Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang harus diambil sambil lewa
dan didiamkan oleh ahli keluarga. Hakikatnya, kesihatan mental merupakan sesuatu yang
harus dititikberatkan oleh semua masyarakat di dunia pada masa kini. Terdapat banyak cara
serta ubat-ubatan yang dapat membantu dalam pemulihan bagi mereka yang menghidap
penyakit mental ini. Pengawalan emosi dan gaya hidup yang baik dan terkawal adalah satu
dari banyak kaedah dalam membendung gejala mental ini dari menganggu aktiviti manusia.
Wanita yang mengalami penyakit mental terutamanya psikosis postpartum ini juga
sepatutnya tidak diabaikan malah seharusnya mendapatkan sokongan moral dari orang
sekeliling demi memastikan mereka sembuh dan tidak terus dibelenggu dengan penyakit
mental yang mampu membahayakan nyawa mereka mahupun nyawa orang disekelilingnya.
Masyarakat juga perlulah saling membantu dalam menangani masalah mental ini dari terus
berleluasa. Justeru itu, pentingnya sokongan dari orang sekeliling demi memastikan kesihatan
dan mental diri dapat dijaga dan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Anda mungkin juga menyukai