Anda di halaman 1dari 2

Berkenaan persoalan di atas, hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika

berkemampuan. Hammad bin Abi Hanifah pernah berkata bahawa Abu Hanifah suka memakai pakaian
yang mahal dan indah kerana menzahirkan nikmat Allah ke atasnya dan memuliakan ilmu yang
dimilikinya. (Lihat Istilah-istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab, hlm. 17)

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang menasihatkan sahabatnya yang kaya seraya
bersabda:

‫ َو َك َر اَم ِتِه‬، ‫َفِإَذ ا آَتاَك ُهَّللا َم اًال َفْلُيَر َأَثُر ِنْع َم ِة ِهللا َع َلْيَك‬
Maksudnya: Jika Allah mengurniakan kepada kamu harta, maka perlihatlah kesan nikmat Allah ke atas
kamu dan kemuliaannya. Riwayat Abu Daud (4063)

Daripada Ibnu Umar R.A berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W


bersabda;

‫إن هللا يحب أن ُيَر ى أثُر نعمته على عبده‬


“Sesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada
hamba-Nya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi)

Anda mungkin juga menyukai