Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Ahamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya,


penyelidik dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini,
penyelidik ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pakar rujuk
utaman iaitu Puan Liza binti Rahim yang merupakan guru mata pelajaran Bahasa
Melayu tingkatan 6 di SMK Seri Balik Pulau. Beliau telah meluangkan masa yang
tidak ternilai untuk memastikan kerja kursus berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Berkat tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk penyelidik
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Penghargaan ini juga ditujukan kepada
kedua ibu bapa penyelidik kerana mereka telah banyak membantu penyelidik dari
segi sokongan, kemudahan dan kewangan yang tidak terhingga sehingga penyelidik
berjaya menghasilkan tugasan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang
bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala
kerjasama yang disalurkan amatlah dihargai. Semoga usaha ini dapat memberi
sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam Bahasa Melayu khusunya
dalam bidang ragam bahasa yang berkaitan bahasa sindiran dan bahasa jenaka.

Siti Wadihah binti Basri


Nurulain Sakinah binti Senusi
Nur Syifaahana binti Mohd Nizam
Nur Aina Qistina binti Mohd Amin

Disember 2023
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan defini konsep.

1.1 Latar Belakang

Menurut Raminah Haji Sabran et al (2013:79), beliau mengatakan pragmatik


merupakan penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat ataupun
penggunaan bahasa dalam hubungan sebenar. Pragmatik diperkenalkan oleh seorang
filosoti yang bernama Charles Morris pada tahun 1938.
Morris ketika membicarakan bentuk umum ilmu tanda (semiotic) telah
menjelaskan dalam (Levison,1943:1) bahawa semiotik memiliki tiga bidang kajian
iaitu sintaksis, semantik dan pragmatik. Oleh itu, pragmatik adalah subbidang
linguistik yang mengkaji cara konteks menyumbang makna.
David Crystal (2011:384) pula mendifinisikn pragmatik sebagai kajian
mengenai bahasa dari sudut pandangan pengguna berhubung dengan pilihan yang ada
pada mereka. Berhubung dengan kekangan yang dihadapi sewaktu menggunakan
bahasa seusatu interaksi sosial dan juga berhubung dengan kesannya kepada peserta
dalam sesuatu komunikasi.
Dalam konteks budaya pragmatik meliputi tiga aspek, iaitu peribahasa, ragam
bahasa dan kesantunan berbahasa.Oleh itu, pengkaji meninjau penggunaan ragam
bahasa dalam media sosial secara tidak langsung. Ragam bahasa sebenarnya banyak
digunakan oleh pengguna media sosial tanpa disedari mereka telah pun
mengaplikasikan ragam bahasa dalam kehidupan harian mereka.
1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Ragam Bahasa

Mengikut Kamus Eja Tepat edisi 1997, ‘bahasa’ bermaksud ujaran atau
pertuturan. Biasanya yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala
‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu, menurut Za’ba (1965) ‘ragam
bahasa’ mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa khas yang merupakan bahasa
dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan
mempertajamkan hasilnya keoada fahaman pendengar dan pembaca. Dengan kata lain
ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu maksud.

1.2.2 Media Sosial

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi atas talian (online) yang
dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan edisi
keempat, ‘media’ merupakan alat perantara, komunikasi atau perhubungan manakala
‘sosial’merupakan perihal kemasyarakatan dan pergaulan.Menurut Andreas Kaplain
dan Micheal Haenlein, definisi media sosial merupakan satu kumpulan aplikasi
berdasarkan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

(a) mengenal pasti dan menyenaraikan ragam bahasa yang terdapat dalam
media sosial.
(b) mengkategorikan jenis ragam bahasa yang terdapat dalam media sosial

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

(i) menambah dokumentasi dalam bidang pragmatik.


(ii) memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna Bahasa
Melayu tentang ragam bahasa yang terdapat dalam media sosial.
(iii) menyediakan satu profil lengkap yang berkaitan ragam bahasa sebagai
rujukan kepada para pembaca dan pengkaji yang akan datang.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah pada aspek ragam bahasa. Ragam bahasa yang dikaji ialah
bahasa sindiran dan bahasa jenaka dalam media sosial.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berdasarkan ragam bahasa iaitu basa sindiran dan bahasa jenaka yang
didapati dari aplikasi https://www.instagram.com, https://www.tiktok.com,
https://twitter.com, dan https://www.facebook.com. Aplikasi tersebut diakses pada
26 September 2023 hingga 20 Oktober 2023. Oleh itu, kajian ini mengambil masa
selama 3 minggu untuk pengkaji menyiapkannya.
6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data
dihuraikan.

6.1 Pemerolehan Data


(i) Analisis kandungan ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses
menganalisis kehidupan sosial dengan mentafsir kata-kata dan imej
dari dokumen teks dan sebarang dokumen lain yang dapat
membekalkan maklumat teks seperti filem, seni, muzik, produk
budaya, dan pelbagai media. Pengkaji menggunakan media sosial
untuk mendapatkan maklumat seperti aplikasi Instagram, Facebook, X
(Twitter) dan Tiktok.

6.2 Penganalisisan Data


Ragam bahasa yang dikumpulkan daripada media sosial seperti Instagram,
Facebook, X (Twitter), dan Tiktok tersebut dapat diklasifikasikan kepada
bahasa sindiran dan bahasa jenaka. Selanjutnya, ragam bahasa berkenaan
dipersembahkan dalam bentuk jadual berdasarkan jenis ragam bahasa yng
terdapat dalam media sosial.
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.

7.1 Ragam bahasa dalam media sosial

Bil. Ragam Bahasa Aplikasi


1. Sudahnya diberi susu dibalas tuba X(Twitter)
2. Alcohol can babi cannot X(Twitter)
3. Bau kepam ni tak kira gender, tapi bila bau tu X(Twitter)
dah start masuk hidung, dia punya syahdu tu
boleh hilang mata hitam, silap silap mata putih
pun hilang.
4. Bagus Gardenia ni sebenarnya, bagitau awal awal X(Twitter)
nak naikkan harga. Jenama roti lain, dalam diam
dah naik, tu pun tak riuh sebab tak popular
5. Ni betul betul sengkek ni sampai nak melawa, X(Twitter)
nampak berclass, nampak have have pun guna
barang orang euw perangai
6. Biarlah tak cantik pun, asalkan tak desprete nak X(Twitter)
melawa tapi curi barang orang buat harta
7. Tengok kat tiktok ada perasmian mds. Zaman X(Twitter)
aku, mds mcm neraka dunia ya. Benda paling
aku benci and tak nak ingat sebab fasi yang
jantan semua terjerit-jerit, pastu yg betina asyik
nangis drama terpaling korban cuti. Sapa suruh
jadi fasi kalau kau sibuk dengan cuti kau?
8. Nak tunjuk apa penat lepastu mencarut-carut, X(Twitter)
macam kau je penat sangat struggle memang
orang lain tak kerja kut kau je
9. Saya cuma nak bagitau, kalau betul-betul rajin X(Twitter)
rumah takkan kotor dengan tahi kucing. Kesian
kucing disalahkan
10. Gerenti demam badak aku X(Twitter)
11. Setinggi - tinggi manusia berapa kaki? X(Twitter)
Jawapan : 2 kaki
12. Murid-murid tidak tidur ayam apabila cikgu X(Twitter)
membuat jenaka
13. Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan X(Twitter)
isteri gelang-gelangkan
14. Pegang awek can pegang anjing cannot X(Twitter)
15. Yang dah terbiasa disuapkan madu, susah untuk X(Twitter)
dia faham wujudnya pahit seperti hempedu
16. Banyak- banyak ikan, ikan apa yang ada dua X(Twitter)
jantina?
Jawapan: ikan patin bakar
17. Dalam banyak- banyak hantu, hantu apa yang TikTok
pandai bersilat?
Jawapan: Hang Tuah
18. Bayangkan kamu terjatuh dari langit tinggi tanpa TikTok
payung terjun..
Jawapan: berhentilah membayangkan
19. Kenapa bila kita masuk kedai baju, kita tak boleh TikTok
bising?
Jawapan: sebab ada baju tidur
20. Ibarat rama-rama bertanduk ,kerbau binasa TikTok
21. Pinggan tak retak nasi tak dingin TikTok
22. Sekerat ular sekerat belut TikTok
23. Muka macam buah kelapa tua TikTok
24. Dalam banyak - banyak bunga , bunga apa yang TikTok
warna hitam?
Jawapan : bunga tayar
25. Buah apa yang susah? TikTok
Jawapan : buah tangan
26. Bergerak tanpa mata , menangis tanpa mata? TikTok
Jawapan : awan
27. Dalam laut berapa banyak jenis ikan yang ada? TikTok
Jawapan : 2 ( 1 jantan , 1 betina)
28. Dalam banyak - banyak baju , baju apa yang TikTok
malas?
Jawapan : baju tidur
29. Tersembunyi bawah tempurung adanya katak TikTok
melalak
30. Dalam banyak - banyak burung , burung apa TikTok
yang boleh hidup di langit , di darat dan di air?
Jawapan : Burung ( langit ) Raja (darat) Udang
( air )
31. Ikan apa banyak mata? TikTok
Jawapan ; Ikan bilis 1 kilo
32. Makan hati berulam jantung. Tiktok
33. Banyak makan semut masa kecil tu tuan. Facebook
34. Penting ke dia ni? Ada aku kisah? Facebook
35. Rumah pusaka apanya , mesti sekolah cikgu Facebook
penat mengajar dia buat kerja lain
36. Sian…dia masih tido lagi kot…Sepatutnya dia Facebook
sebagai anak lelaki kerja keras , jaga mak baik-
baik
37. Bayar nafkah anak tiap-tiap bulan tanpa gagal , Facebook
baru nak bercakap pasal hak betulkan yang wajib
dulu , terpaling jaga mak dan rumah pusaka
38. Jangan kata abang tak payung Facebook
39. Kalau dah tak mampu bela banyak-banyak baik Facebook
fikir dulu kalua rasa minat cukup 5 ekor je ni
sampai 50 ekor bela, ko nak buka mini zoo ke
apa ? Kesian Shila nak kena tanggung biawak
hidup lagi kucing 50 ekor lagi…
40. Ni bukan rumah , ni longgokan sampah Instagram
41. Ni haiwan pun tak sanggup nak masuk Instagram
42. Kami dah bahagia macam sekarang tapi Instagram
janganlah biarkan hidup kami semakin teruk
43. Biawak pun pengsan ni kalau masuk Instagram
44. Jangan fokuskan politik sahaja , sesekali Instagram
fokuskan la juga pada rakyat
45. Kalau rasa diri bukan perosak lagu , jangan terasa Instagram
46. Ehh , dia tiba-tiba bipolar pulak , kenapa tak gila Instagram
terus senang humban masuk Tanjung Rambutan.
47. Nanti saya bagi bunga tahi ayam pula untuk Instagram
awak.
48. Sampai boleh terbang ditiup angin Instagram
49. Yang kawan kurus dia tu orang ke tak Instagram
sebenarnya ? Ke bayangan dia ja ?
50. Kalau dah sampai angin tiup pun boleh Instagram
terbang…apa berat dia macam tisu ka ?
51. Dek kalau tutorial macam ini orang gila pun tau Instagram
52. Tudung sarung pun ada tutorial awning ka ? Instagram
53. Dik nak buat video ke nak tunjuk braces? Instagram

Jadual 1 : Senarai ragam bahasa dalam media sosial

7.2 Jenis Ragam Bahasa dalam media sosial


7.2.1 Bahasa Sindiran
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005, hlm. 1499),
memberi maksud sindiran sebagai “perkataan dan lain-lain yang
digunakan untuk mengatai (mengejek,mengeji,mencela) orang tidak
dengan terus terang, kiasan”

Bil. Bahasa Sindiran


1. Bau kepam ni tak kira gender, tapi bila bau tu dah start
masuk hidung, dia punya syahdu tu boleh hilang mata
hitam, silap silap mata putih pun hilang.
2. Bagus Gardenia ni sebenarnya, bagitau awal awal nak
naikkan harga. Jenama roti lain, dalam diam dah naik, tu
pun tak riuh sebab tak popular
3. Ni betul betul sengkek ni sampai nak melawa, nampak
berclass, nampak have have pun guna barang orang euw
perangai
4. Biarlah tak cantik pun, asalkan tak desprete nak melawa tapi
curi barang orang buat harta
5. Tengok kat tiktok ada perasmian mds. Zaman aku, mds mcm
neraka dunia ya. Benda paling aku benci and tak nak ingat
sebab fasi yang jantan semua terjerit-jerit, pastu yg betina
asyik nangis drama terpaling korban cuti. Sapa suruh jadi
fasi kalau kau sibuk dengan cuti kau?
6. Nak tunjuk apa penat lepastu mencarut-carut, macam kau je
penat sangat struggle memang orang lain tak kerja kut
kau je
7. Saya cuma nak bagitau, kalau betul-betul rajin rumah
takkan kotor dengan tahi kucing. Kesian kucing disalahkan
8. Rumah pusaka apanya, mesti sekolah cikgu penat
mengajar dia buat kerja lain
9. Bayar nafkah anak tiap-tiap bulan tanpa gagal.baru nak
bercakap pasal hak betulkan yang wajib dulu. terpaling jaga
mak dan rumah pusaka
10. alcohol can babi cannot
11. Pegang awek can pegang anjing cannot
12. Yang dah terbiasa disuapkan madu, susah untuk dia faham
wujudnya pahit seperti hempedu
13. Ni bukan rumah, ni longgokan sampah.
14. Ni haiwan pun tak sanggup nak masuk.
15. Biawak pun pengsan ni kalau masuk
16. Kami dah bahagia macam sekarang tapi janganlah biarkan
hidup kami semakin teruk.
17. Jangan fokuskan politik sahaja, sesekali fokuskan la juga
pada rakyat.
18. Kalau rasa diri bukan perosak lagu, jangan terasa.
19. Ehh, dia tiba-tiba bipolar pulak, kenapa tak gila terus
senang humban masuk Tanjung Rambutan.
20. Banyak makan semut masa kecil tu tuan.
21. Penting ke dia ni? Ada aku kisah?
22. Sian... dia masih tido lagi kot... Sepatutnya dia sebagai anak
lelaki, kerja keras, jaga mak baik-baik
23. Nanti saya bagi bunga tahi ayam pula untuk awak.
24. Sampai boleh terbang ditiup angin.
25. Yang kawan kurus dia tu orang ke tak sebenarnya? Ke
banyangan dia ja?
26. Kalau dah sampai angin tiup pun boleh terbang…apa berat
dia macam tisu ka?
27. Kalau dah tak mampu bela banyak-banyak baik fikir dulu
kalua rasa minat cukup 5 ekor je ni sampai 50 ekor bela, ko
nak buka mini zoo ke apa ? Kesian Shila nak kena
tanggung biawak hidup lagi kucing 50 ekor lagi…
28. Dek kalau tutorial macam ini orang gila pun tau
29. Tudung sarung pun ada tutorial awning ka ?
30. Dik nak buat video ke nak tunjuk braces ?
Jadual 2 : Senarai Bahasa Sindiran dalam media sosial
Berdasarkan jadul 2 bahasa sindiran, penggunaan bahasa sindiran di
media sosial dapat menyinggung hati perasaan pembaca atau orang yang ingin
ditujukan.
Penggunaan media sosial menggunakan bahasa yang kesat kepada
orang yang disindir sehingga orang yang disindir tersinggung . Contohnya , ‘ Ni
bukan rumah , ni longgokan sampah’ . Komen ini memberikan kesan kepada
orang yang disindir melalui ruangan komen di media sosial . Hal ini
menunjukkan bahawa perlu menjaga kebersihan rumah dengan baik dan tidak
mengamalkan sikap membuang sampah di dalam rumah.

Selain itu , terdapat juga bahasa sindiran seperti ‘ Ni bukan betul -


betul sengkek ni sampai nak melawa , nampak berclass , nampak have -
have pun guna barang orang euw perangai’. Kata sindiran yang digunakan
adalah berniat untuk menyindir orang yang dituju. Ini menunjukkan penyindir
ingin menyindir kepada orang yang ingin bergaya tetapi menggunakan barang orang
lain untuk bergaya

Bahasa sindiran ini selalu digunakan ketika berlaku ketidakpuasan


hati pada mana - mana pihak di platform media sosial .

7.2.2 Bahasa Jenaka


Raminah Hj Sabran et al (2023:218) mendefinisikan sebagai susunan
kata yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna untuk
berjenaka atau bergurau. Kadang-kadang ada juga yang membawa
maksud bersungguh-sungguh

Bil. Bahasa Jenaka


1. Banyak- banyak ikan, ikan apa yang ada dua jantina?
Jawapan: ikan patin bakar
2. Dalam banyak- banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?
Jawapan: Hang Tuah
3. Bayangkan kamu terjatuh dari langit tinggi tanpa payung
terjun..
Jawapan: berhentilah membayangkan
4. Sudahnya diberi susu dibalas tuba
5. Makan hti berulam jantung
6. Kenapa bila kita masuk kedai baju, kita tak boleh bising?
Jawapan: sebab ada baju tidur
7. Gerenti demam badak aku
8. Setinggi- tinggi manusia berapa kaki?
Jawapan: 2 kaki
9. Jangan kata abang tak payung
10. Murid-murid tidak tidur ayam apabila cikgu membuat jenaka
11. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri belikan
gelang
12. Ibarat rama-rama bertanduk,kerbau binasa
13. Pinggan tak retak nasi tak dingin
14. Sekerat ular sekerat belut
15. Muka macam buah kelapa tua
16. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?
Jawapan : bunga tayar
17. Buah apa yang susah?
Jawapan : buah tangan
18. Bergerak tanpa mata, menangis tanpa mata?
Jawapan : awan
19. Tersembunyi bawah tempurung adanya katak melalak
20. Dalam banyak-banyak baju, baju apa yang malas?
Jawapan : baju tidur
21. Dalam laut berapa banyak jenis ikan yang ada?
Jawapan : 2 ( 1 jantan 1 betina)
22. Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang boleh hidup
di langit, di darat dan di air
Jawapan : Burung (langit) Raja (darat) Udang (air)
23. Ikan apa banyak mata ?
Jawapan : Ikan bilis 1 kilo

Jadual 3 : Senarai Bahasa Jenaka dalam media sosial.

Berdasarkan jadual 3 , penggunaan bahasa jenaka menunjukkan


susunan kata yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna untuk
berjenaka atau bergurau . Kadang - kadang ada juga yang membawa maksud
sungguh - sungguh .
Pengkaji mendapati bahawa terdapat dua jenis bahasa jenaka iaitu
melalui kosa kata yang digunakan dan satu lagi ialah jenis teka - teki . Bahasa
jenaka jenis teka - teki hanyalah bertujuan untuk berjenaka dan tidak
memerlukan jawapan yang tepat atau betul . Sebagai contoh , ‘ dalam banyak -
banyak baju , baju apa yang malas ?’ Jawapannya ialah baju tidur . Selain
itu , bahasa jenaka jenis teka - teki yang lain pula ialah ‘ dalam banyak -
banyak hantu , hantu apa yang pandai bersilat ?’. Jawapannya ialah Hang
Tuah .

Contoh bagi bahasa jenaka jenis kosa kata pula ialah ‘ makan
hati berulam jantung’ yang membawa maksud hati haiwan dengan jantung
pisang dan boleh juga bermakna perasaan . Bagi bahasa jenaka jenis kosa kata
yang lain pula ialah ‘ sayangkan anak tangan - tangankan , sayangkan isteri
gelang - gelangkan’ . Hal ini membawa maksud tingkah laku bapa yang
bertujuan untuk mendidik anak - anak manakala ibunya pula adalah untuk
menunjukkan kasih sayang dengan cara memberikan hadiah yang disukainya .

8.0 RUMUSAN KAJIAN


Kesimpulannya , bahasa sindiran mempunyai kebaikan serta
keburukan dalam penggunaannya dalam media sosial . Dari sudut positif ,
bahasa sindiran adalah bahasa yang tidak disebut dengan tepat tetapi
dikiaskan kepada yang lain namun terdapat juga penggunaannya secara
kasar bagi menyinggung perasaan pembaca yang ingin dituju . Bahasa
sindiran juga mampu memberikan pengajaran melalui kata - kata kepada
pengguna media sosial yang lain dan pengguna yang lain juga turut
terkesan . Di samping itu , bahasa sindiran ini juga turut digunakan disetiap
platform media sosial . Oleh tu , jelaslah bahawa penggunaan bahasa
sindiran telah digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna media
sosial .

Selain itu , bahasa jenaka juga turut digunakan dalam media sosial
secara meluas . Bahasa jenaka yang digunakan oleh pengguna media sosial
terdiri daripada teka - teki dan kosa kata bagi tujuan hiburan dan gurauan
kepada pengguna media sosial yang lain . Bahasa jenaka melalui teka - teki
merupakan satu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang tepat serta
dapat menghiburkan hati pengguna media sosial yang lain dan kerap kali
digunakan bagi tujuan gurauan atau hiburan . Selain itu , bagi kosa kata
pula adalah yang memberikan kaitan dengan perasaan pengguna media
sosial melalui kiasan tetapi masih lagi menggunakan unsur jenaka . Jelaslah
bahawa , bahasa jenaka adalah bahasa yang seringkali juga digunakan oleh
pengguna media sosial .

Rumusannya , bahasa sindiran dan bahasa jenaka yang digunakan


secara meluas dalam media sosial telah menjadi satu normalisasi oleh
pengguna media sosial untuk memberi satu impak kepada pengguna media
sosial yang lain .

9.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa ragam bahasa
telahpun diaplikasikan dalam media sosial secara meluas. Pengkaji berpendapat
bahawa bahasa jenaka dan bahasa sindiran mempunyai ciri keunikannya tersendiri
byang berada di cabang ragam bahasa. Setiap ragam bahasa yang digunakan
mempunyai maknanya yang tersendiri. Bahasa sindiran kebanyakannya wujud di
setiap isu hangat dalam media sosial. Bahasa jenaka pula hanya dipaparkan jika
konteks video atau gambarnnya berkaitan dengan teka-teki. Di samping itu, ragam
bahasa seperti bahasa sindiran dan bahasa jenaka bukan sahaja diterapkan dalam
kehidupan nyata, didalam filem, drama, rancangan, hiburan dan juga bacaan ringan
seperti majalah hiburan dan komik.

Semoga kajian yang dilaksanakan ini dapat membantu generasi yang akan
datang mengenali dan menyedari kewujudan bahasa sindiran dan bahasa jenaka.
Pengkaji juga berharap agar kajian seperti ini dapat diterukan lagi oleh pengkaji
sendiri mahupun orang lain. Akhir sekali, jika pengkaji diberi peluang untuk
menjalankan kajian seperti ini lagi, pengkaji mahu mengkaji jenis-jenis laras bahasa
yang wujud dalam media massa.

Anda mungkin juga menyukai