Anda di halaman 1dari 20

KARANGAN BAHAGIAN B

Meniti arus kemerdekaan, aktiviti sukan terutamanya sukan rakyat


seperti gasing dan galah panjang semakin dilupakan oleh sebilangan
besar masyarakat Malaysia pada hari ini. Sikap masyarakat yang
individualistik dan materialistik yang telah membuatkan mereka terlalu
sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga memandang enteng dan
tidak melakukan aktiviti sukan rakyat kerana dianggap tidak profesional
dan membuang masa. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku dan
haruslah dielakkan daripada terus berleluasa Bagai cendawan tumbuh
seleas hujan. Oleh itu, pelbagai usaha yang pragmatik haruslah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam mempopularkan aktiviti sukan
rakyat ini supaya dapat memperoleh pelbagai manfaat. Sebelum itu,
marilah kita membincangkan dengan lebih mendalam dalam wahana ini
tentang manfaat-manfaat mempopularkan sukan tersebut.

Antara manfaat memperluaskan sukan rakyat ialah sukan dapat


menjadi tarikan pelancong. Hal yang demikian kerana sukan rakyat
mempunyai pelbagai keunikan budaya kaum-kaum di Malaysia dan
sejarah yang tersendiri yang dapat menarik minat para pelancong.
Contohnya, sukan rakyat seperti gasing mempunyai pelbagai seni reka
bentuk kaum Melayu yang menarik yang melambangkan pelbagai kisah
dan maksud tersirat. Hal yang demikian para pelancong yang bermain
gasing tersebut akan berasa seronok untuk mempelajari setiap keunikan
tersebut dengan leih mendalam. Kesannya, industri pelancongan negara
dapat diamjukan secara tidak langsung apabila bilangan pelancong
yang melacong ke negara kita semakin meningkat. Konklusinya, usaha
untuk mempopularkan sukan rakyat sememangnya dapat menjamin
negara Malaysia sebagai negara yang menjadi tarikan pelancong dari
seantero dunia.

Selain itu, sukan rakyat haruslah dipopularkan supaya tidak luput


ditelan zaman. Sukan rakyat telah wujud dari zamna dahulu lagi dan
sering dimainkan oleh nenek moyang kita yang terdahulu pada masa
lapang mereka. Warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang
kita ini haruslah dikekalkan agar keseronokan sukan rakyat dapat
dinikmati bersama-sama oleh generasi akan datang. Hal yang demikian
menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob,
beliau sering berkata bahawa sukan rakyat melambangkan identiti kita
sebagai rakyat Malaysia. Oleh hal yang demikian, jika pihak kerajaan
terus melaksanakan langkah proaktif dalam mempopularkan sukan
tersebut, nescaya generasi akan datang masih akan bangga
mengekalkan budaya ini dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-
mana budaya barat. Tuntasnya, sukan rakyat perlulah dipopularkan agar
perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat dijamin
kerana semua pihak mempunyai identiti yang sama.

Di samping itu, sukan rakyat yang bagaikan serampang dua mata


ini bukan sahaja dapat menarik kedatangan pelancong dan
meningkatkan perpaduan malah sukan rakyat dapat meningkatkan
pendapatan rakyat. Buktinya, dengan wujudnya sukan rakyat yang
terdiri pelbagai jenis permainan ini telah mewujudkan pelbagai peluang
pekerjaan kepada para penduduk yang menawarkan gaji yang lumayan.
Tamsilnya, para penduduk boleh bekerja sebagai penguasaha gasing-
gasing tradisional. Hal yang demikian pengusaha gasing tradisional
dikatakan akan mendapat pulangan wang perniagaan yang banyak
kerana gasing-gasing yang dijual adalah buatan tangan dan mempunyai
pelbagai nilai estetika yang menarik serta diaminkan oleh semua lapisan
masyarakat bukan sahaja drai kawasan kampung hingga ke peringkat
antarabangsa. Kesannya, pengusaha gasing sudah semestinya
menerima keuntungan yang besar jualan gasing tersebut. Oleh itu,
sudah terbukti bahawa sukan rakyat haruslah dipopularkan agar
meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Bagi menutup tirai wahana kita ini, sudah terang lagi bersuluh
bahawa usaha kerajaan mempopularkan sukan rakyat sebenarnya
mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat Malaysia. Hal
yang demikian pihak kerajaan mahupun masyarakat haruslah
berganding bahu bagaikan ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar sukan rakyat
dapat dimanfaatkan secara optimum. Jika, semua pihak sekadar hangat-
hangat tahi ayam dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing,
nescaya, sukan rakyat tidak dapat dipopularkan. Saya berharap agar
sukan rakyat akan terus dimainkan oleh semua lapisan masyarakat
pada masa akan datang agar suakn rakyat ini tidak lapok dek hujan, tak
lekang dek panas.
(506 patah perkataan)
Bahagian b (soalan 1)
Pada masa kini, sukan rakyat mula menjadi popular dalam
kalangan rakyat Malaysia. Pekara ini mula menaik apabila negara kita
memenangi kejohanan dunia sepak takraw. Bola yang digunakan
sewatu itu ialah bola yang serupa dengan bola yang dipermainkan oleh
rakyat Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu dan sukan ini
telah dijadikan sebagai suka rakyat sehingga kini.

