Anda di halaman 1dari 2

PROSES ROMBAK RAWAT ATAS KE ATAS ENJIN KENDERAAN

PEMERIKSAAN YANG PERLU DIBUAT SEBELUM MEMULAKAN ROMBAK


RAWAT ENJIN

Jenis rombak rawat perlu ditentukan mengikut tanda-tanda awal kerosakan yang berlaku
kepada enjin kenderaan. Antara tanda-tanda yang perlu diambil kira adalah penggunaan minyak,
kekuatan enjin, kehilangan kuasa, bunyi bising dari enjin, warna asap dari ekzos, bau asap ekzos
dan banyak lagi tanda-tanda lain. Setelah menilai perkara-perkara tersebut, barulah kita boleh
memutuskan untuk melakukan rombak rawat atas ataupun rombak rawak am.

ROMBAK RAWAT ATAS


Ketika melakukan pemeriksaan enjin, kenderaan haruslah sudah diletakkan pada tempat
untuk pemeriksaan kenderaan. Untuk melakukan rombak rawat atas terhadap enjin, kereta
haruslah diletakkan pada kawasan yang bersih untuk mengelakkan habuk atau debu agar tidak
melekat pada komponen yang ada dalam enjin. Selepas membuka nat dan skru, pastikan untuk
meletakkannya pada suatu tempat agar memudahkan kita semasa pemasangan semula. Cuci
dengan bersih dan keringkan semua nat dan skru yang sudah dibuka. Kenal pasti jenis kenderaan
dan enjin yang akan di rombak rawat atas. Buka kotak angin. Buka throttle body. Buka coil plug.
Buka spark plug dan cabut semua wayar yang bersambung pada enjin. Buang air radiator dan
buka hos radiator. Buang minyak hitam. Buka intake dan exhaust manifold. Pusingkan cranshaft
sehingga mencapai “marking” yang ada. Longgarkan timing belt tensioner dan buka timing belt.
Setelah membuka rocker cover, longgarkan bolt yang ada pada silinder head dari tepi ke tengah.
Seterusnya, gunakan saiz soket yang betul untuk membuka bolt kepala silinder. Setelah
membuka semua bolt, cabut silinder head secara perlahan. Jika melekat ketuk menggunakan
ganding getah secara perlahan-lahan. Jangan menggunakan tukul besi kerana ia akan
merosakkan silinder head. Letakkan silinder head di tempat yang bersesuaian. Tutup blok
silinder dengan menggunakkan kain bersih. Seterusnya, buka semua bolt pada rocker arm. Susun
rocker arm. Buka pulley camshaft. Tarik keluar camshaft. Gunakan valve spring compressor
untuk mencabut valve spring. Susun valve spring mengikut urutan. Cabut valve dan susun
mengikut susunan yang betul dengan menanda setiap valve. Cuci semua komponen dan gantikan
komponen yang sudah rosak. Lihat jika ada sebarang kerosakan pada komponen. Periksa jika
permukaan silinder head bahagian bawah adalah rata. Jika permukaan yang diukur mempunyai
ketidakrataan yang besar maka, skimming perlu dilakukan. Untuk memeriksa valve pula,
letakkan valve pada kedudukannya dan letakkan air atas di atasnya kemudian tembak angin
melalui pancarongga yang ada. Buih yang keluar menandakan valve tidak tertutup dengan rapat.
Valve juga perlu di ratakkan dengan memutarkannya pada lubang valve. Ketika pemasangan
semula, pastikan semua komponen cukup dan telah dicuci dengan bersih. Lap permukaan atas
blok enjin dan gantikan gasket silinder head yang baru. Gasket selalu sudah dibentuk mengikut
model enjin. Pastikan gasket berada pada kedudukan yang betul untuk mengelakkan sebarang
kebocoran. Angkat silinder head yang telah dipasang semula dan letakkan semula keatas blok
enjin. Letakkan bolt dan nat semula ke tempatnya. Ikat bolt dan nat mengikut spesifikasi torque
yang telah ditetapkan. Pastikan kedudukan pulley camshaft berada dalam kedudukan yang betul
mengikut tanda atau marking. Pasang semula timing belt dan ketatkan tensioner. Pasang rocker
cover dan ketatkan bolt dan nat. Sambung semula spark plug, plug coil dan semua wayar. Pasang
semula throttle body dan kotak angin. Pasang semua hose radiator dan isi semula coolant dan
tukarkan oil filter lalu masukkan minyak hitam yang baru.

Anda mungkin juga menyukai