Anda di halaman 1dari 11

DCC 30093: GEOTECHNICAL ENGINEERING

KAJIAN KES :
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KONDOMINIUM SERI DUTA 1

NAMA 1. MUHAMMAD THALHA BIN HAMDAN


(08DKA20F1001)

2. NUR KHAIRUN NADIA BINTI


SHAMSUDDIN
(08DKA20F1005)

KELAS DKA 3A
TARIKH DIHANTAR 11 JANUARI 2022
NAMA PENSYARAH PUAN MARLIZA ASHIQIN BINTI KHAZALI
MARKAH

ULASAN PENSYARAH
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN................................................................................................................3
2.0 KAJIAN KES.......................................................................................................................4
3.0 FAKTOR BERLAKUNYA GELONGSORAN TANAH...................................................5
4.0 CARA MEMPERBAIKI GELONGSORAN TANAH........................................................7
4.1 Sistem Perparitan Yang Efisien..........................................................................7
4.2 Pembinaan Tembok Penahan..............................................................................8
5.0 KESIMPULAN....................................................................................................................9
RUJUKAN...............................................................................................................................10
1.0 PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, kecerunan adalah satu keadaan yang cerun atau

keterjalan. Keseimbangan pula boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang seimbang.

Sehubungan dengan itu, Kajian pada kali ini akan mengfokuskan terhadap keseimbangan

kecerunan dan kegagalan kecerunan yang terdapat di Kondominium Seri Duta 1. Didalam

dunia pembinaan, kecerunan ini terdapat dua jenis iaitu kecerunan semulajadi, dan kecerunan

tidak asli. Kecerunan semula jadi dapat dilihat melalui bentuk muka bumi yang gunung-

ganang, dan melalui garisan kontur pada peta, Kecerunan tidak asli ataupun dikenali sebagai

artificial slope dilakukan oleh manusia itu sendiri melihatkan kepada beberapa faktor tertentu.

Umumnya, kegagalan kecerunan ini boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu kegagalan

translasi, kegagalan putaran, aliran gelongsoran, jatuh atau runtuh, dan yang terakhir iaitu

intergasi gelongsoran. Menurut pemerhatian, kejadian tanah runtuh yang berlaku di

Kondominium Seri Duta 1, kegagalan yang terdapat pada kecerunan tanah tersebut adalah

berlakunya gelongsoran tanah. Gelongsoran ialah kegagalan cerun yang dicetuskan oleh

ketepuan tanah dan resapan air di bawah tanah. Gelongsoran tanah boleh terjadi atas beberapa

faktor. Antaranya ialah, faktor kegiatan manusia, faktor cuaca, dan faktor persekitaran.

Kesimpulan, kajian pada kali ini akan diberi fokus terhadap faktor keselamatan yang

menyebabkan berlakunya terhadap gelongsoran tanah di kondominium tersebut, kesannya

terhadap persekitaran, dan cara mengatasi gelongsoran tanah tersebut.


2.0 KAJIAN KES

Kejadian tanah runtuh merupakan satu


fenomena alam yang sememangnya boleh
dijangka melalui faktor-faktor persekitaran,
ujian tanah dan sebagainya. Kejadian tanah
runtuh di Malaysia juga sering terjadinya
kerana faktor iklim yang panas lembap (iklim
khatulistiwa) kerana Malaysia terletak di
garisan Khatulistiwa. Contohnya kejadian
tanah runtuh yang berlaku pada 25 Disember
2021 Di Apartmen Sri Duta. Hujan lebat yang
berlaku beberapa jam sebelum berlakunya

Gambar 1 Keratan akhbar tanah runtuh di Kondominum


kegagalan cerun telah meningkatkan ketepuan
Seri Duta 1
dan keplastikan tanah. Kekuatan tanah yang
tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi apartmen tersebut akibat
berlakunya hujan lebat yang berterusan, ia menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi
tidak stabil dan aliran air hujan ini telah meresap masuk ke bawah permukaan tanah itu
menjadikan tanah di kawasan tersebut tepu dan menggelongsor lalu semakin lemah untuk
menanggung beban kerana terdapat resapan air dibawahnya. Air hujan yang mengalir dengan
cepat ke kawasan tanah tersebut menandakan bahawa tanah tersebut tepu dan hal itu
menyebabkan berlakunya hakisan tanah. Kesimpulannya kajian kes pada kali ini akan melihat
bagaimana kejadian gelongsoran tanah berlaku berdasarkan kepada faktor-faktor persekitaran
di kawasan kajian.
3.0 FAKTOR BERLAKUNYA GELONGSORAN TANAH

