Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS : PERHIMPUNAN RASMI ( TERTUTUP )

SK RAPAT JAYA 2022


AGENDA MASA KIU UCAPAN
Semua murid dan guru diminta bersedia untuk
perhimpunan rasmi sekolah yang akan diadakan sebentar
lagi. Perhimpunan akan dijalankan di dalam kelas.
1 7.30 pagi Pengumuman Pengawas-pengawas yang berada di dalam kelas, diminta
mengawal murid-murid dibantu oleh Ketua dan Penolong
Kelas.

Murid-murid juga diminta duduk, diam dan tertib bagi


melancarkan perhimpunan pada pagi ini.

Semasa lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu


Sekolah diperdengarkan, diminta semua murid dan guru
untuk berdiri tegak bagi menghormati lagu rasmi
perhimpunan.
Terima kasih.
2 7.32 pagi Kata Alu-aluan Bismillahirahmanirrahim
Alhamdullilahirabbil ‘alamin
Wassalatu wassalamu ala Rasullillah
Wa ala alihi wasahbihi Ajmain

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam


Sejahtera.

➢ Yang Berusaha Puan Naseha bt Ahmad,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya.

➢ Puan Zaimah bt Musa, Penolong Kanan


Pentadbiran.

➢ Encik Kamarul Zaman b Ishak, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid.

➢ Puan NoorFariza bt Safar, Penolong Kanan


Kokurikulum

➢ Yang dihormati barisan ustaz, ustazah, guru-guru


dan rakan-rakan yang dikasihi sekelian.

➢ Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas


limpah kurnianya, di bawah lindungan taufik dan
hidayah dariNYA dapat kita bersama-sama di
perhimpunan rasmi mingguan, Sekolah Kebangsaan
Rapat Jaya pada pagi ini.
3 7.34 pagi Bacaan Doa Untuk memberkati majlis perhimpunan kita, pada pagi ini,
dipersilakan

Saudara HARRAZ ZAHRAN B KHAIRUDIN


untuk memimpin bacaan doa.

Selepas doa : Majlis mengucapkan terima kasih di atas


bacaan doa sebentar tadi. Semoga segala urusan kita
dipermudahkan.

4 7.36 pagi Nyanyian Seterusnya, semua guru dan murid diminta berdiri dengan
tegak dengan tangan di sisi serta bersedia untuk
menyanyikan

▪ Lagu Negaraku ; dan


▪ Lagu Negeri Perak dengan kuat dan penuh semangat.

Selepas lagu : Syabas semuanya atas nyanyian itu tadi.

5 7.40 pagi Ikrar Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar.


Dengan ini, majlis menjemput

Saudara AHMAD BAZLI B AHMAD SIRAJUL HALIMI


untuk memimpinkan bacaan Ikrar.

Semua murid diminta berdiri dengan tegak untuk melafazkan


ikrar Rukun Negara.

Selepas Ikrar : Majlis mengucapkan terima kasih di atas


bacaan Ikrar sebentar tadi.

PARA HADIRAN DAN SEMUA MURID DIMINTA


DUDUK. ( Beri masa murid duduk )

6 7.43 pagi Ucapan 1 Seterusnya, majlis menjemput wakil guru bertugas pada
Guru Bertugas minggu lepas, untuk memberikan ulasan tentang aktiviti yang
( Minggu telah berlaku pada minggu lepas.
Sebelum )
Selepas ucapan: Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

7 7.47 pagi Ucapan 2 Seterusnya, majlis menjemput pula wakil guru bertugas pada
Guru Bertugas minggu ini, untuk menyampaikan ucapan dan pesanan.
( Minggu
Semasa ) Selepas ucapan: Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas pesanan itu tadi.
8 7.52 pagi Ucapan 3 Bagi meneruskan majlis, dengan segala hormatnya dijemput :
Pentadbir
➢ Yang Berusaha Puan Naseha bt Ahmad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya.

➢ Yang dihormati Puan Zaimah bt Musa, Penolong


Kanan Pentadbiran.

➢ Encik Kamarul Zaman b Ishak, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid.

➢ Puan Noor Fariza bt Safar, Penolong Kanan


Kokurikulum

Untuk menyampaikan ucapan.


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas ucapan: Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


ucapan itu tadi.

9 8.00 pagi Bersurai Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, diminta semua
guru dan murid berdiri tegak dengan tangan di sisi bagi
menyanyikan

▪ Lagu Sekolah

Diminta semua murid bersedia untuk menyanyikan lagu


dengan kuat dan penuh semangat.

***************** ******************************

Perhimpunan rasmi mingguan Sekolah Kebangsaan Rapat


Jaya berakhir di sini.

Diminta semua murid duduk dalam keadaan senyap, terkawal


untuk memulakan sesi pembelajaran.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai