Anda di halaman 1dari 5

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI WARGANEGARA


YANG HILANG STATUS LENGKAP VAKSIN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membuat pemakluman


berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi individu yang kehilangan
status vaksinasi lengkap.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kumpulan individu berikut akan
kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera
mereka sekiranya masih belum menerima dos penggalak bermula 1 April
2022:
• Semua penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun
dan ke atas; dan
• Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas.

Bagaimanapun, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam


aplikasi MySejahtera masih kekal.

Bagi kumpulan individu yang dinyatakan di atas, mereka masih boleh


melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah
menerima vaksinasi lengkap seperti dine-in di restoran, memasuki pusat
beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat.

1
Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya
pelanggan atau pengunjung yang telah sekurang-kurangnya
melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis
perniagaan, rumah ibadat dan lain-lain yang berkenaan.

Seseorang individu itu diiktiraf sebagai telah lengkap vaksinasi dos primer
apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer,


AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi
hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson &
Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-
28 dari tarikh suntikan.

Bagi pengembara dari luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka
perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu
hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap (lengkap
vaksinasi dos primer dan dos penggalak) dibenarkan memasuki premis-
premis tersebut.

Pemakluman SOP terbaharu ini bagaimanapun bukan bermaksud


penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima
semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan
dos penggalak.

2
Data penilaian yang dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di
Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19
menurun sehingga 20 peratus bagi dua (2) dos vaksin Pfizer dan 48 peratus
bagi dua (2) dos vaksin Sinovac dalam tempoh 3 hingga 5 bulan selepas
vaksinasi primer. Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula
paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala
teruk akibat jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan dan


menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya
mendapatkannya dengan segera.

KEPERLUAN INSURANS (COVID-19 DAN PEGEMBARAAN) DALAM


KALANGAN PENGEMBARA YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

KKM sebelum ini telah memaklumkan mengenai protokol am yang perlu


dipatuhi oleh para pengembara yang ingin memasuki Malaysia, selaras
dengan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April 2022. Satu
daripada protokol tersebut melibatkan keperluan pengembara (sebelum
berlepas ke Malaysia) untuk mengisytiharkan melalui aplikasi
MySejahtera bahawa mereka memiliki polisi perlindungan insurans
(COVID-19 dan pengembaraan).

Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa perlindungan insurans yang


ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan ini adalah pada kadar
minimum USD20,000. Keperluan ini adalah terpakai ke atas pengembara
warganegara asing yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan
(Sosial) Jangka Pendek, tanpa mengira status vaksinasi COVID-19
mereka. Perlindungan insurans tersebut antara lain adalah bagi

3
menanggung kos kuarantin, rawatan dan kemasukan ke hospital, sekiranya
mereka dijangkiti COVID-19 semasa berada di Malaysia.

Bagaimanapun, mengambil maklum ketetapan terkini oleh Kerajaan


Republik Singapura berhubung insurans (COVID-19 dan pengembaraan)
bermula 1 April 2022 serta atas dasar timbal balas, khusus bagi para
pengembara dengan vaksin COVID-19 yang lengkap, keperluan untuk
memiliki polisi perlindungan insurans (COVID-19 dan pengembaraan)
dikecualikan bagi golongan berikut:

(i) Warganegara Singapura atau Malaysia;


(ii) Penduduk Tetap Singapura atau Malaysia;
(iii) Pemegang Pas Jangka Panjang di Singapura atau Malaysia.

Pengecualian ini adalah terpakai bagi pengembara yang memasuki


Malaysia dari Singapura dengan menggunakan laluan udara, darat dan
laut.
NASIHAT DALAM USAHA UNTUK PASTIKAN FASA PERALIHAN KE
ENDEMIK BERJALAN LANCAR DAN SELAMAT

Tanggungjawab setiap individu dan solidariti dalam kalangan komuniti


merupakan aspek yang amat penting dalam usaha kita mencegah
penularan jangkitan COVID-19. Walaupun negara kini dalam fasa peralihan
ke endemik, orang ramai diingatkan agar:
• Memakai pelitup muka pada setiap masa apabila terdapat kehadiran
individu lain;
• Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun atau
hand sanitiser;

4
• Mengelakkan perhimpunan ramai yang sukar menjalankan
penjarakan fizikal; dan
• Tidak berada di ruang yang mempunyai pengudaraan yang tidak
baik.

Semoga Keluarga Malaysia berjaya mengharungi fasa peralihan ke


endemik dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih.

KHAIRY JAMALUDDIN
Menteri Kesihatan Malaysia

30 Mac 2022

Anda mungkin juga menyukai