Anda di halaman 1dari 17

Tazkirah Selepas Subuh 3

Untuk Radio Malaysia Pulau Pinang

PESANAN IMAM AL GHAZALI


Sidang pendengar yang dirahmati Allah, Imam Ghazali
Rahimaullahu Taala ada mengatakan dalam bukunya , Ihyak Ulumuddin,
katanya,
“Maka seluruh manusia yang diciptakan oleh Allah semuanya akan
binasa ( yakni hilang dari muka bumi ini), kecuali orang yang
berilmu”
“…Orang yang berilmu itu juga akan binasa, kecuali orang yang
beramal dengan ilmunya…”.
“…Orang yang beramal juga akan binasa , kecuali yang beramal
dengan ikhlas kerana Allah”.
“…orang-orang yang ikhlas ini akan sentiasa berhadapan dengan
bahaya, kerana musuhnya sangat ramai, di antaranya nafsu yang
sentiasa meronta-ronta, syaitan yang sentiasa menunggu peluang,
tidak kurang juga manusia-manusia yang berwatak syaitan
berhasrat memusnahkanya.

“Maka seluruh manusia yang diciptakan oleh Allah semuanya akan


binasa ( yakni hilang dari muka bumi ini), kecuali orang yang
berilmu”

Maksudnya, semua manusia yang diciptakan oleh Allah di atas


muka bumi ini, tidak kira apa jenisnya , kaya miskin, pandai jahil, kuat
lemah, orang berpangkat orang biasa, petani nelayan, pekebun peladang,
guru ulamak, raja rakyat semuanya akan binasa dan hilang dari muka
bumi ini,

Dahulunya kita ada Nabi Adam, sekarang sudah tiada


Dahulunya kita ada Nabi Muhammad s.a.w., sekarang sudah tiada
Dahulunya kita ada Saidina Omar r.a. , sekarang sudah tiada
Dahlulu kita ada imam Syafie, sekarang sudah tiada
Ringkasnya sesorang manusia itu, dahulunya ada dan terkenal ,
tetapi ia akan binasa kerana lama masa, kerana tua dan kemudiannya mati
meninggalkan kita.
- Kecuali, kata Imam al Ghazali r.a. …“orang yang ada ilmu
pengetahuan”…, dan dengan ilmu dia dikenali dan dihormati. Lihat
sahaja nama-nama besar seperti Imam Shafie, Imam Al Ghazali, Ibn Sina,
Al Khind dan lain-lain, nama mereka tetap segar , walaupun mereka
sudah lama meninggalkan kita.

Sidang Pendengar yang dirahmati Allah,


Seterusnya kata Imam Al Ghazali lagi,

“…Orang yang berilmu itu juga akan binasa, kecuali orang yang
beramal dengan ilmunya…”.

Maksudnya, orang belajar ilmu pengetahuan yang tinggi, bersusun


ijazahnya, membaca dan mengkaji berbagai disiplin ilmu, mendapat
penghormatan sebagai Dr. Falsafah, Bergelar Profesor, bergelar ulamak
dan apa sahaja gelaran yang hebat-hebat di dunia ini, semuanya akan mati
dan binasa, segala kemahiran yang ia miliki juga akan hilang bersamanya,
segala khazanah ilmu yang ia milik juga turut berkubur bersama
ketiadaannya, Kecuali kata imam al Ghazali, orang-orang yang beramal
dengan ilmunya, seperti mengajar , menulis buku, membuka sekolah ,
mendidikan masyarakat, berkhidmat kepada masyarakat, maka segala
sumbang bakti mereka kepada orang ramai selama ini atau hasil nukilan
yang mereka tinggalkan , akan terus kekal dan boleh digunakan.

