”
di sini membawa maksud pakaian, tubuh badan, pemikiran, tempat tinggal, ahli keluarga dan
rakan- rakan. Disamping membawa maksud, identiti diri yang dapat mempengaruhi diri
dengan persekitaran sosial.

Shavelson and Bolus (1982) pula mendefinisikan konsep diri sebagai tanggapan orang lain
tentang dirinya dalam bentuk deskriptif atau penilaian. Konsep diri dibahagikan kepada
persepsi kendiri dan penghargaan kendiri. Pengalaman dari alam sekililing, interaksi dengan
orang lain dan tingkah lakunya sendiri, membentuk konsep kendiri akademik dan konsep diri
bukan akademik. Manakala Cooley and Ayres (1988) pula menjelaskan konsep diri sebagai
cermin. Individu membentuk persepsi tentang diri mereka melalui persepsi yang dibentuk
oleh orang lain tentang mereka. Maklum balas orang lain tentang diri kita melalui interaksi
yang berlaku bersama kumpulan tertentu membentuk konsep diri. Konsep diri cermin dapat
diterangkan melaui rajah 3.3.
Saya:
Saya yang dikenali,
ciri-ciri yang dimiliki,
kendiri sebagai cermin diri

Kendiri Kebendaan: Kendiri Kerohanian: Kendiri Sosial:

tubuh badan, ciri-ciri personaliti, Saya dikenali dalam


peralatan fizikal sikap, nilai, kalangan ahli
kepercayaan, persepsi keluarga, rakan,

Rajah 3. 2: Konsep Kendiri


(Sumber: Azizi Yahya dari buku memahami Konsep Diri)

Ahli psikologi telah memberikan banyak pengertian tentang konsep kendiri. Oleh yang
demikian, konsep kendiri dapat disimpulkan bahawa menilai seseorang dari aspek fizikal,
sosial, emosi, rohani, tingkah laku, akademik dan keluarga. Sebagai contoh kita mungkin
mempunyai idea yang berbeza tentang siapa kita, dari aspek fizikal dan jiwa. Maka banyak
pendefinisian timbul akibat banyak persoalan tentang diri.

Konsep diri juga mempunyai hubungan dengan beberapa istilah kendiri yang lain seperti
harga diri (self-esteem), keberkesanan diri (self- efficacy), kesedaran diri (self- awareness),
dan imej diri (self- image). Pendefinisian tentang istilah dapat memberi pemahaman yang
mendalam tentang konsep diri dan istilah kendiri yang lain.

i. Harga diri (self-esteem)

Dalam psikologi, istilah harga diri digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan
tentang nilai diri atau nilai peribadi seseorang. Dengan kata lain, harga diri membawa
maksud berapa banyak kita menghargai dan sayangi diri kita. Harga diri juga dilihat sebagai
sifat keperibadian yang sentiasa stabil dan berkekalan. Harga diri adalah suatu penilaian diri
yang subjektif tentang nilai diri mereka. Kepercayaan diri sendiri dan keadaan emosi seperti
kebanggaan, kejayaan, putus asa, dan rasa malu membentuk harga diri seseorang (Pelham &
Swann, 1989, p. 1).

ii. Keberkesanan diri (self- efficacy)

Keberkesanan diri bermaksud kepercayaan individu tentang kebolehannya untuk


melakukan sesuatu aktiviti tertentu. Keberkesanan diri juga menunjukkan keyakinan dan
kemampuan diri untuk mengawal tingkah laku, motivasi dan persekitaran sosial. Bandura
(2010, p. 1) melihat keberkesanan diri sebagai kepercayaannya tentang keupayaan untuk
menghasilkan tahap prestasi yang tinggi yang akan mempengaruhi diri mereka. Individu yang
mempunyai keberkesanan diri yang tinggi akan menghadapai segala cabaran hidup dengan
tabah. Kegagalan hidup dihadapi dengan jaminan bahawa mereka boleh mengawalnya. Sifat
ini dapat membantu individu untuk membina kendiri positif, menggurangkan tekanan dan
kemurungan (Sawatzky et al., 2012, p. 1).

iii. Kesedaran diri (self- awareness)

Sesetengah orang melihat kesedaran diri sebagai keupayaan seseorang untuk memantau
dunia dalaman diri. Kesedaran diri terbahagi kepada dua jenis kesedaran iaitu kesedaran diri
secara dalaman dan kesedaran diri secara luaran. Kesedaran dalaman diri terdedah melalui
pemikiran, tingkah laku dan perasaan seseorang. Manakala kesedaran diri luaran bermaksud
bagaimana orang lain melihat diri kita. Kesedaran luaran ini, membantu seorang pemimpin
yang baik melihat dirinya dari perspektif orang bawahan. Perspekif ini membantu pemimpin
untuk menunjukkan belas kesihan dan dapat menjalin hubungan baik dengan orang
bawahannya. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila kita melihat diri kita dengan jelas,
kita akan menjadi lebih yakin dan lebih kreatif. Justeru kita dapat membuat keputusan dengan
baik, membina hubungan yang lebih kuat dan berkomunikasi dengan lebih berkesan
(Wicklund, 1975, p. 234).

iv. Imej diri (self- image)

“ ….the individual tends to be keenly concerned with his self-image. What am I like?
How good am I? What should I ,or might I,become? On what basis shall I judge
myself?....”
(Rosenberg, 2015, p. 3).

Imej diri adalah pandangan peribadi, atau gambaran mental, yang kita miliki daripada diri
kita sendiri. Imej diri menggambarkan ciri-ciri diri yang merangkumi cantik, hodoh, bakat
diri, dan sifat peribadi. Imej diri juga boleh didefinisikan sebagai cara kita mengambarkan
diri secara universal dari dalaman dan luaran (Rosenberg, 2015, p. 3). Oleh yang demikian,
imej diri memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kerana imej diri
mempengaruhi cara kita memikir tentang diri kita dan cara kita berinteraksi dengan orang
lain.

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa konsep diri sebagai persepsi individu
tentang dirinya sendiri, penilaian orang lain tentang dirinya dan penilaian individu terhadap
persepsi orang lain tentang dirinya. Selain itu, konsep diri juga mempunyai hubungan dengan
dalaman diri. Ada juga berpendapat, konsep diri adalah tanggapan orang lain tentang dirinya
dalam bentuk deskriptif. Secara tuntasnya, konsep kendiri menilai seseorang dari aspek
fizikal, sosial, emosi, rohani, tingkah laku, akademik dan keluarga.

1.4 Konsep Keluarga

Keluarga merupakan tulang belakang bagi pembentukan masyarakat. Sejak abad ke 19-
perkembangan kehidupan sosial berlaku seiringan dengan pertumbuhan industri moden.
Urbanisasi dan industrialisasi berlaku dengan begitu pesat. Walaupun zaman semakin
berubah, namun institusi sosial keluarga masih berperanan, dipertahankan dan diteruskan.
Oleh itu, tanggungjawab, hak dan kewajipan individu terhadap keluarga mempengaruhi
struktur sosial (Ihromi, 1999, p. 1). Justeru istilah keluarga akan diterangkan dengan lebih
terperinci untuk memahami konsepnya secara mendalam. Lestari (2012) menyatakan bahawa
definisi konsep keluarga dapat dilihat dari tiga aspek iaitu definisi struktur, definisi fungsi,
dan definisi transaksi.

i. Definisi Struktur

Keluarga didefinisikan sebagai anggota yang ada dan tiada dalam keluarga seperti
orang tua, anak dan ahli yang lain. Dengan kata lain keluarga sebagai asal usul
(families of origin), keluarga yang melahirkan generasi (families of procreation) dan
keluarga batin (extended families).

ii. Definisi Fungsi

Keluarga didefinisikan sebagai tugas psikologikal dalam keluarga. Tugas psikologikal


yang dimaksudkan ini merangkumi penyelenggaraan, sokongan emosi dan
sosiolasisasi dengan anak. Maka, definisi keluarga berfokus kepada tugas yang
dijalankan dalam keluarga.

iii. Definisi Transaksi

Keluarga adalah sebuah kumpulan yang menonjolkan identiti (family identity) sebagai
sebuah keluarga melalui tingkah laku yang membangunkan keintiman. Identiti keluarga
meliputi aspek seperti ikatan emosi, pengalaman sejarah dan matlamat masa depan.
Pendek kata, definisi ini menerangkan cara atau strategi keluarga melaksanakan fungsinya.

Seterusnya, hubungan yang berlaku melalui ikatan perkahwinan yang sah dari segi
undang-undang dan adat resam antara sepasang suami isteri juga dikenali sebagai keluarga
(Mohamad Asri Mat Husin, 2003). Manakala, kenyataan tersebut diperkuatkan oleh Mohd
Sapawi Mohd Isa (2003, p. 11) yang menyatakan bahawa keluarga adalah komitmen antara
dua atau lebih individu yang berkongsi kemesraan dan tanggungjawab untuk membuat
keputusan.

Keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan
ahli keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung dan saling bergantung antara satu sama
lain. Mereka juga dikenali sebagai keluarga lanjutan (extended family). Ahli keluarga ini
terdiri daripada dua atau tiga generasi yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah.
Manakala keluarga lanjutan diperjelaskan dengan terperinci seperti kenyataan di bawah,

“……Asians made up the majority (75%) of three-generation household heads…..


People born in Asia are more culturally accustomed to live in a large, extended
family system…..”
(Che-Alford & Hamm, 1999, p. 7)

Keluarga adalah institusi sosial yang mempunyai hubungan antara generasi (Kagitcibasi,
Ataca, & Diri, 2010, p. 653). Aspek yang penting dalam intergenerasi adalah tahap sokongan
yang tinggi oleh ahli keluarga.

Dalam keluarga nuklear terdapat empat fungsi yang penting untuk kehidupan sosial
manusia iaitu seksual, ekonomi, reproduktif dan Pendidikan. Sekiranya seksual dan
reproduktif tidak berlaku maka masyarakat akan pupus. Jika tiada ekonomi maka kehidupan
dengan sendrinya terberhenti. Jika tiada pendidikan kebudayaan akan hilang dan menjurus ke
penghujung jalan. Oleh itu, utiliti sosial keluarga nuklear yang besar akan terbentuk melalui
empat fungsi ini.

“In the nuclear family or its constituent relationship we thus see assembled four
functions fundamental to human social life – the sexual, the economic, the
reproductive, and educational. Without provision for the first and third, society
would become extinct: for the second, life itself would cease; for the fourth, culture
would become to the end. The immense social utility of the nuclear family and the
basic reason for its university thus begin to emerge in strong relief.

George Peter Murdock from(Morgan, 2014)

Kesimpulannya, konsep keluarga adalah satu institusi yang mengandungi anggota


keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan orang tua yang mempunyai perhubungan
persaudaraan. Mereka berkongsi kasih sayang, kemesraan, pendapat dan tanggungjawab
bersama untuk menjayakan institusi keluarga. Mereka tinggal di bawah satu bumbung.

1.5 Konsep Persahabatan

Sahabat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sejak zaman kanak-kanak hingga
usia lanjut lagi. Hubungan yang berlaku antara seorang atau sekelompok orang yang rapat
dinamakan persahabatan. Persahabatan melibatkan kasih sayang dan kepercayaan antara satu
sama lain. Persahabatan juga tidak memilih jantina dan usia. Malah persahabatan berlaku
antara orang yang berumur, berbeza jantina serta berbeza kaum dan bangsa. Disamping
persahabatan merupakan satu hubungan sosial yang unik dan sangat penting dalam kehidupan
seseorang. Walaupun mempunyai pandangan yang berbeza tetapi sahabat sentiasa berada
bersama di setiap masa (Hartup & Stevens, 1997). Maka pendefinisian istilah persahabatan
sangat penting untuk memahami konsep persahabatan.

Amichai-Hamburger, Kingsbury, and Schneider (2013) berpendapat persahabatan adalah


sokongan moral yang diberi sewaktu situasi kritikal. Malahan dibina dari keintiman,
kepercayaan serta kefahaman. Kebaikan yang diperoleh semasa mempunyai sahabat baik
ialah keupayaan sahabat untuk memberikan pelbagai bentuk sokongan material dan sosial
dalam waktu kritikal.

Walaubagaimanapun, kepercayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah


hubungan. Setiap kelakuan dan tindakan perlulah jujur dan berniat baik. Jika seseorang
mempunyai harapan yang positif tentang tingkah laku seseorang, maka dia bersedia untuk
memercayainya (Flanagan, 2003). Hujahan ini disokong oleh (Silver, 2009) bahawa
kepercayaan memberikan kebahagiaan lalu membentuk hubungan yang baik antara sahabat.

Sarala Manikam (2003, p. 15) pula menyatakan persahabatan ialah satu hubungan yang
wujud secara sukarela di antara dua atau lebih orang. Menurut (Mohamad Isa Azis, 2003, p.
10) pula persahabatan boleh berlaku antara saudara atau bukan saudara dan berubah mengikut
darjah kemesraan. Disamping hubungan persahabatan boleh berubah dari hubungan renggang
ke hubungan karib.

Menurut Shulman, Laursen, Kalman, and Karpovsky (1997) keakrapan hubungan remaja
lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kaum wanita lebih selesa dengan kumpulan kecil.
Unsur taat setia, komitmen dan keintiman menentukan persahabatan kaum perempuan.
Sahabat atau rakan sebaya boleh diklasifikasikan sebagai manusia yang mempunyai tingkah
laku yang hampir sama. Juga dikenali sebagai “peer groups” yang mempunyai ciri-ciri
demografi yang sama (Kalidass Sinnakulandai, 2003, p. 12).

Noraizan Brahim (1998, p. 9) menyatakan bahawa persahabatan yang bermula pada


zaman kanak-kanak terbentuk antara dua atau lebih orang secara sukarela dan tanpa paksaan.
Maka dapat membuat kesimpulan bahawa persahabatan dalam kalangan kanak-kanak adalah
sesuatu yang amat unik.

“….. friendship is an integrated social and psychological systems defined not only
by behaviours, but also by underlying feelings and motivations. Behaviours between
friends are the most visible parts of the system….”
(Hruschka, 2010, p. 17)

Persahabatan didefinisikan sebagai satu sistem sosial dan psikologi yang sepadu yang
bukan sahaja meliputi tingkah laku tetapi perasaan dan motivasi. Tingkah laku antara kawan
merupakan aspek yang sangat menonjol dalam sistem. Maka tingkah laku seseorang kawan
mempengaruhi perasaan, pemikiran dan proses pisiologi seorang kawan yang lain. Secara
tidak langsung perubahan tingkah laku berlaku pada seseorang melalui pengaruh daripada
kawannya. Penjelasan ini dapat diterangkan melalui rajah 3.4.
Psikologi Pisiologi Kawan 2

Tingkahlaku
Tingkahlaku

Menolong
Berkongsi
Memberi hadiah
Bersama dalam dugaanPisiologi
Psikologi
Kawan 1 dan kesenangan hidup
Rapat Otak aktif?
Kasih sayang Oxitocin?
Percaya Dopamin?
Komitmen Kortisol?

Rajah 3. 3: Konstruk Tingkah laku, Psikologi dan Pisiologi yang terlibat dalam
interaksi antara kawan

(Sumber dari buku : Friendship: Development, Ecology, and Evolution of a Relationship p.p
19)
Persahabatan dapat disimpulkan bahawa hubungan yang berlaku antara seorang atau
sekelompok orang yang rapat. Disamping persahabatan merupakan satu hubungan yang
wujud secara sukarela di antara dua atau lebih orang. Persahabatan merupakan satu hubungan
sosial yang unik. Malahan dibina dari keintiman, kepercayaan serta kefahaman. Oleh itu,
kepercayaan memberikan kebahagiaan lalu membentuk hubungan yang baik antara sahabat.

Anda mungkin juga menyukai