Anda di halaman 1dari 4

Skrip Pengacara Program Solidariti Bersamamu Palestin

Salutasi dan kata Sirih berlipat sirih pinang,


alu-aluan Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Dihormati,
Encik Zulkifli bin Mustaffa
Guru Penolong Kanan Petang SK Felda Ulu Tebrau

Yang Berusaha,
Ust. Mohammad Suheil bin Mohd Rubani
Penyelaras Program Solidariti Bersamamu Palestin

Barisan guru-guru yang dihormati serta murid-murid yang disayangi


sekalian.

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Robbu Izzah,


Tuhan yang Maha Tinggi di mana dengan izinNya dapat jua kita
dipertemukan dalam majlis Perasmian Program Solidariti Bersamamu
Palestin yang diadakan buat julung kalinya di Sekolah Kebangsaan
Felda Ulu Tebrau.

Dengan bertaglinekan #standwithpalestine, program ini dilancarkan


agar dapat membentuk sifat empati yang mendalam dalam diri murid
untuk memahami kesukaran saudara Islam kita yang berada di Palestin.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat cinta
akan kedamaian dan menyemai nilai suka akan keadilan dan
kesaksamaan di antara manusia terutamanya saudara seIslam.
Dalam pada itu, murid-murid juga diharapkan dapat mengasah
kemahiran pemikiran kritikal dalam memahami hak dan tanggungjawab
sebagai seorang Muslim dalam memberikan sokongan kepada rakyat
Palestin. Justeru, melalui program yang dijalankan pada hari ini, kita
juga dapat membuka ruang dan peluang untuk membina jaringan
solidariti bagi memperluas sokongan padu buat mereka yang sedang
berjuang.
Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh…………………………………………… Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*selesai bacaan doa

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merafakkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan GPK Petang Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Yg. Dihormati En. Zulkifli bin Mustaffa,


selaku Guru Penolong Kanan Petang SK Felda Ulu Tebrau untuk
memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan

* selesai ucapan

Gimik perasmian Yang awal kita dahulukan


Yang dahulu kita alu-alukan
Gimik perasmian kita nantikan
Pelengkap majlis yang kita adakan

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yg. Dihormati En. Zulkifli bin Mustaffa, selaku Guru
Penolong Kanan Petang SK Felda Ulu Tebrau bagi merasmikan
Program Solidariti Bersamamu Palestin peringkat Sekolah Kebangsaan
Felda Ulu Tebrau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*selesai gimik perasmian

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih En Zulkifli atas perasmian majlis itu tadi.

Persembahan Murid Hadirin dan hadirat sekalian,


Kini, tibalah masa untuk kita menyaksikan persembahan yang
dibawakan khas oleh murid SK Felda Ulu Tebrau bagi memperingati
perjuangan rakyat Palestin serta melengkapkan lagi agenda utama kita
pada hari ini, iaitu Solidariti Bersamamu Palestin. Dipersilakan.

* persembahan murid

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sangat menyentuh hati


sebentar tadi.

Tayangan video palestin Guru-guru serta murid yang dihormati sekalian,


Marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan video yang
berkisarkan tentang jerit perih perjuangan saudara Islam kita di Palestin.
Semoga tayangan memberi kesan kepada kita untuk mengambil iktibar
dan memberikan sokongan dan solidariti kita untuk bersama mereka
melalui doa. Dipersilakan.

* persembahan murid

Semoga tayangan itu tadi memberi kesan serta iktibar untuk kita dan
memperkuat sokongan serta solidariti kita untuk bersama mereka
melalui doa.
Penutup Majlis Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya tayangan video itu tadi, maka berakhirlah majlis
perasmian kita pada hari ini. Izinkan saya mengakhiri majlis ini dengan
serangkap sajak buat renungan kita semua

Dari mana harus kita mulakan cinta dan kasih


Bagi merawat luka saudara kita yang pedih
Dari jauh kedengaran suara merintih
Ayah-ayah dibunuh disembelih
Ibu-ibu dinoda diperkosa
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa
Kampung halaman hancur musnah tersungkur
Tanda kemanusiaan insan yang terkubur

Ya Allah… dengarlah suara rintihan ini


Buat saudara kami yang dikasihi
Hentikan segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kemenangan

Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan


kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Solidariti
Bersamamu Palestin #standwithpalestine pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai