Anda di halaman 1dari 48

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/352152124

HATI DALAM AL-QURAN (E-BOOK)

Book · June 2021

CITATIONS READS

0 4,881

2 authors:

Mohd Noorikhwan BIN Sarbini Nazneen Ismail


SMK Bandar Baru Bangi International Islamic University College Selangor
2 PUBLICATIONS 1 CITATION 42 PUBLICATIONS 29 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Nazneen Ismail on 05 June 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


E-BOOK
PERCUMA
HAT I
DALAM AL-QURAN

IKHWAN SARBINI
NAZNEEN ISMAIL

2021
Hak cipta terpelihara © 2021

E-book ini adalah hak milik penuh penulis.


Tiada bahagian daripada e-book ini boleh
diterbitkan semula mahupun dijual kecuali
setelah mendapat kebenaran
daripada penulis.

E-mel: alfasfanjani29@gmail.com
َٰ ‫إ ِ َّن ِِف َذَٰل َِك ََل ِۡك َر‬
ٌ ۡ‫ى ل َِمن ََك َن َ َُلۥ قَل‬
‫ب‬
َ َ ُ َ َ ۡ َّ ََۡ َۡ
‫أو ألَق ٱلسمع وهو ش ِهيد‬

Maksudnya:
Sesungguhnya (keterangan-keterangan
dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak
syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang
mempunyai hati* atau yang menggunakan pendengarannya
dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu)
dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
[ Qaf, 50:37 ]

*Nota: hati yang sedar pada masa membacanya.


DAFTAR ISI

PENDAHULUAN……………………………………..6

KEPENTINGAN HATI
(1) Hati Sebagai Tempat Hidayah…………………..7
(2) Hati Sebagai Tempat Niat………………………11

SIFAT HATI
(1) Boleh Dikunci…………………………………….14
(2) Mempunyai Kecenderungan Kepada Kebaikan
Dan Keburukan…………………………………..16

HATI ORANG YANG BERIMAN


(1) Hati Yang Sejahtera……………………………..19
(2) Cinta Kepada Iman Dan Benci Kekufuran…….22

HATI ORANG KAFIR


(1) Dikunci Oleh Allah……………………………….24
(2) Keras Membatu……………...…………………..27

PENYAKIT HATI
(1) Ragu-Ragu……………………………………….30
(2) Bersangka Buruk…………...…………………...32

UBAT HATI
(1) Zikrullah…………………..……………….……...34
(2) Berkawan Dengan Orang Soleh……………….36

DOA BUAT HATI


(1) Doa Agar Hati Tidak Dipesongkan……………..40
(2) Doa Agar Hati Dijauhkan Sifat Hasad Dengki…43
PENDAHULUAN

Pemilihan tajuk buku Hati dalam al-Quran


ini adalah bertujuan untuk menjelaskan betapa perlunya
seseorang Muslim menjaga hati mereka.

Menjaga hati melalui kaedah mengenali, mendidik,


mentadbir dan mengurusnya agar hati sentiasa dalam
situasi jernih, suci dan sejahtera.

Hati yang sejahtera dapat memahami keterangan-


keterangan dan pengajaran dalam al-Quran dan Sunnah
untuk dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan
kini yang serba mencabar ke arah mendapat keredaan
Allah s.w.t di dunia dan di Akhirat kelak.

Semoga tafsir maudu’i ringkas ini menjadi satu langkah


awal untuk kita menghayati ayat-ayat al-Quran dengan
lebih mendalam serta mudah-mudahan kita semua
dikurniakan hati yang sejahtera.

Amin.

6
KEPENTINGAN HATI

(1) HATI SEBAGAI TEMPAT HIDAYAH

َ ّٗ ُ َ َ َ َ ۡ ُ
‫ج ۡۡبِيل‬ ِ ‫قل من َكن عدوا ل ِـ‬
َّ ۡ َ ۡ َ َٰ َ َ ُ َ َّ َ ُ َّ َ
ِ‫فإِنهۥ نزَلۥ لَع قلبِك بِإِذ ِن ٱَّلل‬
ّٗ ُ
‫ۡي يَ َديۡهِ َوهدى‬ َ ۡ َ‫ُم َصد ّٗقا ل َِما ب‬
ِ
َ ِ ‫ى ل ِلۡ ُم ۡؤ ِمن‬
‫ۡي‬ َ ۡ ُ ‫َوب‬
َٰ ‫ۡش‬

“ Katakanlah (wahai Muhammad):


"Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah
kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam
hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan
kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya
(yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi
petunjuk dan memberi khabar gembira
kepada orang-orang yang beriman".
[ al-Baqarah, 2:97 ]

7
SEBAB PENURUNAN AYAT
Daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata:
Orang Yahudi telah datang menemui Rasulullah s.a.w
dan berkata: “Wahai Abu al-Qasim! Kami ingin menanyakan
beberapa perkara yang jika engkau menjawabnya maka kami
akan menurutimu. Khabarkan kepada kami siapakah Malaikat
yang mendatangimu? Sesungguhnya tidak ada Nabi kecuali
didatangkan kepadanya Malaikat yang membawa wahyu
kepadanya, maka siapakah yang mendatangimu?”.

Rasulullah s.a.w menjawab: “Jibril”.


Mereka berkata: “Itulah Malaikat yang membawa khabar
tentang peperangan dan kematian. Dia adalah musuh kami.
Ketahuilah jika engkau jawab Malaikat Mikail (pembawa
rezeki dan rahmat), nescaya kami akan menurutimu.
Maka Allah turunkan ayat ini.
[ al-Wahidi 2003 ]

8
TAFSIR AYAT:
Salah satu daripada ciri-ciri hati orang Yahudi
iaitu merasa dengki dan benci kepada Rasulullah
s.a.w sebagai pesuruh Allah s.w.t. Orang Yahudi
memusuhi Malaikat Jibril a.s kerana dia menyampaikan
wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bukan berbangsa
Yahudi. Sedangkan wahyu yang diturunkan Allah s.w.t
bukanlah berasaskan kehendak manusia tetapi hak mutlak
Allah s.w.t. Justeru, al-Quran diturunkan ke dalam hati
Rasulullah s.a.w kerana hati adalah tempat atau
pusat pemahaman sesuatu perkara supaya
ia kekal dan diingati serta dihafaz
di dalam hati baginda s.a.w.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

9
Allah s.w.t berfirman kepada mereka (Yahudi),
yang memusuhi Jibril “Ketahuilah sesungguhnya
Malaikat Jibril a.s telah ditugaskan menurunkan al-
Quran ke dalam hati baginda Nabi s.a.w atas perintah
Allah s.w.t, bukan kehendak dirinya, sama seperti kitab-
kitab samawiyah yang sebelumnya iaitu Taurat dan Injil.
Ia merupakan sebagai petunjuk dan hidayah kepada
manusia serta pembawa khabar gembira
bagi orang yang beriman”.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN:
Hati merupakan anugerah Allah s.w.t Yang Maha
Pencipta kepada manusia. Hati juga merupakan wadah
atau tempat untuk menerima hidayah Allah s.w.t.
Oleh itu, berbahagialah bagi mereka yang
dimasukkan cahaya hidayah ke
dalam hati mereka.

10
(2) HATI SEBAGAI TEMPAT NIAT

ََۡۡ ُ َّ ‫َّما َج َع َل‬


‫ۡي ِِف َج ۡوفِهِۦ‬
ِ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫م‬
‫ِن‬ ‫ل‬
ٖ
ُ ‫ٱَّلل ل َِر‬
‫ج‬

“(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak


sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai
dua hati dalam rongga dadanya.”
[ Al-Ahzab, 33:4 ]

SEBAB PENURUNAN AYAT


Seorang lelaki Bani Fihr mendakwa: “Di dalam rongga
dadaku terdapat dua hati yang setiap satunya lebih baik
daripada akal Muhammad.” Maka Allah s.w.t menurunkan
ayat tersebut bagi menjawab dakwaan beliau.

Riwayat lain mengatakan, ayat ini


diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah yang
menyatakan: “Aku mempunyai dua hati, apabila aku
memikirkan sesuatu menggunakan salah satu
daripadanya, maka hati yang satu lagi tidak
mengetahui apa yang difikirkan olehnya”.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

11
TAFSIR AYAT:
Allah tidak menciptakan bagi seseorang itu
dua hati di dalam dadanya.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

Jaafar al-Sadiq berkata: Tidak mungkin berlakunya


dua keadaan di dalam hati seseorang. Seperti ketika
dalam keadaan sujud, seseorang itu tidak mungkin
merasa hampir kepada Allah s.w.t sedangkan
dalam masa yang sama, dia lalai kepada-Nya.
[ ‘Ali Zai’ur, 1993 ]

Ia adalah petunjuk bahawa tidak mungkin


seseorang itu mempunyai lebih daripada satu matlamat
utama, melainkan orang munafik. Justeru, seseorang
yang mempunyai satu hati mestilah menjadikan Allah
s.w.t yang Esa sebagai tujuan utama dan menggunakan
satu manhaj (cara atau kaedah) iaitu Islam, serta
menolak manhaj yang selainnya sama ada
yang berbentuk taqlid mahupun adat yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

12
KESIMPULAN:
Al-Quran menjelaskan kepentingan berniat di dalam hati.
Beruntunglah bagi mereka yang meletakkan niat yang
benar di dalam hatinya. Apatah lagi jika diikuti
dengan percakapan dan perlakuan yang
benar semata-mata mengharapkan
keredaan Allah s.w.t.

Syeikh Abu Madyan al-Maghribi berpesan:


“Hati hanya menghadap kepada satu arah.
Ketika hati menghadap kepada-Nya, ia terhijab
dari segala sesuatu selain-Nya. Jangan sekali-kali hatimu
cenderung kepada selain Allah s.w.t. Jika tidak,
Allah s.w.t akan melenyapkan nikmat
bermunajat kepada-Nya.”
[ al-Maghribi, 2011 ]

13
SIFAT HATI

(1) BOLEH DIKUNCI

َ‫لَع قُلُوب أَ ۡق َفالُها‬ َ َ ۡ ُ ۡ َ َّ َ َ َ َ َ َ


َٰ َ َ ‫ان أ ۡم‬‫أفَل يتدب ُرون ٱلقر َء‬

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka


adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta
memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati
mereka kunci penutup (yang menghalangnya
daripada menerima ajaran Al-Quran)?”
[ Muhammad, 47:24 ]

TAFSIR AYAT:
Dalam ayat ini Allah s.w.t bertanya:
“Apakah mereka (orang-orang yang mempunyai
kekuasaan) tidak memahami al-Quran untuk mengambil
pengajaran dari al-Quran. Bahkan hati mereka telah
terkunci dan tidak dapat dibuka. Lalu mereka tidak
memahami al-Quran itu dan tidak
beriman dengannya.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

14
Di dalam hati mereka terdapat kunci
yang menjadi penghalang antara hati dengan al-Quran
dan antara hati tersebut dengan cahaya. Penguncian hati
yang digambarkan di dalam ayat tersebut adalah seperti
terkuncinya ‘mangga’ yang tidak mampu ditembusi
udara dan cahaya.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

KESIMPULAN:
Syeikh Ibn Ata’illah al-Sakandari mengatakan:
“Apabila matahati sudah terdinding dengan hijab,
sehingga hati itu menjadi gelap dan tidak dapat melihat
zat Allah s.w.t serta sifat-sifat-Nya yang Mulia dan utama.
Hijab-hijab itu ialah keaiban-keaiban hati, jiwa dan diri
iaitu menghambatkan hati dalam mengurus hal ehwal
kehidupan dunia sehingga melupakan tugas-tugasnya
selaku hamba yang mempunyai hubungan
dengan Allah s.w.t.”
[ Muhibbuddin Waly, 2004 ]

15
(2) MEMPUNYAI KECENDERUNGAN
KEPADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

ُ ُ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ َ َّ َ َ ُ َ
‫وبك َما‬ ‫إِن تتوبا إَِل ٱَّللِ فقد صغت قل‬
َ ُ َ َّ َّ َ ۡ َ َ َ َ َٰ َ َ
‫ٱَّلل ه َو َم ۡولى َٰ ُه‬ ‫ِإَون تظهرا عليهِ فإِن‬
ُ َ َٰٓ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ ُ َٰ َ َ ُ ۡ َ
‫ۡي َوٱل َملئِكة‬ ِ ‫ۡبيل وصلِح ٱلمؤ ِمن‬ِ ‫ج‬ِ ‫و‬
ٌ ‫َب ۡع َد َذَٰل َِك َظه‬
‫ي‬ ِ

“ Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah


(wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya),
kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung
(kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu
berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang)
menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan
berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya;
dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh
dari kalangan orang-orang yang beriman dan
malaikat-malaikat juga menjadi
penolongnya.”
[ At Tahrim, 4:66 ]

16
SEBAB PENURUNAN AYAT
Ayat 65 dan 66 surah al-Tahrim diturunkan
berikutan peristiwa Rasulullah s.a.w mengharamkan ke
atas dirinya daripada meminum madu akibat pakatan Hafsah
dan Aishah yang cemburu terhadap Zainab binti Jahsy, kerana
Rasulullah s.a.w selalu meminum madu di rumahnya. Mereka
berpakat untuk berpura-pura tidak suka kepada bau mulut
Rasulullah s.a.w dengan harapan baginda tidak pergi
ke rumah Zainab lagi untuk meminum madu.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

TAFSIR AYAT:
Dalam ayat di atas, Allah s.w.t
mengingatkan dua orang isteri Rasulullah s.a.w iaitu
Hafsah dan Aishah, sekiranya mereka bertaubat maka taubat
mereka akan diterima. Maka cenderunglah hati mereka untuk
menghormati Rasulullah s.a.w dan bertaubat daripada saling
berpakat untuk menyusahkan baginda. Maka, sekiranya mereka
saling berpakat atas perkara yang dibenci oleh baginda, hanya
kerana perasaan cemburu. Sesungguhnya Allah s.w.t adalah
pembantu baginda, begitu juga dengan malaikat Jibril,
orang Mukmin yang soleh dan para Malaikat.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

17
KESIMPULAN:
Hati manusia boleh terdedah dan terpengaruh
kepada perkara yang baik dan buruk. Sekiranya hati
cenderung kepada perkara buruk, maka bersegeralah
bertaubat kerana Allah s.w.t Maha Menerima
taubat hambanya.

18
HATI ORANG YANG BERIMAN

(1) HATI YANG SEJAHTERA

َ َ َ َ
‫يَ ۡو َم َل يَنف ُع َمال َوَل َب ُنون‬
َ ۡ َ َ َّ َ َ ۡ َ َّ
‫يم‬
ٖ ِ ‫ب سل‬ ٖ ‫إَِل من أَت ٱَّلل بِقل‬

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak


dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali
(harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang
mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera
(dari syirik dan penyakit munafik).”
[ Ash Shu'ara’, 26: 88-89 ]

TAFSIR AYAT:
ٌ ‫) َق ْل‬
ٌ ‫ب َسل‬
Perkataan Qalb Salim ( ‫يم‬ ِ
di dalam ayat tersebut bermaksud hati yang beriman,
ikhlas dan sejahtera daripada kekufuran dan sifat munafik.
Tidak bermanfaat bagi sesiapa pun akan harta dan anak-
anaknya pada Hari Akhirat kelak di sisi Allah s.w.t,
melainkan mereka yang datang dengan
hati yang sejahtera.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

19
ٌ ‫) َق ْل‬
ٌ ‫ب َسل‬
Qalb Salim ( ‫يم‬ ِ
ialah hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t serta
suci daripada sebarang penyakit hati dan tujuan duniawi.
Ia juga terhindar daripada pengaruh dan penyelewengan
hawa nafsu serta pergantungan kepada selain Allah s.w.t.
Kesejahteraan inilah yang menjadikan hati tersebut bernilai
pada hari Akhirat kerana pada ketika itu tidak bermanfaat
sebarang harta mahupun anak pinak di sisi Allah s.w.t.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

Jaafar al-Sadiq berkata: “Barangsiapa yang mempunyai


niat yang benar, dia juga mempunyai hati yang sejahtera.
Ini kerana tanda kesejahteraan hati daripada perkara-
perkara yang dilarang adalah dengan mengikhlaskan niat
semata-mata kerana Allah s.w.t dalam setiap perkara.”
[ Ali Zai’ur, 1993 ]

20
Di Hari Akhirat nanti tidak bermanfaat harta dan anak
pinak bagi seseorang, kecuali sesiapa yang datang
kepada Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera
daripada syirik dan sifat munafik. Ini merupakan hati
orang Mukmin yang memberi manfaat
kepada dirinya.
[ al-Mahalli dan al-Suyuti, T.th ]

KESIMPULAN:
Menghadaplah kepada Tuhan melalui ibadah dan
ketaatan dengan hati yang ikhlas lagi sejahtera
daripada amalan syirik besar dan syirik kecil.
Kekalnya hati yang sejahtera daripada
kesyirikan merupakan gambaran
penyerahan diri secara mutlak
kepada Allah s.w.t.

21
(2) CINTA KEPADA IMAN DAN MEMBENCI KEKUFURAN

َّ َ ُ َ ۡ ُ َّ َ ْ ُ َ ۡ َ
ِ‫وٱعلموا أن فِيكم رسول ٱَّلل‬
ۡ‫ك ۡم ِف َكثِي م َِن ۡٱۡلَ ۡمر لَ َعن ِ ُّتم‬ ُ ُ ُ َۡ
‫لو ي ِطيع‬
ِ ٖ ِ
َ‫يمَٰن‬ َ ‫ك ُم ۡٱۡل‬ ُ ۡ َ َ َّ َ َ َّ َّ َٰ َ َ
‫كن ٱَّلل حبب إَِل‬
ِ ِ ‫ول‬
ۡ ُ ۡ ُ َ َ ُ ُُ
‫َو َز َّي َن ُهۥ ِِف قلوبِك ۡم َوك َّرهَ إَِلۡك ُم ٱلكف َر‬
َ ُ ََّٰ ُ ُ َ َٰٓ َ ْ ُ َ َ ۡ ۡ َ َ ُ ُ ۡ َ
‫وٱلفسوق وٱلعِصيان أولئِك هم ٱلر ِشدون‬

“Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu


ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat
kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut
kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu
akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak
menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan
kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur
kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai
serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan
kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu:
perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang tetap menurut
jalan yang lurus.”
[ Al-Hujurat, 49:7 ]

22
TAFSIR AYAT:
Allah s.w.t telah memperelokkan dan
menjadikan hati orang beriman itu cinta kepada
iman dan menanamkannya di dalam hati mereka.
Selain itu, Allah menjadikan mereka benci kepada
kekufuran (menyalahgunakan nikmat Allah s.w.t),
benci kepada kefasikan (keluar dari batasan agama)
dan benci melakukan maksiat (berbuat dosa). Orang
yang beriman adalah golongan yang tetap di atas
agama mereka dan terpandu ke arah
kemuliaan dan adab.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN:
Hati orang yang beriman sentiasa cintakan
keimanan, kebenaran dan keadilan serta membenci
kekufuran, kemaksiatan dan kezaliman. Hasilnya
terbentuk peribadi yang mulia dan beradab tinggi.

23
HATI ORANG KAFIR

(1) DIKUNCI OLEH ALLAH

َّ َ َ ۡ َ َ َ َ
ُ‫ٱَّتَ َذ إ َل َٰ َه ُهۥ َه َوىَٰه‬
ِ ‫أفرءيت م ِن‬
ََۡ ۡ َ َٰ َ َ َ َ َ َ ۡ َٰ َ َ ُ َّ ُ َّ َ َ َ
‫وأضله ٱَّلل لَع عِل ٖم وختم لَع سمعِهِۦ وقلبِهِۦ‬
َّ ۡ
ِ‫ِش َوة ف َمن َي ۡه ِديهِ ِم ۢن َبع ِد ٱَّلل‬
َ ّٗ َٰ َ
‫َصه ِۦ غ‬ َٰ َ َ ‫َو َج َع َل‬
َ َ‫لَع ب‬
ِ
َ َّ َ َ َ َ َ
‫أفَل تذك ُرون‬

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu


(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsunya tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh
Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan
dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta
diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?. Maka
siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan
demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-
orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?.”
[ Al-Jathiyah, 45:23 ]

24
SEBAB PENURUNAN AYAT
Muqatil menyatakan bahawa ayat ini diturunkan
kepada al-Harith bin Qis al-Sahmi yang merupakan salah
seorang daripada orang yang mempersendakan Rasulullah
s.a.w. Ini kerana beliau ialah orang yang menyembah
apa yang disukai oleh hawa nafsunya.

Pendapat Sa’id bin Jabir, ayat ini diturunkan kepada orang


Quraisy yang kadangkala menyembah batu dan apabila
mereka menjumpai sesuatu yang lebih baik daripadanya,
maka mereka akan membuang sembahan itu dan
menggantikannya dengan yang baru.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

25
TAFSIR AYAT:
Orang kafir menyembah apa yang disukai oleh hawa
nafsu mereka dan tidak menyembah Tuhan yang Maha
Esa. Maka Allah s.w.t menghina mereka dengan tidak
menunjukkan kebenaran serta memateri telinga dan
hati mereka sehingga mereka tidak lagi mendengar
dan memikirkan petunjuk. Penglihatan mereka juga
ditutup sehingga tidak dapat melihat lagi kebenaran.
Justeru itu siapakah yang akan memberi hidayah
kepada mereka setelah disesatkan oleh Allah s.w.t?
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN:
Hati orang kafir sentiasa berada dalam
keadaan tertutup dan terkunci kerana kecintaan serta
ketundukan mereka kepada hawa nafsu. Dalam
kegelapan ini, orang kafir dibiarkan terus tenggelam
dalam kesesatan akibat enggan menyembah Allah
s.w.t dan sesungguhnya hanya Allah berkuasa
memberi hidayah kepada sesiapa
yang Dia kehendaki.

26
(2) KERAS MEMBATU

ْ ُ َّ َ َ َ ُ ۡ َ ُ َ َ ۡ َ ۡ َ َ
‫فلوَل إِذ جاءهم بأسنا تَضعوا‬
‫وب ُه ۡم‬ ۡ ‫َو َلَٰكن قَ َس‬
ُ ُ‫ت قُل‬ ِ
َ ُ َ ۡ َ ْ ُ َ َ ُ َٰ َ ۡ َّ ُ ُ َ َ َّ َ َ
‫وزين لهم ٱلشيطن ما َكنوا يعملون‬

“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada


Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)
ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya
hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan
Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka
apa yang mereka telah lakukan.”
[ Al-An'am, 6:43 ]

TAFSIR AYAT:
Sekiranya datang kepada mereka (orang kafir) azab Allah
s.w.t, nescaya mereka akan tunduk dan bertaubat. Tetapi
hati mereka keras dan tidak akan kembali kepada iman,
tambahan pula syaitan memperelokkan perbuatan buruk
(kekufuran) mereka dan meyebabkan mereka
kekal di dalam kekufuran.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

27
Maksud hati yang keras membatu
( ‫ ) ولكن قست قلوبكم‬ialah hati yang mati dan tidak mampu
membuat pertimbangan sehingga tertutup darinya fitratullah
( kejadian yang termeterai dalam ketetapan Allah s.w.t ).
Sedangkan fitratullah biasanya mampu
diterima oleh hati yang hidup.

Contohnya, kesusahan hidup adalah ujian Allah s.w.t


kepada hamba-Nya. Maka sesiapa yang hidup hatinya,
dia akan sedar dan terbuka hatinya untuk kembali kepada
Tuhannya. Ini adalah merupakan rahmat Allah s.w.t kepada
dirinya. Tetapi bagi mereka yang telah mati hatinya, maka
dia akan terus menerus dalam kesempitan. Mereka seolah-
olah tidak menyedari keadaan hatinya yang dalam
kesempitan kerana syaitan telah memperelokkan
perbuatan buruk mereka lalu menjadikan
mereka kekal dalam kekufuran.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

28
KESIMPULAN:
Secara fitrahnya hati yang hidup suka kepada kebaikan,
keamanan, ketenangan dan membenci perbalahan. Hati
yang hidup, wujud kesedaran dan terbuka hatinya untuk
kembali kepada Tuhan-Nya apabila
ditimpa ujian atau musibah.

Manakala hati orang kafir sifatnya keras membatu,


tidak mahu kembali kepada iman dan menolak kebenaran
dalam apa jua keadaan kerana mereka selesa di dalam
keadaan kekufuran lalu tidak mampu membuat
pertimbangan secara rasional dalam tindakan,
tidak dapat membezakan baik dan buruk,
di antara kebenaran dan kezaliman.

29
PENYAKIT HATI

(1) RAGU-RAGU

ۡ َ ۡ َ َّ َ ُ ۡ ُ َ َ َّ َ ُ َ ۡ َ َ َّ
‫خ ِر‬
ِ ‫ٱٓأۡل‬ ِ
‫م‬ ‫و‬ ‫ٱَل‬‫إِنما يستئ ِذنك ٱَلِين َل يؤمِنون بِٱَّللِ و‬
َ ُ َّ َ َ َ ۡ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ُ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ
‫وٱرتابت قلوبهم فهم ِِف ريب ِ ِهم يَتددون‬

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (untuk


tidak turut serta peperangan) hanyalah orang-orang yang
tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati
mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa
bingung teragak-agak dalam keraguannya.”
[ At-Taubah, 9:45 ]

SEBAB PENURUNAN AYAT


Ayat ini diturunkan dalam peristiwa peperangan Tabuk
berkenaan Rasulullah s.a.w yang memberi keizinan
kepada golongan munafik untuk tidak turut
serta dalam peperangan.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

30
TAFSIR AYAT:
Sesungguhnya orang yang meminta izin
dikecualikan daripada pergi ke medan jihad ialah
mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dan
Hari Akhirat serta mereka adalah golongan munafik.
Sedangkan iman merupakan pencetus kepada
semangat jihad. Justeru, golongan munafik ialah
mereka yang mempunyai perasaan ragu-ragu
di dalam hatinya terhadap agama dan
tidak teguh keimanannya.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN
Ragu-ragu termasuk dalam penyakit hati kerana ia
menunjukkan rasa tidak yakin kepada Allah s.w.t
dalam urusan hidup. Orang yang beriman tidak
mempunyai rasa ragu-ragu kerana meletakkan
keyakinan penuh bahawa segala yang berlaku
berada di bawah pengetahuan dan keizinan Allah
s.w.t. Tetapi bagi mereka yang tidak beriman,
mereka mengganggap segala yang berlaku
berada di bawah penguasaan serta
kehendak diri sendiri.

31
(2) BERSANGKA BURUK

ُ ُ َّ َ َ َ َّ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ
‫بل ظننتم أن لن ينقلِب ٱلرسول‬
ّٗ َ َ ۡ ۡ َ َٰٓ َ َ ُ ۡ ُ ۡ َ
‫وٱلمؤمِنون إَِل أهلِي ِهم أبدا‬
ُ ُُ َ َ
‫َو ُزي ِ َن ذَٰل ِك ِِف قلوبِك ۡم‬
‫ورا‬ ُ ‫ٱلس ۡوءِ َو ُك‬
ّٗ ُ‫نت ۡم قَ ۡو َمۢا ب‬ َّ ‫نت ۡم َظ َّن‬
ُ ‫َو َظ َن‬

"(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah


menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang
beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya
dan) tidak akan kembali lagi kepada isteri dan keluarga
masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang
demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati
kamu (serta menerimanya); dan lagi kamu telah
menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk
(terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya);
dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum
yang rosak binasa".
[ Al-Fath, 48:12 ]

32
SEBAB PENURUNAN AYAT
Surah ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w keluar
dari Madinah untuk menunaikan umrah di Mekah dalam
peristiwa Hudaibiyah. Orang munafik menyangka bahawa
Rasulullah s.a.w dan orang mukmin tidak akan kembali ke
negeri dan keluarga mereka selama-lamanya. Maka
syaitan memperhiaskan lagi sangkaan itu sehingga
menjadikan orang munafik enggan keluar berperang.
Mereka bersangka buruk dengan menafikan Allah
sebagai pembantu Rasulullah s.a.w.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN:
Hati yang berpenyakit wujud pada setiap zaman dan
setiap keadaan. Ia adalah hati yang tidak suci daripada
kekotoran dan sifat-sifat yang keji. Hati yang berpenyakit
inilah sebenarnya menjadi punca fitnah dan huru-hara
yang berlaku dalam masyarakat.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

33
UBAT HATI

(1) ZIKRULLAH

َّ ۡ ُ ُ ُ ُ ُّ َ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ
‫ٱَّلل‬
ِِۗ ِ ِ ِ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ذ‬‫ب‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫وب‬ ‫ٱَلِين ءامنوا وتطمئِن قل‬
َّ ۡ
ُ‫ٱَّللِ َت ۡط َمئ ُّن ٱلۡ ُقلُوب‬ ََ
ِ ‫أَل ب ِ ِذك ِر‬

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram


hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
[ Ar-Ra’d, 13:28]

TAFSIR AYAT:
Mereka yang bertaubat ialah mereka yang beriman
kepada Allah s.w.t dan apa yang diturunkan-Nya. Mereka
merasa tenang dan tenteram berzikir kepada Allah s.w.t
dengan mentauhidkan-Nya serta mengingati
janji balasan baik-Nya.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

34
Ketenangan hati yang dikecapi melalui zikrullah
hanya dirasai oleh hati orang-orang beriman, yang
sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t. Hati ini
mengenali Tuhannya dan merasa tenang kerana
tidak merasakan diri mereka keseorangan di atas
bumi ini. Golongan ini juga adalah mereka yang
bertaubat kepada Allah s.w.t, menjadikan Allah s.w.t
sebagai matlamat utama kehidupan, serta sentiasa
memperelokkan taubat mereka kepada-Nya
(memperelokkan amalannya di dunia ).
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

KESIMPULAN:
Allah s.w.t menggambarkan hati-hati orang yang
beriman sebagai tenang, tenteram dan sejahtera.
Mereka tenang kerana merasa hampir kepada Allah
s.w.t serta merasakan pemeliharaan-Nya sama ada
di waktu mereka bersendirian mahupun
di tengah khalayak.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

35
(2) BERKAWAN DENGAN ORANG SOLEH

ُ‫ون َر َّبهم‬ َ ُ ۡ َ َ َّ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ۡ َ
‫وٱص ِۡب نفسك مع ٱَلِين يدع‬
ُ‫ون َو ۡج َههۥ‬ َ ُ ُ َ ۡ َ َٰ َ َ ۡ
ِ ِ ‫بِٱلغدوة ِ وٱلع‬
‫ش ي ِريد‬
َ‫ٱدل ۡنيا‬ َ ۡ ‫ين َة‬
ُّ ِ ‫ٱۡل َي َٰوة‬ َ ‫يد ز‬ ُ ‫اك َع ۡن ُه ۡم تُر‬َ ‫َو ََل َت ۡع ُد َع ۡي َن‬
ِ ِ
َ ۡ َ ُ َ َۡ َۡ َ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ََ
‫وَل ت ِطع من أغفلنا قلبهۥ عن ذِك ِرنا‬
ّٗ ُ ُ ُ ُ ۡ َ َ َ َ ُ َٰ َ َ َ َ َّ َ
‫وٱتبع هوىه وَكن أمرهۥ فرطا‬

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping


rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang
mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan
janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati dan mematuhi pengajaran
Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa
nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.”
[ al-Kahfi, 18:28 ]

36
SEBAB PENURUNAN AYAT
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a, bahawa ayat ini
diturunkan kepada Umayyah bin Khalaf al-Jamhiyy.
Beliau meminta kepada Rasulullah s.a.w
agar menyingkirkan golongan fakir miskin
daripada baginda serta mendekatkan diri
kepada para pembesar Makkah,
maka turunlah ayat ini.
[ al-Wahidi, 2003 ]

Ayat ini juga diturunkan kepada sekumpulan


pembesar Quraisy yang meminta agar Rasulullah
s.a.w menyingkirkan sahabat-sahabat baginda
yang fakir daripada berada dalam majlis
yang sama dengan mereka.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

37
TAFSIR AYAT:
Ayat ini mengandungi larangan kepada
Rasulullah s.a.w agar tidak menuruti orang yang hatinya
lalai daripada al-Quran dan zikrullah serta mereka yang
mengutamakan hawa nafsunya daripada kebenaran,
lalu memilih syirik serta melampaui batas.

Dalam ayat tersebut juga Allah s.w.t memerintahkan


kepada baginda agar berdamping dengan orang-orang
yang sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mengharapkan
keredaan-Nya semata-mata serta tidak memalingkan
pandangan baginda daripada golongan ini hanya
kerana mahukan kesenangan hidup dunia.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

Janganlah engkau (Nabi Muhammad s.a.w)


mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami,
iaitu mereka yang menutup hatinya daripada
seruan tauhid dan mereka yang menuruti
hawa nafsunya iaitu perbuatan syirik.
[ al-Wahidi, 2003 ]

38
Ayat ini memerintahkan Rasulullah s.a.w
agar tidak menuruti kehendak pembesar Quraisy
untuk membezakan antara orang kaya dan miskin. Kerana
jika mereka benar-benar mengingati Allah s.w.t, nescaya
akan lenyaplah sifat takabbur dan terbinalah hubungan
akidah yang menjadikan semua manusia itu bersaudara.
Namun, mereka masih lagi mengikuti
tabiat Jahiliyah yang meletakkan jurang
perbezaan sesama insan.
[ Sayyid Qutb, 1972 ]

KESIMPULAN:
Syeikh Ibn Ata’illah al-Sakandari berpesan:
“Jangan anda bersahabat dengan orang yang kelakuannya
dan perkataannya tidak membimbing anda
menunjukkan kepada Allah s.w.t.”
Sahabat yang baik ialah orang yang hal keadaannya
dapat menggerakkan kita bergerak menuju ke arah
keredhaan Allah s.w.t. Mereka mempunyai kemahuan
dan kehendak yang terikat dengan Allah s.w.t,
serta menuruti tuntutan-Nya.
[ Muhibbuddin Waly, 2004; Salim Bahrais, 1983 ]

39
DOA BUAT HATI

(1) DOA AGAR HATI TIDAK DIPESONGKAN

ۡ ُ َ َ َّ َ
َ ُ‫غ قُل‬
َ‫وب َنا َب ۡع َد إ ۡذ َه َديۡتَنا‬
ِ ‫ربنا َل ت ِز‬
َ َ‫ك أ‬
ُ‫نت ٱل ۡ َو َّهاب‬ َ َّ َ ۡ َ َ ُ َّ
‫ب َلَا مِن دلنك رۡحة إِن‬
َ ۡ ََ
‫وه‬

“(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan


kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan
Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
[ ‘Ali ‘Imran, 03:08 ]

40
TAFSIR AYAT:
Orang yang mendalam ilmunya berdoa :
“Wahai Tuhan kami jangan Engkau palingkan
hati kami daripada kebenaran dan iman, seperti
cenderungnya hati-hati mereka yang mengikuti ayat-ayat
mutasyabihat selepas Engkau hidayahkan kepada kami
jalan kebenaran dan kurniakan kepada kami rahmat
yang agung daripada sisi-Mu. Sesungguhnya
Engkau Maha Pemberi kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki dengan
pemberian taufiq dan kebenaran.
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

41
KESIMPULAN:
Kita hendaklah memelihara hidayah yang diberikan oleh
Allah s.w.t dengan memperelokkan amalan, mengawasi
diri daripada perkara yang merosakkan dan memelihara
perjalanan hati daripada perubahan yang mendatangkan
akibat buruk. Perubahan inilah yang ditakuti dan kerana
inilah Rasulullah s.a.w berdoa supaya ditetapkan hati
dengan sabdanya :

ُُ ِّ َ
‫َيا ُمقل َب القلوب‬
‫ى‬ َْ َ
‫ث ِّبت قل ِ يب َعَل ِد ِينك‬

Maksudnya :
“Hai Tuhanku yang mengubah segala hati!.
Tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.”
[ Mustafa Abdul Rahman, 2001 ]

42
(2) DOA AGAR HATI DIJAUHKAN
SIFAT HASAD DENGKI

َ ُ ُ َ ‫َو َّٱَل‬
‫ِين َجا ُءو ِم ۢن َب ۡع ِده ِۡم َيقولون‬
َ ۡ َ ُ َ َ َ َّ َ َ ۡ َ َ َ ۡ ۡ َ َّ َ
َٰ
‫ٱۡليم ِن‬ ِ ِ ‫ربنا ٱغفِر َلا و ِ ِۡلخوَٰن ِنا ٱَلِين سبقونا ب‬
ْ ُ َ َ َ َّ ّٗ َ ُ ُ ََۡۡ ََ
‫وَل َتعل ِِف قلوبِنا غَِل ل َِّلِين ءامنوا‬
َ َّ َ
ٌ ‫ح‬
‫يم‬ ِ ‫َر َّبنا إِنك َر ُءوف َّر‬

“Dan orang-orang (Islam) yang datang


kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.
Dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan
hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang
beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau
Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
[ al-Hashr, 59:10 ]

43
TAFSIR AYAT:
Kata sebahagian orang Muhajirin dan Ansar:
“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan
saudara-saudara yang beriman sebelum kami. Janganlah
Engkau jadikan di dalam hati-hati kami perasaan hasad
dengki terhadap keseluruhan orang mukmin. Wahai Tuhan
kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun kepada
makhluk-Mu. Engkau hapuskanlah punca bala,
kesakitan dan luaskanlah rahmat
kepada mereka.”
[ Wahbah al-Zuhailiy et al., 2008 ]

KESIMPULAN:
Doa yang mustajab ialah apabila Allah s.w.t
memperkenankan doa dengan reda-Nya dan pilihan-Nya
mengikut masa yang telah ditentukan oleh-Nya, bukan
atas pilihan kita dan waktu yang dikehendaki serta
ditentukan oleh kita. Doa yang lebih utama ialah memohon
kepada Allah s.w.t agar tidak dipesongkan hati kita
daripada jalan hidayah, dijauhkan perasaan hasad dengki
sesama Muslim, bersih hati, suci niat, istiqamah dalam
melakukan ketaatan dan beribadah semata-mata kerana
Allah s.w.t serta mengharapkan keredaan-Nya.
[ Muhibbuddin Waly, 2004 ]

44
Rujukan:

1) Al-Quran al-Karim.
2) Al-Maghribi, Abu Madyan. 2011. Mengaji al-Hikam
Jalan-Kalbu Para Perindu Tuhan. Jakarta: Penerbit
Zaman.
3) Al-Mahalli dan Al-Suyuti, Jalal al-Din. T.th. Tafsir al-
Quran al-Azim Li al-Imam al-Jalalayn. Thailand:
Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa
Awladahu.
4) Al-Wahidi. 2003. Asbab al-Nuzul. Kaherah : Dar al-
Hadith.
5) ‘Ali Zai’ur. 1993. Haqa’iq al-Tafsir al-Qurani wa Misbah
al-Shari’ah. Beirut: Muas’sasah ‘Iz’zuddin.
6) Muhibbuddin Waly. 2004. Hakikat Hikmah Tauhid dan
Tasawuf (al-Hikam). Singapura: Pustaka Nasional.
7) Mustafa ‘Abdul Rahman. 2001. Hadith 40 (Terjemahan
dan Syarahan). Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
8) Salim Bahrais. 1983. Terjemahan al-Hikam Jalan
Mendekati Diri Kepada Allah. Kota Baharu: Pustaka
Aman Press SDN. BHD.
9) Sayyid Qutb. 1971. Fi Zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-
Syuruq.
10) Wahbah al-Zuhailiy et al. 2008. Al-Mausu’ah al-
Quraniah al-Muyas’sirah. Damsyik: Dar al-Faqir.

45
MOHD NOORIKHWAN BIN SARBINI
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit 9
Sekinchan, Selangor dan Sekolah Rendah Agama Parit 9 Sekinchan,
Selangor. Pendidikan menengah beliau di Sekolah Agama Menengah
Pekan Pasir Panjang Sekinchan, Selangor. Beliau melanjutkan
pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
dalam jurusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin). Setelah itu,
beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Usuluddin
dan Falsafah) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau
bertugas di SMK Bandar Baru Bangi.

NAZNEEN BINTI ISMAIL


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Irsyad, Pahang dan
Sekolah Rendah Agama Islam Hira’. Manakala pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram, Selangor.
Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) dalam jurusan Diploma Pengajian Islam
(Usuluddin). Setelah itu, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda
(Usuluddin-Hadith) di Universiti al-Azhar, Mesir. Kemudian,
menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau bertugas di Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
TERIMA
KASIH

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai