Anda di halaman 1dari 2

TIPS JAGA GEARBOX KENDERAAN

Sejumlah besar kereta yang berada diatas jalan raya kini menggunakan sistem transmisi dan kota
gear automatik. Selain lebih mudah untuk dikendalikan kereta dengan kotak gear automatik dilihat
lebih efisien penggunaannya terutama di kawasan bandar yang selalu sesak.

Memandu kereta yang menggunakan gear manual merupakan satu cabaran besar dalam kondisi
trafik yang sering sibuk dan sesak. Jadi tidak hairanpah ramai lebih selesa dengan kereta
menggunakan gear automatik.

Namun memiliki kereta dengan gear automatik juga perlu hadir dengan penjagaan yang baik. Kali ini
sama-sama perkongsian dari Facebook Pakar GearBox Automatic KL yang memberikan ulasan
tentang ‘Tanda Dan Punca Kerosakan Gearbox Automatik’.

Menerusi perkongsian tersebut mereka myatakan dua jenis kerosakan, punca dan juga bagaimana
cara untuk elak perkara ini berlaku.

Situasi 1: Internal Leak

Pada waktu pagi, kereta tidak boleh bergerak walaupun sudah masuk gear ‘D’ atau ‘R’ untuk
memulakan perjalanan. Anda kena tunggu enjin kereta panas dalam masa 15 minit dan kadang-
kadang ada sampai 30 minit.

Ini adalah petanda menunjukkan gear box ada masalah atau mengalami ‘internal leak’ (kebocoran
dalaman), bermakna tiada tekanan dapat dihasilkan oleh sistem hidraulik di dalam gearbox kerana
getah seal telah keras. Setelah engine kereta betul-betul panas baru sistem hidraulik dapat berfungsi
semula.

Punca berlakunya internal leak dalam gearbox adalah disebabkan oleh minyak gearbox tidak ditukar
setelah lama digunakan.

Kebiasaannya minyak gearbox mesti ditukar setiap 6 bulan. Minyak gearbox yang telah lama tidak
ditukar akan menyebabkan getah seal di dalam gearbox semakin keras dan menyebabkan kebocoran
pada hydraulic system. Tiada tekanan dapat dihasilkan oleh hydraulic system untuk mengubah
kedudukan gear di dalam gearbox.

Dua Jenis Kerosakan Gearbox Boleh Buat Anda Sakit Kepala

Situasi 2: Masalah Pada Clutch Plate

Semasa dalam perjalanan, masalah berlaku apabila kereta mencapai final gear dan secara tiba-tiba
gear pada keadaan FREE. Kereta jadi mengaum dan tiada lajak semasa memandu. Ini terjadi
disebabkan oleh masalah pada clutch plate di dalam gearbox.

Kebiasaannya, clutch plate yang bermasalah adalah disebabkan oleh mounting kereta.

Jika berlaku gegaran kereta yang terlalu kuat disebabkan oleh keadaan mounting yang tidak
sempurna, gegaran tersebut akan mengganggu sistem transmission kerana enjin kereta bersambung
terus dengan gearbox.
Sebarang gegaran akan memberi kesan pada komponen dalam gearbox terutama sekali pada clutch
plate. Akan terdapat geseran yang berlaku antara clutch plate, dan ia akan memberi kesan negatif
semasa berada di final gear.

Buat anda yang memiliki kereta automatik bolehlah ambil perkongsian ini sebagau langkah
penjagaan yang baik. Perhatikan petanda seperti perkongsian di atas ya!

Anda mungkin juga menyukai