Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2 Kod Sekolah: JBB1002

NUR ARIFAH BINTI ZAINAL


1. Nama Guru
RENTAKA SEKALIAN
2. Judul 3. Bidang: SEJARAH
BIJASURA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Rentaka Sekalian Bijasura membawa pembaca kepada kehebatan Kedah Tua yang pernah
memproses besi di Sungai Batu sehinggakan dijadikan pedang yang berkait rapat dengan garis
masa Nabi Ibrahim as sehinggalah ke zaman Quraisy Makkah.

Penulis juga membawa bukti atau rujuk silang bahawa bangsa Melayu bukanlah pendatang
sepertimana dakwaan yang tidak bertanggungjawab, bahkan sudah lama menetap di Kepulauan
Melayu sejak dahulu lagi (Tamadun Sungai Batu). Persamaan bahasa yang di kalangan
kelompok Austronesia – Hawaii, Oceania, Kepulauan Melayu, Madagascar, di samping kajian
genetik (DNA) penyelidik antarabangsa sedikit sebanyak menguatkan lagi hujah keberadaan
bangsa Melayu lebih awal lagi.

Kisah kerajaan Perak dalam mempertahankan wilayahnya dari ancaman Siam melalui serangan
Ligor juga sangatlah dikagumi melalui kebijaksanaan Sultan terdahulu yang dipaksa untuk
membayar bunga emas. Walaupun kerajaan Perak menawarkan kerjasama dengan Kedah untuk
mempertahankan dan menyerang Siam ditolak oleh Kedah, tetapi sifat tidak mudah putus asa
dan akal panjang yang ada pada kesultanan Perak berjaya mengekang kemaraan Siam melalui
beberapa siri serangan Ligor.

Di samping itu, perbezaan Siam dan Thai juga dijelaskan yang mana kita sering kali terkeliru
bahkan boleh jadi tidak kenal perbezaan antara kedua ini. Thai merupakan bangsa yang menetap
di bawah wilayah selatan China sebelum bertebaran dan melakukan serangan terhadap kerajaan
Angkor sehinggakan budaya orang Khmer (Kemboja) juga dicedok oleh bangsa Thai sehingga
kini. Hal ini boleh dilihat pada persamaan seni bina, tarian, pakaian tradisional dan sebagainya
impak daripada ‘culikan’ tersebut.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kita tidak perlu takut dengan sejarah kita sendiri. Sejarah kita bukanlah hulubalang dan
keris yang tewas dengan meriam-meriam Portugis.
2. Sejarah yang diceritakan tanpa asas yang kukuh hanyalah dongengan semata-mata
3. Walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat.
4. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipur lara mengalir air mata, tetapi sebagai azimat
perjuangan membantai kelesuan hidup.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini telah mengetengahkan kepada pembaca maklumat yang menarik yang jaang diketahui
langsung oleh saya tentang sejarah-sejarah di kawasan Asia Tenggara. Buku ini telah membuka
minda saya terhadap kegemilangan ketamadunan dan kerajaan bangsa Melayu silam. Hal ini
membuatkan saya ingin berkongsi maklumat kepada rakan sekerja sekaligus anak didik saya.
Terdapat banyak perkara yang dicatat di dalam buku ini yang saya dapati tidak diajar di sekolah
diperingkat sekolah rendah dan menengah. Malah ada juga perkara yang kontradik antara apa
yang dipersembahkan dalam buku ini dengan buku teks sekolah. Oleh itu, dengan pengetahuan
yang saya peroleh dari pembacaan ini, akan saya sampaikan dan gabungjalinkan di dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR ARIFAH BINTI ZAINAL ) ( )

Anda mungkin juga menyukai