Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERLIS INDERA

KAYANGAN 2023
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

1.0 PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dapat dilaksanakan di antara murid
Pendidikan Khas, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta ahli
keluarga warga Pendidikan Khas. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada murid mengenai keadaan dan budaya masyrakat
tempatan di samping memberi ruang kepada murid melancong serta mengenali
negeri Indera Kayangan dengan lebih dekat. Di samping itu juga, diharapkan guru-
guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan
minat pelajar.

2.0 OBJEKTIF
Melalui program ini diharap dapat:
2.1 Memberi peluang kepada murid melancong sambil beriadah bersama
rakan-rakan dan guru-guru
2.2 Memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri keunikan dan
tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Indera Kayangan
2.3 Melahirkan insan yang bersyukur dan berhemah.

3.0 SIGNIFIKAN AKTIVTI


3.1 Ladang Anggur Perlis (Teknologi tanaman pertanian)
3.1.1 Mengenal jenis tanaman yang terdapat di Ladang Anggur
3.1.2 Menambah ilmu murid tentang teknologi yang digunakan dalam
penanaman anggur.

3.2 Taman Ular dan Reptilia


3.2.1 Mengenal jenis reptilia.
3.2.1 Mendedahkan tentang cara penjagaan hidupan reptilia.

3.3 Pasar Terapung JPS


3.3.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang budaya
masyarakat tempatan.
3.3.2 Memupuk minat murid mempelajari budaya masyarakat
tempatan yang suka berniaga.
3.3.3 Memberi pendedahan kepada murid tentang keunikan berniaga
di atas sampan.
3.3.4 Memberi pendedahan dan pengalaman murid merasai
keenakan makanan di Perlis

3.4 Padang Besar


3.4.1 Melatih murid mengenal mata wang kertas dan wang syiling.
3.4.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran
berbelanja dengan bijak.

4.0 PELAKSANAAN
3.1 Tarikh : 09 Disember 2023
3.2 Hari : Sabtu
3.3 Masa : 6.30 pagi – 8.00 malam
3.4 Tempat : Negeri Perlis Indera Kayangan

5.0 SASARAN
5.1 Bilangan Murid
14 orang murid

5.2 Bilangan Guru


Lima orang guru

5.3 Bilangan Pembantu Pengurusan Murid


Dua orang

5.4 Bilangan Pengiring dewasa


Sepuluh orang

5.5 Bilangan Kanak-kanak


Sepuluh orang

Anda mungkin juga menyukai