Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PEMASARAN

1.0 Rancangan Pemasaran


Rancangan pemasaran menghuraikan aktiviti perniagaan untuk kami
memasarkan produk dan perkhidmatan. Rancangan pemasaran disediakan
dengan mengambil kira:

1.1 Analisis Pemasaran


7.1.1 Bentuk Pasaran
 Kami melakukan pemasaran untuk produk kami dalam bentuk
bukan atas talian iaitu secara berhadapan dengan para pelanggan di gerai
jualan.
 Kami juga melakukan jualan secara atas talian iaitu melalui media sosial
seperti Whatsapp, instagram dan Facebook.
1.1.2 Saiz Pasaran
 Kami melakukan pemasaran untuk produk yang kami hasilkan di kawasan institut
pendidikan guru kampus keningau, sabah ,Kampung Bukit Cheras, Pendang, Kedah
iaitu Kampung saya dan Kampung Rawang Putar, Batang kali,selangor.

1.1.3 Produk / Perkhidmatan


 Antara produk yang kami pasarkan adalah biskut coklat chip yang mana telah
dilakukan pemerhatian dan soal selidik yang menunjukkan ia bakal mendapat
sambutan yang memberansangkan dan bernilai. Selain itu, perkhidmatan kami yang
mesra pelanggan menjadikan pelanggan tertarik akan perniagaan kami.

1.1.4 Pelanggan
 Pelanggan yang membeli produk kami terdiri dari para pelajar, pensyarah dan orang
di sekitar Institut pendidikan guru kampus keningau dan kenalan kami.

1.1.5 Pesaing
 Terdapat beberapa gerai yang menjual produk sama seperti kami iaitu Hanan
cocokies, Golden cookies dan Inqu
 Berikut merupakan perbandingan harga yang ditawarkan oleh perniagaan kami
dengan pesaing-pesaing lain.
Menu Hannan Golden cookies Inquiste cookies Thumb Cookies
cocokies
Biskut coklat
chips RM 8 RM 3 RM 7 RM 4

1.1.6 Analisis Industri (SWOT)


Analisis Industri (SWOT) merupakan salah satu kaedah dalam perniagaan kami untuk
menganalisis yang digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu
perniagaan dalam aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

1.1.6.1 Kekuatan dan kelemahan pesaing utama


Pesaing Kekuatan Kelemahan
Hanan  Bungkusan yang menarik.  Harga yang agak mahal.
cocokies  Tahap kebersihan yang  Kuantiti makanan yang tidak
sangat baik. sepadan dengan harga.
Golden cookies  Dikenali oleh ramai  Tahap kebersihan yang
pelanggan. kurang memuaskan.
 Layanan mesra terhadap  Bungkusan biskut yang
pelanggan. kurang menarik.
 Biskut yang dijual dalam
kuantiti kurang memuaskan.
Inquiste  Lokasi pelanggan yang  Layanan yang kurang baik
cookies strategik. terhadap pelanggan.
 Tahap kebersihan yang  Harga yang agak mahal.
sangat baik.  Kurang promosi

1.1.6.2 Kelemahan yang dapat dilihat secara menyeluruh adalah:


I. Tidak ramai kenalan yang singgah ke gerai dan yakin akan kualiti barang
untuk menjadi pelanggan seperti Hanan cocokies dan Inquiste cookies.
II. Kurang melakukan aktiviti promosi di kawasan sekitar dan tidak melakukan
campuran promosi bagi luaskan pasaran.

1.1.7 Kekuatan & Kelemahan Perniagaan


Perniagaan
(Thumb Cookies)

Kekuatan Kelemahan

Bungkusan yang ringkas dan menarik Tawaran barangan yang terhad.


Kuantiti yang ditawarkan adalah Menawarkan hanya satu jenis
memuaskan kehendak pelanggan perisa biskut
Mempunyai promosi yang meluas dan Promosi yang dilakukan hanya
berkesan secara domestik dan bersasar
Mempunyai ramai kenalan yang boleh
menjadi pelanggan
Harga yang murah dan berpatutan
berbanding pesaing lain.
Mudah diakses oleh pelanggan

1.2 Ramalan Jualan Biskut

Jualan
Jam

Unit RM
9-10 8 12.00
10-11 8 12.00
11-12 10 15.00
12-1 10 15.00
1-2 10 15.00
2-3 8 12.00
3-4 8 12.00
62 93.00
1.3 Strategi Pemasaran

