Anda di halaman 1dari 4

NAMA KURSUS:

MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN (PPDK2333)

SEMESTER/SESI:
SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN:
PERSONALITI MOTIVATOR DAKWAH

NAMA PENSYARAH:
DR ABU DARDAA BIN MOHAMAD

NAMA PELAJAR:
NUR FARRA NISHA BINTI MOHD FAUZI (A187307)
PENGENALAN
Seorang motivator memerlukan kepada persembahan personaliti yang baik agar dapat
menarik perhatian pendengar untuk menerima setiap apa yang disampaikan. Hal ini kerana,
personaliti turut merupakan antara elemen penting dalam memastikan keberkesanan dakwah
kepada mad’u. Personaliti meliputi cara seseorang menampilkan dirinya yang unik dari segi
berfikir, bertindak serta menjadikannya seseorang yang mempunyai karakteristik istimewa
berbanding dengan yang lain dan berpotensi untuk memajukan dirinya (Ma’rof Redzuan,
Haslinda Abdullah, 2004). Dalam pada itu, untuk mengenali personaliti seseorang juga, ianya
dapat dikenalpasti melalui gaya/ percakapan, bertindak dalam melakukan sesuatu
perkara, tingkah laku dan penampilan gaya kerja. Selain itu, motivator dapat diertikan
sebagai seseorang yang berpotensi dan berkebolehan dalam menyampaikan motivasi kepada
orang lain dimana cara penyampaian tersebut dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah
yang bersesuaian dan menarik seperti melalui latihan, kaunseling dan sebagainya.
DEFINISI PESONALITI MOTIVATOR DAKWAH

Personaliti berperanan sebagai watak yang penting dalam diri seorang bagi
menggambarkan tentang penampilan seseorang daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana,
individu yang memiliki personaliti yang menarik dapat mempengaruhi seseorang yang lain
untuk mendekatinya di samping juga dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan
perkara-perkara yang positif. Personaliti secara umumnya dapat difahami sebagai satu identiti
yang memerihalkan tentang diri seseorang individu manakala secara khususnya personaliti ini
ialah beberapa sifat khusus yang ditampilkan daripada sudut fizikal, emosi mahupun kognitif
yang membezakan antara dirinya dengan orang lain (Nazar Mohammad, 2001). Tambahan
lagi, definisi personaliti juga dikatakan satu bentuk kemahiran sosial yang dinilai daripada
sudut kepakaran seseorang dalam menggunakan kelebihan yang terdapat pada dirinya agar
menjadi daya tarikan kepada orang lain untuk mendapatkan tindakbalas yang positif dalam
pelbagai situasi (Mohd Salleh Leber, 1994). Penjelasan lain bagi memahami dengan lebih
mendalam mengenai definisi personaliti ialah ianya menjelaskan bahawa personaliti sebagai
satu keadaan jiwa yang tidak memerlukan kepada pemikiran dan penelitian dimana setiap
jiwa yang dihiasi dengan amal yang baik dan terpuji berdasarkan garis panduan agama akan
terlahir personaliti yang baik (al-Ghazali, 2000). Dari sudut perspektif Islam pula, personaliti
digambarkan sebagai akhlak mahupun sahsiah.

Motivasi merupakan satu bentuk dorongan yang menggalakkan seseorang untuk


melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu keinginan.

Selain itu, dalam mendefinisikan maksud dakwah pula, dapat difahami dakwah ialah
sebagai satu usaha atau tindakan mengajak, memujuk, memandu dan memberikan penjelasan
kepada manusia yang lain tentang agama Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia dan sebagai agama yang benar. Dalam pada itu, pelaksanaan dakwah juga dikatakan
tidak hanya memfokuskan kepada golongan tertentu sahaja, malah menjadi keperluan kepada
semua manusia agar mereka berada di jalan yang benar dan diredhai oleh Allah. Penggunaan
metod untuk menyampaikan dakwah perlu disesuaikan mengikut golongan sasaran kerana
setiap folongan yang berbeza akan memerlukan kepada metod yang berbeza dan perlu perlu
berpegang kepada asas uta,a iaitu al-quran dan al-sunnah (Ghalush, 1978).
PERSONALITI MOTIVATOR DAKWAH

Dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat luar, teknik yang dilaksanakan perlu
bersesuaian agar keberkesanan penyampaian dapat tercapai. Seorang pendakwah juga
berperanan sebagai motivator dalam memberikan dorongan dan galakan kepada orang lain
untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran di samping menjadi contoh teladan
yang baik agar dapat dicontohi. Oleh hal yang demikian, personaliti seorang motivator dalam
menyampaikan dakwah memainkan peranan yang penting agar golongan mad’u dapat
mencontohi personaliti baik yang ditonjolkan ketika menyampaikan dakwah. Hal ini kerana,
mereka lebih mudah untuk menerima tentang sesuatu penyampaian tersebut apabila
personaliti yang menarik dan dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa yang
menerima. Rasulullah SAW digelar sebagai seorang pemimpin dan pendakwah disamping
turut dikenali sebagai motivator yang hebat. Hal ini dapat kita lihat bahawa baginda telah
membawa banyak perubahan dalam kehidupan ramai manusia kepada satu keadaan yang
lebih baik dari sebelumnya. Oleh hal yang demikian, ini membuktikan kepada kita tentang
kehebatan seorang motivator dalam menyampaikan seseuatu kepada seseorang sehingga
dapat memberikan impak yang positif dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Demikian itu, salah satu personaliti yang perlu dicontohi oleh seorang motivator
daripada apa yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW ialah antaranya menanamkan sifat ikhlas
dalam diri. Hal ini kerana, keikhlasan akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Tambahan lagi, seseorang yang bergelar motivator perlu menekankan sifat Ikhlas yag tinggi
dalam jiwanya agar dapat terus melangkah memberikan dorongan kepada orang lain untuk
melaksanakan kebaikan. Dalam pada itu, nilai keikhlasan akan menjadikan seseorang
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan mengharapkan dapat memberikan
kebaikan serta mengubah seseorang ke arah yang lebih baik tanpa mengharapkan balasan
duniawi di samping mendorong untuk istiqamah dan konsisten untuk melakukan amalan
soleh. Oleh itu, dalam konteks seseorang yang bergelar motivator dakwah perlunya kepada
nilai istiqamah ini agar dapat dicontohi oleh orang lain.

Seterusnya, dapat kita lihat juga tentang keperluan seorang motivator dakwah
memerlukan kepada personaliti seperti penampilan yang berilmu pengetahuan dan
berketrampilan. Hal ini kerana, sifat

Anda mungkin juga menyukai