Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN PERIBAHASA

Peribahasa masuk ke dalam kendang kambing mengembek , masuk ke dalam kendang kerbau
menguak telah lama wujud . Peribahasa ini masih segar hingga hari ini.

Maksud peribahasa ini ialah kita perlu hendaklah menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan .
Peribahasa ini hampir sama dengan maksud peribahasa di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung
. Peribahasa masuk ke dalam kendang kambing mengembek , masuk ke dalam kendang kerbau
menguak mempunyai maksud yang bersifat positif.

Pelbagai adat resam dan kepercayaan yang diamalkan di Malaysia. Peribahasa ini sering dijadikan
pegangan dan panduan untuk mewujudkan suasana harmoni .

Apabila berkunjung ke rumah orang Melayu , kita perlu membuka kasut kerana ini adalah adat
resam kaum Melayu . Perkara ini dilakukan untuk menghormati tuan rumah mengikut amalannya.
Selain itu , kalau kita menjemput sahabat atau jiran yang berbangsa India selalu memastikan tidak
ada masakan lembu disediakan . Ini untuk menghormati kaum India dan mengelakkan persilisihan
faham.

Peribahasa masuk ke dalam kendang kambing mengembek , masuk ke dalam kendang kerbau
menguak mengingatkan kita tentang betapa pentingnya untuk kita pandai menyesuaikan diri .
Dengan panduan peribahasa ini , perpaduan kaum dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai