Anda di halaman 1dari 24

GANGGUAN

SEKSUAL
Nik Shakerah binti Md Sukri
Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Pematuhan, Pengukuhan
Integriti dan Tatatertib
Unit Integriti, UiTM
PEKELILING Pekeliling Garis Panduan
NAIB Pengendalian Kes Gangguan
Seksual di Universiti Teknologi
CANSELOR MARA terpakai kepada sebarang
BIL 5 TAHUN salah laku gangguan seksual,
2022 melibatkan staf dan pelajar UiTM.
Sebarang kelakuan berunsur
seksual yang tidak diingini sama
ada secara lisan, bukan lisan,
visual, psikologi atau fizikal, atas
DEFINISI sebab yang munasabah setelah
GANGGUAN mengambil kira segala hal keadaan,
SEKSUAL akan menyebabkan seseorang yang
waras berasa tersinggung, terhina
atau terugut.
a) Gangguan seksual berbentuk balasan atau
quid pro quo. Ini merujuk kepada gangguan
berbentuk seksual, permintaan memberikan
ganjaran seksual (sexual favour), atau
perbuatan lisan atau fizikal atau komunikasi
bertulis yang berbentuk seksual yang memberi
2 KLASIFIKASI kesan secara langsung kepada status
pembelajaran pelajar.
GANGGUAN
SEKSUAL Contoh:
PYDM menjanjikan markah yang tinggi sebagai
balasan kepada ganjaran seksual yang diberikan

PYDM tidak akan mengambil tindakan terhadap


kesalahan sekiranya mangsa memberikan ganjaran
seksual
b) Gangguan seksual yang mengancam
ketenteraman peribadi staf atau pelajar
UiTM.
2 KLASIFIKASI
GANGGUAN Contoh:
SEKSUAL
PYDM menggunakan bahasa seperti “bibir kau cantik..”
“geram tengok punggung kau” dan mangsa terasa
terancam, tergugat
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL

a) Gangguan Secara Fizikal

• Gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang


berunsur seksual seperti mendekati orang lain
dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang
tersebut berasa kurang selesa, memegang,
memeluk, menepuk, menggosok, mencubit,
mencium, menjilat atau meraba sehingga
Pengadu berasa tersinggung, terhina atau
terugut.
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL

b) Gangguan Secara Lisan

• Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam


penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,
bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian,
memberi kritikan, komen, pujian atau
mengajukan soalan berunsur seksual ke atas
penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan
atau aktiviti seksual
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL

c) Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan).

• Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui


sikap atau perlakuan staf atau pelajar yang
memberi maksud atau gambaran keinginan
yang berunsurkan seksual, antara lain, seperti
menjeling, menggoda, merenung, mengintai,
menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat
yang lain.
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL

d) Gangguan Secara Visual

• Perlakuan menghantar nota, surat, e-mel, sms,


gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang
berunsur seksual kepada Pengadu

• Contoh komunikasi dalam Whatsapp, media sosial


PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL

e) Gangguan Secara Psikologi

• Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong,


mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi
memenuhi keinginan seksual staf sama ada melalui
surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan
komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan
emosi dan mental ke atas Pengadu
• Contoh: Whatsapp di tengah malam, terlebih caring
APA YANG
PENGADU BOLEH
LAKUKAN?
Laporan Ke Dapatkan
Dapatkan
Kemuka Aduan Agensi Berkaitan Nasihat
Rawatan
Mengemukakan Sekiranya berlaku Sekiranya Sekiranya
aduan secara gangguan perbuatan Pengadu tidak
bertulis atau berbentuk fizikal, gangguan seksual pasti sama ada
secara peribadi pengadu itu terjumlah gangguan seksual
kepada Unit hendaklah kepada kesalahan telah terjadi ke
Integriti dan mendapatkan jenayah seperti atasnya atau jika
digalakkan juga rawatan di mencabul Pengadu
untuk membuat hospital / klinik kehormatan di mempercayai
Laporan Polis kesihatan dalam bawah seksyen dirinya telah
kadar segera. 354 Kanun mengalami
Keseksaan atau gangguan seksual
meminta layanan tetapi tidak pasti
seksual sebagai apakah tindakan
suapan di bawah yang boleh
Akta Suruhanjaya diambil, Pengadu
Pencegahan boleh
Rasuah Malaysia menghubungi Unit
2009 dan Integriti, Pegawai
sebagainya Psikologi, atau
mana-mana
pegawai UiTM
Carta Alir Tindakan
oleh Pengadu
PENGUMPULAN
BUKTI
Merekod
• membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut
(tarikh, tempat, masa dan sebagainya) agar dapat
dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan

Simpan
• menyimpan apa-apa nota, surat, e-mel, sms, mms,
gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan dan
visual yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi
media elektronik, atau platform media sosial seperti
aplikasi Facebook, Whatsapp, Twitter atau apa-apa
aplikasi yang membolehkan bahan-bahan dipindahkan
ke paparan umum dan terbuka
Kongsi
• memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut
kepada pihak ketiga, sekiranya perlu

Kumpul Saksi
• mengenal pasti orang lain yang melihat kejadian yang
berlaku atau orang pertama yang diceritakan oleh
pengadu agar orang berkenaan boleh diminta untuk
memberi keterangan apabila diperlukan
Carta Alir Tindakan
yang Boleh Diambil
bagi Tujuan
Pengumpulan Bukti
oleh Pengadu
Aduan oleh Pihak Ketiga

Sekiranya seseorang mempunyai


maklumat atau menjadi saksi kepada
perlakuan gangguan seksual yang

PERINGATAN berlaku ke atas atau dilakukan oleh


seorang staf atau pelajar, orang tersebut
boleh membuat aduan kepada Unit
Integriti.
UNTUK
Individu berkenaan hendaklah
PENGADU memberikan keterangan yang
mencukupi berhubung kejadian
gangguan seksual itu.

Semua pihak yang terlibat dalam


mengendalikan aduan ini, hendaklah
menjaga kerahsiaan aduan tersebut.
Aduan Tidak Berasas
PERINGATAN
Pihak pengurusan Universiti boleh
UNTUK mengambil tindakan yang
bersesuaian sekiranya Pengadu/Pihak
Ketiga yang membuat aduan tidak
PENGADU berasas sehingga mencemar imej
PYDM dan Universiti.
Saluran Aduan salah laku Gangguan
Seksual:
Ketua
Unit Integriti
Aras 5, Kompleks Al-Farabi
Jalan Usahawan 40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Email : unitintegriti@uitm.edu.my
No. Telefon : 03-5544 3153 / 3169 / 3152
Website : https://integriti.uitm.edu.my/
Facebook: Unit Integriti,
Universiti Teknologi MARA
PEKELILING NAIB CANSELOR BILANGAN 20
TAHUN 2020: DASAR PERLINDUNGAN PEMBERI
MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
• Dasar ini terpakai kepada sebarang salah laku, yang melibatkan staf UiTM
yang memberi kesan kepada orang lain, seperti kepada staf lain, pelajar,
vendor, kontraktor, agensi luar atau staf agensi sedemikian, dan/ atau
mana-mana pihak lain atau pihak yang mempunyai hubungan dengan
UiTM.
• Dasar ini bertujuan untuk menangani kebimbangan serius atau sensitif
mengenai salah laku yang tidak betul
• Peruntukan Dasar ini hanya berkaitan dengan pendedahan yang dibuat
terhadap staf UiTM sahaja.
Carta Alir Dasar Pemberi Maklumat
UNIT INTEGRITI
Unit Integriti
Aras 5, Kompleks Al-Farabi
Jalan Usahawan
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai