Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu Pidato

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang
dipanggil “pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup.

Tujuan Pidato
Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama
meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato
ini terlebih dahulu.

Metodologi Pidato
 Ekstemporan (catatan kecil atau poin-poin pidato)
 Membaca
 Menghafal
 Impromptu (serta-merta/improvisasi)

Contoh Teks Pidato

MEMBINA FIKRAH BENAR

Salam sejahtera, salam menjulang pendidikan, salam sinar utara, salam Malaysia Madani.

Terima kasih kepada Tuan Pimpinan Majlis, kombinasi panel kehakiman pejuang neraca keadilan seterusnya
hadirin dan hadirat sekalian.

‘Membina Fikrah Benar’. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘Membina’ didefinisikan sebagai membangunkan, mendirikan
atau mengusahakan sesuatu sehingga maju.

Menurut Dr. Muhsin Abdul Hamid dalam Tajdid Fikr Islamiy, ‘Fikrah’ disebut sebagai kefahaman umat Islam
serta pemikiran mereka terhadap risalah Islam.

‘Benar’ pula dapat diertikan sebagai betul atau tiada was-was.

Secara tuntasnya, dapatlah saya nyatakan di sini bahawa membangunkan pemikiran dan kefahaman yang
betul dan tanpa was-was mampu melahirkan seorang individu Islam yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kata kunci saya yang pertama dalam konteks, Ilmu Pengetahuan.

Untuk membina fikrah benar, seseorang individu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan meliputi pelbagai
aspek iaitu agama dan ilmu dunia. Penerapan ilmu pengetahuan dilakukan melalui pembacaan buku-buku
agama, berkongsi ilmu dan kefahaman, menghadiri ceramah, kuliah dan sebagainya.
Kalau tidak kerana bintang,
Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang
sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak
jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati


Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan kata yang dicipta
untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat
yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi
ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan
dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang
memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting dalam
sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi
merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana
bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina
negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan
kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu,
izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini
yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai