Anda di halaman 1dari 2

SHAMIMI GROUP PEMBENTANGAN SAJAK ; SEJADAH RINDU / BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU .

nama kumpulan : ummi umairah binti nordin bersama asha tamara haron binti mikhail
reza haron .

MAKSUD SAJAK

maksud rangkap 1 ;

Seorang raja memerintah empat orang pembesar untuk mendirikan istana sebagai mercu
tanda kotanya. Raja tersebut memanggil Pawang Raja untuk mengerahkan empat puluh
empat tukang yang pakar, bekerja siang dan malam untuk membina istana tersebut

maksud rangkap 2 ;

Istana yang dibina siap dalam masa tujuh bulan dan lengkap dengan pelbagai
kemudahan. Ia dilengkapi sembilan ruang tamu, sepuluh rembat guntung, sebelas
pancung serong dan dua belas anjung tinggi

maksud rangkap 3 ;

Di istana juga mempunyai tiga sudut untuk lapan orang menteri, Sudut itu dibina
dengan reka bentuk yang unik iaitu bertiang panjang dan bertiang tengah. Galang-
galang istana bercorak ular berang, kasau kecil bercorak puteri menyembah dan
ukiran helang terbang

maksud rangkap 4 ;

Seni ukir istana dihias indah dengan pelbagai corak yang menarik. Terdapat ukiran
seni bina Jawa dan Cina. Selain itu, terdapat juga motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan
seperti ular, layang-layang dan sebuku garam

maksud rangkap 5 ;

Setelah istana siap dibina, semua tukang dibunuh supaya tiada orang lain yang dapat
meniru kecantikan corak dan keunikan seni bina istana tersebut. Istana yang
tersergam indah dipersembahkan kepada raja dan permaisuri.

TEMA

Seloka ini mengutengahkan tema kesetiaan kepada raja dimana jurubina istana dibunuh
hanya kerana pemerintah tersebut mengutamakan diri untuk kegemilangan peribadi.

PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam seloka di atas seperti berikut:
Persoalan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah Persoalan
kegigihan jurubina yang bekerja dari siang hingga malam untuk menyiapkan istana
atau kerja yang ditugaskan Persoalan keunikan seni bina dan seni tukang masyarakat
dahulu Persoalan fungsi istana yang dibina untuk menjadi tempat kepada pelbagai
aktiviti

NILAI NILAI

Nilai Nilai yang diperoleh daripada seloka di atas ialah:

1. Ketaatan kepada pemimpin – Orang Besar berempat dan Pawang Raja taat
akan perintah raja untuk membina istana
2. Kegigihan – empat puluh empat orang tukang gigh bekerja menyiapkan
istana
3. Ketelitian – Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah
dan kasau lentik helang berbega

PENGAJARAN

Pengajaran yang didapati dalam penulisan di atas adalah:

1. Sebagai pemerintah, kita hendaklah berlaku adil dan tidak mengorbankan


rakyat hanya demi mencapai cita-cita sendiri
2. Sebagai rakyat pula, kita seharusnya memeberikan taat dan setia kepada
pemimpin yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya.
3. Kita sewajarnya melakukan kerja atau tanggungjawab yang diamanahkan
kepada kita dengan gigih dan sungguh-sungguh
4. Kita perlulah mengekalkan keunikan budaya dengan memelihara seni bina
dan ukiran yang dimiliki oleh masyarakat kita
5. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan tugas supaya tugasan
tersebut berjaya dilaksana dengan cemerlang

Anda mungkin juga menyukai