Sahabat yang dihormati, Bila kita membaca kitab Ihya Ulumuddin, maka
kita terbayang kehebatan penulisnya Imam al Ghazali r.a., Baca sahaja
kitab Al Umm , maka terbayang kita kepada kehebatan seorang guru iaitu
Imam As Syafie, sebut sahaja periwayat hadith maka akan terbayang
kepada kita, Iman Al Bhukhari, Imam Muslim, An Nasa-I, At Tirmizi dan
lain-lain nama besar yang tidak mampu sebut satu persatu dalam bicara
ringkas ini. Mereka semua menggunakan ilmu mereka untuk menulis
tanpa henti-henti, tanpa mengenal penat lelah, maka lantaran itu nama
mereka terus bermain dibibir manusia , meskipun mereka sudah lama
meninggalkan kita. Bagaimana pula orang yang banyak ilmu bergelar Dr,
Profesor dan lain-lain nama besar dalam bidang ilmu, tapi tidak mahu
bersusah payah turun padang ,membantu masyarakat, bahkan mereka
lebih merasa bahagia dengan kerja mereka sahaja dari memikirkan orang
lain, maka apabila mereka sudah tiada (mati), maka segala-galanya akan
hilang bersama hilangnya mereka itu sendiri.

Saudara yang dikasihi,


Seterusnya kata imam al Ghazali r.a.
“Orang yang beramal juga akan binasa , kecuali yang beramal
dengan ikhlas kerana Allah”.

Yang bermaksud, meskipun kita banyak menyumbang, mengajar di


merata-rata,berforum di mana-mana, menulis buku berjilid-jilid tebal dan
nipis dan berbagai lagi sumbangan kita kepada masyarakat, tetapi kata
imam al Ghazali semua sumbangan kita itu akan binasa yakni tiada
sebarang kebaikan maupun pahala yang akan kita perolehi, sekiranya kita
laksanakan dengan tiada ikhlas kerana Allah, samada kita lakukan semua
itu kerana ingin terkenal dan dipuji orang ramai, atau kerana matlamat
dunia semata-mata seperti, mengharapkan bayaran yang tinggi, mengira-
ngira jumlah yang akan kita perolehi, menentukan kadar bayaran yang
menyusahkan orang lain, maka kata Imam Ghazali, semua sumbangan
mereka tidak akan dikira pahala oleh Allah Taala, kerana niat mereka
bukan untuk meninggikan kalimah Allah tetapi lebih kepada kelebihan
dunyawi, maka dunia sahaja yang akan mereka dapat , tiada lagi kebaikan
di akhirat kelak.

Saudara sidang pendengar yang dirahmati Allah.

Akhirnya kata Imam al Ghazali, orang-orang yang ikhlas ini akan


sentiasa berhadapan dengan bahaya, kerana musuhnya sangat
ramai, di antaranya nafsu yang sentiasa meronta-ronta, syaitan yang
sentiasa menunggu peluang, tidak kurang juga manusia-manusia
yang berwatak syaitan berhasrat memusnahkanya.

Saudara yang dikasihi, perhatikanlah, renungkanlah, dimanakah kita


dalam pandangan imam Al Ghazali r.a. itu tadi, mudah-mudahan kita
berada dalam kumpulan orang yang mendapat rahmat Allah.

Sekian, Wassala mualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.


Bismillahirrahmani Ar Rahim,
Assala mualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah, Dr Burhanuddin Helmi pernah


menyebut dalama ucapannya, katanya,

“ Di atas runtuhan kota Melaka , kita dirikan jiwa merdeka”

Saudara, kita sekarang berada dalam mula kemerdekaan, satu bulan yang
sangat penting kepada kita. Satu bulan yang mencatatkan sejarah bumi
bertuah Malaysia bebas dari cengkaman penjajah, dan kita berkuasa di
tanah air kita sendiri, mencorak dan mencatur warna bangsa mengikut
warna kita sendiri, mencipta dan melakar nama dalam peta dunia , sebuah
negara merdeka yang setara namanya dengan nama negara-negara besar
lain di dunia.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Saya terpanggil untuk sama membicarakan pengisian kemerdekaan bagi


negara kita yang tercinta, khusus buat rakan-rakan dan generasi lepas
merdeka. Merenung kepada sejarah kemerdekaan negara dan harapan
yang menggunung tinggi untuk melihat ia terus maju dan berjaya , kita
harus meletakkan kemerdekaan yang kita kehendaki kepada tiga aspek
penting:-

i. Membebaskan diri dan tempat tinggal @ negara dari dijajah


oleh kuasa tertentu
ii. Membebaskan jiwa kita dari terus bersifat hamba dan
terjajah
iii. Membebaskan jiwa dari sifat mengharap dan bergantung
sesama manusia.

Saudara, membebaskan diri dan tempat tinggal atau negera dari di jajah
adalah merupakan titik tolak keluarnya manusia dari kawasan
perhambaan kepada manusia. Pembebasan pada peringkat ini
memerlukan pengorbanan keringat , harta benda dan jiwa raga.

Perjuangan ini telah lama dilaksanakan oleh pejuang-pejuang bangsa kita


yang lalu, mudah-mudahan Allah mencucuri nikmat ke atas mereka
semua. Mereka telah melalui saat genting dan sukar , berjuang tanpa
mengenal penat lelah, yang terbayang diwajah mereka kebahagian anak
cucunya yang akan datang, maka segala penat lelah mereka selama ini
telahpun terubat sudah.

Wahai anak-anak muda, anak merdeka, kita hendaklah bersyukur kepada


Ilahi kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam negara yang sudah mereka ,
negara yang aman sejahtera , negara yang tebilang namanya, maka
lantaran itu sahabat yang dirahmati Allah, jangan sesekali kita melupakan
sejarah jerik payah perjuangan datuk nenek kita dahulu, berjuang siang
dan malam, memerah otak menumpah keringat, malah mempertaruhkan
jiwa raga mereka untuk kebahagiaan kita, berterima kasihlah kepada
mereka.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Tahap kedua kemerdekaan yang harus kita garap ialah bebaskan jiwa kita
dari terus bersifat terjajah. Penjajah sudah hampir 50 tahun meninggalkan
negera kita, tetapi kita masih terdapat rasa kagum dengan kehebatan
mereka, masih terasa terasa diri kerdil berbanding mereka , seolah-olah
kita tidak mampu menyaingi mereka apatah menandingi mereka.

Ini adalah merupakan tahap perjuangan kedua yang kita harus fokuskan
dalam usaha terus mempertahankan kemerdekaan negara. Anak-anak
muda harus kuat berusaha meletakan negara sebaris dengan negara yang
pernah menjajah kita, dan yakin kita mampu melakukannya.

Saudara/saudari anak-anak merdeka, sifat kita yang selalu leka, lebih


suka berpoya-poya, melepak merata-rata tanpa makna apa-apa,
membuang masa , merajai perkara sia-sia, seolah-olah tiada sebarang
bahaya sebenarnya akan banyak mengundang petaka. Negara merdeka
yang damai ceria yang kita perwarisnya

NASIHAT RASUL

Sidang pendengar yang dirahmati Allah, Rasulullah s.a.w. bersabda


dalam hadithnya berbunyi,

Maksudnya, “ Daripada Ibn Umar r.a. dan dikatakan daripada Abi


Amrah Supian bin Abdullah, r.a. katanya, Aku berkata kepada Rasulullah
s.a.w. , Wahai Rasul Allah, katakan atau nasihatkan aku dengan satu
nasihat tentang agama yang selepas itu aku tidak perlu lagi bertanya
kepada orang lain , Maka sabda Rasulullah s.a.w. Wahai Abu Amrah,
kamu katakan aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah kamu
istiqamah atau komited dengan perkataan kamu itu, (aitu berpegang teguh
dengan keimanan kamu itu)

Saudara, hadith yang saya bacakan sebentar tadi , merupakan nasihat


yang sangat pendek dan mudah iaitu “katakan aku beriman kemudian
Istiqamah” , tetapi mempunyai nilai nasihat yang sangat berkesan.
Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah itu sangat tepat seperti yang
dikehendaki oleh orang yang bertanya dan sekirannya ia berpegang
dengan nasihat tersebut ia pasti akan berjaya.

Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. bermaksud, bahawa Islam


itu ialah keimanan dan amalan, keyakinan dan pelaksanaan. Keimanan
sahaja tanpa amalan adalah tempang, amalan sahaja tanpa keimanan
adalah sia-sia, lantaran itu kedua-duanya harus disegandingkan bagi
melahirkan satu bentuk amalan yang mantap dan dikehendaki Allah.
Seperti mana Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 30 yang berbunyi,

Maksudnya, Sesungguhnya mereka yang berkata, “ Tuhan kami ialah


Allah , kemudian mereka istiqamah ( dengan kata-kata mereka) ,maka
akan datang kepada mereka Malaikat sambil berkata, Janganlah kamu
takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah kamu dengan
syurga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu.”

Saudara,

Perkataan Beriman dan beristiqamah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.


tanpak seperti mudah bunyinya, tetapi dua kalimah inilah yang sangat
sukar untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Berapa ramaikah umat Islam
yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, tetapi apakah mereka
memahami pengertiannya secara mendalam, beramal dengan suruhannya,
meninggalkan larangannya? Berapa ramaikah umat Islam yang mengaku
beriman kepada Allah, tetapi tidak Istiqamah dengan kewajipan yang
telah ditentukan oleh Allah s.n..w..

Beriman ertinya berjanji taat setia dengan Allah s.n.w. yang merangkumi
kebenaran dalam hati, pengakuan dengan lidah dan pelaksanaan dengan
anggota segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

Manakala Istiqamah pula bermaksud komited dengan perjanjian yang


telah dilakukan dengan Allah s.n.w. .Contohnya, dalam kontrak kita
dengan Allah s.n.w., Allah telah mewajibkan kepada kita melaksanakan
sembahyang sehari semalam 5 waktu, Allah melarang melakukan perkara
yang diharamkan seperti berjudi , minum arak, berzina dan lain-lain
larangan yang telah ditetapkan dalam syariatNya, maka kita hendaklah
komited dengan segala suruhan dan larangannya itu. Tetapi sekiranya kita
mengaku beriman dengan Allah s.n.w., tetapi sembahyang yang
diperintahkan kepada kita tidak kita laksanakan, kita mengaku kita
beriman kepada Allah tetapi banyak lagi perkara maksiat yang kita laku,
berjudi , minum arak , berzina dan lain-lain perkara yang diharamkan
oleh Allah, maka pengakuan kita tidak lebih hanya dibibir sahaja dan
keimanan kita kepada Allah hanya mainan semata-mata.

Maka lantaran itu, saudara/saudari yang dirahmati, kita harus bertanya


diri kita, benarkah aku sudah beriman dengan Allah?, benarkah aku telah
melaksanakan perjanjian aku dengan Allah? Atau banyak lagi janji kita
dengan Allah yang tidak kita tunaikan, dan banyak lagi hokum dan
syariat Allah yang telah kita langgari. Kalau itulah yang sedang berlaku
kepada kita sekarang, perbaharuilah semula perjanjian kita dengan Allah
dengan memperbanyakkan istiqfar kepadanya, dan dengarlah nasihat
rasul kepada kita seperti hadith yang kita telah saya bacakan sebentar tadi
jika sekiranya kita masih mengira-mengira untuk masuk ke ke syurga
Allah yang penuh dengan nikmat itu. Saya ulangi nasihat Rasul tersebut
iaitu, “ katakan aku beriman dengan Allah kemudian Istiqamah dengan
perjanjian kita itu.” Yakni melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Moga kita beroleh pertunjuk daripada
Allah s.n.w.

Sekian, Assalamualaikum.
MENGAPA UMAT ISLAM TERKEBELAKANG

Sidang pendengar yang dirahmati Allah, Ada orang bertanya kepada


Tokoh Ulamak yang terkenal masa kini, Prof Dr Yusuf Al Qardawi,

“Apakah yang menyebabkan umat kita ketinggalan, sementara umat lain


maju, padahal sebenarnya kita memiliki pendokong yang ramai untuk
maju dan berkembang?.

Saudara sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Dr Yusuf al Qardawi yang sarat dengan pengetahuan dan pengalaman


telah mengutarakan pandangannya , yang saya kira sangat elok kita
renungkan dan fikirkan. Kata Dr Yusuf al Qardawi,

“Sebenarnya rahsia keterbelakangan umat Islam – jika kita hendak


simpulkan, ianya terletak pada pemahaman umat yang salah terhadap
konsep Islam. Mereka hanya mengambil warisan-warisan yang jahat yang
terdapat pada zaman-zaman kemunduran umat Islam serta mengambil apa
yang terburuk dari barat.

Kita sedar bahawa kita memiliki sarisan yang baik dan warisan yang
buruk. Sementara ini , kita mengambil yang buruk dan meninggalkan
yang baik.

Kita juga mengetahui, bahawa Barat memiliki hal-hal yang baik dan hal-
hal yang buruk. Namun kita seringkali mengambil hal-hal yang buruk
dari mereka dan tidak suka mengambil yang baik dari mereka. Mereka
menguasai sains dan teknologi, system pengurusan yang hebat, akan
tetapi kita tidak mengambilnya, padahal Sesungguhnya itu juga
bersumber pada agama kita. Methodologi ilmiahpun, mereka ambil dari
kita. Hal ini telah diakui oleh para pakar sejarah mereka sendiri. Mereka
mengakui bahawa methodology ilmiah, merupakan ambilan dari
kebudayaan Islam. Akan tetapi kita tetap membiarkan hal ini berlangsung
terus. Sementara itu kita mengambil kulit-kulit kebudayaan mereka,
seperti Riba, hal-hal yang samar dan undang-undang mereka dengan
segala kelemahannya, sehingga melupakan bahawa kita sendiri
mempunyai undang-undang Islam yang jauh lebih sempurna. Undang-
undang Islam menjamin individu dan masyarakat di setiap zaman dan
tempat, serta menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.
Sayang sekali , pemahaman kita terhadap Islam selama ini salah.
Sebagaimana kita salah memahami hakikat kebudayaan barat dan
khazanah peninggalan para pendahulu kita sendiri. Kita juga salah faham
dalam menerapkan apa yang ada dalam Islam ke dalam kehidupan kita,
seperti masalah perkahwinan dan talak. Islam tidak memberikan standard
mas kahwin yang tinggi dan tidak pula menganjurkan berfoya-foya dalam
menyelenggarakan walimatul Urus dan tidak pula mempersulitkan
kehidupan rumah tangga. Kita mempersulitkan jalan yang halal dan
sebaliknya mempermudahkah jalan yang haram. Dan pelbagai lagi salah
faham terhadap pelaksanaan syariat Islam dalam praktik dewasa ini.
Sebahagian dari perkara ini telah dikaitkan dengan keterbelakangan umat
Islam masa kini.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,


Seterusnya kata Dr Yusuf , bahawa hakikat sebenar keterkebelakangan
umat Islam bukan kerana perkara yang remeh temeh serupa itu, tetapi
kerana umat Islam sendiri sebenarnya cuba menjauhi dari hakikat sebenar
Islam itu, baik dari segi pemahaman maupun pengalaman.

Ternyata bila kita melihat zaman kegemilangan umat Islam, semua


praktik Islam dijalankan, kebudayaan Islam merupakan satu-satunya
kebudayaan yang paling tinggi nilainya di dunia. Ilmu-ilmu yang
berkembang pada saat itu, seperti astronomi, kedoktoran, fizik, kimia dan
perundangan, semuanya itu merupakan ilmu yang dasarnya adalah Islam.
Bahasa yang digunakan dalam ilmu pengetahuan adalah bahasa Arab,
termasuk nama-nama para ilmuan, ditulis dan diucapkan dalam bahasa
Arab.

Sesungguhnya, jika kita kembali kepada Islam, kita akan dapat


menegakkan kebudayaan khas kita yang menampilkan keistimewaan
nilai-nilai Islam dan keperibadian umat Islam serta kebudayaan yang
memperhatikan dimensi keseimbangan. Jika kita melaksanakan ajaran
Islam secara benar, kita akan dapat membangunkan sebuah kebudayaan
moden Islami seperti yang pernah ada di masa lampau. Bahkan,
kebudayaan ini akan tampil sebagai alternatif dengan corak baru.

Saudara sidang pendengar yang dirahmati,

Yang paling penting ialah kita harus merasa bertuah kerana menjadi umat
Islam, kita mesti merasa bahagia dengan Islam , kita harus beranggapan
bahawa hanya Islam yang terbaik , segala yang buruk yang berlaku
terhadap Islam adalah kerana kelemahan umatnya yang gagal menghayati
Islam dengan sebenarnya.

Sekian , Wassalamualaikum wmbt.


RUMAH-RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,


Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi terkenal ada menyebut ketika
menjawab pertanyaan mengapa doa tidak dimakbulkan oleh Allah,
katanya, salah satu daripadanya ialah,

“Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu , tetapi kamu tidak
berusaha menentangnya”

Merujuk kepada perkara tersebut saya ada membaca sebuah buku yang
bertajuk “ Rumah-Rumah Yang Tidak di Masuki Syaitan” yang ditulis
oleh Muhamad Ash-Shayim. Beliau telah menggariskan beberapa
panduan yang saya kira amat baik untuk direnungkan oleh seluruh kaum
muslimin dan muslimat.

Seperti yang dikatakan oleh Ibrahim bin Adham, kita berkata syaitan itu
musuh kita, tetapi apakah kita berusaha untuk menentangnya, atau kita
lebih suka mengikutinya. Maka lantaran itu kita sering tertewas dalam
pertembungan dengan syaitan dan kuncu-kuncunya.

Saudara, lantaran itu panduan yang dibawa oleh Muhammad Ash Shayim
mengenai rumah yang tidak di masuki syaitan elok kita renungkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang pendengar semua.


Di antara panduan yang disebut dalam buku tersebut adalah seperti
berikut:-

1. Rumah yang tidak dimasuki syaitan itu apabila penghuninya


bersih (Yakni bersih diri segala kekotoran luar seperti najis dan
juga kekotoran dalaman khianat, dengki dan lain-lain) dan
mereka sentiasa berzikir kepada Allah.
2. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada
Allah Taala seperti firman Allah dalam surah At Taubah ayat
112 yang berbunyi,
bermaksud, “ Mereka adalah orang yang bertaubat, yang
beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara , yang rukuk ,
yang sujud, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah berbuat
mungkar dan memlihara hukum-hukum Allah.

3. Rumah yang penghuninya dihiasi dengan sifat jujur dan


memenuhi janji samada dengan manusia dan juga dengan Allah
yang maha esa

4. Rumah ahli kerluarganya memakan hanya makanan yang baik


dan halal sahaja.

5. Rumah yang penghuninya mengekalkan tali Silaturrahim


sesama mereka, mesra dan ceria, tiada pergaduhan dan
pertengkaran.

6. Rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan suami isteri


yang soleh yang saling kasih mengasihi antara satu sama lain.

7. Rumah yang penghuninya menunaikan hak-hak dan kewajipan


yang ditentukan oleh Allah samada berkaitan dengan keluarga
dan juga masyarakat.

8. Rumah yang penghuninya menjaga rahsia kebaikan dan


kelemahan rumah tangganya dan tidak menceritakan rahsia
tersebut kepada orang lain samada baik atau buruk.

9. Rumah yang penghuninya tidak mengerjakan perkara yang


diharamkan oleh Allah dan Rasulnya

10.Rumah yang penghuninya dipenuhi dengan suasana salam yakni


kalimah salam sentiasa menjadi kalimah utama semasa pulang
dan berjumpa dan juga suasana meminta izin apabila ingin
melakukan sesuatu perkara.

11.Rumah yang penghuninya tawaduk yakni merendah diri di


hadapan Allah dan sentiasa bersyukur kepadanya.

12.Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan, tiada


berdendam dan berusaha melakukan perkara yang baik
13. Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan yang aib dan tercela.

14.Rumah yang penghuninya dipenuhi dengan keimanan dan


ketaatan mantap kepada Allah

Saudara yang dirahmati, itulah 14 perkara sebagai panduan untuk


mengekalkan rumah kita sebagai rumah yang mendapat rahmat dari Allah
dan dijauhi daripada dimasuki syaitan untuk menganggu kita. Mudah-
mudah kita dapat melaksanakan panduan yang disenaraikan oleh penulis
buku tersebut.

Sekian, Wasslamualaimkum wbt


PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,


Daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Anas r.a., kata
Anas r.a. , Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

Yang bermaksud, “Allah Taala berfirman,


“Hai anak Adam, Sesungguhnya engkau , selama engkau berdoa
dan berharap kepadaKu, aku ampuni bagi engkau dosa yang engkau
lakukan dan aku tidak peduli”,
“Hai anak Adam, kalau telah sampai semua dosa engkau ke awan
langit, kemudian engkau memohon keampunan kepadaKu, nescaya Aku
ampuni dosa engkau”.
“Hai anak Adam, kalau engkau datang kepadaKu dengan
kesalahan-kesalahan dan dosa sepenuh bumi ini (banyaknya) kemudian
engkau menemuiKu padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan
sesuatu, nescaya aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh
bumi juga.

Saudara sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Pepatah ada mengatakan , bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan ,
dan manusia mana yang tidak penah melakukan kesalahan dan dosa, yang
bermaksud bahawa selama ia bernama manusia, ia tidak akan terlepas
daripada terlibat dalam melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah
yang disebut sebagai dosa, samada dosa kecil atau dosa besar. Ini adalah
kerana kejadian manusia itu sendiri yang selain daripada diciptakan akal
kepadanya sebagai panduan, diciptakan bersamanya nafsu yang sifatnya
lebih mirip kepada melakukan kesalahan dan dosa. Maka lantaran itu
Allah s.n.w. membuka pintu bertaubat yang sangat luas dan tidak
terbatas.
Sidang pendengar yang dirahmati,

Dalam hadith yang telah saya bacakan sebentar tadi ada dua perkara
penting yang ditunjukan oleh Allah s.n.w. kepada manusia walau
bagaimana keadaannya sekalipun iaitu:-

i. Berdoa serta harapannya


ii. Istighfar atau memohon keampunan
iii. Tidak menyengutuinya dengan sesuatu

Doa sememangnya disuruh oleh Allah kepada hambanya dan doa yang
sangat-sangat mustahak bagi sesaorang hamba itu ialah doa supaya
diampuni dosanya atau supaya dipelihara dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, di samping ia berharap dengan Sesungguhnya bahawa
doanya kelak diterima oleh Allah, kerana Allah tidak pernah
menghampakan doa dan harapan yang baik dari hamba-hambanya pada
bila-bila masa asalkan hambanya menyedari hakikat dirinya dan menaruh
sangkaan baik kepadaNya.

Selain daripada itu perkara yang sangat penting dalam hadith tersebut .
yang harus dijauhi sekiranya kita ingin mengharapkan pengampunan
Allah ialah jangan sekali-kali menyengutuinya dengan sesuatu. Sekiranya
ada sesuatu yang lain yang menjadi sandaran kita selain dari Allah, maka
ia bererti kita telah menyengutukan Allah , sesiapa yang menyengutukan
Allan dengan sesuatu , akan tutupkan pintu doa dan pintu taubat kepada
nya selama-lamanya melainkan ia kembali semula mengakui keesaan
Allah taala.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Dalam hadith tersebut Allah telah memberi kesempatan yang seluas-


luasnya kepada manusia untuk mendapat keampunannya, maka
terserahlah kepadanya untuk menggunakan kesempatan itu dengan
sebaik-baiknya demi kebahagian yang abadi di akhirat kelak. Juga
menunjukkan bahawa dosa yang bagaimana banyak sekalipun, tidak
menjadi halangan untuk mendapat keampunan dari Allah, asal sesaorang
itu benar-benar insaf dan menyedari kesalahannya dan bersedia untuk
membersihkannya dengan bertaubat yang Sesungguhnya.

Mudah-mudahan kita terdiri dari kalangan hamba-hambanya yang banyak


bertaubat .

Anda mungkin juga menyukai