Anda di halaman 1dari 1

AYU SOFEA BINTI ABDUL HAKIM

I22106096

TUTORIAL 1: SETUJU ATAU TIDAK TENTANG PENGGUNAAN HARNESS

Saya berpandangan bahawa penggunaan harness kepada kanak-kanak adalah wajar


dalam kalangan ibu bapa. Walaupun terdapat implikasi dari sudut negatif atas
penggunaannya namun saya kira bahawa terdapat lebih banyak kebaikan atas alatan
keselamatan ini. Antaranya ialah dapat mengekalkan keselamatan kanak-kanak dalam
suatu jangka masa. Ini kerana pergerakan kanak-kanak yang sukar dikawal sekurang-
kurangnya dapat dipantau semasa menggunakan alatan ini terutamanya di tempat
awam seperti pusat membeli belah dan juga taman permainan. Di sinilah keselamatan
harness berfungsi untuk memastikan keselamatan anak kecil supaya tidak melarikan
diri. Jadi, kanak-kanak akan tetap selamat di bawah pengawasan ibu bapa. Selain itu
bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas, penggunaan harness ini juga
berguna sebagai keselamatan tambahan supaya mereka kekal di bawah pengawasan
ibu bapa mereka. Di samping itu, alat ini juga berguna untuk melatih kaki kanak-kanak
semasa berjalan. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi untuk membawa anak
keluar rumah dan bermain bersama. Bukan itu sahaja malah faedah penggunaan
alatan keselamatan yang dikenali sebagai harness ini sebenarnya memberi kanak-
kanak lebih banyak kebebasan untuk menjelajah alam sekitar dengan selamat. Kerana
ketika mereka berada di kereta bayi, mereka hanya dapat duduk dan merasa sulit untuk
bergerak di mana saja. Atas sebab ini, harness menyediakan lebih banyak ruang bebas
untuk kanak-kanak dapat berjalan dan bergerak semasa berada dalam keadaan
selamat dalam menjaga anak-anak. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa
produk harness ini sesuai untuk digunakan dengan syarat tidak menghadkan
pergerakan kanak-kanak semasa menggunakan harness seperti menarik tali tersebut
malah bertindak mengikuti pergerakan mereka selagi berada dalam Kawasan yang
selamat serta mengehadkan masa untuk menggunakan alat keselamatan ini agar
pertumbuhan kanak-kanak tidak terbantut.

Anda mungkin juga menyukai