Anda di halaman 1dari 22

TINGKATAN 4

1103/01 dan 02
Format Karangan Sebelum menulis karangan, pelajar perlu mengenal pasti bahawa
karangan jenis rencana terdiri daripada tajuk dan struktur binaan karangan yang sama
dalam bentuk seperti berikut :
1. Perbincangan
2. Pendapat
3. Ulasan dan komen.
Komponennya terdiri seperti berikut:
 Perlu mula dengan Tajuk Kecil yang diikuti dengan Nama [tidak wajib
namanya perlu ada nama sendiri, boleh nama berlainan tetapi calon perlu
peka dan cakna tentang perkara ini]
 Contoh Item Soalan

Contoh I

Kesan Positif dan Negatif Penggunaan Laman Sosial


Oleh: Muhammad Alif Syahmi bin Said

Contoh II

Pengambilan makanan seimbang dan manfaatnya kepada


Masyarakat
Oleh : Muhammad Azri bin Huzairi

> Selepas itu, calon boleh menulis karangan dengan biasa seperti karangan
bentuk perbincangan.

Pendahuluan : Perenggan 1
(Isi penting 1) : Perenggan 2
(Isi penting 2) : Perenggan 3
(Isi penting 3) : Perenggan 4 [jika perlu] : Opsyenal
Penutup :Perenggan 5

> Calon perlu sedar patah perkataan kita sangat penting. Oleh sebab itu,
kalian dinasihati untuk fokus pada isi semasa menulis karangan respon
terhad.

1
Soalan Ulangkaji

Budaya makanan sihat mencerminkan tabiat pemakanan yang sihat dan cara kehidupan seseorang
individu. Oleh sebab itu, masyarakat harus mengaplikasikan cara kehidupan makanan berdasarkan
piramid makanan dalam kehidupan kita. Selanjutnya, mereka perlu mengamalkan budaya makanan
“Suku; Suku dan Separuh” . Oleh hal demikian, kita perlu peka dan cakna dalam pengambilan setiap
jenis makanan supaya kalori badan tidak mengundang penyakit kepada dirinya. Tambahan pula,
cara yang sangat berkesan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini adalah dengan
pengawasan pengambilan kalori dalam kitar hidup harian kita.

Pendahuluan
Cara Pengamalan Makanan Seimbang dalam Kalangan Masyarakat
Oleh : Muhammad Azri bin Huzairi

Ayat Am Dewasa ini, negara kita sedang menuju ke arah pembangunan.


Ayat Topik Namun demikian, budaya pengamalan makanan seimbang masih
lagi menjadi mauduk tunjang dalam akhbar harian.
[ selitkan] : Akhbar Berita Harian 16 Julai 2023,
[ BERDASARKAN Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
pada 2011, kadar obesiti berada pada paras kadar 44.5 peratus dan
meningkat kepada 50.1 peratus pada 2019]

Ini kerana : pengambilan makanan yang tidak seimbang.


Ayat Variasi Persoalannya, apakah langkah yang perlu ditangani dalam kalangan
masyarakat agar dapat menyemai pengambilan makanan seimbang
?

2
Isi pertama : ingat Calon isi semasa mesti ambil maklumat daripada bahan
[STIMULUS]
Isi 1
Apa Langkah utama untuk menyemai makanan sihat dengan konsep
pembambilan makanan “Suku;Suku dan Separuh”
Mengapa Hal ini demikian kerana cadangan tersbut dapat mengekalkan
tumbesaran badan yang sihat.
Contoh Sebagai contoh, suku pinggan diisi dengan karbohidrat seperti
nasi, suku pinggan dari protein umpama ikan, ayam atau telur
dan separuh lagi dari aspek sayur-sayuran atau buah-buahan
umpama bayam, atau tembikai dalam sajian makanannya.

Isi 2
Apa Selanjutnya, kita perlu mengamalkan konsep piramid makanan
dalam kitar hidupan kita.
Mengapa Hal ini demikian kerana piramid makanan akan mengelakkan
penyakit kronik dengan lebih mudah.
Contoh Sebagai contoh piramid makanan mengurangkan makanan
kalori seperti lemak, makanan minyak atau makanan gula
seperti coklat yang mengundang penyakit kronik umpama
kencing manis.

ISI 3
Apa Selanjutnya, kita haruslah mengawal pengambilan kalori dalam
rutin harian kita.
Mengapa Hal ini disebabkan oleh, pengawalan kalori akan
mengurangkan berat badan yang mengundang penyakit kepada
dirinya.
Contoh Umpamanya, pengawalan kalori makanan akan mengelakkan
penyakit kronik seperti sakit jantung dan sebagainya.

Kesimpulan :
Ayat Umum Konklusinya, pengambilan makanan seimbang perlu diberikan
fokus utama dalam kalangan masyarakat.
Ayat cadangan Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk menyemai budaya
ini walaupun sukar diamalkan oleh segilinitir masyarakat jika
praktik tetap akan menjadi kebiasaan dalam dirinya umpama ala
bisa tegal biasa.
Ayat harapan Dengan ini, tidak hairanlah kita dapat melahirkan masyarakat
yang lebih sihat dan sejahtera.

3
DOMAIN AWAM : TEMA KESIHATAN
Kesihatan merupakan nadi utama untuk setiap manusia di dunia ini. Namun demikian,
penyakit berjangkit yang kian bermaharajalela dalam kalangan masyarakat tanpa
kesederannya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu
Hassan, berkata kemunculan penyakit X baru-baru ini lebih menakutkan bidang
perubatan antarabangsa. Oleh hal demikian, kita sebagai warga Madani perlu sentiasa
mengutamakan gaya hidup yang sihat, kebersihan persekitaran dan kebersihan diri
agar tidak menimpa sebarang keburukan kepada dirinya.

Dipetik dan diubah suai daripada


“KKM waspada, siap siaga hadapi
kemungkinan penyakit X di Malaysia”
Berita Harian Oktober 2, 2023.

Berdasarkan petikan di atas, huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah


tersebut.

Ayat Am Pada dewasa ini, negara kita sedang menuju ke arah pembangunan.
Ayat Topik Namun demikian penyakit berjangkit menjadi bagai duri dalam
daging dalam pembangunan negara kita.
Ayat definisi Penyakit berjangkit secara umumnya dikonotasikan sebagai subset
penyakit yang boleh menular dan berjangkit kepada orang lain
dalam bentuk virus.
Ayat tanya Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi masalah ini
Ayat Umpama, mencegah lebih baik daripada merawat.
peribahasa

4
Isi 1

A Langkah pertama untuk mengatasi masalah adalah dengan mengamalkan


gaya hidup sihat.
M Hal ini demikian kerana pengamalan gaya hidup yang baik lebih
bermanfaat kepada diri dan negara.
C Contohnya, pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti
riadah.
K Dengan ini, masyarakat dapat mengelakkan penularan virus dalam badan
mereka dengan mudah.
S Jadi jelas terpampang pengamalan gaya hidup sihat merupakan satu
agenda utama atau tunjang untuk mengelakkan penyakit berjangkit.

ISI 2
A Langkah kedua untuk meningkatkan kebersihan persekitaran
M Hal ini dikatan demikian kekotoran persekitaran salah satu punca penyakit
berjangkit mudah menghidapi kepada pesakit
C Sebagai contoh, demam denggi boleh dihindari dengan memastikan tidak
ada air yang bertakung.
K Dengan ini, kita dapat mengurangkan kadar penyakit demam denggi
dengan mudah sekali gus mengekalkan persekitaran yang bersih umpama
belayar sambil memapan, memapan sambil belayar.
S Jadi jelaslah, pengekalan persekitaran yang bersih merupakan satu langkah
yang baik untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini.

ISI 3

A Langkah seterusnya ialah mengutamakan kebersihan diri.


M Hal ini disebabkan oleh penyakit boleh merebak dengan sentuhan
mahupun udara.
C Umpama perlu memakai pelitup muka di kawasan pengumpulan, sentiasa
mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya.
K Dengan ini, kita dapat mengelakkan penularan virus ke badan kita dengan
mudah.
S Jelaslah bahawa kebersihan diri sangat pentinh untuk kekalkan kesihatan
dirinya.

5
Isi 4

A Perlu mengetat dan mengawal kemasukan pelancong atau buruh asing


ke negara kita.
M Hal ini disebabkan oleh, segeintir pelancong atau buruh asing
kebiasannya tidak akan peka tentang kebersihan dan kesihatan dirinya.
C Sebagai contoh, pegawai polis di kawasan lapangan terbang perlu
memeriksa surat vaksin mahupun sijil perakuan kesihatan kendiri.
K Dengan ini, kita dapat memastikan ekonomi meningkat dan pengawalan
pelancong mahupun buruh asing.
S Jadi jelaslah, pengawalan buruh atau pelancong asing sangat penting
untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit di negara kita.

Simpul :
Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri daripada penyakit
berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk
mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur
dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes
penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Dengan ini, dapat berharap bahawa penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya. Marilah kita sama-
sama mengamalkan konsep bukit sama didaki dan lurah sama dituruni demi melahirkan masyarakat
Madani yang sihat dan sejahtera

6
❖ Kata ganda ialah kata yang digandakan dengan diulang kata dasar secara penuh
atau secara sebahagiannya. Beberapa contoh kata ganda adalah seperti berikut :
Sihat-sihat
Kekabu
Corat-coret

Kata ganda pada umumnya terbahagi kepada empat bentuk

❖ Kata Ganda Penuh


❖ Kata Ganda Separa
❖ Kata Ganda bersajak
❖ Kata Ganda berimbuhan

❖ Kata Ganda Penuh.


Kata ganda penuh ialah kata yang digandakan sepenuhnya serta diberi tanda sempang
(-). Contohnya adalah seperti berikut
1. Sihat-sihat : keadaan ayah dan ibu di Mekah sihat -sihat sahaja.
2. Murid-murid: murid-murid itu sedang beratur di padang.
3. Duduk-duduk : dia duduk-duduk sahaja sedangkan orang lain sibuk bekerja.
4. Bukan-bukan : kerana iri hati terhadap murid baharu itu, mereka menuduhnya
dengan tuduhan yang bukan-bukan .
5. Ap-api: kawasan semak itu ditumbuhi pokok api-api.

❖ Kata ganda separa


• Kata ganda yang mengalami pergaulan suku kata pertama pada kata asalnya.
Vokal suku kata pertama diubah kepada huruf e. Contohnya adalah seperti berikut
:

• Laki-laki > lelaki pohon-pohon >pepohon


• Buli-buli > bebuli
• Jentik-jentik> jejentik

1. Lelaki yang bermisai tebal itu abang saya .


2. Ibu menyimpan air mawr itu di dalam bebuli kaca
3. Pepohon kelapa itu tersusun di tepi pantai.
4. Hapusakanlah tempat jejentik itu membiak untuk mengawal penyebaran demam
denggi.
5. Leong terlanggar batu lalu jejari basikalnya patah kesemuanya.
6. Ibu menghidangkan karipap dan teh untuk tetamu.
7
❖ Kata ganda bersajak.
Dikenal juga sebagai kata ganda berentak ialah kata yang mengalami perubahan bunyi
pada salah satu kata pada kata ganda tersebut. Contohnya adalah eperti berikut :
1. Corat-ceret: anak kecil itu membuat corat-coret dengan pensel pada kertas lukisan
itu.
2. Gotong -royong : aktiviti gotong-royong membersihkan kampung itu disertai oleh
seleuruh
penduduk kampung.
3. Saki-baki: masih ada saki-baki kotoran di atas anak tangga ini.
4. Licin-licau : Jalan itu licin-licau kerana tumpahan minyak.
5. Mandi-manda : mereka sedang mandi- manda di pantai Port Dickson
6. Gerak geri: Gerak -geri penyerang bola sepak itu dikawl rapi oleh barisan
pertahanan lawan.
7. Desas-desus: Para pekerja mendengar desas-desus bahawa kilang itu akan ditutup.

❖ Kata Ganda Berimbuhan


Dikenali sebagai kata ganda penuh yang diberi imbuhan sama ada awalan , akhiran
apitan atau sisipan. Contohnya , kata bersama-sama dan bantu-membantu . yang berikut
merupakan beberpa contoh kata ganda berimbuhan yang lain serta fumgsimya.

1. Bersama-sama : marilah kita menyiapakan kerja itu bersama-sama.


2. Bantu-membarntu: penduduk kampung itu bantu-membantu untuk menjaga
keselamatan
kampung.
3. Menggaru-garu : monyet itu menggaru-menggaru kepalanya untuk mencari kutu.
4. Teragak-agak: Dia teragak-agak untuk membenarkan anaknya berbasikal ke
sekolah
kerana bimbang akan keselamatannya .
5. Teresak-esak : kanak-kanak itu teresak-esak menangis kerana ketinggalan bas
sekolah .
6. Berkejar-kejaran: Anak kucing itu berkejar-kerjan di dalam rumah

Pengunaan kata ganda dalam Bahasa Melayu.


Salah Betul
1. Beratus-ratus orang penonton- Beratus -beratus orang penonton
penonton
2. Tetamu-tetamu tetamu
3. Beberapa batang pepohon Beberpa batang pohon.

8
4. Sangat licin-licau Licin -licau atau sangat licin
5. Sanagt kusut-masai Kusut-masai atau sanagt kusut
6. Menggaru-garu kepala berkali-kali Menggaru kepala berkali-kali atau
menggaru- garu kepala
7. Salaing tolak-menolak Tolak-menolak atau saling menolak
8. Alat- tulis -alat tulis Alat-alat tulis.

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal –ialah percantuman bahagian-
bahagian daripada serangkaian perkataan.
(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan.


- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- Halaju – hala laju

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.


- tadika – taman didikan kanak- kanak
- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen – cerita pendek.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain dalam perkataan yang mengikuti.
- asbut – asap kabut
- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata – pukul rata
- jalurah – jalan lurah
9
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
akronim. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang pilih menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Kita masih tertanya-tanya, apakah itu Industri Revoulsi 4.0 ? Sesetengah masyarakat
beranggapan bahawa itu merupakan perniagaan. Ada desas-desus mengatakan
bahawa masyarakat di kawasan pedalaman tidak hirau tentang perkara ini.
Mengapakah rakyat tidak mengenali Industri Revolusi 4.0 ? jawabannya mereka tidak
hendak mengambil kira dengan lebih serius perkara ini. Ada juga individu
beranggapan ini merupakan tentang hutan yang perlu dimain peranan oleh
PERHILITAN. Oleh sebab itu, kerajaan sedang mengambil pelbagai langkah secara
besar-besaran untuk meningkatkan kepekaan kadar purata tentang Industri Revolusi
4.0 dalam kalangan masyarakat kita.

Dipetik dan diubah suai daripada


Rencakkan teknologi, Azman Hussien
Dewan Siswa, Mac 2020

Skema Jawaban :
1 Tertanya-tanya
Amir tertanya-tanya tentang baju baharu itu daripada ayahnya.
Desas-desus
2 Azmin sering dengar desas-desus tentang kes penculikan itu daripada penduduk
kampungnya.
Perhilitan
3 Badan Perhilitan memainkan peranan penting untuk memelihara haiwan liar di
hutan.
Purata
4 Kadar purata pengambilan Aliran Sains kian merosot dalam kalangan pelajar.
Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut.

10
Kualiti udara yang kurang baikmerupakan satu daripada perkara yang membimbangkan
masyarakat bandar. Kualiti uddara yang kurang baik disebabkan oleh pembakaran
terbuka, asap kenderaan dan sumber perindustrian. Pencemaran udara ialah faktor
utama yang menyebabkan kesihatan manusia terjejas berdasarkan laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Berdasarkan datan pada 2012 yang direkodkan oleh WHO,
sekitar 6251 orang telah mati disebabkan oleh pencemaran udara ialah faktor utama
yang menyebabkan kesihatan manusia terjejas.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Sistem Memantau Kualiti Udara”
Oleh Munirah Onn,
Dewan Kosmik, Bil.7, 2019

1.
Subjek : Kualiti udara yang kurang baik
Predikat : merupakan satu daripada perkara yang membimbangkan masyarakat bandar

2.
Subjek : Kualiti udara yang kurang baik
Predikat : disebabkan oleh pembakaran terbuka, asap kenderaan dan sumber
perindustrian.

3.
Subjek : Pencemaran Udara
Predikat : ialah faktor utama yang menyebabkan kesihatan manusia terjejas
berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patik Karma Wijaya pergi
menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala
hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang.

Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya,
“Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau
demikian lakunya, sungguhnya ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar
lagi kepetangan.

11
Jawaban

Setelah diketahuinya, lalu Kertala Sari juga menyamar sebagai orang Patih Kerma
Wijaya. Pada ketika itu Kertala Sari juga masuk mengikut Patih karma Wijaya pergi
untuk menghadap bersama-sama dengan orang Jawa yang banyak itu. Kemudian semua
hulubalang yang menghadap bersama-sama itu dilihatnya.
Kemudian Kertala Sari juga terpandang akan Laksamana; kemudian dia juga
berkata-kata di dalam hatinya, “Dialah gerangan Ratu Melaka yang bernama
Laksamana jika demikian tingkah lakunya, sungguhlah dia dapat membunuh bapaku,
kerana dia penjurit hebat lagi cerdik.”

Jawaban : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kenal pasti tiga peribahasa berdasarkan situasi
dalam petikan ini.

Aznil selalu tidak berjaya dalam saringan berenang di sekolah. Dia


beranggapan bahawa saringan tersebut susah untuk dirinya. Namun demikian, Aznil
tanggapan bahawa meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang renang ini
yang pasti mempunyai jalan penyelesainnya. Namun begitu, dia tidak hadir ke kelas
berenang dengan kerap dan memberikan pelbagai alasan. Jurulatihnya tidak putus asa
dan terus berusaha untuk memastikan dia cemerlang. Beliau banyak bimbing Aznil
selepas waktu Tuisyen dan masa lapang. Jurulatih dia beranggapan bahawa seseorang
individu yang lemah jika terus usaha sudah pasti menggapai buah kejayaann
[6 Markah]

1. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.


2. Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket
3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
4. Genggam bara api, biarlah sampai menjadi arang.

12
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Budaya berjimat cermat kian pudar pada masa kini ramai membeli belah dengan
lebih bermaharaja lela tanpa memikirkan keadaan dirinya. Ini menimpa pelbagai
dugaan kepada masyarakat kita. Mereka perlu sedar dengan keadaan dirinya yang akan
menimpa pelbagai masalah seperti penghutang atau muflis dalam senarai bank negara
jika tidak pandai mengawal dirinya. Selanjutnya, mereka juga perlu banyak bekerja
tanpa memikirkan dirinya akibat perbelanjaan yang berlanjutan dan tidak berkawal.
Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk mengatasi
masalah ini. Salah satunya ialah menyedarkan rakyat dengan budaya menabung. Di
samping itu, menekankan rakyat dalam proses pengawalan nafsu mahupun dirinya
semasa sesuatu pembelian di pasaran mahupun dalam talian.

Dipetik dan diubah suai daripada


Belanja berhemat penentu kejayaan,
Dewan Siswa, Julai 2020
Bahan 2

Bank Islam kini melancarkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tahap perbankan
yang lebih sistematik. Hal ini disebabkan oleh masyarakat perlu menyemai dan
menelaah budaya berjimat cermat dalam dirinya. Tambahan pula, mereka perlu berhenti
menunding jari kepada pihak lain semasa mengalami sesuatu masalah kepada mereka
dengan alasan tidak ada individu, badan berkanun ataupun mana-mana pihak
membantu. Pengenalan Sistem Digital ‘BE U’ dapat meningkatkan tahap melabur
dan kurangkan perbelanjaan boros. Tambahan pula, pihak perbankan tersebut
berhasrat anak-anak muda dan ibu bapa akan memiliki tahap perancangan awal
dengan menjimatkan duit kepada anak mereka. Dengan ini, kita dapat
meningkatkan ekonomi dan melahirkan masyarakat yang berjimat cermat demi negara
tercinta ini.

Dipetik dan diubah suai


Bank Islam lancar bank digital, Be U
Metro Harian, 16 Julai 2022.

13
1. Berdasarkan Bahan 1 , apakah maksud pelbagai dugaan [2m]

Maksud pelbagai dugaan ialah Berbagai-bagai cabaran

2. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 , apakah cara-cara boleh dilakukan oleh


masyarakat untuk menelaah budaya jimat cermat dalam hidupnya. [3M]

3. Amalan jimat cermat sangat penting untuk menjamin masa depan.


Pada pendapat anda, apakah punca utama masyarakat terjebak dalam
perbelanjaan boros ?
• Kerana terpegun dengan promosi
• Kerana pengaruh iklan
• Kerana pengaruh rakan

4. Anda mempunyai seorang rakan yang hebat dalam subjek sejarah dan berhasrat
untuk pergi ke lawatan sambil belajar namun demikian dia tidak dapat pergi ke
lawatan kerana masalah kewangan keluarga.

Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda bantu
untuk rakannya.

• Berminta bantuan dengan rakan-rakan kelas


• Bermohon guru membenarkan dengan potongan harga atau harga mesra
• Bermohon dengan ibu bapa untuk membantu dari aspek kewangan

Sebagai rakan prihatin saya akan membantu dia dengan meminta bantuan bersama
rakan-rakannya. Selanjutnya, bermohon guru membenarkan dengan potongan harga
atau harga mesra supaya rakan saya boleh mendapat pengalaman yang bernilai ini.
Seterusnya, saya akan bermohon dengan ibu bapa saya untuk membantu dari aspek
kewangan kepada rakan saya agar dia boleh ikut ke lawatan ini sebagai pecinta sejarah.

14
Petikan Sastera
Bahan 1

SAJAK RUMAH TERBUKA IDILFITRI


I
Di sini
di rumah terbuka idilfitri
kunjung-mengunjungi
ziarah-menziarahi
menjadi amalan tradisi
tempat melepas lelah
bimbang dan resah
membuang segala masalah
melempar debu-debu persoalan
meredakan segala kekusustan
kesibukan pejabat

II
Di sini
terpapar kesepakatan
terjalin kehidupan yang rukun
terpamer semangat kerjasama
tercerna pelbagai budaya
terpana persaudaraan
15
melengkapi suasana
ramah mesra
unik dan pesona
memperagakan kemurnian nurani
indahnya tolenrasi

III
Di sini
bukan saja terhidang aneka juadah memikat selera
makan-makan dan sembang-sembang saja
di sini juga persahabatan bertambah karib
persaudaraan Makcik Ainah dan Puan Meena
yang jauh terasa dekat
hanya dengan menegur sapa dengan senyum
yang sentuh hati dengan ketawa yang manis
terserlah lambang kesatuan dan perpaduan
bertaut silaturahim sejati
menjalin ukhwah suci

Bahan 2

Uncle Lee berkata, “Haiyaa, manyak terima kasih lu mau tolong sama guwa. Tadi
ada dua olang Melayu banyak teruk woo tak mau tolong sama guwa. Haa sudah lah,
sekarang guwa mau lu tolak ini kereta dengan bantuan itu olang Cina. Tiba-tiba Ariffin
hadir dan membantu dengan erti persabahatan. Dia memberithau kepada Uncle Lee
negara kita tidak ada semangat perkauman kita semua anak malaysia. Kami sambut
tahun Baharu Cina, Orang India rakan saya Kumar sambut Hari Raya yang
menunjukkan kita sudah ada persefahaman yang erat antara satu sama lain.

Uncle Lee membalas tenang dengan muka gembira “itu sebab kini kita pegang
konsep MADANI ? Ini baru betul-betul negara bersatu padu. Minta maaf sama you
boy”. Pada masa itu, Kumar terjumpa rakan Ariffin dan mengambil hasrat untuk
bantunya. “Itu dia Uncle Lee saya beritahu tadi Kumar”. “ Hello Uncle, saya memang
biasa lepak dengan Ariffin kita bagaikan adik beradik umpama makan sama bermain
bola sepak yang sama kerana mempunyai sikap toleransi dan persahabatan yang utuh
antara kita berdua.

Dipetik dan diubah suai,


Dan sebenarnya aku ialah
Otman Salib, Dewan Sastera Ogos 2018.

16
1. Berdasarkan bahan 1, bagaimanakah Makcik Ainah dan Puan Meena rapat dalam
pertemuan rumah terbuka ? [2m]

• Rangkap 3 ; baris 7 dan 8 tetapi buat dalam bentuk ayat yang gramatis.

2. Berdasarkan semua bahan, terangkan kepentingan bersatu padu dalam kalangan


rakyat Malaysia. [ 3M]

• Kepentingan bersatu ialah dapat mewujudkan semangat bersatu padu, semangat


persaudaraan. Selanjutnya, boleh mengenali budaya orang lain dari aspek
perayaan, makanan, budaya dan sebagainya.

3. Media sosial kini menjadi alat fitnah yang merobohkan semangat satu padu.
Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu ambil untuk
meningkatkan semangat perpaduan [3M]

• Perlu menggunakan proses penapisan oleh Suruhan Jaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia (SKMM)
• Perlu mewujudkan pendedahan melalui kempen kesedaran
• Perlu mempropagandakan melalui media massa supaya rakyat sedar tentang
penularan fitnah yang membawa pelbagai keburukan kepada bangsa dan negara.

4. Rakan anda sentiasa memikirkan sikap kera sumbang. Ini mewujudkan masalah
antara rakan-rakan di kelas anda.
Sebagai seorang rakan yang berhemah tinggi apakah cadangan yang anda akan
buat untuk menukarkan sikap dia.

• Saya akan mengajak dia untuk menonton filem-filem pengorbanan wira


yang melibatkan pebagai kaum supaya wujud sikap kerjasama.
• Saya juga akan membawa dia ke Bilik Kaunseling untuk mendapat
pendedahan tentang sikap bekerjasama.
• Saya juga akan membeli novel-novel patriotik seperti leftenan Adnan
Wira bangsa supaya rakannya menelaah peri penting sikap kerjasama
antara rakan.

17
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat
memberikan pedoman kepada pembaca.
[6Markah]

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Karya Abdul Latip Talib. Novel ini
memaparkan pelbagai peristiwa yang menjadi pedoman kepada saya sebagai pembaca.
Peristiwa pertama ialah peristiwa Adnan mematuhi cadangan ibunya untuk
mengawini Sophia. Sebagai seorang anak, Adnan menjalankan tanggungjawab untuk
patuh akan kehendak ibu bapanya. Walaupun tidak mengenali Sophia, namun Adnan
tidak membantah apabila mereka mahu menjodohkannya dengan Sophia, seorang guru
sekolah yang merupakan anak Pak Faqih Muda sekembalinya dari London dan setelah
berjaya menjawat jawatan Leftenan Muda. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya
kita sentiasa mentaati kata-kata ibu bapa agar dapat hidup berbahagia.
Peristiwa Pak Saidi sangat mementingkan ilmu apabila dia berkeras untuk
menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berpendapat bahawa untuk
mencari ilmu mestilah belajar dengan bangsa yang lebih berjaya dan maju. Walaupun
mendapat tentangan dan halangan daripada penduduk kampung., namun Pak Saidi tetap
meneruskan hajatnya menghantar anaknya ke sekolah Inggeris. Hasilnya anak-anak Pak
Saidi telah berjaya dan menjadi ikutan oleh penduduk kampung yang lain. Peristiwa ini
memberikan pedoman supaya kita seharusnya mementingkan Ilmu pengetahuan untuk
masa depan yang cemerlang walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

18
Baca dan setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1
Sejarah sukan paralimpik bermula di Burylesburg, England pada tahun 1948 yang
mana disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina. Sukan tersebut
diilhamkan semasa Sukan Olimpik berlangsung di London pada ketika itu.Sukan
paralimpik tersebut diadili oleh Sir Ludwing Guttman. Beliau digelar Bapa Sukan
Paralimpik atau Bapa Sukan Kurang Upaya. Sukan Paralimpik yang pertama
berlangsung di Kota Rome,Itali pada tahun 1960.

Walaupun kejayaan mereka bagaikan lautan tetapi masih lagi mereka mengalami
pelbagai halangan dan kekangan dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana
mereka bersaing segala perkara dengan manusia normal. Selain itu, mereka tidak dapat
pekerjaaan selepas mereka bersara dari dunia sukan. Hal ini disebabkan oleh, majikan
beranggapan bahawa pemberian bantuan dan pekerjaan akan membebankan mereka.
Tambahan pula, mereka tidak diberikan kemudahan yang lengkap di kawasan- kawasan
utama. Sebagai contoh, di kawasan perbankan, kawasan jalan raya. Perkara-perkara ini
walaupun agak kecil tetapi untuk insan yang menyusuri sungai kehidupan dengan
pelbagai onak dan duri merupakan masalah tunjang kepada mereka.

Selanjutnya, masyarakat beranggapan bahawa paralimpik ini tidak bekerjasama


dengan golongan normal. Hal ini disebabkan oleh mereka beranggapan mereka
membuat sesuatu kerja dengan cepat berbanding dengan insan-inan biasa. Oleh sebab
itu, pihak kerajaan perlu menguar-uarkan kejayaan paralimpik melalui media massa.
Hal ini disebabkan oleh, rakyat akan sedar sumbangan mereka ke arah negara yang
tercinta ini. di samping itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti semasa
hari Paralimpik dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat akan mula
mengenal pasti kehadiran mereka sebagai seorang insan yang mendaki bukit-bukit
kejayaan dengan pelbagai masalah dan rintangan demi kejaayan masyarakat MADANI
ini.

Jelaslah, atlet paralimpik mampu mencapai kejayaan dalam sukan walaupun tidak
sempurna fizikalnya malah lebih berjaya daripada atlet-atlet normal yang lain.Ini
membuktikan bahawa atlet paralimpik juga mampu mengangkat dan mengaharumkan
nama negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.Oleh itu,wajarlah kerajaan
memberikan peruntukan kewangan untuk membangunkan lagi industri sukan bagi
golongan ini.

Dipetik dan diubah suai


Sedarlah Masyarakat, Kamarudin Ayop
19
Dewan Siswa, Bil. Julai 2020.

Bahan 2

Penyelesaian Paralimpik

• Menyediakan bantuan dana yang secukupnya


• Memberikan elaun khas kepada paralimpik
• Mewujudkan peluang pekerjaan khas dalam sektor kerajaan mahupun
swasta.
• Menyediakan sekolah paralimpik kepada anak muda.

Bahan 3

Kita boleh buat seminar


Masyarakat perlu percuma atau pengedaran
ubah sikap pemikiran risalah kepada masyarakat
kolot terhadap untuk meningkatkan
golongan paralimpik kepekaannya

20
Rumusan jawaban contoh:

Rumusan membincangkan cara-cara meningkatkan kepentingan Paralimpik dan


kekangan-kekangan yang dihadapi oleh paralimpik di negara kita.
Cara-cara meningkatkan kepentingan Paralimpik adalah dengan penganjuran hari
Paralimpik secara besar-besaran. Selanjutnya, pihak kerajaan perlu menyediakan
bantuan dana yang secukupnya. Di samping itu, pihak kerajaan atau badan berkanun
perlu memberikan elaun khas kepada mereka. Seterusnya, perlu menawarkan peluang
pekerjaan khas kepada golongan ini dalam pelbagai bidang. Tambahan pula,
masyarakat juga perlu mengambil inisiatif dengan menganjurkan seminar kepada
komuniti untuk menghargai dan meningkatka sikap hormat terhadap golongan ini.
Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh golongan paralimpik ialah masyarakat
beranggapan mereka tidak akan bekerjasama. Selanjutnya, golongan paralimpik tidak
dapat pekerjaan selepas mereka bersara dari dunia sukan. Seterusnya, masyarakat juga
mempunyai pemikiran kolot yang tidak menghormati dan menganggap golongan ini
sebagai beban kepada mereka.
Kesimpulannya, isu kepentingan paralimpik haruslah diberi perhatian agar dapat
memastikan golongan ini tidak terbiar dalam ledakan teknologi.

21

Anda mungkin juga menyukai