Anda di halaman 1dari 5

KURSUS:

POLITIK EROPAH

Sistem politik Kesatuan Eropah adalah ditentukan oleh golongan elit Eropah
dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Namun begitu, setelah munculnya
Maastricht Accord pada tahun 1991, setiap pembuatan keputusan dalam proses
Integrasi Eropah kian berubah.

Terdapat perbezaan pandangan mengenai integrasi sesuatu kawasan secara


tidak langsungnya akan mewujudkan konflik dalam politik sesebuah negara. Teori
Neofunctionalism dan Intergovernmentalism telah menyatakan bahawa proses
Integrasi Eropah adalah didorong oleh golongan elit. Hal ini dapat dilihat apabila
golongan Neofunctionalism seperti Erns Haas, Joseph Nye dan Philippe Schmitter
telah menyatakan bahawa permintaan terhadap proses Integrasi Eropah
kebanyakannya datang dari kumpulan berkepentingan transnational.
Neofunctionalism ini
bermaksudmuncul pada tahun 1958 dengan munculnya publikasi oleh Ernst Hans
yang berjudul The Uniting of Europe: Political, Social, and Economic Forces. Tujuan
awal Haas dalam menulis hal tersebut adalah untuk menyediakan
sebuah grand theory yang dapat menjelaskan kerja sama regional secara objektif dan
ilmiah serta dapat menjelaskan berbagai fenomena kerja sama regional lainnya di
dunia (misalnya di Amerika Selatan). Golongan Intergovernmentalism pula terdiri
seperti Andrew Moraversik pula menyatakan bahawa Integrasi Eropah mempunyai
kepentingannya dalam arena negara itu sendiri. Tambahan lagi, sarjana bagi kedua-
dua teori ini juga telah bersetuju bahawa kunci utama kepada Integrasi Eropah adalah
apabila ekonomi diuruskan dengan baik oleh kumpulan berkepentingan dan dapat
membantu mereka dalam membuat dasar.

Pembuatan sesuatu keputusan pada zaman dahulu dalam Kesatuan Eropah


adalah tidak berpandukan pendapat orang ramai kerana mengandaikan setiap
keputusan elit adalah munasabah, namun, kini proses pembuatan keputusan telah
berubah. Berdasarkan Teori Postfunctionalismonalism, pembuatan sesuatu keputusan
politik perlu mengambil kira pendapat orang ramai dengan berwakilkan wakil mereka
yang telah bertanding dalam pilihan raya. Dengan itu proses Intergrasi Eropah akan
lebih teratur kerana setiap pandangan orang awam akan dibawa oleh wakil wilayah
mereka ke parlimen. Setiap wakil wilayah akan menyuarakan pendapat orang awam
di wilayah mereka agar mereka masih kekal sebagai pemimpin dan akan terus diundi
dalam pilihan raya yang akan datang.

Terdapat empat hujah utama dalam perkembangan Integrasi Eropah dalam


menentukan masa depan Kesatuan Eropah iaitu politicization, populism, territorial
identities dan elite and public gap. Integrasi Eropah boleh berubah dengan adanya
politicization. Hal ini adalah kerana isu seperti pembesaran kawasan Kesatuan
Eropah, polisi sosial Eropah, polisi asing Eropah dan Constituitional Treaty dalam
negara Eropah tidak pernah diperdebatkan dengan lebih mendalam antara parti politik
dan orang awam dalam referendum dan juga sewaktu musim pilihan raya persekutuan
dijalankan. Namun, setelah sedekad yang lalu, isu-isu sebegini telah mula ditunjukkan
di dalam media sebagai salah satu strategi dalam mengambil kira pandangan orang
ramai. Seterusnya, populism juga adalah cara untuk memperkembangkan lagi
Integrasi Eropah. Hal ini dapat dilihat dalam kebanyakkan negara-negara Eropah yang
mana persetujuan formal dari orang awam adalah penting dan mesti diambil kira
dalam pembuatan sesuatu dasar kerana undian oleh pihak parlimen sahaja tidak
mencukupi. Walaupun parlimen dianggap sebagai sebuah kuasa yang tertinggi di
beberapa negara Kesatuan Eropah seperti di United Kingdom dan Netherlands, namun
referandum awam masih diperlukan. Hal ini jelaslah bahawa Integrasi Eropah telah
merubah sistem politik mereka yang mana lebih mengambil kira pendapat rakyat.
Hujah yang seterusnya ialah mengenai territorial identities ataupun identiti wilayah.
Ini terjadi dari kesan politicization dan populism, di mana territorial identities telah
memainkan peranan yang penting dalam Integrasi Eropah. Namun begitu, orang
awam kebanyakannya adalah kurang peka terhadap kesan terhadap ekonomi wilayah
mereka melalui proses integrasi dan ini akan menjadikan mereka lebih mudah
terpengaruh kepada isu-isu lain. Hujah yang terakhir mengenai perkembangan
Integrasi Eropah ialah mengenai elite and public gap. Hal ini terjadi apabila orang
ramai mempunyai sikap prasangka terhadap golongan elit di Kesatuan Eropah kerana
wujudnya jurang yang besar antara mereka. Umumnya, politicization, populism,
territorial identities dan elite and public gap telah membentuk satu logik mengenai
sebab dan akibat hasil dari Integrasi Eropah. Sebagai kesimpulannya, Integrasi Eropah
ini adalah untuk melindungi institusi Eropah dari memusatkan kuasa kepada orang
tertentu sahaja.

Teori pasca-fungsional merupakan sebuah sebuah pendekatan yang mengkaji


kesepaduan Eropah dengan melihat dengan lebih jauh dari aspek ekonomi dan
fungsionalisme. Pendekatan ini menekankan bagaimana faktor sosial, budaya dan
identiti yang mempengaruhi dinamik integrasi. Dalam konteks Kesatuan Eropah, teori
pasca-fungsional menyoroti peranan identiti negara dan emosi dalam merancakkan
atau menghalang proses integrasi. Teori pasca-fungsional memberikan perhatian
khusus kepada cara-cara di mana sentimen negara dan juga identiti mempengaruhi
tindak balas masyarakat dan pemerintahan terhadap integrasi. Hal ini memperakui
peranan faktor-faktor seperti budaya, kebangsaan, dan sejarah mempunyai pengaruh
yang jelas dalam membentuk dinamika politik Eropah. Contohnya, dalam beberapa
situasi, kekuatan identiti negara dapat menguatkan lagi penolakan terhadap integrasi,
terutamanya jika penerimaan integrasi akan mengakibatkan ancaman kepada
kedaulatan dan identiti negara.

Pendekatan teori pasca-fungsional dalam konteks integrasi Eropah


menawarkan perspektif yang berbeza daripada teori fungsionalisme klasik. Teori
fungsionalisme klasik biasanya menekankan keuntungan ekonomi dan keperluan
praktikal sebagai pendorong utama dalam proses integrasi. Teori klasik menganggap
bahawa kerjasama ekonomi akan secara automatiknya membawa integrasi politik
yang lebih mendalam. Namun, teori pasca-fungsional tidak menyokong pandangan ini
dan menyatakan bahawa integrasi adalah sebuah proses yang rumit dan tidak hanya
dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Dalam teori pasca-fungsional, perubahan politik
domestik, perubahan dalam persepsi sikap orang awam terhadap integrasi menjadi
unsur penting. Teori pasca-fungsional ini memperakui bahawa pandangan orang
awam, yang selalunya dipengaruhi oleh media dan retorik politik, mempunyai impak
besar dalam menentukan kejayaan dan kecepatan integrasi. Media dan cara
penyampaian maklumatnya dapat mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap
kebaikan dan keburukan integrasi. Sementara itu, parti-parti politik pula dapat
membentuk situasi yang mendukung atau menentang integrasi dengan lebih lanjut.
Seterusnya, teori pasca-fungsional memberikan penekanan bahawa proses
integrasi Eropah bukanlah sesuatu yang mempunyai penyudah yang pasti. Sebaliknya,
ia adalah sebuah proses yang sentiasa berubah-ubah dan susah untuk dijangka,
tertakluk kepada faktor-faktor seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan budaya. Hal
ini menunjukkan bahawa integrasi Eropah bukanlah sebuah proses yang mempunyai
tujuan akhir yang tetap, melainkan sebuah proses yang sentiasa beradaptasi dengan
keadaan dan halangan baru. Teori ini ini juga memberikan penerangan bahawa
sebuah integrasi itu sering melibatkan aktiviti tawar-menawar dan kompromi antara
negara-negara anggota, di mana identiti dan kepentingan sosial memainkan peranan
penting dalam membuat keputusan politik.

Teori pasca-fungsional memainkan peranan penting dalam memahami


fenomena peningkatan populisme dan skeptisisme terhadap Kesatuan Eropah. Ini
termasuklah juga krisis identiti yang dihadapi oleh beberapa negara anggota dalam
Kesatuan Eropah tersebut. Teori ini mengupas bagaimana faktor-faktor seperti
migrasi, isu keamanan dan krisis ekonomi yang bukan sahaja mempengaruhi
pandangan awam, tetapi ia juga mempengaruhi pandangan kerajaan negara-negara
anggota terhadap integrasi Eropah. Teori pasca-fungsional memberikan analisis yang
mendalam tentang bagaimana isu-isu tersebut tersebut mempengaruhi perubahan
politik domestik di negara-negara anggota, yang seringkali menggambarkan
ketidakpuasan terhadap idea integrasi yang dianggap mengancam identiti sosio-
budaya dan kedaulatan nasional. Integrasi Eropah juga dapat menyebabkan
berlakunya akibat yang tidak terduga seperti peningkat polarisasi politik.
Percanggahan pendapat mengenai kedaulatan negara dan kebebasan untuk mengatur
urusan domestik menjadi lebih tajam dalam konteks ini.

Teori pasca-fungsional juga menekankan betapa pentingnya memelihara dan


menghormati kepelbagaian budaya dan tradisi yang ada di Eropah. Dalam hal ini,
integrasi tidak semestinya diertikan sebagai proses yang mengarah kepada
penghapusan perbezaan budaya dan penyatuan identiti sahaja. Sebaliknya, teori ini
mengusulkan bahwa integrasi seharusnya memperkuatkan pemahaman dan
penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang berbeza-beza. Ini menunjukkan
bahawa integrasi Eropah harus sensitif kepada konteks sosio-budaya setiap negara
anggota, dan pada masa yang sama bahawa nilai-nilai asas seperti hak asasi manusia,
demokrasi dan keadilan sosial tetap menjadi fokus utama. Teori pasca-fungsional,
dengan demikian, membawa pemahaman yang lebih matang tentang apa maksud
sebenar integrasi Eropah dan bagaimana ia harus digunapakai untuk mencapai masa
depan Eropah yang stabil, bersatu dan damai.

Teori Postfunctionalism ini lebih sesuai digunakan daripada Teori


Neofunctionalism dan Intergovernmentalism. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembuatan keputasan dalam politik perlu mengambil kira pendapat orang ramai
seperti yang ditegaskan dalam teori Postfunctionalism berbanding Teori
Neofunctionalism dan Intergovernmentalism di mana segala pembuatan keputusan
diketuai oleh golongan elit semata-mata. Pembuatan keputusan bermaksud suatu
proses membuat pilihan terhadap alternatif yang ada. Kemahiran dianggap salah satu
kaedah yang berkesan untuk membuat sesuatu keputusan yang dapat dicapai. Hal ini
kerana, kemahiran dapat mengenalpasti pilihan yang mungkin, mengenalpasti akibat
yang mungkin mengikut pilihan, menilai satu daripada akibatnya dan terakhir
membuat pilihan menggunakan peraturan sesebuah Keputusan. Sebagai sebuah negara
yang mempunyai golongan pemerintah dan juga golongan yang diperintah, Teori
Postfunctionalism haruslah diterapkan dalam segala pembuatan keputusan dalam
sesebuah kerajaan. Teori Postfunctionalism adalah suatu pendekatan dalam ilmu
politik yang menantang pandangan tradisional fungsionalisme, yang menganggap
bahwa institusi politik berfungsi untuk memenuhi kebutuhan masyarakat secara
efisien. Teori ini lebih menekankan kerumitan dan ketidakpastian dalam proses
membuat keputusan politik, dan menyerlahkan peranan penting nilai, identiti dan
konflik dalam pembentukan dasar.

Walau bagaimanapun, seperti teori politik lain, Teori Postfunctionalism juga


mempunyai beberapa kritikan. Sesetengah pengkritik mencadangkan bahawa teori ini
mungkin terlalu abstrak dan sukar untuk digunakan dalam konteks dasar sebenar.
Kelebihan dan kekurangan teori ini mungkin berbeza bergantung pada perspektif dan
pendekatan analitikal yang diambil oleh penyelidik atau ahli sains politik.

Anda mungkin juga menyukai