Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENGHASILAN BAHAN SIMULASI

NAMA : NURHIKMAH SYAKIRAH BINTI SELAMAT


: SARAH SYAHIRAH BINTI ZAMERI
UNIT : PISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
AMBILAN : JUN 2014

1.0 TAJUK
Big Book Kenali Jenis Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak Selamat

1.1 Penerangan Ringkas


Kami menghasilkan bahan simulasi keselamatan ini kerana melihat isu masa kini yang
melibatkan jenayah kanak-kanak yang kian meningkat. Keadaan ini mendorong kami
untuk melaksanakan pengajaran yang berisikan jenis-jenis sentuhan menggunakan
bahan simulasi iaitu Big Book Kenali Jenis Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak
Selamat. Supaya kelak, murid-murid dapat membezakan sentuhan selamat, tidak selesa
dan tidak selamat yang dilakukan oleh orang-orang di sekelilingnya.
Bahan simulasi tersebut menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengenali sentuhan
selamat, tidak selesa dan tidak selamat. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid diberi
peluang untuk melaksanakan aktiviti mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Murid-
murid juga dikehendaki menggunakan tapak tangan pelbagai warna iaitu hijau, kuning
serta merah bagi melabel bahagian-bahagian anggota badan yang selamat, tidak selesa
dan tidak selamat untuk disentuh. Tuntasnya, bahan simulasi Big Book Kenali Jenis
Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak Selamat dapat mengajar murid-murid
mengenali pelbagai jenis sentuhan untuk menjaga keselamatan kendiri.

1.2 Objektif
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
• Menyatakan bahagian anggota badan bagi sentuhan selamat, tidak selesa dan
tidak selamat.
• Memadankan jenis sentuhan selamat, tidak selesa dan tidak selamat pada
bahagian anggota badan yang betul.

1
2.0 BAHAN SIMULASI YANG TELAH DIHASILKAN

Rajah 1 Bahan Simulasi Keselamatan:


Big Book Kenali Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak Selamat

2
3.0 LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN SIMULASI YANG TELAH DIHASILKAN
Alat simulasi Big Book Kenali Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak Selamat
mudah digunakan oleh guru-guru bagi menerangkan secara jelas dan eksplisit
bahagian-bahagian anggota badan yang selesa, tidak selesa dan tidak selamat
disentuh. Alat ini juga boleh digunakan oleh murid-murid tanpa bimbingan guru kerana ia
mudah dan ringkas. Berikut merupakan langkah penggunaan bahan simulasi Big Book
Kenali Sentuhan Selamat, Tidak Selesa dan Tidak Selamat:

1. Buka halaman pertama bagi melihat


arahan yang disediakan.

2. Tampalkan tapak tangan bewarna ini


pada bahagian badan yang disediakan
berdasarkan arahan di halaman
hadapan.

3
3. Tapak tangan ditampal pada
bahagian hitam berdasarkan warna dan
bahagian yang betul

4. Ulangi langkah 3 pada gambar-


gambar yang seterusnya.

4
4.0 FAEDAH-FAEDAH DARI BAHAN SIMULASI YANG TELAH DIHASILKAN
Pelbagai faedah boleh diperolehi sepanjang penggunaan bahan ini termasuklah:
• Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran bersosial dengan melaksanakan
aktiviti ini secara berkumpulan.
• Murid-murid dapat mengenali bahagian badan yang boleh disentuh dan tidak
boleh disentuh.
• Murid-murid dapat memastikan keselamatan diri walaupun ketiadaan ibu bapa
atau orang dewasa di sisi.

5.0 PENUTUP
Penghasilan bahan simulasi ini menunjukkan akan kepentingan pengajaran tajuk ini
kepada murid-murid prasekolah. Diharapkan pihak guru dan ibu bapa mengambil
langkah proaktif dalam memastikan pengurangan kes jenayah dalam kalangan murid-
murid prasekolah. Selain itu, penggunaan bahan yang mudah dan ringkas ini membantu
murid-murid menggunakannya tanpa kehadiran guru dan ibu bapa. Oleh itu, ia sangat
sesuai dijadikan bahan permainan yang dapat memberikan input kepada murid-murid,
sambil belajar sambil bermain.

5
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Malaysia, K. P. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah. Putrajaya: Bahagian


Pembangunan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai