Anda di halaman 1dari 5

BAB 2

PERSAMAAN KONSEP PENYUCIAN JIWA ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA


BUDDHA

2.1 NAFSU SEBAGAI PENCETUS SIFAT-SIFAT NEGATIF ATAU PENDERITAAN.

Definisi nafsu menurut Imam Al-Ghazali, membawa dua pengertian iaitu pertama bermaksud yang
meliputi sifat marah dan hawa nafsu yang terbentuk dalam diri manusia yang menjadi puncanya
berlaku segala sifat kecelaan dalam diri manusia dan maksud yang kedua ialah hakikat diri serta zat
sebenar diri manusia itu sendiri. Ia merupakan suatu hasrat seseorang insan untuk mencapai
kemahuannya. Sedangkan dalam agama Buddha nafsu atau lebih dikenali sebagai tanha yang bererti
keinginan. Menurut Ajahn Brahm, nafsu bererti menginginkan sesuatu selain dari apa yang sudah
miliki.

Kedua-dua agama membawa erti nafsu yang sama iaitu keinginan untuk mendapatkan sesuatu sama
ada sesuatu yang buruk atau baik kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai fitrah semulajadi
yang tersendiri yang ada kemahuan dan keinginan sesuatu dalam diri mereka. Kedua-dua agama
mengajar untuk melepaskan diri daripada kemahuan hawa nafsu ialah dengan melakukan proses
penyucian jiwa kepada Tuhan dengan melakukan amalan-amalan kebaikan.

2.1.1 Keinginan kepada Hiburan

Menurut agama Islam, berhibur hukumnya adalah harus dan perlunya kepada garis panduan yang
telah ditetapkan oleh agama agar ia tidak merosakkan akhlak dan maruah agama dan orang Islam.
Jika hiburan itu didalamnya ada unsur kemaksiatan ianya dilarang sama sekali dan boleh jatuh
hukumnya kepada haram. Berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian atau nyanyian asalkan
hiburan tersebut sama sekali tidak menyalahi hukum-hukum syara’ kerana Islam tidak pernah
menyekat naluri fitrah manusia selagi mana perkara tersebut tidak melalaikan dan melaghakan
manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 55 :

‫ِا ِمَس‬
‫َو َذا ُعوا الَّلْغَو َاْع َرُض ْوا َعْنُه‬

Maksudnya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling
daripadanya.

Manakala menurut ajaran asal agama Buddha, berhibur memang tidak dibenarkan kerana ianya
termasuk dalam lima larangan yang perlu diikuti oleh penganut agama Buddha antaranya
termasuklah dilarang mendatangi tempat-tempat yang dipergunakan untuk hidupkan perkara
maksiat seperti tempat-tempat hiburan atau pertunjukan-pertunjukan. Mesej itu membawa maksud
bahawa agama Buddha melarang pengikut-pengikutnya hidup bermewahan dan suka berhibur. Hal
ini kerana hiburan akan menyebabkan manusia lalai dan melupakan tanggungjawabnya malah boleh
menjadikan seseorang itu tidak bermoral apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang merosakkan ketika
berhibur.

Secara kesimpulannya, kedua-dua agama membolehkan untuk berhibur selagi mana hiburan
tersebut tidak melampaui batas dan hiburan itu juga jangan sampai kepada merosakkan maruah
manusia. Ianya perlu melihat kepada garis panduan agama yang telah ditetapkan sebelum berhibur
agar diri dan jiwa manusia ini terpelihara daripada perkara-perkara buruk.

2.1.2 Sifat Kesombongan

Secara pengertiannya sifat sombong adalah lahir daripada sifat ujub iaitu menggangap dirinya
sahaja yang betul dan meremehkan orang lain, merasa dirinya pandai dan tinggi dalam semua
perkara baik dari segi harta, pangkat atau kedudukan. Menurut agama Islam, Imam al-Ghazali
mengatakan sombong merupakan tingkah laku dan sifat yang memuji, mengagungkan dan melihat
diri sendiri sahaja yang lebih hebat daripada yang lain. Ia merupakan sifat mazmumah dan tercela
didalam agama sebaliknya orang yang memiliki sifat sombong ini, mereka mempunyai satu
penyakit iaitu penyakit hati. Berdasarkan al-Quran melalui surah Luqman ayat 18 :

‫َواَل ُتَص ِّعْر َخ َّد َك ِللَّناِس َواَل ْمَتِش ىِف اَاْلْر ِض َم َرًح ۗا ِاَّن الّٰل َه اَل ِحُيُّب ُك َّل ْخُمَتاٍل َفُخ ْوٍۚر‬

Maksudnya : Dan janganlah kalian memalingkan wajah dari manusia(kerana sombong) dan
janganlah berjalan di bumi dalam keadaan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang
yang sombong dan memuji diri.

Manakala menurut agama Buddha, mereka juga melarang penganut agama mereka bersifat
sombong kerana dalam agama mereka mengajar dan mendidik manusia kepada kebaikan. Untuk
menghilangkan rasa sifat sombong dalam diri manusia, penganut Buddha disarankan untuk sentiasa
perbaiki diri dan menanamkan sifat kerendahan hati.

“ Bermeditasilah pada tanpa tanda(animitta) dan atasi kecenderungan kesombongan. Dengan


sepenuhnya memahami dan menghancurkan kesombongan engkau akan hidup dalam
kedamaian(tertinggi).” (Snp 2.11:Rahula Sutta)

2.2 SEGALA PERBUATAN YANG BURUK DALAM AGAMA.

Kedua-dua agama Islam ataupun Buddha telah menetapkan mana-mana manusia yang melakukan
perbuatan buruk akan mendapatkan balasannya. Bagi agama Islam balasannya adalah dosa,
manakala bagi agama Buddha akan dibalas dengan karma.
2.2.1 Meminum arak atau minuman yang memabukkan.

Arak atau minuman yang memabukkan adalah diharamkan, ianya bukan sahaja dalam agama Islam
bahkan menurut agama Buddha juga ianya dilarang. Menurut agama Islam, ianya telah jelas
dinyatakan dalam hadith Nabi SAW :

‫ُك ُّل َش َراٍب َأْس َك َر َفُه َو َح َراٌم‬

Maksudnya : “Semua yang memabukkan adalah haram”

Hadis Riwayat Bukhari(5263) dan Muslim(2001).

Sedangkan dalam agama Buddha juga melarang berkaitan arak kerana ia termasuk dalam Lima
Perintah(The Five Precepts) yang perlu diikuti ialah kesemua penganut agama Buddha iaitu
larangan meminum benda yang memabukkan.

Kedua-dua agama mengganggap bahawa arak atau minuman yang memabukkan boleh memberi
kesan kepada manusia lebih-lebih lagi melibatkan hati akan menjadi kotor dan fikiran akan menjadi
rosak serta mampu menghilangkan kesedaran dan kewarasan akal manusia. Oleh sebab itulah
kedua-dua agama melarang sekeras-kerasnya pengambilan arak atau minuman yang memabukkan
kerana akan memberi kesan yang buruk kepada manusia.

2.2.2 Homoseksual (LGBT)

Pengertian LGBT adalah singkatan daripada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender. Menurut
Agama Islam, LGBT adalah satu perkara yang keji dan hina disisi agama kerana disebabkan
perbuatan itulah Allah SWT telah melaknat kaum umat Nabi Luth. Ianya adalah perbuatan yang
dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam kerana ianya telah terpesong daripada fitrah asal
manusia. Islam dengan tegasnya melarang dan mengecam perbuatan yang tidak wajar tersebut
kerana bukan sahaja merugikan diri sendiri malah melahirkan sosial yang buruk di kalangan
manusia. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan hati dan jiwa manusia yang pada dasarnya tetap
dengan fitrah semulajadi tetapi disebabkan oleh hal-hal semasa mereka menjadi manusia yang
dilaknat oleh Allah SWT. Berpandukan hadis sahih daripada Nabi SAW :

‫ َفا ُلوا اْلَف اِع اْل ْف وَل ِبِه‬، ‫ِم ُلوٍط‬


‫َل َو َم ُع‬ ‫ْقُت‬ ‫َمْن َوَج ْد ُمُتوُه َيْع َم ُل َعَم َل َقْو‬

Maksudnya : “Jika kamu mendapati seseorang melakukan amalan kaum Lut, bunuhlah pelaku dan
orang yang dilakukan perlakuan itu.”
Menurut agama Buddha pula segala aktiviti LGBT tidak dibenarkan. Agama Buddha memandang
LGBT sebagai penyimpangan atau kelainan dari ajaran agama yang sebenar. Homoseksual atau
LGBT ini bertentangan dengan 8 sila dalam ajaran Buddha antara iaitu perlu melakukan hubungan
seksual dengan pasangan yang sah bukannya sejenis dan songsang.

Menurut tokoh agama Buddha,

“LGBT itu perbuatan penyimpangan seksual. Ia adalah perbuatan jijik untuk dilihat dan dalam
kepercayaan kami ini sangat terlarang. Jadi kalau ianya perkara yang menyimpang maka harus
kita meluruskannya..”.(Buddha, 21 Juli 2017).

Secara kesimpulannya kedua-dua agama melarang keras perbuatan homoseksual atau LGBT kerana
padanya akan melahirkan manusia yang tidak bermoral dan terpesong daripada fitrah semula jadi
manusia yang diciptakan oleh Tuhan.

2.3 SEGALA PERBUATAN YANG BAIK AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN.

Kedua-dua agama menganjurkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan kerana setiap amalan
baik itu akan dibalas dengan kebaikan. Perbuatan yang baik akan mendidik akhlak dan peribadi
seseorang kearah yang lebih bermoral dan kehidupan yang diberkati. Disamping itu juga, perbuatan
yang baik mampu membersihkan hati dan jiwa manusia daripada kekotoran dosa.

2.3.1 Menerapkan akhlak dan moral yang baik.

Kedua-dua agama sangat mementingkan perilaku dan akhlak yang baik kerana ia merupakan imej
kepada agama masing-masing. Manusia yang berakhlak baik akan mencapai tahap kesempurnaan
jiwa yang bersih. Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa manusia dengan lahirnya perbuatan
atau tingkah laku tanpa memerlukan kepada penelitian (Imam al-Ghazali, 2001). Dalam agama
Islam sangat menitikberatkan umatnya untuk mempunyai akhlak yang baik kerana Islam sangat
menjaga martabat dan maruah manusia melainkan manusia itu sendiri yang merosakkannya.
Masyarakat yang hidup tanpa akhlak akan merasai ketakutan dan tiada peluang untuk bahagia (Asri,
2007).

Bagi penganut agama Buddha, manusia yang melakukan perbuatan buruk dan tidak bermoral akan
menjadikan seseorang itu jauh daripada ajaran Buddha yang tulen. Hal ini kerana penganut agama
Buddha adalah dikalangan mereka-mereka yang mempunyai sifat baik dan nilai moral yang tinggi.
Misalnya, sifat ihsan kepada manusia. Dalam ajaran Buddha menekankan sifat ihsan kepada seluruh
manusia tanpa melihat warna kulit, bangsa atau umur. Dengan penerapan sifat ihsan tersebut akan
membentuk sahsiah dan akhlak yang baik disamping mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

2.3.2 Ibadah Puasa


Menurut agama Islam ibadah puasa adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim yang cukup
syarat-syaratnya khususnya di bulan Ramadhan. Ia bertujuan sebagai melatih dan menahan diri
daripada percakapan yang sia-sia, melatih diri daripada melakukan hal-hal yang buruk, dapat
mengawal hawa nafsu serta dapat meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Berpuasa juga dapat membentuk peribadi manusia yang sentiasa sabar dan mampu merawat jiwa
yang kotor.

Bagi pandangan Buddha pula untuk menyucikan diri dan memperbaiki diri adalah salah satu
caranya dengan melaksanakan puasa. Puasa dalam agama Buddha disebut dengan upasatha yang
bermaksud “masuk untuk berdiam” atau istilah lain ialah menahan diri. Tujuan berpuasa adalah
untuk mengawal diri manusia daripada tuntutan nafsu. Adapun juga berpuasa mampu
mengendalikan diri terhadap nafsu indera, dapat membersihkan fikiran dari hal-hal yang kotor
sehingga manusia itu merasai ketenangan dan kebahagiaan.

Secara jelasnya, kedua-dua agama menganjurkan umatnya untuk berpuasa dan merupakan cara
yang paling berkesan untuk menyucikan hati dan jiwa manusia. Walaupun kedua-dua agama
berpuasa dengan cara pengamalan yang berbeza tetapi dari segi matlamat dan tujuan kedua-duanya
adalah sama iaitu untuk menahan dan melatih diri manusia mengendalikan tuntutan nafsu serta
dapat membersihkan hati dan jiwa manusia daripada hal-hal keduniaan. Kedua-dua agama melarang
melakukan perbuatan yang buruk seperti bercakap bohong, berhibur, mencuri dan lain-lain lagi
ketika melaksanakan ibadah puasa.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak persamaan konsep penyucian jiwa antara agama Islam dan
agama Buddha kerana dalam setiap agama sudah ada jalan-jalan untuk mendekatkan diri kepada
Tuhannya. Ia bertujuan untuk membersihkan hati dan jiwa daripada segala kekotoran yang boleh
timbul penyakit hati jika ianya tidak dibersihkan dengan amal-amal kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai