Anda di halaman 1dari 8

NAMA KURSUS:

MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN (PPDK2333)

SEMESTER/SESI:
SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN:
PERSONALITI MOTIVATOR DAKWAH

NAMA PENSYARAH:
DR ABU DARDAA BIN MOHAMAD

NAMA PELAJAR:
NUR FARRA NISHA BINTI MOHD FAUZI (A187307)
PENGENALAN
Seorang motivator memerlukan kepada persembahan personaliti yang baik agar dapat
menarik perhatian pendengar untuk menerima setiap apa yang disampaikan. Hal ini kerana,
personaliti turut merupakan antara elemen penting dalam memastikan keberkesanan dakwah
kepada mad’u. Personaliti meliputi cara seseorang menampilkan dirinya yang unik dari segi
berfikir, bertindak serta menjadikannya seseorang yang mempunyai karakteristik istimewa
berbanding dengan yang lain dan berpotensi untuk memajukan dirinya (Ma’rof Redzuan,
Haslinda Abdullah, 2004). Dalam pada itu, untuk mengenali personaliti seseorang juga, dapat
dikenalpasti melalui pelbagai bentuk percakapan, bertindak dalam melakukan sesuatu perkara,
tingkah laku dan penampilan gaya kerja. Selain itu, motivator dapat diertikan sebagai seseorang
yang berpotensi dan berkebolehan dalam menyampaikan motivasi kepada orang lain dimana
cara penyampaian tersebut dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian dan
menarik seperti melalui latihan, kaunseling dan sebagainya. Personaliti motivator dakwah
mempunyai ciri personaliti yang berbeza dengan motivator Barat kerana lebih menekankan
unsur Islam padanya dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan bagi memainkan
peranan tersebut. Personaliti juga dikatakan dapat mempengaruhi keberkesanan penyampaian
motivator untuk memberikan motivasi kepada orang lain. Oleh itu, para motivator dakwah
perlu mempersembahkan personaliti yang menarik dan menepati ciri-ciri tertentu sebagaimana
yang telah digariskan oleh agama di samping meningkatkan potensi untuk menarik minat
golongan sasaran bagi mencapai motif utama dalam memberikan motivasi.
DEFINISI PESONALITI MOTIVATOR DAKWAH

Personaliti berperanan sebagai watak yang penting dalam diri seorang bagi
menggambarkan tentang penampilan seseorang daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana,
individu yang memiliki personaliti yang menarik dapat mempengaruhi seseorang yang lain
untuk mendekatinya di samping juga dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan
perkara-perkara yang positif. Personaliti secara umumnya dapat difahami sebagai satu identiti
yang memerihalkan tentang diri seseorang individu manakala secara khususnya personaliti ini
ialah beberapa sifat khusus yang ditampilkan daripada sudut fizikal, emosi mahupun kognitif
yang membezakan antara dirinya dengan orang lain (Nazar Mohammad, 2001). Tambahan lagi,
definisi personaliti juga dikatakan satu bentuk kemahiran sosial yang dinilai daripada sudut
kepakaran seseorang dalam menggunakan kelebihan yang terdapat pada dirinya agar menjadi
daya tarikan kepada orang lain untuk mendapatkan tindakbalas yang positif dalam pelbagai
situasi (Mohd Salleh Leber, 1994). Penjelasan lain bagi memahami dengan lebih mendalam
mengenai definisi personaliti ialah ianya menjelaskan bahawa personaliti sebagai satu keadaan
jiwa yang tidak memerlukan kepada pemikiran dan penelitian dimana setiap jiwa yang dihiasi
dengan amal yang baik dan terpuji berdasarkan garis panduan agama akan terlahir personaliti
yang baik (al-Ghazali, 2000). Dari sudut perspektif Islam pula, personaliti digambarkan
sebagai akhlak mahupun sahsiah.

Motivasi merupakan satu bentuk dorongan yang menggalakkan seseorang untuk melakukan
sesuatu atau mencapai sesuatu keinginan. Motivator merupakan sebagai seseorang yang
berpotensi dan berkebolehan dalam menyampaikan motivasi kepada orang lain dimana cara
penyampaian tersebut dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian dan
menarik seperti melalui latihan, kaunseling dan sebagainya.

Selain itu, dalam mendefinisikan maksud dakwah pula, dapat difahami dakwah ialah
sebagai satu usaha atau tindakan mengajak, memujuk, memandu dan memberikan penjelasan
kepada manusia yang lain tentang agama Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia dan sebagai agama yang benar. Dalam pada itu, pelaksanaan dakwah juga dikatakan
tidak hanya memfokuskan kepada golongan tertentu sahaja, malah menjadi keperluan kepada
semua manusia agar mereka berada di jalan yang benar dan diredhai oleh Allah. Penggunaan
metod untuk menyampaikan dakwah perlu disesuaikan mengikut golongan sasaran kerana
setiap folongan yang berbeza akan memerlukan kepada metod yang berbeza dan perlu perlu
berpegang kepada asas uta,a iaitu al-quran dan al-sunnah (Ghalush, 1978).
PERSONALITI MOTIVATOR DAKWAH

Dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat luar, teknik yang dilaksanakan perlu
bersesuaian agar keberkesanan penyampaian dapat tercapai. Seorang pendakwah juga
berperanan sebagai motivator dalam memberikan dorongan dan galakan kepada orang lain
untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran di samping menjadi contoh teladan
yang baik agar dapat dicontohi. Oleh hal yang demikian, personaliti seorang motivator dalam
menyampaikan dakwah memainkan peranan yang penting agar golongan mad’u dapat
mencontohi personaliti baik yang ditonjolkan ketika menyampaikan dakwah. Hal ini kerana,
mereka lebih mudah untuk menerima tentang sesuatu penyampaian tersebut apabila personaliti
yang menarik dan dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa yang menerima.
Rasulullah SAW digelar sebagai seorang pemimpin dan pendakwah disamping turut dikenali
sebagai motivator yang hebat. Hal ini dapat kita lihat bahawa baginda telah membawa banyak
perubahan dalam kehidupan ramai manusia kepada satu keadaan yang lebih baik dari
sebelumnya. Oleh hal yang demikian, ini membuktikan kepada kita tentang kehebatan seorang
motivator dalam menyampaikan seseuatu kepada seseorang sehingga dapat memberikan impak
yang positif dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Melihat kepada salah satu personaliti yang perlu dicontohi oleh seorang motivator
daripada apa yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW ialah antaranya menanamkan sifat ikhlas
dalam diri. Hal ini kerana, keikhlasan akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Tambahan lagi, seseorang yang bergelar motivator perlu menekankan sifat ikhlas yag tinggi
dalam jiwanya agar dapat terus melangkah memberikan dorongan kepada orang lain untuk
melaksanakan kebaikan. Dalam pada itu, nilai keikhlasan akan menjadikan seseorang
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan mengharapkan dapat memberikan
kebaikan serta mengubah seseorang ke arah yang lebih baik tanpa mengharapkan balasan
duniawi di samping mendorong untuk istiqamah dan konsisten untuk melakukan amalan soleh.
Oleh itu, dalam konteks seseorang yang bergelar motivator dakwah perlunya kepada nilai
istiqamah ini agar dapat dicontohi oleh orang lain.

Seterusnya, dapat kita lihat juga tentang keperluan seorang motivator dakwah
memerlukan kepada personaliti seperti seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi terutamanya mengenai hal ehwal agama Islam . Hal ini kerana, kepentingan untuk
memiliki ilmu amat penting terutama sebagai seorang motivator atau pendakwah dalam
memberikan motivasi mahupun galakan kepada golongan sasaran agar dapat mencapai
matlamat yang diinginkan berlandaskan kepada ilmu yang benar dan dapat dijadikan panduan.
Dalam pada itu juga, seorang motivator dakwah perlu menyampaikan motivasi berlandaskan
kepada dua sumber utama yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah
dan juga berpandukan kepada sirah al-salaf al solih dan merujuk kepada pandangan fuqaha
dalam menentukan kepastian tentang sesuatu perkara. Hal ini secara tidak langsung dapat
memberikan keyakinan kepada orang lain untuk meyakini apa yang disampaikan oleh seorang
motivator. Oleh hal yang demikian akan menjadikan mereka menjadi lebih termotivasi

Selain itu, personaliti seorang motivator dakwah juga perlu kepada gaya atau penampilan
yang bersesuaian dan menepati syariat Islam. Hal ini kerana, penampilan seorang motivator
melambangkan personaliti dan kredibilitinya dalam mewujudkan persepsi yang positif
mahupun negatif dalam kalangan . Oleh hal yang demikian, perlunya motivator dakwah untuk
menampilkan sebuah imej diri yang selari dengan kesesuaian yang diajarkan oleh Islam bagi
membezakan antara seorang motivator yang mempunyai penampilan seperti Barat dan Islam.
Sebagaimana yang dapat kita lihat, etika pemakaian yang memenuhi tuntutan syariat ialah
pakaian yang dapat menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai pakaian yang boleh
menimbulkan keraguan tentang keislamannya seperti pakaian yang mempunyai lambang
agama lain mahupun pakaian yang keterlaluan melebihi batas yang ditetapkan oleh syarak.
Oleh itu, aspek penampilan seharusnya menjadi simbolik bagi menggambarkan sebagai
seorang motivator dakwah yang mementingkan imej Islam dalam semua keadaan yang
memerlukannya untuk berhadapan dengan orang ramai dan juga untuk memberikan motivasi.

Di samping itu, elemen personaliti yang perlu wujud dalam diri seorang motivator dakwah
juga ialah menjadi contoh teladan yang baik daripada pelbagai aspek seperti akhlak yang mulia,
melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, melakukan amal soleh dan sebagainya. Perkara
ini juga dilihat sebagai salah satu potensi bagi memperoleh kepercayaan dalam golongan
sasaran apabila mereka dapat melihat atau memperhatikan sikap yang baik dalam diri
seseorang motivator dalam menyampaikan motivasi kepada mereka. Contoh teladan yang baik
dapat mendorong seseorang menanamkan keinginan atau keazaman untuk mencontohi
sedemikian seterusnya membawa kepada sifat mahmudah yang dapat mencegah daripada sikap
yang buruk. Hal ini dapat kita lihat Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik melalui
surah al-Ahzab ayat 21:

‫اّللَ َكثي ْ ًْيا‬ ‫ل َق ْد َكا َن لَ ُكم يِف رسويل هاّللي اُسوةٌ حسنَةٌ لٰيمن َكا َن ي رجوا هاّلل والْي وم ْ ه ي‬.
ٰ‫اْلخَر َوذَ َكَر ه‬ َ ْ َ َ َٰ ُ ْ َ ْ َ َ َ َْ ٰ ُْ َ ْ ْ
Maksudnya: Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang
banyak mengingat Allah.

Hal ini membuktikan kepada kita bahawa Rasulullah SAW telah diutuskan kepada umatnya
sebagai contoh teladan yang baik. Melihat kepada konteks sebagai seorang motivator juga,
mereka perlu mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai motivator
dimana baginda mempraktikkannya agar sebati dalam diri akan sifat-sifat yang dapat menjadi
contoh kepada orang lain. Oleh itu, para motivator dakwah perlu memiliki personaliti yang
dapat menjadi contoh ikutan terbaik kepada orang lain selain daripada personaliti yang menarik
dan istimewa.
KESIMPULAN

Konklusinya, personaliti dapat dikatakan sebagai watak dalaman mahupun luaran yang
terdapat pada diri seseorang individu yang menjadikannya berbeza daripada yang lain.
Personaliti juga dapat mendatangkan persepsi yang positif dan negatif oleh mereka yang
melihatnya terhadap individu tersebut. Bagi seseorang yang bergelar motivator dakwah,
mereka perlu memiliki satu personaliti yang mempunyai ciri-ciri keislamikan agar dapat
menjadi satu tarikan yang lebih kuat dan menggambarkan juga personaliti seorang motivator
Muslim dapat mempraktiskan nilai-nilai Islam dalam dirinya. Hal ini secara tidak langsung,
kita dapat melihat perbezaan di antara motivator Barat dan juga motivator Muslim. Ketokohan
Rasulullah SAW sebagai seorang motivator juga dapat dijadikan contoh teladan dan inspirasi
dalam berperanan sebagai motivator dakwah. Kepentingan personaliti turut dapat menjadi
faktor penerimaan dalam penyampaian motivasi kerana dapat menarik minat pendengar untuk
lebih mendekati motivator. Demikian itu, keberkesanan motivasi yang disampaikan akan lebih
efektif dan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap penerimaannya. Justeru, kita dapat
lihat bahawa aspek penting yang menjadi keutamaan untuk ditampilkan oleh seorang motivator
ialah personaliti yang menjadi cerminan awal terutama kepada motivator dakwah.
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Ihsan, M. A. (2010). Efektifitas Dakwah Dalam Mengembangkan Kognitif–Fungsional


Audiens: Suatu Pendekatan Psikologi Sosial. HUNAFA: Jurnal Studia Islamika, 7(1),
91-106.

Tahir, A. F. M., Aini, Z., & Rasit, R. M. (2021). Perubahan personaliti berdasarkan faktor agama
menurut perspektif Islam. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), 2,
60-79.

Wazir, Rosni. (2014). Motivasi Rasulullah S.A.W Berdasarkan Hadis-Hadis Pilihan Di Dalam
Al-Arba'in Al-Nawawiyyah.

Zaim, Muhammad & Mohd, Adli & Calon, Zainuddin & Arab, Kajian & Tamadun, Dan &
Fakulti, Islam & Islam, Pengajian & Osman, Khazri & Pensyarah, Kajian & Dakwah,
& Fakulti, Kepimpinan & Mirshah, Muhammad. (2022). METODE DAKWAH
Peribadi Pendakwah Dalam Menyebarkan Dakwah Kepada.

https://www.scribd.com/document/446530953/psikologi-dakwah-penampilan-diri-docx

https://www.academia.edu/97921745/Trait_Personaliti_Pendakwah_Muslim_Satu_Sorotan_L
iteratur?source=swp_share

Anda mungkin juga menyukai