Gelongsoran tanah terjadi apabila terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kondisi tanah
tersebut. Antara faktor utama yang menyumbangkan gelongsoran tanah ini ialah, faktor
manusia, faktor persekitaran, dan faktor cuaca.

Faktor Cuaca dan Masa


Malaysia adalah negara yang beriklim panas lembap (Iklim Khatulistiwa). Cuaca di
Malaysia juga adalah dalam keadaan tidak menentu berbanding dengan negara yang berada
pada garisan Sartan dan Jadi. Mereka yang berada pada garisan tersebut mempunyai 4 musim
yang bersilih ganti. Taburan hujan di Malaysia mempengaruhi keadaan kondisi tanah. Dalam
dunia pembinaan, kondisi tanah mempengaruhi faktor struktur dalam sesebuah
pembangunan. Melalui ujian pensampelan tanah yang dilakukan, jurutera dapat membuat
kesimpulan untuk membuat pembinaan di Kawasan tersebut ataupun tidak. Antara ujian yang
dilaksanakan adalah Atterberg Limit Test. Ujian ini dilaksanakan untuk menentukan kadar
kelembapan tanah yang boleh diserap oleh air sekiranya berlakunya hujan lebat dan
fenomena lain yang boleh mempegaruhi kadar kelembapan air dalam tanah.
Walaubagaimanapun, kes yang terdapat di Kondominium Seri Duta 1, Kuala Lumpur, ujian
ini telah dilaksanakan kerana ia tertakluk pada Perkara 70A Akta Jalan, Parit dan Bangunan
1974. Namun begitu, atas faktor cuaca yang dialami di Kuala Lumpur iaitu saiz taburan hujan
sebanyak 2,400mm mengatasi saiz taburan hujan setahun. Hal ini membolehkan keadaan
tanah menjadi lebih lembap dan seterusnya menjadi gelongsoran tanah. Rajah 1 menunjukkan
proses berlakunya gelongsaran tanah.

Figure 1 Proses berlakunya gelongsoran tanah


Figure 2 Perubahan faktor dan masa

Berdasarkan kepada analisa di Rajah 2, faktor keselamatan cerun juga diukur melalui masa
yang diambil untuk berlakunya gelongsoran tanah. Hal ini akan mempengaruhi kadar
kestabilan cerun. Pada dasarnya, cerun berada pada kestabilannya walaupun terdapat
perubahan suhu, iklim dan pembangunan oleh manusia pada jangka masa panjang. Namun
begitu, apabila kaki cerun mengalami impak yang besar dan mendatangkan risiko yang
berbahaya kepada kawasan sekitar. Contohnya belakunya hujan lebat di kawasan tersebut,
maka tanah pada kaki cerun berada pada kelembapan yang tinggi. Perkara ini akan
mendatangkan kelemahan terhadap kaki cerun dan melemahkan struktur cerun dalam jangka
masa pendek. Pada tahap puncaknya, apabila kaki cerun sudah tidak dapat menampung
beban, maka berlakunya gelongsoran tanah.
4.0 CARA MEMPERBAIKI GELONGSORAN TANAH

Setelah mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya gelongsoran
tanah, kita perlu mencegah perkara tersebut supaya tidak berlaku lagi. Antara cara yang boleh
digunakan untuk mencegah kejadian tersebut ialah mewujudkan sistem perparitan yang
efisien dan membina ‘retataining wall’ ataupun dikenali sebagai dikenali sebagai tembok
penahan.

4.1 Sistem Perparitan Yang Efisien

Sistem perparitan yang efisien penting untuk membolehkan air hujan turun mengalir dengan
baik terus ke longkang tanpa ada sebarang halangan. Jadi, air tidak akan mudah bertakung di
sesuatu kawasan sehingga menyebabkan air yang bertakung itu meresap masuk ke dalam
tanah. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan daripada berlakunya hakisan
pada tanah dan mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Selain itu, sistem perparitan
yang terancang dapat memadatkan lagi struktur tanah yang sedia ada. Sekiranya tidak ada
sistem perparitan yang dibina, hujan lebat yang turun di kawasan tersebut akan menyebabkan
air bertakung dan seterusnya air tersebut meresap masuk ke dalam tanah di kawasan tersebut
sehingga struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh ataupun yang lebih tepat tanah
tersebut menjadi tepu. Dengan kepakaran jurutera dan tenaga profesional tempatan yang kita
miliki, sistem perparitan yang efisien seharusnya wujud lebih-lebih lagi di kawasan bandar.
Seterusnya, di kawasan bandar juga, perparitan sepatutnya perlu di selenggara dengan baik
supaya tiada sampah sarap dan dedaun kering yang akan menyebabkan parit menjadi
tersumbat. Akibat daripada sistem perparitan yang tidak efisien, banjir kilat akan berlaku jika
hujan turun dengan lebat pada tempoh yang lama. Air daripada banjir itu pula yang boleh
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Oleh itu, jelaslah bahawa pembinaan sistem
perparitan yang efisien dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh.
4.2 Pembinaan Tembok Penahan

Tembok penahan merupakan struktur yang dibina untuk menyokong partikel tanah daripada
berlakunya hakisan tanah dan gelongsoran tanah. Tembok penahan merupakan sejenis binaan
yang dibangunkan khusus untuk memberi sokongan atau menahan tanah dalam keadaan
menegak mengikut bentuk strukturnya supaya tanah tidak runtuh. Tembok penahan terdiri
daripada pelbagai jenis, antaranya ialah tembok penahan graviti, tembok penahan asas
cerucuk terbenam, tembok penahan julur dan tembok penahan krib dan banyak lagi. Untuk
kes kali ini tembok penahan jenis krib amat digalakkan kerana tembok penahan krib ia dibina
dengan sistem saling mengunci antara satu sama lain. Bahagian dalam tembok tersebut
biasanya disikan dengan tanah gembur ataupun batu kikir yang dapat memudahkan sistem
pengaliran air hujan. Pembinaan tembok jenis krib ini sesuai digunakan untuk menahan
tanah yang langsung tidak membuat sebarang pergerakan dan tingginya yang tidak melebihi
6.3 m. Tembok penahan jenis krib ini memberi banyak kebaikan dari aspek kestabilan dan itu
amat bagus sekali. Ia mempunyai pelbagai kebaikan berbanding dengan tembok penahan
jenis yang lain. Antara kebaikan yang paling utama ialah dapat menyediakan saliran air hujan
yang lebih lancar. Ini adalah disebabkan oleh bahan timbusnya yang terdiri terdiri daripada
jenis berbutir seperti tanah gembur dan batu kikir. Jadi ia tidak akan mudah untuk menakung
air dan sebagainya, hal ini bagus sekali kerana air akan mudah mengalir dan tidak akan
mudah bertakung yang mana itu akan membuatkan tanah tersebut terpaksa meresap
kandungan air yang amat banyak. Selain itu, tembok penahan krib adalah mudah dipasang
dari segi aspek pembinaannya. Ini adalah kerana ia datang dalam bentuk pra tuang iaitu
dalam bentuk unit-unit krib. Jadi ia hanya perlu dipasang terus sahaja di tapak pembinaan.
Cara pemasangannya pula adalah mudah dan ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tembok
penahan krib juga mesra alam dan kekuatannya bagus seiring dengan usia kerana semakin
lama umurnya, maka kekuatannya semakin meningkat dan kukuh. Ini adalah kerana
tumbuhan yang ditanam berhampiran pada tembok tersebut akan menguatkan lagi ikatan
antara unit-unit krib.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan melalui kajian kes ini ialah kejadian
Figure 4 Crib Wall
tanah runtuh merupakan satu fenomena alam yang amat bahaya kerana ia boleh meragut
nyawa manusia yang tidak berdosa. Tanah runtuh juga akan menyebabkan ekonomi negara
merosot kerana kos yang diperlukan bagi membaik pulih amat banyak sekali. Sekiranya
terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku lebih-lebih lagi di penempatan awam, pihak
pengurusan ataupun penduduk disitu sepatutnya perlu melaporkan hal ini segera kepada
pihak yang berwajib. Ianya supaya langkah pencegahan dapat diambil. Pihak yang berwajib
dan yang bertanggungjawab perlu sentiasa berwaspada dalam melaksanakan langkah-langkah
pencegahan seperti di atas, ianya kerana apabila perkara ini dibiarkan lama kelamaan tanpa
diambil tindakan yang sepatutnya, tanah di sekitar kawasan terbabit mungkin lagi tidak boleh
digunakan walaupun pada ketika itu pelbagai strategi dan inisiatif telah diambil kerana ‘nasi
sudah menjadi bubur’. Selain itu juga, apabila pihak bertanggungjawab ingin melaksanakan
langkah-langkah tersebut, mereka perlulah bersungguh-sungguh melaksanakannya bukannya
seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ kerana apa sahaja kesilapan yang dilakukan mereka
walaupun sedikit tapi kesannya amat besar kerana melibatkan nyawa orang ramai. Sebagai
seorang yang hidup bermasyarakat kita perlulah mengamalkan sikap ‘ sediakan payung
sebelum hujan’ bagi mengelakkan lebih banyak lagi nyawa yang terkorban. Semua pihak
perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam menyelesaikan perkara ini.
RUJUKAN

1) Corine Vong Siu Pheru, Ph.D (2021) . Tanah Runtuh: Jenis, Faktor Penentu, Kawalan,
Kesan Terhadap Sosial dan Alam Sekitar. Diakses pada Januari 1, 2023 daripada:
https://www.malaysian-ghost-research.org/tanah-runtuh-jenis-faktor-penentu-kawalan-kesan-
terhadap-sosial-dan-alam-sekitar/

2) Nor Aziah Mat Noh (Disember 27, 2021). Tanah Runtuh: Penduduk Apartment 1 diarah
kosongkan kediaman. Kosmo. Diakses pada Januari 9, 2022 daripada:
https://www.kosmo.com.my/2021/12/27/tanah-runtuh-penduduk-apartmen-sri-duta-1-diarah-
kosongkan-kediaman/

3) Tajul Anuar Jamaluddin, Norasiah Sulaiman, Nor Shahidah Mohd Nazer. (2020, Mei).
Penilaian geomorfologi tanah runtuh di tanah tinggi tropika- Kajian Kes Cameron Highlands
dan Kundasang, Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia. Jilid 69. Artikel 1
diakses pada Januari 9. 2021 daripada:
https://doi.org/10.7186/bgsm69202010

4) Hamed Niroumand, Khairul Anuar Kassim, Amin Ghafooripour, Ramli Nazir, Syyed
Yaghoub Zolfeghari Far. (2012, September). Investigation of Slope Failure in Soil Mechanic.
Electirc Journal of Geotechnical Engineering. Jilid 17. Artikel 1. Diakses pada Januari 9,
2021 daripada:
https://www.researchgate.net/publication/256326626_Investigation_of_Slope_Failures_in_So
il_Mechanics?enrichId=rgreq-87de506050a262a4533503448c83228d-
XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI1NjMyNjYyNjtBUzo5OTcyMTE5MjQxMTE0M
0AxNDAwNzg2Nzk0NDkw&el=1_x_2&_esc=publicationCoverPdf

5) Sidney Skinner, (2021). Pemaju bina semula tembok penahan, lakukan kerja perlindungan
cerun. (Oktober 1, 2021). Diakses pada Januari 9, 2021 daripada:
https://www.dailyexpress.com.my/news/178916/pemaju-bina-semula-tembok-penahan-
lakukan-kerja-perlindungan-cerun-/

Anda mungkin juga menyukai