Anda di halaman 1dari 8

TOOLKIT 1c

AUDIT RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH

Nama Sekolah yang Diaudit: SK ABC

1. Sila audit contoh Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) yang


diberi.
2. Tandakan (√) pada petak (Ada) sekiranya item-item yang
dinyatakan
terdapat pada RPS tersebut.
3. Tandakan (√) pada petak (Tiada) sekiranya item-item yang
dinyatakan
tidak terdapat pada RPS tersebut.
4. Sekiranya (Ada) tetapi perlu dimurnikan, sila tandakan (√) pada
ADA TETAPI
ADA KURANG
BIL PERKARA DAN JELAS TIADA
JELAS PERLU
DIMURNIKAN
1 Latar Belakang
a) Kata alu-alauan PGB (Fokus Hala tuju /
Sekolah)
b) Profil dan Sejarah Sekolah /
c) Struktur Organisasi Sekolah /
d) Maklumat Staf (Guru dan AKP) /
e) Punca Kuasa (mandat) & Rakan Strategik /
Sekolah
f) Asas Pembangunan RPS /
g) Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Sekolah /
(RPS)
Cadangan Penambahbaikan:

Kata aluan guru besar dinyatakan dengan jelas.


Sejarah sekolah dinyakan dengan jelas tetapi profil sekolah tidak dinyatakan. Dari profil
inilah kita boleh mengenalpasti kekuatuan dan kelemahan.
Struktur organisai sekolah secara keseluruhannya tidak dinyatakan. Hanya terdapat
struktur dalam bidang kurikulum sahaja. Bidang HEM dan Kokurikulum tiada.
Maklumat staff ada tetapi ianya hanya maklumat asas bilangan staff sahaja. Maklumat
staff perlu dinyatakan lebih terperinci bagi mengenalpasti kekuatan yang boleh
digunapakai.
Rakan strategik dinyakan di sini iaitu UNIMAP, UUM Kolej MARA dan NGO (tidak
dinyatakan). Perlu diperincikan aktiviti yang dijalankan bersama rakan strategik.

1
TOOLKIT 1c

Asas pembangunan RPS ada dan jelas.


Jawatankuasa RPS ada tetapi iainya perlu diperincikan tugasan bermula dari SLT, MLT
dan guru yang bertanggungjawab.

2 Misi Organisasi
a) Tujuan atau sebab penubuhan organisasi /
anda dinyatakan dengan jelas (deskripsi
pelanggan, perkhidmatan, kedudukan
geografi dan output yang dikeluarkan).
Menjawab soalan tentang apakah
urusan/tugas utama (core business) yang
dipertanggungjawabkan kepada organisasi
anda.
b) Hala tuju masa depannya jelas dan /
mencabar.

ADA TETAPI
ADA KURANG
BIL PERKARA DAN JELAS TIADA
JELAS PERLU
DIMURNIKAN
c) Organisasi sebagai aset atau kunci kekuatan /
d) Menunjukkan nilai yang dipegang dalam /
usaha mencapai misi dengan jelas
e) Kepada siapakah perkhidmatan diberikan? /
Menjawab siapakah pelanggan utama
organisasi anda?
f) Fokus untuk memenuhi kehendak pelanggan. /
g) Apakah hasil akhir (outcomes) yang diingini? /
Apakah keperluan pelanggan yang dapat
dipenuhi oleh organisasi anda?
h) Strategi umum yang menuju kepada /
tercapainya wawasan.
i) Bagaimanakah cara mengimplimentasinya? /
Apakah perbezaan dengan pihak lain?
j) Stabil dan konsisten. Perubahan hanya /
berlaku bagi menyesuaikan dengan
perubahan persekitaran terkini.
k) Berorentasikan masa depan 3 hingga 5 tahun /
ke hadapan.
l) Menarik dan menjadi sumber inspirasi pada /
semua pihak untuk menyumbang dan bekerja
sebagai satu pasukan.

2
TOOLKIT 1c

m) Ayat yang mudah difahami dan ringkas bagi /


menyatakan keingina strategik.
n) mudah, padat, ringkas, tetapi bermakna. /
o) Realistik/relevan/boleh dipercayai. /
Cadangan Penambahbaikan:

Halatuju sesebuah organisasi misalnya pengurusan sekolah berkait rapat dengan cara
sekolah itu diuruskan oleh ketuanya iaitu guru besar. Misi organisasinya mestilah jelas,
tepat dan perlu dihayati oleh semua warga sekolah. Misi sekolah perlu dikaji semula
mengikut keperluan semasa.
Ciri-ciri misi ialah;
i. Misi mestilah ringkas dan mudah diingat
ii. Jelas dan difaham oleh semua
iii. Tidak melebihi 25 perkataan.
iv. Menjelaskan secara terperinci tugas utama organisasi
v. Menjawab persoalan bagaimana?
vi. Sepatutnya menggambarkan kepakaran unik organisasi.
Lebih meluas bagi membolehkan pelaksanaan yang lebih fleksibel.
viii Menjadi panduan kepada ahli organisasi dalam membuat keputusan
xv Menggambarkan nilai, kepercayaan dan falsafah pengendalian organisasi.
x Boleh dicapai dan realistik
xi Perkataan yang digunakan membantu menyemarakkan semangat
kesepunyaan.

3 Visi Organisasi
a) Pernyataan untuk siapa? /
b) Pernyataan apa? /
c) Pernyataan bila? /
d) Berorientasikan masa hadapan /
e) Memandu organisasi ke arah masa hadapan /
yang jelas

BIL PERKARA ADA ADA TETAPI TIADA


DAN KURANG
JELAS JELAS
PERLU

3
TOOLKIT 1c

DIMURNIKAN
f) Sesuai dengan budaya dan nilai organisasi /
g) Satu set piawai kecemerlangan dan berkualiti /
h) Jelas tujuannya /
i) Membangkitkan semangat dan menguatkan /
komitmen atau kepercayaan
j) Menggambarkan keunikan organisasi /
k) Tidak terlalu panjang (tidak melebihi 25 patah /
perkataan)
l) Ringkas, padat, jelas dan futuristik /
m) Realistik dan sesuai dengan kemampuan /
serta bakat yang kita miliki
n) Fleksibel dan tidak kaku /
o) Jelas dan mudah difahami /
p) Menarik dan kita berusaha untuk meraihnya /
Cadangan Penambahbaikan:

● Visi yang dinyataakan adalah ringkas dan padat.

● Visi merupakan penetapan perancangan melibatkan focus dan perancangan jangka

masa panjang. Menjadi panduan untuk membuat keputusan dan tindakan bagi
memastiksn hala tuju sekolah berada dilandasan yang tepat.

4 Falsafah dan Nilai


a) Dinyatakan dan dipamerkan /
b) Menggambarkan sesuatu yang baik, berharga /
dan bernilai
c) Asas untuk menilai, mengukur atau membuat /
keputusan
d) Dihayati dan menjadi budaya organisasi /

e) Diterjemahkan dalam bentuk Motto/Slogan /

Cadangan Penambahbaikan:

Tidak dinyatakan.

Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan
yang dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah. Falsafah dan matlamat ini perlulah seiring
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang
ditetapkan itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid
mendapat pengalaman hidup, bertukar-tukar pendapat,

4
TOOLKIT 1c

membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama lain perlulah diwujudkan.
Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada perkembangan murid secara menyeluruh bukan
hanya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja. Kejayaan atau
kegagalan mencapai hasrat dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sekolah
bergantung kuat kepada peranan Pentadbir sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung
dalam falsafah dan matlamat pendidikan sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program
pendidikan sekolah yang akan tercapai setelah ianya terlaksana dalam satu jangka masa
tertentu.

5 Piagam Pelanggan
a) Jaminan penyampaian perkhidmatan /
mengikuti standard (SMART)
b) Memberitahu hak-hak pelanggan /
(berfokuskan pelanggan)
c) Komitmen bertulis yang berfokuskan /
pelanggan, standard dan sikap.
d) Dipamerkan /

ADA TETAPI
ADA KURANG
BIL PERKARA DAN JELAS TIADA
JELAS PERLU
DIMURNIKAN
e) Senang disebarkan /

f) Kebolehpercayaan /

g) Praktikal /

h) Khusus /

i) Boleh ditambah baik dari semasa ke semasa /

Cadangan Penambahbaikan:

Ada dinyatakan dalam RPS. Boleh lebih berfokus dalam bidang kurikulum , HEM dan
kokurikulum.

6 Analisis Persekitaran
a) Analisis Persekitaran telah dibuat dan /
dinyatakan
● Menggunakan tools (alatan) tertentu
● Sekiranya menggunakan alatan ANALISIS

5
TOOLKIT 1c

SWOT). Penulisan bertepatan?

Cadangan Penambahbaikan:

Analisis SWOT tidak dinyatakan dalam RPS. Analisis SWOT adalah alat yang mesti
digunakan dalam membina RPS untuk mengenal pasti dan menganalisis kekuatan,
kelemahan, peluang, dan ancaman.
Ia memberikan pemahaman yang komprehensif tentang faktor-faktor dalaman dan luaran
yang boleh memberi kesan kepada kejayaan atau kegagalan usaha tertentu.
Analisis SWOT yang menyeluruh dapat memberikan pandangan berharga mengenai
kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dan membolehkannya membuat
keputusan termaklum dan rancangan strategik untuk masa depan.
Proses ini juga boleh membantu mengenal pasti cabaran dan bidang yang berpotensi
untuk penambahbaikan, dan membolehkan langkah-langkah proaktif diambil untuk
mengurangkan potensi risiko.

7 Perancangan Strategik
a) Isu strategik diterjemahkan kepada Matlamat /
Strategik/Fokus Strategik/ KRA/Teras Utama atau
Prioriti Utama
● Sasaran atau kedudukan khusus bagi
mencapai misi dan visi organisasi.
● KRA merupakan pernyataan positif
kepada pernyataan isu strategik.
● Bilangan KRA yang sesuai: 3-5

● Hasil akhir + Umum = misi dan visi

● Berfokus

● Tanggungjawab peringkat tinggi (korporat)

● Tiada tempoh atau tempoh jangka


panjang
● Penggunaan ayat: luas, umum dan
ringkas
● Boleh bersifat kualitatif

● Kritikal dan mesti capai jika ingin


menjayakan misi dan visi

6
TOOLKIT 1c

ADA TETAPI
ADA KURANG
BIL PERKARA DAN JELAS TIADA
JELAS PERLU
DIMURNIKAN
Cadangan Penambahbaikan:

“Key Result Area” atau KRA merujuk kepada Bidang Keberhasilan


Utama sesebuah sekolah. Di dalam istilah mudahnya,Bidang
Keberhasilan Utama boleh dijelaskan sebagai bidang utama.
Terdapat beberapa kepentingan Bidang Keberhasilan Utama di antaranya ialah;-
•Dapat menetapkan objektif dan matlamat
•Meletakkan keutamaan kepada aktiviti yang penting
•Mampu menjimatkan masa dan juga pengurusan kerja
•Mampu memberi nilai tambah kepada keputusan yang dibuat
•Mampu menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai dengan lebih jelas
•Memberikan fokus terhadap hasil kerja berbanding aktiviti kerja.

c) Penulisan Objektif (SMART)


• Perlu dicapai berdasarkan sasaran yang
ditetapkan.
• Hasil akhir (final outcomes) yang ingin
dicapai yang dinyatakan secara khusus
yang ingin dicapai oleh organisasinya
semasa melaksanakan misi asasnya

Cadangan Penambahbaikan:

Tidak dinyatakan dalam RPS.


Penulisan objektif dalam RPS adalah penting bagi:

 Mengenal pasti penambahbaikan perancangan strategik yang berkesan


 Keperluan menyediakan perancangan strategik
 Mengenal pasti sumber maklumat yang diperlukan untuk membentuk
perancangan strategik
 Mengenal pasti matlamat strategik yang berfokus
 Mengenal pasti status semasa sekolah dan mengenal pasti kajian semula untuk
masa depan
 Membina pelan perancangan strategik berasaskan bukti yang kukuh.

7
TOOLKIT 1c

d) Menyenaraikan Strategi Mengikut Bidang /


• Tindakan atau pendekatan yang diambil
oleh sesuatu organisasi untuk mencapai
KRA dan objektif.
• Bersifat ‘action-oriented’ dan berhubungan
terus dengan pengukuran output.
• Menjelaskan bagaimanakah cara untuk
mencapai matlamat dan objektif.

Cadangan Penambahbaikan:

Ada dinyatakan mengikut bidang.

e) Pihak bertanggunjawab melaksanakan Strategi /


Cadangan Penambahbaikan:

Tidak dinyatakan. Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan strategi perlu dinyakan


bagi :

- membantu kita fokus kepada pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti lain yang
berkaitan dengan keutamaan sekolah

- membantu kita melihat sejauh mana kita telah Berjaya

- membuktikan kepada masyarakat bahawa kita ada pelan dengan matlamat yang
sebenar

- memberi peluang kepimpinan kepada guru lain

Catatan: Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai