Anda di halaman 1dari 3

Skrip Batu Belah Batu Bertangkup

Babak 1
Pada suatu masa dahulu, ada seorang wanita bernama Mak Tanjung yang tinggal di sebuah
kampung. Dia mempunyai dua orang anak, Melur dan Pekan, yang dibesarkannya sendiri
selepas kematian suaminya. Mereka menyara kehidapan dengan menenun jala dan
menangkap ikan di laut. Ini diteruskan Mak Tanjung selepas pemergian suaminya.

Mak Tanjung sangat menggemari ikan tembakul. Tetapi, ikan ini sukar didapati dan agak susah
untuk ditangkap. Pada suatu hari, nasib menyebelahinya apabila dia berhasil menangkap ikan
ini dengan raganya, semasa menangkap ikan di kawasan paya sungai berhampiran dengan
rumahnya.

A: Wah, bertuahnya aku dapat ikan mengandung, eh macam bau ikan tembakau, iiii my favourite

Babak 2
Dengan rasa kesyukuran, Mak Tanjung membawa ikan itu pulang untuk dikongsi bersama
anak-anaknya.

A: Melur, ni emak sudah siang ikan tembakau ni siap ada telur lagi. Mak dah potong telur tiga
bahagian simpan satu untuk emak ya nak

B: mahu masak ke mak

A: eh takla kau tunggu sampai telur tu menetas baru masak

B: nak telur dadar ke telur rebus ke telur- melur masak dulu ye mak

A: Ingat tau simpan satu untuk mak, mak mahu mandi kejap

B: Baiklah mak, eh mak, mak kene gune shampoo Delima

A: syampoo apa?

B: syampoo delima mengandungi pati limau purut yang disaluti dengan nutrien-C, agar kulit kepala
sihat dan kurangkan keguguran rambut

Babak 3
B: Pekan, ooh Pekan

C: Ye Kak

B: Mari makan telur ikan ni, simpan satu untuk mak tau

C: ok

Pekan mencuba mengambil telur teakhir

B: kau nak ape

C: *mengamuk* nak lagi nak lagi

B: ni untuk mak

C: nak telur tembakau nak telur tembakau

Melur campak telur ayam


B: ambik kau

C: taknak ni nak telur tembakau

Dalam keadaan terdesak untuk meredakan adiknya, Melur memberikan bahagian telur ikan
ibunya kepada Pekan.

C: ermm sedapnye. Mmm medium rare

A: *menjerit* noo my precious telur ikan tembakau

B: ampunkan Melur mak, takdi adik menjerit dan mengamuk, Melur Terpaksa bagi telur ni kat adik,
bising sangat takdi, mak tak dengar ke adik mengamuk takdi

A: tak…mak mane nak dengar sebab mak tengah gune syampoo delima yang mengandungi pati
limau purut yang disaluti dengan nutrien-C, agar kulit kepala sihat dan kurangkan keguguran rambut

B: maafkan melur ye mak

A: How dare you this to me, I am your mother

B: mak!

C: makk!

BABAK 4

Mak Tanjung terus lari ke dalam hutan dan bertemu dengan batu belah batu bertangkup.
Pekan Dan Melur tidak dapat bergerak seolah-olah dipukau. Mereka hanya boleh memujuk
ibunya dan melihat.

A: Batu belah batu bertangkup, tangkup lah aku, telan lah aku, aku mengidam telur ikan tembakau

B: mak!

C: mak!

Mulut batu buka

Mak Tanjung cuba masuk kedalam batu

A: erm.. batu belah batu bertangkup. Bukak besar sikit boleh tak

Mulut batu buka

Mulut batu tutup

Rambut Mak Tanjung

A: Rambut ku!!

BC: mak mak,

Mereka meronta-ronta dan menangis, dan menepuk-nepuk permukaan batu yang tertutup itu,
sambil memegang erat rambut mak nya itu. Menjelang waktu pagi, kedua-dua adik beradik itu
merasa sangat penat dan terpaksa menerima takdir mereka sebagai anak yatim. Mereka
selamanya menyesali perbuatan mereka yang mementingkan diri sendiri.

Daripada ‘Kisah Batu Belah Batu Bertangkup’ yang telah saya ceritakan tadi, pengajaran yang boleh
kita perolehi berdasarkan cerita ini ialah yang pertama, sebagai anak, kita hendaklah
menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah melahirkan dan mendidik kita sejak dari kecil
lagi dan menunjukkan rasa kasih sayang antara adik-beradik. Selain itu, kita hendaklah
meminta izin dan kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil hak orang lain.
A: Mak Tanjung
B: Melur
C: Pekan

Anda mungkin juga menyukai