Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG-ROYONG SK KEM TENTERA


“SEKOLAH CERIA MURID GEMBIRA”2015
1.0 PENDAHULUAN
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang
perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan dan keceriaan melalui
pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kebersihan dan Keceriaan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong
royong “SEKOLAH CERIA MURID GEMBIRA” bersama pihak PIBG bagi memenuhi
matlamat yang diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharap dapat
memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar betapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah.

2.0 RASIONAL
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan
persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah
terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan
semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di
sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu
dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk
memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih
selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak
sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk
menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam
suasana yang selamat dan ceria.

3.0 NAMA PROGRAM


“SEKOLAH CERIA MURID GEMBIRA”

4.0 TEMA PROGRAM


“SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”
5.0 MATLAMAT
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar
kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan
kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat
pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan
mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun
demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan
piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria, indah,
wangi, bersih, berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini, warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan di mana mereka melibatkan diri
dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program
ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan
keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama
dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk
menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan
seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

6.0 OBJEKTIF
 Mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu
pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting
untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.
 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara murid, pendidik
dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan
 Mengembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini adalah seperti berikut :
Seluruh warga SK Kem Tentera Sandakan iaitu guru-guru, pekerja sekolah, murid-
murid tahun 4, 5 dan 6, serta AJK PIBG.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn Alima Binti Abdul Rahman – Guru Besar
Pengerusi : En.Hasni bin Astan- PK HEM
Penyelaras : En. Abdul Hamim Bin Juhari
Setiausaha : Pn Hafsa Binti Chamando
Bendahari : En. Saharil Bin Hassan
Jurukamera : En. Fathan Bin Ramly
AJK : En. Yatim Bin Abdullah- Peralatan
En. Lairis Bin Luanti- Peralatan
En. Syaiful Nizam Bin Bakri- Banner
Pn Elvina Binti Mangantig- Kudapan
Pn Hjh Alimah bin Hj Ahmad- Kudapan
Pn Zuriana Binti Abdul Hamid- Pengerusi Majlis
Pn Rohimee Binti Paiman- Penyambut Tetamu
Pn Suriana Binti Amin- Penyambut Tetamu
En. Hakimi – Bacaan Doa

7.0 TENTATIF GOTONG ROYONG SEKOLAH CERIA MURID GEMBIRA


7.1 Doa
7.2 Ucapan alu-aluan Guru Besar
7.3 Taklimat ringkas dari Unit Keceriaan
7.4 Pembahagian kumpulan:
Mengecat Kelas
Tandas
Tiang-tiang sekolah

Aktiviti- aktiviti :
-Mengecat kelas-kelas, tandas dan tiang-tiang untuk menceriakan kawasan sekolah.
-Memperbanyakkan tanaman hiasan.
-Menanam anak pisang.
7.5 Jamuan makan
7.6 Bersurai

8.0 TEMPAT GOTONG ROYONG


Kelas, tandas dan tiang-tiang sekolah

9.0 PERALATAN
Banner, berus cat, roller cat, cat minyak dan cat simen

10.0 TARIKH
14 March 2015 – Sabtu (8.00 pagi – 11.30 pagi (masa anggaran) )

Bil Bahan Jumlah


1. Jamuan Makan RM2 x 100 RM200.00
2. Berus Cat RM2.50 x 10 RM 30.00
3. Tin Cat RM18 x 5 RM 90.00
4. Plastik Sampah RM5 x 3 RM 15.00
Jumlah RM 335.00

12.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong “SekolaH Ceria Murid Gembira” ini akan
dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta
dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras
dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat
pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin
kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat
setempat Dalam menjalankan aktiviti yang muhibbah ini semoga ia dapat menggalakkan
dan mengeratkan lagi hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini
akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak
yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi
kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama
menjayakan program ini diberkati dan dirahmat
Disediakan oleh:

………………………………………….

( ABDUL HAMIM BIN JUHARI )

Setiausaha Program

SK KEM TENTERA SANDAKAN

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-
sebab berikut:

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai