Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENGAJARAN PEERS, PRASEKOLAH SK TIMBANG

TAJUK AKTIVITI Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di


Prasekolah.
TARIKH 13 Oktober 2017
MASA 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT Prasekolah, SK Timbang Kota Belud
SASARAN Murid-murid prasekolah SK Timbang
PENDAHULUAN PEERS Sehari @ Prasekolah ialah program satu hari yang
dilaksanakan secara serentak di semua kelas prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN) seluruh negara. Program ini bertujuan untuk
mendidik dan memberi kesedaran kepada murid prasekolah berkaitan
elemen PEERS agar dapat menangani jenayah seksual kanak-kanak
OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid prasekolah agar
dapat menghindari dari menjadi mangsa jenayah seksual.
2. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan elemen PEERS
dalam kalangan ibu bapa murid prasekolah dan komuniti.
3. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan elemen PEERS di
prasekolah.
4. Menjadi asas kepada pelaksanaan PdP elemen PEERS di kelas
prasekolah.
REFLEKSI Setelah melaksanakan pengajaran PEERS dalam bilik darjah
bersama dengan murid-murid prasekolah, terdapat beberapa
kebaikan dan juga kekurangan sepanjang pengajaran ini
berlangsung.
Kebaikan :
1. Menyediakan persekitaran yang selamat bagi memastikan kanak-kanak
tidak berada dalam keadaan berdua-duaan dengan orang dewasa ataupun
kanak-kanak yang lebih dewasa tanpa sebarang pengawasan.
2. Kanak-kanak dapat menyedari tanggungjawab masing-masing dalam
penjagaan tubuh badan.
3. Kanak-kanak dapat memahami dan mengikut cara-cara menyelamatkan
diri daripada mangsa seks/rogol.
4. Kanak-kanak tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan
maksiat.
5. Kanak-kanak lebih berkeyakinan membincangkan isu yang berkaitan
dengan kandungan PEERS dan mengadukan masalah yang mereka
hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya.
Kekurangan :
1. Merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina dalam
kalangan kanak-kanak.
2. Keinginan kanak-kanak untuk menyatakan nama-nama alat sulit secara
sengaja.
3. Kanak-kanak terlalu terdedah dengan gambar/video menyebabkan
mereka menganggap perkara seperti itu ialah perkara biasa.
CADANGAN/ 1. Guru perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan PEERS dan
PENAMBAHBAIKAN cara menangani jenayah seksual kanak-kanak.
2. Elemen PEERS perlu diajar dengan jelas dan telus. Segala istilah
yang digunakan wajib difahami oleh semua murid.
3. Program ini boleh digabungkan sekali dengan murid-murid
perdana (Tahun 1-Tahun 6) untuk mendedahkan tentang
kepentingan PEERS.
4. Menjemput pihak yang lebih pakar dalam memberi ceramah
tentang PEERS iaitu kerjasama antara pihak polis, doktor, pakar
bimbingan kauseling dan sewaktu dengannya.

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

__________________ _________________
(VENNELLA ANDREW) (MAILLEH KULA)
Guru Prasekolah SK Timbang. Guru Besar SK Timbang.
LAPORAN BERGAMBAR
a) Menyanyi bersama-sama lagu My Body is Mine

b) Salah satu isi pembelajaran yang harus diketahui oleh murid.

c) Melabel anggota badan yang perlu dijaga

d) Murid mengetahui anggota badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh

e) Murid dibahagikan kumpulan untuk melaksanakan tugasan


f) Murid melekatkan anggota badan mengikut susunan yang betul

Anda mungkin juga menyukai