Anda di halaman 1dari 2

CARA BUAT PROJEK PASU SIMEN FERRO

Bahan – bahan : simen, keluli, pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai.

Alat – alat : perata simen, sudip, sekup, penapis, gunting besi.

Langkah – Langkah :

1. Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya iaitu pasu.


2. Gunakan juga besi 'link' yang diikat bersama BRC untuk menambah kekuatan struktur.
3. Membentuk kerangka menjadi bentuk pasu.
4. Mengikat kerangka dengan kemas menggunakan dawai halus.
5. Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang betul. 2 bahagian pasir halus,
1 bahagian simen dan ½ bahagian air.
6. Membancuh mortar dengan sekata.
7. Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka.
8. Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan ketebalannya sekata.
9. Biarkan keras.
10. Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Biarkan mengeras 2
hingga 3 jam.
11. Buat lorekan seperti kulit kayu sebelum mortar mengeras dengan menggunakan hujung
sudip simen.
12. Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering.
13. Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen menggerutu dan habuk
dengan menggunakan berus keluli.
14. Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam.
15. Apabila lapisan pertama cat dah kering, cat lapisan kedua dengan warna-warna yang
menyerupai warna kulit kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain
warna yang sesuai.
16. Setelah kering, kilatkan projek menggunakan pengilat.
CARA MEMBUAT BATU PEMIJAK PABBLE WASH
Bahan – bahan : Batu kerikil halus (pebble wash), simen dan pasir.

Alat – alat : Perata simen, sudip, span, berus lembut, acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki).

Langkah – Langkah :

1. Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen.
Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.
2. Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan
di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.
3. Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan.
4. Kemudian taburkan batu pebble.
5. Ratakan bancuhan bersama batu pebble yang telah ditaburkan.
6. Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen
sepenuhnya.
7. Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.
8. Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak
tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut
batu pemijak tersebut.
9. Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk
menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble.
10. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama
sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.
11. Setelah dibiarkan kering batu pemijak batu pebble siap digunakan.

Anda mungkin juga menyukai