Anda di halaman 1dari 2

PASUKAN PETUGAS KHAS IMUNISASI COVID-19

COVID-19 IMMUNISATION TASK FORCE (CITF)

PERLUASAN INISIATIF VAKSINASI WALK-IN KE SELURUH NEGARA UNTUK GOLONGAN


KHAS

Dalam memastikan usaha vaksinasi terus dipertingkat di seluruh negara, inisiatif vaksinasi
walk-in yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke Pusat-Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) Awam di seluruh Malaysia untuk kumpulan tertentu dalam masa
terdekat.

Negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak telah memulakan inisiatif
walk-in kepada warga emas, termasuk Kelantan yang membuka secara pra-tempahan.

Perincian pelaksanaan vaksinasi secara walk-in akan dimaklumkan oleh Pasukan Petugas
Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri
masing-masing. Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara
walk-in di PPV bagi setiap negeri.

Vaksinasi secara walk-in adalah dikhususkan untuk kumpulan seperti berikut:


1. Warga emas.
2. Orang Kurang Upaya (OKU).
3. Individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas.
4. Individu yang terlepas suntikan dos kedua. Mereka boleh pergi ke mana-mana PPV
yang berhampiran dengan kediaman. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin
dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV lain.
5. Guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di
institusi pendidikan KPM.

Bagi penduduk Lembah Klang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas, tetapi
ingin walk-in untuk dos pertama kerana tiada janji temu, mereka perlu pergi ke PPV yang telah
disenaraikan sebelum ini. Walk-in ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini juga kini
dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya jam 2
petang.
Sementara itu, seperti yang telah dimaklumkan, wanita hamil tidak digalakkan untuk walk-in,
sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin
(EDD) ke PPV yang bersesuaian.

CITF juga ingin memaklumkan bahawa jumlah walk-in harian adalah bergantung kepada
kapasiti bekalan vaksin di PPV. Mereka yang tidak berpeluang mendapat vaksinasi pada hari
tersebut, ekoran kehabisan bekalan vaksin di PPV, nama mereka akan disenaraikan sebagai
keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi pada keesokan harinya.

CITF juga memohon agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan
memberi kerjasama kepada petugas di PPV ketika hadir untuk mendapatkan vaksinasi secara
walk in bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dan memastikan kelancaran proses
vaksinasi dan keselamatan di PPV.

– TAMAT –

Dikeluarkan pada: 7 Ogos 2021

Anda mungkin juga menyukai