Anda di halaman 1dari 4

Penanda Wacana Untuk Memulakan Karangan

Pada era globalisasi ini

Dalam meniti arus kemodenan ini

Kini

Dewasa ini

Dasawarsa ini

Sejak sedekad yang lalu

Kebelakangan ini

Belakangan ini

Akhir-akhir ini

Baru-baru ini

Umum mengetahui bahawa

Sejak zaman-berzaman

Pada tahun- tahun belakangan ini

Contoh Ayat: Dasawarsa ini, perkembangan teknologi telah mengubah cara kita berkomunikasi dan
berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.

Penanda Wacana Untuk Menunjukkan Turutan

Antara

Selain itu

Di samping itu

Lain daripada itu

Seterusnya

Begitu juga dengan

Akhir sekali

Contoh Ayat: Di samping itu, saya ingin menekankan betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dalam
menghadapi pandemik COVID-19.

Penanda Wacana Untuk Menghuraikan Isi Karangan


Hal ini dikatakan demikian kerana

Hal ini berlaku kerana

Hal ini terjadi kerana

Hal ini disebabkan oleh

Hal ini wujud akibat daripada

Hal ini bersangkut-paut dengan

Hal ini berpunca daripada

Hal ini tercetus apabila

Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

Contoh Ayat: Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan dan
diri dalam masyarakat.

Penanda Wacana Untuk Memberi Contoh

Misalnya

Contohnya

Sebagai contoh

Tamsilnya

Seperti yang kita sedia maklum,

Satu contoh

Satu cara

Antara contoh

Contoh Ayat: Misalnya, inovasi yang berterusan sangat penting untuk mempertahankan daya saing dan
pasaran yang sering berubah-ubah.

Penanda Wacana Untuk Menghuraikan Contoh

Hal ini mengakibatkan

Hal ini menyebabkan

Oleh itu

Maka

Oleh hal yang demikian

Oleh sebab itu


Jelaslah bahawa

Justifikasinya

Contoh Ayat: Oleh itu, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pasukan kami telah mencapai
target jualan bulanan.

Penanda Wacana Untuk Menutup Isi

Kesannya

Natijahnya

Akibatnya

Kesudahannya

Dengan berbuat demikian

Dengan keadaan sedemikian

Dengan keadaan sedemiikian

Contoh Ayat: Saya belajar dengan tekun dan berusaha keras, dan natijahnya saya berjaya mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Penanda Wacana Untuk Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat

Juga

Malah

Malahan

Tambahan pula

Sementelahan

Di samping

Bahkan

Contoh Ayat: Saya sudah menyiapkan tugasan sekolah, tambahan pula saya juga membantu ibu
membersihkan rumah.

Penanda Wacana Untuk Memulakan Perenggan Penutup

Kesimpulannya

Intihanya

Secara tuntas

Tuntasnya
Konklusinya

Sebagai penutup wacana

Sebagai penghias bicara

Sebelum mengakhiri wacana ini,

Secara keseluruhan

Akhir kata

Contoh Ayat: Saya telah menghabiskan semua tugasan rumah, tuntasnya dapat berehat dengan tenang.

Penanda Wacana Untuk Menerangkan Huraian Atau Pendapat yang Berbeza

Walau bagaimanapun

Namun demikian,

Namun begitu

Meskipin

Daripada perspektif yang berbeza

Jika dilihat dari sudut lain

Kontradiksinya

Di sebalik itu,

Dalam pada itu

Dari sudut lain

Contoh Ayat:Ayah sudah memberi nasihat kepada adik, namun begitu adik masih mengulangi kesilapan
yang sama.

Chapter : Kemahiran Menulis

Topic : Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan ayat.

Anda mungkin juga menyukai