1.3.1 Strategi Produk / Perkhidmatan


Biskut Thumb Cookies direka berdasarkan dari penilaian hasil pemerhatian dan soal selidik
daripada pelanggan sekitar dan pasaran semasa.Ini adalah agar Thumb Cookies dapat
mengenali dan memahami kehendak pelanggan sasaran.
Selain itu, produk Thumb Cookies dapat menarik pelanggan dengan saiz reka bentuk yang
ringkas, bersifat mudah dibawa dan disimpan. Ini kerana pelanggan kami terdiri daripada
golonggan yang berkerja seperti pensyarah dan pekerja serta pelajar yang mempunyai
masa yang padat dan perlu membawa pelbagai barang untuk kegunaan kerja. Dengan
memilih produk kami, mereka dapat mengurangkan beban dan dalam masa yang sama
mendapat menikmati kudapan yang sedap.
Disamping itu, Kualiti produk Thumb Cookies dipantau secara berkala dan teliti. Ini adalah
bagi memastikan kepuasan hati pelanggan terjamin dan memberi imej yang baik.
Pemantauan dilakukan sejak proses awal iaitu pemilihan bahan sehinggan kepada
pembungkusan produk. Dalam masa yang sama, kami juga menjalankan (R&D) iaitu
pembangunan dan penyelidikan bagi mendapatkan penambahbaikan produk yang berkesan
dan terbaik.
Oleh itu, walau produk kami terhad tetapi ia mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

1.3.2 Strategi Harga


- Harga yang kami letakkan adalah berasaskan psikologi iaitu harga jualan kami melebihi
kos pengeluaran tetapi kami gambarkan ia seolah-olah harganya tidak terlalu mahal melalui
pembungkusan. Harga yang ditetapkan hanya memberi keuntungan yang kecil bagi
meningkatkan permintaan dan mengatasi pesaing iaitu sebanyak RM 4.00

7.3.4 Strategi Pengedaran


Pengagihan produk Tumb cookies adalah dari pengeluar kepada pengedar dan terus ke
pelanggan. Ini adalah bagi mengurangkan kos penghantaran dan menjadikan harga produk
kami lebih murah.
Thumb cookies menjalankan penghantaran barang secara bersemuka iaitu di gerai kami
atau Cash On Delivery (COD) mengikut kawasan yang dipilih.
Selain itu, kami juga menawarkan penghantaran secara tidak langsung iaitu melalui
Dropshipping yang mana pelanggan boleh membuat pembelian secara atas talian. Hal ini,
dapat menjadikan jangkauan pasaran produk kami lebih luas dan mudah.
1.3.5 Strategi Promosi

1.3.5.1 Produk (Product)


Thumb Cookies menawarkan Perisa biskut coklat chips yang pekat dan asli yang mana
mampu memberi kepuasan pada pelanggan yang mencari kudapan dengan perasa coklat
yang padu. Selain itu, biskut coklat chips kami direka dengan tekstur yang ranggup dan
padat bagi memnambahkan lagi kepuasan dan kredibiliti biskut kami serta ia adalah
berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang kami buat. Thumb Cookies turut
mementingkan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang bermutu
tinggi dan halal.

Permintaan tinggi daripada pelanggan yang menempah biskut coklat chips sebagai pencuci
mulut dan alas perut bagi makanan yang ranggup telah memberi cabaran dan cadangan
bagi memenuhi permintaan pelanggan .

1.3.5.2. Harga (Price)


Thumb Cookies telah menawarkan harga yang berpatutan mengikut menu yang dijual.
Harga yang ditawarkan adalah kompetitif dan sesuai dengan pasaran setempat. Selain itu,
harga yag ditawarkan adalah berpatutan mengikut kemampuan pelanggan dan mampu
memberi pulangan untung yang memuaskan bagi kami.Harga yang ditetapkan adalah
seperti yang berikut:
Bil Menu Harga minimum (RM)
1. Biskut Thumb cookies coklat chips RM 4

1.3.5.3 Agihan (Place)


Biskut Thumb cookies telah memilih tempat yang strategik dan menjadi tumpuan ramai
untuk memasarkan produk agar ia akan mendapat keuntungan yang pesat. Lokasi
perniagaan yang dipilih berhampiran dengan kawasan tumpuan ramai iaitu di Dewan Kuliah,
IPG Kampus Keningau iaitu di tengan institut dan Kawasan pelajar dan pekerja melintas.
Kami telah memilih tempat di mana pelanggan senang untuk membeli barang , mengakses
kedudukan kami dan melakukan pemerhatian terhadap produk kami.

1.3.5.4 Promosi (Promotion)


Pelbagai strategi yang digunakan oleh perniagaan kami iaitu dengan kaedah mempromosi
Biskut Thumb cookies melalui penyebaran maklumat dalam talian seperti Facebook,
Whatsapp, Instagram dan Telegram. Biskut Thumb cookies menawarkan perisa yang
berbeza. Tempahan juga boleh dibuat sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan untuk
majlis dan hari perayaan tertentu seperti hari raya aidilfitri, buah tangan majlis perkahwinan
dan sebagainya. Potongan diskaun akan diberikan sebanyak 10% sekiranya tempahan yang
dibuat sangatlah banyak.Selain itu, kami juga melakukan penjualan secara langsung iaitu
bergerak ke setiap bangunan IPGK Keningau bagi mengiklankan dan meningkatkan hasil
jualan.

1.3.5.5 Sasaran pelanggan


Sasaran pelanggan milikan tunggal ‘Biskut coklat chips Thumb Cookies’ ialah pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Keningau ,Kampung Bukit Cheras, Pendang, Kedah iaitu
Kampung saya dan Kampung Rawang Putar, Batang kali,selangor. Antara pelajar IPGK
Keningau yang menjadi pelanggan tetap perniagaan kami ialah Najwa, Ahmarudin, Awang
dan beberapa orang kawannya. Mereka dikira berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga
24 tahun yang merupakan pelajar sem 2 hingga pelajar sem 5. Selain itu, perniagaan Biskut
coklat Thumb Cookies juga dibeli oleh pekerja yang bekerja di IPGK seperti pekerja
pembersihan, pengawal keselamatan, dan kerani. Mereka yang selalu membeli ialah Puan
Siti Nashira, Cik Emma, dan Encik Ismail. Pekerja tersebut merupakan golongan dewasa
yang gemar akan produk kami kerana ia menepati citarasa coklat yang padu dan enak serta
ia dibuat menggunakan bahan yang berkualiti.

Disamping itu, terdapat juga pelanggan daripada Kampung Bukit Cheras, Pendang, Kedah
iaitu kenalan saya encik Shahrul dan ameerul dan Kampung Rawang Putar, Batang
kali,selangor iaitu pn aimi yang mana mereka merupakan pelanggan setia dan sanggup beli
produk kami yang berada disabah untuk dihantar ke alamat mereka. Disamping, peniagaan
kami yang mesra pelanggan dan sentiasa mengambil berat akan pelanggan menjadikan
pelanggan tetap kami sentiasa bertambah.

Di samping itu, Perniagaan Thumb Cookies juga menitikberatkan pesaing utama yang
berada di sekeliling kami. Hal ini kerana, beberapa pesaing di sekeliling yang sudah
berniaga lama menyebabkan pelanggan tetap yang sentiasa mengunjungi perniagaan kami
juga ingin merasa kepekatan coklat dan kelazatan makanan yang dijual oleh perniagaan
kami dan pesaing.

2.0 ANALISIS TREND DAN PERUBAHAN PASARAN YANG MEMPENGARUHI


PERNIAGAAN DI MASA DEPAN

Trend pasaran juga berubah mengikut perubahan peredaran zaman sejajar dengan
Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin hangat diperkatakan pada masa kini.
Terdapat beberapa trend dan perubahan pasaran yang boleh mempengaruhi
perniagaan di masa depan antaranya perkembangan teknologi. Pada era digital ini,
kebanyakan pengusaha akan menggunakan teknologi digital untuk memasarkan
produk mereka. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pengusaha yang peka
akan perkembangan teknologi sudah pasti akan menerokai kemahiran digital untuk
mencari peluang meningkatkan keuntungan perniagaan. Misalnya, penggunaan
platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada dalam kalangan peniaga semakin
meningkat. Melalui platform e-dagang juga urusan perniagaan dapat dijalankan
dengan lebih mudah dan cepat. Justeru, trend ini akan mempengaruhi keberkesanan
dan keuntungan sesebuah perniagaan di masa depan sekiranya ia dimanfaatkan
dengan sebaiknya.
Selain itu, trend yang semakin popular pada masa kini dalam dunia perniagaan
ialah pemasaran menggunakan media sosial. Sepertimana yang kita ketahui,
semakin hari media sosial telah ditambahbaik untuk mengalakkan urusan perniagaan
melalui mana-mana media sosial. Sebagai contoh, aplikasi Whatsapp pada mulanya
hanya boleh digunakan untuk menghantar mesej dan menerima mesej. Namun,
pada masa kini aplikasi Whatsapp sudah mewujudkan akaun untuk peniaga
berniaga. Para peniaga juga boleh memaparkan katalog di aplikasi Whatsapp. Bukan
sahaja aplikasi Whatsapp, malah terdapat juga aplikasi media sosial yang lain ke
arah penambahbaikan seperti itu antaranya aplikasi Tik Tok dan Instagram. Hal ini
secara tidak langsung dapat memudahkan sesebuah perniagaan disampaikan
kepada orang ramai dengan cepat. Kesannya, perniagaan pada masa depan dapat
dijalankan dengan lebih sistematik, mudah dan pantas.

1.4 Senarai Jawatan, Tanggungjawab dan Huraian Tugas

Bil. Jawatan Tanggungjawab Tugas

1.

2.
3.

4.
5.

1.5 Perbelanjaan Pemasaran

Lain-Lain
Perbelanjaan Aset Perbelanjaan
Perkara Perbelanjaan
Tetap (RM) Bulanan (RM)
(RM)

AsetTetap:

Banner RM 30.00
Poster RM 5.00
Iklan atas talian RM5.00

jumlah

Perbelanjaan
Bulanan:

Lain-Lain Belanja:

Jumlah

Anda mungkin juga menyukai