Antara manfaat-manfaat mempopularkan sukan ini ialah


pelancong-pelancong daripada pelusuk dunia akan mula membanjiri
lapangan terbang Malaysia bagi melihat sendiri sukan rakyat dan
mencuba bermain. Hal ini akan meningkatkan sektor ekonomi negara.
Dengan peningkatan ini, prasarana negara dapat dipertingkatkan dan
Malaysia menjadi destinasi perlancongan nombor satu bagi mereka.

Selain itu, bilangan orang yang tidak mempunyai kerja akan


berkurang. Hal ini kerana peluang pekerjaan di Malaysia bertambah.
Masyarakat boleh memohon kerja di tempat perlancongan seperti rumah
kebudayaan dan Istana Budaya. Seterusnya, permainan rakyat ini juga
boleh menjadi identiti Malaysia. Dengan cara, memasarkan di medium-
medium yang boleh menyebarkan maklumat seperti Tiktok dan
televisyen. Hal ini bagi membolehkan rakyat Malaysia dan pelancong-
pelancong menerima maklumat tersebut. Di samping itu, sukan ini juga
dapat menarik minat anak-anak muda. Sukan ini perlu didedahkan
kepada generasi-generasi baru agar tradisi dan adat orang melayu
dapat diteruskan dan tidak akan dilupakan seperti kata-kata Hang Tuah
“Takkan Hilangnya Melayu di Dunia ini.”

Sukan ini juga secara tidak tidak langsung dapat membuka pusat
pelancongan baru. Pembukaan ini dapat meningkat rasa cinta akan
negara di samping mengajar kita untuk sentiasa menghormati dan
mencintai tradisi kita. Kita juga boleh menigkatkan perpaduan antara
kaum apabila bermain sukan rakyat. Perkara ini dapat dilihat apabila
suatu suakn rakyat dimainkan beberapa individu yang berbilang kaum,
secara tidak langsung dapat meningkatkan perpaduan antara kaum.
Disamping itu, masyarakat juga boleh membuat rakan baru apabila
bermain sukan ini. Hal ini kerana kebanyakkan sukan rakyat
memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Jadi, kita bolehlah berkenalan
dengan rakan-rakan baru dan meperluas hubungan kita sesama jiran
tetangga di suatu kawasan perumahan malah kita juga boleh berkenalan
di pusat perlancongan juga.

Kesimpulannya, sukan rakyat perlu diteruskan agar adat dan


budaya orang melayu tidak akan rapuh. Saya berharap agar kerajaan
dan Menteri Kebudayaan dan Kesenian dapat melihat pekara ini dengan
lebih serius. Agensi-agensi yang menghasilkan animasi juga boleh
mempromosikan sukan rakyat didalam animasi-animasi seperti Ejen Ali
dan Boboiboy.

Bahagian B (soalan 1)
Dalam mendepani era pemodenan dan globalisasi kini, sukan
rakyat merupakan sukan yang hampir dilupakan oleh rakyat Malaysia.
Hal ini kerana rakyat Malaysia lebih mementingkan pembangunan dan
kemajuan negara sehingga tidak sedar akan kepentingan sukan rakyat
kepada negara. Kerajaan lebih menekankan penggunaan teknologi
dalam kehidupan seharian di samping berlumba-lumba untuk
membangunkan bangunan pencakar langit. Hal ini jelas tidak menyalahi
sebarang undang-undang negara tetapi kita seakan-akan lupa akan
sukan rakyat. Bak kata pepatah melayu ‘ bagai kacang melupakan kulit’.
Tanpa kita sedari, terdapat seribu satu manfaat mempopularkan sukan
rakyat ini.

Antara manfaat mempopularkan sukan rakyat ialah sukan ini


mampu menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Dewasa ini, kebanyakan generasi muda lebih gemar bermain permainan
video menggunakan gajet yang dihadiahkan oleh ibu bapa mereka.
Hampir 70% generasi muda pada ketika ini tidak mengenali cara
permainan sukan rakyat. Apabila sesuatu industri pelancongan seperti
pengusaha hotel atau rumah inap desa mempopularkan sukan ini, ibu
bapa di seluruh negara pasti akan membawa anak mereka untuk cuba
mempelajari sukan rakyat ini seperti congkak, galah panjang dan
sebagainya. Hal ini keranan sukan rakyat merupakan suatu keunikan di
negara Malaysia yang tidak dapat di negara lain. Bak kata pepatah ‘
huan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri’. Jelaslah di sini bahawa permainan rakyat dapat menarik
pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Selain itu, pendapatan rakyat juga dapat ditingkatkan dengan


memperkenalkan sukan rakyat kepada orang ramai. Hal ini kerana hasil
kraf tangan mereka dapat dijual kepada pelancong yang datang ke
negara kita. Sebagai contoh, pengusaha pembuatan gasing dan
congkak akan mendapat hasil yang lumayan apabila terdapat ramai
pelancong yang tertarik untuk membeli permainan tersebut. Oleh hal
yang demikian, golongan pertengahan di negara kita kan menjadi
semakin maju. Kedatanagan pelancong yang membeli permainan sukan
rakyat ini sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha lain seperti
pengusaha makanan, penginaan dan sebagainya kerana pelancong
akan lalu di gerai mereka dan dapat mencuci mata melihat jualan
pengusaha lain di samping membeli permainan sukan rakyat. Hal ini
sama seperti ‘ sambil menyelam minum air’ kerana dapat membantu
orang lain sambil memajukan perusahaan sendiri.

Bukan itu sahaja, sukan rakyat dapat merapatkan hubungan


sesama manusia. Anak-anak muda pada masa kini kerap bermain
dengan gajet mereka tanpa bersosial dengan orang sekeliling ‘ bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Hal ini boleh
mendatangkan impak yang negatif kepada anak-anak muda seperti
masalah gejala sosial dan masalah kemahiran asas dalam kehiduan
seperti kemahiran berkomunikasi. Dengan mempopularkan sukan
rakyat, anak-anak muda khususnya remaja dapat bergaul dengan orang
sekeliling. Sebagai contoh permainan galah panjang yang memerlukan
bilangan pemain yang ramai dapat mengeratkan hubungan sesama
remaja di samping memupuk perpaduan antara kaum. Hal ini kerana
sukan rakyat boleh dimainkan oleh semua kaum dan permuafakatan
akan terjalin. Bak kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’.

Akhir kata, sudah terang lagi bersuluh sukan rakyat memberikan


banyak faedah kepada rakyat Malaysia. Semua pihak seharusnya
mengambil prakarsa untuk mempopularkan sukan ini. Ibu bapa pihak
sekolah, pihak kerajaan mahupun individu itu sendiri seharusnya
berusaha memperkenalkan sukan rakyat ini di mata dunia. Hal ini
kerana sukan rakyat merupakan salah satu identiti rakyat Malaysia yang
mempamerkan perpaduan dan kerjasama antara kau ‘bagai aur dengan
tebing’. Oleh hal yang demikian, ramai penduduk daripada negara luar
tertarik dengan keunikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, sukan
rakyat dapat meningkatkan imej negara di mata dunia sambil
meningkatkan imej negara. Kesimpulannya, usaha mempopularkan
sukan rakyat terletak pada tangan sendiri kerana setiap individu
bertanggungjawab ke atas negara.

Soalan 2: Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu murid-


murid mendapat keputusan yang cemerlang.
Pada era modenasasi ini, murid-murid memainkan peranan yang
amat penting dalam kemajuan negara. Mereka merupakan harapan
masa depan yang boleh memajukan negara ke peringkat yang
seterusnya. Tetapi, mana yang menjadi panduan kepada generasi muda
yang ingin memajukan negara kita? Pendidikan adalah merupakan
aspek dominan yang boleh membentuk generasi muda yang
berpengetahuan tinggi. Oleh itu, sistem pendidikan haruslah menjadi
lebih efektif dan juga berperingkat tinggi. Tetapi, ramai pelajar bersusah
untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Terdapat beberapa usaha
yang boleh dilakukan untuk membantu murid-murid yang menghadai
masalah tersebut.

Antaranya ialah murid-murid perlulah sentiasa berfikir positif. Ini


kerana kesihagan mental dan emosi menjadikan amat penting dalam
kehidupan kita. Apabila kesihatan mental stabil dan emosi kawalan,
murid-murid boleh mampu mengambil segala tindakan dengan wajar.
Contohnya, apabila emosi pelajar terkawal semasa waktu ujian, dia
boleh berfikir dengan tenang. Berfikiran yang tenang dapat membawa
jawapan yang betul. Ini boleh membawa keyakinan diri dalam setiap
pelajar. Oleh itu, setiap murid perlu memperkayakan diri bahawa boleh
mendapat keputusan yang cemerlang. Berfikiran positif ini akan
membantu pelajar pada semua situasi, bukan hanya untuk keputusan
yang cemerlang.

Selain itu, murid-murid perlulah rajin dan berani dalam


menghadapi cabaran tentang pendidikan. Hal ini demikian kerana murid-
murid perlu menjadi ulat buku untuk mendapat ilmu yang berlebihan.
Apabila murid-murid rajin menggunakan bahan bacaan untuk
memperoleh ilmu, dia tidak perlu bersusah payah dalam ujian. Bukan itu,
sahaja murid-murid patut melibatkan diri dalm program-program
akademik di sekolah masing-masing. Program akademik ini
membolekan murid-murid untuk mengenal pasti kelemahan mereka dan
cara untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Oleh itu, pelajar haruslah
rajin melibatkan diri dalam program ataupun kempen berkaitan
akademik. Ingatlah “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Seterusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting
dalam perbincangan ini. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dengan
anaknya sekurang-kurangnya sejam setiap hari. Ini dapat membolehkan
anak-anak mereka untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapanya.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk
menjamu selera lalu berbincang dengan mereka tentang keadaan emosi
mereka. Ini juga boleh memudahkan ibu bapa untuk mengetahui
kelemahan anak-anak dalam pelajaran, dengan ini, ibu bapa boleh
memberikan motivasi agar anak-anak mendapat semangat untuk
mendapat keputusan yang cemerlang. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjuk
kasih sayang kepada anak-anak mereka seperti menatang minyak
dengan penuh.

Akhir sekali, pihak sekolah juga menganjurkan kem-kem motivasi


kepada murid-murid agar mendapat semangat untuk belajar. Contohnya,
pihak sekolah boleh menjemput seorang penceramah untuk
menyampaikan ceramah yang bersemangat kepada para pelajar. Ini
juga dapat membangkitkan kerajinan dalam setiap murid. Pihak sekolah
juga boleh mengadakan sesi kaunseling dua kali setahun.

Kesimpulannya, keyakinan dan kerajinan amat penting kepada


setiap murid untuk berjaya dalam kehidupannya. Oleh itu, murid-murid
juga perlulah belajar bersungguh untuk mencapai cita-cita masing-
masing. Pihak-pihak lain seperti ibu bapa dan pihak sekolah perlu
berganding bahu untuk membantu golongan muda yang intelektual
untuk menghadapi cabaran dalam kehidupannya. Kita perlu bersatu
padu untuk membantu murid-murid berjaya dalam akademik yang
membolehkan negara kita lebih maju. Bak kata pepatah ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”.
Bahagian B

Dewasa ini, pendidikan merupakan aspek yang perlu diambil berat


dalam masyarakat. Kini, dapat kita perhatikan ramai murid-murid yang
berintelektual tinggi mendapat perhatian dalam masyarakat serta
pengamaml media. Namun, tidak kurang ramainya murid-murid yang
berpotensi untuk cemerlang dalam pendidikan namun akhirnya dilihat
memakan diri dek kerana selalu berasa tidak yakin dan terlalu merendah
diri. Mengapa perkara ini berlaku? Sedangkan mereka boleh menyinar
dalam pembelajaran serta menggapai lebih banyak pencapaian yang
luar biasa jika sikap tersebut boleh diubah. Justeru, terdapat banyak
usaha yang boleh dilakukan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah tersebut.

Pertama, ibu bapa perlulah selalu memberi dorongan dan nasihat


yang membina kepada anak-anak agar sentiasa merasakan diri mereka
ialah manusia yang terhebat. Ibu bapa boleh memberika peluang
kepada anak-anakuntuk membina keyakinan diri dengan mengajak
mereka mengemas rumah, memasak di dapur dan memngajak mereka
membaiki paip air. Usaha ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Perkara-perkara tersebut sekaligus dapat memberikan nilai tambah
kepada pembentukan jati diri anak-anak untuk menjadi murid yang
proaktif. Maka, terbuktilah bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan
untuk memberikan kata-kata positif serta mengisi masa lapang mereka
yang boleh menaikkan jiwa dan semangat mereka untuk terus belajar.

Selain itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) mesti


mengadakan program berunsurkan kepimpinan dan berunsurkan gerak
kerja berpasukan untuk membina karakteristik murid. Pderwatakan
murid yang kreatif dapat mengurangkan rasa rendah diri melampau
yang berada dalam nurani murid yang dapat membantu mereka untuk
meningkatkan keyakinan diri dalam pelajaran. Program yang lazim
dilakukan oleh pihak UBK sekolah seperti Program Motivasi Pelajar,
Program Pembinaan Pasukan dan seangkatan dengannya mampu
mengubah perspektif pelajar yang lemah dalam aspek keyakinan diri
mmenjadi lebih yakin. Lantas, benarlah bahawa usaha yang dilakukan
pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan melaksanakan
program pemantapan sahsiah murid dilihat cara yang bernas ke arah
melahirkan pelajar berintelektual dan berkeyakinan diri.

Di samping itu, rakan-rakan murid yang memeroleh


keputusan yang cemerlang di dalam kelas mereka juga boleh menjadi
watak penting untuk membantu golongan potensi cemerlang untuk
berjaya sama seperti mereka. Perkara ini dilihat satu pendekatan yang
baik untuk membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar yang berada
dalam kelas cemerlang, kerana murid-murid lebih memahami hati dan
perasaan antara satu sama lain, bak kata pepatah bagai isi dengan
kuku. Murid cemerlang boleh membantu rakan mereka yang kurang
cemerlang dengan cara mengajak mereka belajar secara berkumpulan,
mengadakan sesi guru muda dimana murid cemerlang akan menjadi sifu
dan bergaul bersama-sama. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan jurang
yang jauh antara golongan cemerlang dengan golongan yang kurang
cemerlang dalam kelas tersebut. Maka jelaslah, murid cemerlang juga
boleh memainkan peranan yang efektif dalam usaha untuk membantu
murid yang kurang cemerlang untuk lebih yakin dengan kelebihan diri
snediri.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah pepatah yang boleh


disimpulkan dengan realiti pada hari ini, melihat kepada banyaknya
usaha yang boleh diambil daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan
keyakinan murid-murid yang kurang cemerlang untuk lebih menyerlah
dalam akademik. Semua ihak perlu mengambil pendekatan yang terbaik
untuk tingkatkan keyakinan golongan ini. Jika semua pihak tidak
sederap, dibimbangi watak kurang yakin dalam kalangan murid akan
terus menjadi barah dalam pendidikan negara. Diharapkan golongan
kurang cemerlang ini akan terus maju seiring dengan arus pemodenan
pendidikan yang semakin ke hadapan.
Bahagian B
Soalan 3

Sudah lebih enam dekad kita mencapai kemerdekaan dan


pelbagai kejayaan telah dilalui oleh negara kita baik dari segi ekonomi,
politik dan sosial. Lantaran itu tidak hairanlah isu aktiviti memusnahkan
harta benda awam atau vandalisme sering mendapat perhatian di media
elektronik dan media cetak di negara kita. Oleh itu, obligasi semua pihak
amatlah diperlukan untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini
sebelum nasi menjadi bubur. Sebagai contohnya, ketajaan boleh
mengadakan kempen tentang keburukan vandalisme dan
penguatkuasaan undang-undang. Mari kita bincang, apakah faktor-
faktor berlakunya aktiviti tersebut? Jawapannya akan saya kupas hingga
ke akar umbi pada perenggan seterusnya.

Pada pendapat saya, faktor utama berlakunya aktiviti vandalisme


ialah seseoran gpelaku yang kurang didikan agama dan moral. Saya
berpendapat demikian keranan didikan agama dan moral merupakan
benteng dan pertahanan bagi seseorang untuk untuk melakukan
kejahatan dan kegiatan jenayah. Oleh itu, didikan agam dan moral sejak
kecil sangat penting untuk seseorang individu daripada melakukan
kegiatan vandalisme. Sebaliknya, jika seseorang itu tiada didikan agama
dan moral nescaya dia akan melakukan apa sahaja yang dia mahu
mengikut hawa nafsunya seperti binatang buas. Sebagai contohnya,
individu tersebut akan merosakkan harta benda awam tanpa berasa
takut dan malu malah dia akan berasa bangga melakukan vandalisme.
Tambahan lagi, seseorang yang tidak berpendidikan agama dan moral
tidak mengetahui betapa besarnya dosa melakukan vandalsime kerana
merosakkan harta benda awam yang boelh digunakan semua orang.
Jelaslah bahawa kurangnya didiakn agama dan moral merupakan faktor
utama berlakunya aktiviti vandalisme.

Tidak dilupakan juga sikap masayarakat yang mementingkan diri


sendiri dan tidak prihatin dengan keadaan sekeliling merupakan salah
satu faktor berlakunya kegiatan vandalisme. Hal ini disebabkan demikian
kerana pada masa kini kurangnya masyarakat atau individu yang
menegur dan melarang seseorang yang melakukan jenayah vandalisme
walaupun didepan mata mereka seperti menutup sebelah mata. Oleh itu,
masyarakat yang mengambil cakna perkara tersebut akan melarangnya
untuk meneruskan seseorang melakukan kegiatan ini kerana dia
mengetahui keburukan vandalisme kepada semua orang. Tambahan
lagi, jika seseorang itu tidak ditegur akan kesilapannya, dia akan
meneruskan aktiviti vandalisme dan akan dicontohi oleh masyarakat
serta remaja yang ingin mencuba. Ini kerana , mereka belum ,mendapat
balasan daripada perbuatan yang mereka lakukan ke diri sendiri bagai
meludah ke langit. Natijahnya, punca berlaku kegiatan vandalisme
kerana sikap masyarakat yang tidak terhadap sekeliling.

Kesimpulannya, kegiatan vandalisme dan merosakkan harta


benda awam memberi kesan yang sangat buruk kepada kita. Saya
berharap agar semua lapisan masyarakat mengambil cakna dan berat
terhadap isu ini agar tidak berleluasa kerana golongan muda merupakan
pelapis negara. Saya bercadang agar peranan semua pihak bagi
mengatasi masalah ini sebelum menular ke ahli keluarga sendiri dan
menjamin masa depan negara yang lebih harmoni dan maju tanpa ada
kegiatan vandalisme. Akhir kata, dunia tanpa vandalisme akan
menjadiakn kehidupan kita lebih tenang kerana kegunaan awam dapat
digunakan dengan selesa.
Bahagian B: Soalan 3

Pada era globalisasi ini, isu vandalisme dan aktiviti memusnahkan


harta benda awam yang sentiasa meningkat membimbangkan semua
orang. Mengapakah seseorang itu melakukan aktiviti vandalisme dan
memusnahkan harta benda awam? Berdasarkan kajian, terdapat
beberapa faktor berlakunya aktiviti tersebut.

Antaranya ialah kurang didikan agama dan moral. Terdapat


segelintir anak-anak yang tidak diajar dan didedahkan dengan didikan
agama dan moral oleh ibu bapa. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak
memberi teguran yang sepatutnya. Sebagai contoh, ibu bapa tidak
menegur dan mempedulikan anak-anak semasa mereka melakukan
aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh kerana sentiasa membiarkan anak-anak
mereka melakukan hal tersebut, aktiviti ini telah menjadi satu sikap dan
tabiat yang suka diubah. Jadi, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan
dan sentiasa mengawasi anak-anak serta mengajar perkara yang patut
dan tidak patut dilakukan sejak kecil lagi supaya tidak menjadi satu
tabiat buruk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, pengaruh rakan juga menjadi antara faktor yang


mengundang berlakunya aktiviti tersebut. Terdapat segelintir remaja
yangterpengaruh dengan perbuatan rakan mereka yang merosakkan
harta benda awam. Contoh terdekat yang dapat diberikan ialah remaja
yang merosakkan harta benda sekolah dan melakukan aktiviti
vandalisme di dinding, meja dan kerusi sekolah. Hal tersebut bukan
sahaja merugikan pihak sekolah, malah menjatuhkan imej pihak
sekolah. Oleh hal yang demikian, kita patut mengelakkan diri daripada
terjebbak dengan aktiviti sebegini. Seperti yang dikatakn oleh orang tua-
tua, kita haruslah sentiasa bijak memilih kawan supaya tidak dipengaruh
untuk melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.

Seterusnya, sikap masayarakat yang tidak prihatin dan


mementingkan diri sendiri. Masyarakat sepatutnya menjadi contoh dan
suri teladan kepada generasi muda. Masayrakat juga memainkan
peranan penting dalam melahirkan individu yang bertanggungjawab dan
baik. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang membiarkan,
memgabaikan serta tidak mengambil tahu tentang isu ini. Bagaimanakah
caranya untuk mengurangkan masalah ini sekiranya masyarakat
mengabaikan dan tidak mengambil berat?

Oleh itu, masyarakat harus mengurangkan sikap mementingkan


diri serta tidak prihatin. Dengan ini, masalah vandalisme dan
pemusnahan harta benda dapat dikurangkan. Contohnya, kita harus
menegur sekiranya seseorang itu merosakkan harta benda atau
melakukan vandalisme. Jelaslah bahawa masyarakat memainkan
peranan yang penting untuk menyelesaikan masalah ini.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan


cara yang betul manakala rakan pula harus bijak dipilih oleh seseorang
itu supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak denga aktiviti
vandalisme dan pemusnahan harta benda awam.

(361 patah perkataan)


Soalan 3

Dasawarsa ini, remaja sering memusnahkan harta benda awam


dan vandalisme disebabkan oleh pelaku yang kurang didikanagama dan
moral. Hal ini dikatan kerana peranan atau cara didikan oleh ibu bapa
dan pihak sekolah. Persoalannya, apakah faktor-faktor berlakunya
aktiviti tersebut?

Faktor-faktor yang berlaku disebabkan oleh cara didikan pihak


sekolah. Pihak sekolah hendaklah menguatkan pefraturan-peraturan di
sekoalh. Contohnya meningkat kesalahan masalah ini seperti digantung
sekolah atau bertindak kekerasan fizikal. Kesannya remaja akan lebih
takut untuk membuat perkara ini. Selain itu, pihak sekolah haruslah
membuat rondaan atau mengawasi remaja ini supaya mereka tidak lagi
membuat masalah ini. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab
terhadap mereka supaya mereka tidak lagi membuat masalah. Oleh itu,
pihak sekolah bertanggungjawab terhadap mereka supaya remaja ini
mejadi insan yang berguna.

Seterusnya, cara didikan ibu bapa yang tidak menekankan hal ini.
Hal ini kerana ibu bapa hendaklah menegur anak-anaknya supaya tidak
berlaku perkara ini. Impaknya, aktiviti memusnahkan harta benda awam
atau vandalisme dapat dielakkan. Ibu bapa hendaklah memberikan
teladan atau mengajar perkara-perkara yang positif pepatah orang tua
pernah mengukapkan bapa borek, anak rintik.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin akan


perkara yang berlaku di sekeliling mereka juga mengundang berlakunya
aktiviti tersebut kerana remaja ialah harapan negara untuk menjadi
negara yang maju. Masyarakat perlu tahu tentang remaja kini sering
terpengaruh dengan perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan yang
tidak berwibawa. Tegasnya, masyarakat hendaklah menegur dengan
penuh kasih sayang kerana remaja kini kurang kasih sayang dan dapat
mengubah perangai mereka.
Peranan kerajaan pula melakukan Kempen “ Sayang Harta
Benda Awam” dalamn media massa atau program di sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja kini mempunyai gadjet yang canggih
dan dapat mengelakkan perkara ini berlaku. Denagn cara ini remaja
dapat kesedaran untuk tidak membuat perkara sedemikian.

Remaja perlulah berfikir keburukkan merosakkan harta benda


awam ini. Sebagai contoh, memusnahkan harta benda awam tiada
faedahnya atau manfaat. Selain itu, remaja hendaklah memilih rakan-
rakan yang dapat membimbing kita ke arah kemajuan. Remaja
hendaklah sedar atau berfikir tentang perbuatan ini yang dapat
merosakkan generasi-generasi muda. Kemusnahan harta awam dapat
memberi impak yang negatif kerana harta benda awam sangat penting
untuk digunakan oleh orang lain.

Kesimpulannya, peranan masyarakat penting keada remaja


kerana remaja ini ialah generasi muda untuk menjadikan negara lebih
maju. Akhir kata bagi saya, marilah kita bekerjasama bagai aur dengan
tebing membimbing remaja untuk menjadi insan yang mulia dan
bertakwa.
Bahagian B

Dunia telah digemparkan dengan berita bencana alam tanah


runtuh yang melanda Turkiye baru-baru ini. Tamnah runtuh ini telah
mengorbankan lebih dari seribu penduduk Turkiye termasuklah kanak-
kanak, warga emas, haiwan peliharaan yang merangkumi semua benda
hidup. Bencana ini juga telah memusnahkan aset-aset dan juga
infrastruktur masyarakat di negara tersebut. Persoalannya, apakah cara
atau bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh negara-negara lain
keada negara Turkiye ini?

Antara bentuk bantuan yang telah diberikan oleh negara kita ialah
bantuan dari aspek kepakaran. Malaysia telah menghantar pasukan
penyelamat bagi membantu dalam misi mencari dan menyelamat
mangsa tanah runtuh di Turkiye. Denagn cara ini, mangsa-mangsa
dapat diselamatkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Menerusi platform media massa seperti Tiktok, kita dapati proses
mencari dan menyelamat ini telah mengambil masa yang lebih singkat
atas pertolongan semua pihak yang telah menghantar pasukan
profesional dari seantero dunia. Orang tua-tua pernah berpesan ‘jika kit
atolong orang, nescaya orang akan tolong kita semula’. Izhamnya,
hubungan rapat antara negara-negara yang terlibat akan lebih akrab
selepas ini.

Pada peringkat kebangsaan pula, terdapat banyak tabung dana


bencana alam yang ditubuhkan bagi membantu kewangan komuniti di
Turkiye yang terkesan akibat tanah runtuh tersebut. Tabung-tabung
tersebut telah diwujudkan secara fizikal mahupun secara perbankan
Internet. Sebagai pengguna akaun Twitter saya dapati banyak
masyarakat yang menyuambang dalam bentuk wang, pakaian, makanan
mahupun barang keperluan untuk mangsa-mangsa di Turkiye.
Masyarakat kini tidak lagi mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, pihak sekolah juga telah
menggalakkan murid-murid menyumbang sedikit wang pada setiap hari
Khamis semasa bacaan Yassin berlangsung kerana bak kata pepatah,
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Pada masa yang sama, sebagai umat Islam bagi menghormati
mangsa-mangsa yang terkorban, di masjid-masjid telah diadakan solat
jenazah ghaib perdana di setiap negeri. Dengan cara ini, imej umat
Islam juga boleh dipertingkatkan selain daripada mengeratkan hubungan
antara negara-negara Islam yang lain. Hal ini kerana ada masa genting
ini kita seharusnya berdoa dan memohon keajaiban supaya mangsa-
mangsa bencana ini dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun
sedang menghadapi ujian yang besar. Tuntasnya, kita haruslah
meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dan beribadah memohon
keselamatan kepada mereka yang terlibat dengan tanah runtuh
tersebut.

Bagi menutup bicara ilmiah ini, semua negara haruslah


berganding bahu dalam usaha membantu negara-negara yang ditimpa
bencana alam tersebut. Hal ini lantaran kerana imej negara dan nama
baik negara dapat ditingkatka. Justeru, pelabur juga akan melabur di
negara kita kerana sikap masyarakat negara kita yang mjurah hati.
Kesimpulannya, ekonomi negara meningkat dan negara dapat memberi
lebih banyak bantuan kepada negara-negara yang ditimpa musibah
tidak kira bencana alam ataupun tidak.
Bahagian B

Dunia yang kian tenat ini telah menyebabkan pelbagai tragedi di luar
kawalan manusia berlaku. Antaranya ialah tanah runtuh, banjir dan
taufan yang kerap berlaku di pelusuk dunia. Oleh itu, negara-negara
yang tidak terkena bencana alam boleh memberikan bantuan kepada
mangsa-mangsa yang terlibat dengan pelbagai bentuk.

Antaranya ialah bantuan dalam bentuk wang. Setiap negara yang


tidak terlibat sewajarnya menyeru rakyatnya memberikan sumbangan
semampu mereka. Wang yang dikutip akan dikumpul untuk diserahkan
kepada negara yang dilanda bencana. Impaknya, kebajikan mangsa
bencana alam akan terjamin serta tidak hidup dalam keadaan darurat.
Contohnya mangsa mampu menyara keluarga dan diri sendiri untuk
terus tabah dalam mamnghadapi ujian ini.

Seterusnya adalah bantuan dalam bentuk tempat penginapan.


Negara yang mempunyai kawasan tempat tinggal yang besar dan
strategi serta bersesuaian untuk mangsa bencana, boleh membuka
peluang mangsa untuk menginap di situ. Tempat tinggal yang selesa lagi
selamat dapat mengurangkan perasaan sedih dan takut mangsa yang
berkemungkinan trauma akan bencana yang mereka hadapi. Bak kata
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Selain itu, negara yang kaya akan makanan serta minuman turut
boleh memberikan bantuan. Hal ini kerana makanan merupakan aspek
penting untuk meneruskan kehidupan, tanpa makanan seseorang
individu itu akan mati kelaparan. Oleh itu, makanan dan minuman
diberikan secara berperingkat bertujuan untuk memberikan kekuatan
kepada mangsa untuk terus menjalani kehidupan dalam keadaan yang
masih bertenaga.

Bantuan seterusnya ialah pakaian. Hal ini sedemikian dapat


memberi keselesaan kepada mangsa. Apabila bencana lam berlaku,
segala barang keperluan mangsa akan rosak dan hialng terutamanya
pakaian. Sekiranya banjir, pakaian mangsa akan hilang dibawa arus air
yang deras yang menyebabkan pakainnya berada di lokasi yang tidak
ketahuinya. Bantuan pakaian sangat memberi manfaat bersama.

Akhir sekali, negara yang mempunyai pertahanan yang mantap


boleh menghulurkan bantuan tentera atau pasukan sukarelawan untuk
turun padang. Apabila bencana alam sudah berakhir, pasukan
sukarelawan boleh bekerjasama untuk membersihkan kawasan yang
terlibat bersama mangsa. Pihak tentera pula akan memantau kawasan
dan menjaga keselamatan komuniti yang berada disitu. Situasi ini dapat
menjalinkan hubungan baik sesama negara serta melahirkan perasaan
kasih sayang antara negara.

Konklusi yang dapat diambil ialah negara lain perlulah membantu


negara yang ditimpa bencana alam agar dapat melahirkan kesepakatan
antara negara pada peringkat dunia kerana “bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh”.
(369 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai