Anda di halaman 1dari 3

‫جاب ن مف ن ري ڤ‬

: ‫قوله عا‬
َ ََُۡ َ ُۡ ُ ۡ ّ َ ۡ َ َُْٓ ۡ َ
‫ن‬ ‫ا أ ٱ ِ ِ إِن‬
‫السﻼم عليكم ورحمة ﷲ و ر اته‬

Soalan :

Didoakan semoga ustaz dan keluarga sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah. Saya ada
persoalan yang menjadi beban fikiran saya sehingga kini. Begini ustaz, saya mempunyai kenalan
yang mengaku dia boleh melihat benda halus dan dia di datangi jin Islam yang tujuannya untuk
mengubat orang sakit dalam cara Islam katanya.

Tetapi ustaz yang menjengkelkan, dia mengaku tahu masa depan. Sebagai contoh, jika ingin
membuat suatu keputusan, dia akan menentang dengan menyatakan kemungkinan yang bakal
terjadi, namun hampir semua kemungkinan yang disebut itu negatif. Bila dibantah, dia akan
menjawab, “Kau tidak tahu apa yang aku nampak di masa depan, sebab itu kau berani
membantah”. Namun apa yang dia maklumkan menenai kemungkinan yang bakal berlaku itu,
tidak semuanya betul. Dia suka menimbulkan fikiran negative dan berburuk sangka dalam diri
kita yang mendengar bila disebutkan tentang kemungkinan teruk yang bakal terjadi.

Ustaz, adakah perbuatan ini syirik ? Dan bolehkah manusia berkawan dengan jin walaupun
dengan tujuan perubatan Islam ?

Diharap ustaz dapat memberikan pandangan dengan segera.


Jawapan :

‫وعليكم السﻼم ورحمة ﷲ وبركاته‬

Bagi menjawab persoalan tuan, secara umumnya alam kehidupan jin adalah berbeza dengan
kehidupan manusia. Dari segi hakikat terciptanya manusia dan jin juga berbeza iaitu manusia
diciptakan dari tanah sedangkan jin daripada api. Malah dari segi amalan dan tabiat manusia dan
jin juga berbeza. Manusia tidak boleh melihat jin dengan mata kasar akan tetapi mereka boleh
melihat kita.

Berkawan dengan jin ini ada disebut dalam al-Quran, Surah Saba’ : Ayat : 14 ;

ْ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ ََ ََُ َ ُ ُ َۡ َ ۡ ُ َٓ ََ َ َ ۡ َ َ َۡ َ َ ََ
‫ا‬ ‫َ َ ِ ٱ ِ أن‬ ‫ۖۥ‬ ِ ‫ۡ ِ ٱ َ ۡت َ د ُ ۡ ٰ َ ۡ ِ ِۦٓ إِ دا ٱ ِض‬

ُۡ َ َۡ ْ ُ َ َ َ َۡۡ َ ََُۡ
ِ ِ ‫اب ٱ‬
ِ ‫ِ ا ِ ٱ‬ ‫نٱ‬

Maksudnya :

“Manakala Kami (Allah) telah menghukumkan (mematikan) Sulaiman, tiada yang menunjukkan
mereka atas kematiannya melainkan seekor binatang bumi (anai-anai) yang telah memakan
tongkatnya. Maka apabila dia tumbang, ternyatalah pada golongan jin itu bahawa kalaulah
mereka mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak rela tinggal berterusan di dalam
azab kehinaan.”

Dalam ayat ini menerangkan bahawa jin tidak mengetahui tentang manusia dan apa yang berlaku
di alam ghaib. Hukum berkawan dengan jin adalah membawa kepada syirik. Ini berdasarkan
Firman Allah SWT dalam surah al-Jin , Ayat : 6 ;

ََٗ ۡ ُ ُ ََ ّ ۡ َ ّ َ َ ُ َُ ۡ َ ّ ٞ َ َ َ ُ ََ
‫ذون ِ ِ ٖل ِ ٱ ِ ِ ادو ر‬ ِ ِ ‫و ۥ ن رِ ل ِ ٱ‬

Maksudnya : “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki daripada bangsa manusia meminta
perlindungan kepada beberapa orang lelaki daripada bangsa jin, maka jin-jin itu semakin
menambahkan manusia sesat.”
Dari sudut perubatan Islam kaedah yang diguna pakai adalah berdasarkan kaedah ruqyah dan
bukanlah menggunakan khidmat jin. Berkawan dengan jin boleh membawa kepada syirik dan
menjuruskan kepada kesesatan.

Berdasarkan kepada keterangan dan dalil-dalil di atas dapat disimpulkan bahawa berkawan
dengan jin merupakan perbuatan syirik dan boleh menyebabkan sesorang itu terjerumus ke
dalam kesesatan.

Rujukan :

1. Al-Quran dan Terjemahan

Anda mungkin juga menyukai